Categories: Kisah Seram

Pindah Ke Borneo: Selepas Berubat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih untuk yang dah baca kisah pertama aku: Pindah Ke Borneo dan yang rajin komen cerita aku. Ye aku mengaku memang ada silap aku dalam cerita sebelum ni tentang “bangsa” dan “kaum”. Maaf lah ye.

Sebenarnya ada kisah sambungan aku tulis dalam kisah pertama aku tu. Jadi, bila kita sambung ni, maksudnya ada hal yang belum beres lagi. Seperti yang sedia maklum, lepas Ustaz Arif ubatkan aku sekeluarga, Alhamdullilah kami semua dah kembali elok, semua pun selalu solat berjemaah sama-sama, buat aktiviti sama-sama. Tapi panas tidak sampai ke petang. Hujan pula di tengah hari. Benda ni menjadi-jadi balik bila umur aku waktu tu dalam 7 or 8 tahun gitu. Tak ingat gue.

Aku masa tu dah masuk sekolah agama dah. Sekolah aku ni waktu pagi sekolah macam biasa, lepas tu ada KAFA sesi petang. So selalunya memang aku stay back kat sekolah tengah hari dan hanya akan balik jam 5 petang tunggu ayah aku bawa ku pulang dari sekolah. Mak aku suri rumah sepenuh masa. Jaga adik aku yang masih lagi kecil waktu tu umur dalam 2-3 tahun gitu. Selalunya, mak aku akan berkebun tengok bunga-bunga dia kat laman rumah, lepas tu bagi makan kat arnab-arnab putih kat kandang belakang rumah. Memang tu lah rutin dia tiap hari. Adik aku waktu tu akan main basikal roda tiga dia, kadang main buaian kat laman rumah tu. Buaian tu dekat juga lah dengan longkang kecil tapi takde lah dalam mana dan takde air pun selalunya.

Nak dijadikan cerita, ada satu petang tu dalam jam 3-4 petang, aku kat sekolah waktu ni.Mak aku macam biasa dengan rutin dia. Adik aku tu main buai kat laman rumah. Entah macam mana, waktu adik aku tengah hayun-hayun buai, dia boleh jatuh tejelopok ke longkang dengan kepala kat bawah kaki kat atas. Dengan buaian tu jatuh sekali atas adik aku. Mak aku tak perasan waktu tu sebab membelakangi adik aku. Lepas tu, dah dengar adik aku jatuh nangis kuat gila terus mak aku terkejut dan macam biasa lah angkat adik aku. Memang darah kaw-kaw kat dahi dia. Terus mak aku papah adik aku masuk dalam rumah telefon ayah aku. Bergegas jugak la ayah aku balik waktu tu terus bawak adik aku pergi hospital. Maka berjahitlah dahi beliau dimana parut kat dahi dia boleh lagi nampak sampai sekarang.

Bila dah adik aku kena macam tu, terus kami kena kacau dengan kerap. Mula-mula takde lah perasan sangat benda tu kacau sebab kitorang redha benda dah nak jadi kat adik aku kan. Tapi lepas kejadian adik aku jatuh tu, selalu jugak lah aku kena kacau sebab waktu ni, hijab aku dah terbukak lepas aku kena sampuk waktu umur aku 5 tahun tu. Banyak kejadian terbabit dalam bilik mainan kat tingkat bawah rumah aku, Bilik tu betul-betul sebelah pintu belakang kat dapur. Kecil je bilik tu. Ingat lagi patung-patung aku kat satu sudut ruang tamu rumah kami? Patung-patung tu ayah aku pindahkan masuk dalam bilik tu. Tiap kali tiba waktu Maghrib, salah satu dari patung aku iaitu patung bear akan berbunyi. Patung bear tu jenis boleh bunyi orang bercakap “Hello. How are you?” gitu. Kalau kita balas soalan patung tu, patung tu akan cakap “Let’s play!”. Selalu jugak lah ayah aku marah aku sebab main patung waktu-waktu Maghrib. Tapi ikut logik aku bukannya dalam bilik mainan pun waktu Maghrib. Selalu aku akan standby nak solat jemaah dengan keluarga aku. Jadi siapa yang balas soalan patung tersebut? Haa. Lepas dah banyak kali bunyi macam tu, mak aku fedup dia pergi buang patung tu. Takde pulak kejadian patung tu datang balik macam kes Annabelle.

Lepas dari tu, kakak kedua aku pun pernah kena kacau waktu dia main masak-masak dengan aku dalam bilik tu. Pernah sekali tu dia rasa ada benda macam tarik satu persatu rambut dia. Macam nak main rambut dia pun ada. Rambut dia jenis pendek paras bahu jadi memang senang nak rasa kalau kena tarik ke rembat ke. Mula-mula dia ingat aku yang tarik rambut dia sebab aku duduk sebelah dia je. Tapi nak buat apa aku tarik rambut dia. Takde kerja. Lepas dah fedup kena tarik rambut tu, dia terus blah lepas marah aku macam tu je tinggalkan aku sorang-sorang. Cis. Tapi lepas kakak aku blah tu, aku dapat rasa ada benda ganti dia duduk sebelah aku. Main masak-masak dengan aku jugak. Bila dah rasa macam tu, memang tak sedap dah hati aku waktu tu. Lalu aku pun baca lah 3 Qul sebab Ustazah aku bilang, bacalah 3 Qul sebagai pemanis mulut kamu walaupun kamu semua ni masih kecil. Hehe. Apa guna sekolah agama kalau tak praktik kan kan kan. Kira berjaya jugak lah aku halau benda tu waktu tu sebab lepas tu tak rasa apa dah. Rasa macam angin lalu je keluar dari bilik tu.

Mesti korang nak tau ayah dengan mak aku tak kena gangguan entiti ke? Of courseeee kena ganggu. Cuma diorang tak bagitau kami sebab tak nak bagi kami takut. Mak aku cerita kat aku pun waktu umur aku dah dalam lingkungan 20-an. Dia cakap dia pernah nampak ada bayang hitam kat hujung katil aku dok perhati aku tidur. Katil aku tu sebelah je katil mak ayah aku sebab waktu kecil memang tidur sekali dengan diorang. Manje. Hehe. Waktu mak aku nampak tu mak aku nak jerit panggil ayah aku bangun tapi badan dia macam kena tahan. Suara pun tak terkeluar. Tapi dengan izin Allah, ayah aku boleh terbangun waktu tu, nampak mak aku macam meronta-ronta. Terus dia bukak lampu dan azan bilik tu. Dah azan kuat gitu aku dengan adik aku terbangun la. Benda tu terus hilang dan mak aku dah tercungap-cungap macam baru join marathon.

Lepas dari kejadian-kejadian tersebut, ayah aku pun dah syak benda tak elok masih ada dalam rumah kami. Kemuncaknya adalah tentang arnab-arnab kami kat belakang rumah. Kandang arnab tu betul-betul belakang bilik mainan aku. Arnab-arnab kami tu adalah dalam berpuluh ekor jugak lah tiba-tiba satu malam tu depa buat bising, lompat sana sini macam nampak benda. Diorang macam gegarkan kandang tu nasib tak roboh. Ayah dengan mak aku jenguk lah kat luar sebab bising sangat bunyinya. Waktu tu dalam lebih kurang jam 11 malam. Mak aku kata dia ternampak kelibat orang kat belakang tu sebab kat belakang rumah tu memang ada laluan kecil untuk orang lalu lalang. Ayah aku ingat pencuri tapi bila jerkah je benda tu terus hilang. Gelap warna hitam pekat, besar dan bentuk macam badan Hulk. Lepas benda tu hilang terus arnab-arnab aku senyap macam takde benda berlaku. Meremang pulak aku.

Dah jadi macam tu, ayah aku ape lagi. Terus la dia telefon Ustaz Arif malam tu jugak. Takleh tunggu woo. Maka bergegaslah Ustaz Arif datang ke rumah kami. Tepat dalam jam 12 lebih tu dia sampai. Sorang. Memula masa dah sampai tu dia berdiri je depan rumah kami. Waktu tu dia dah rasa benda ni sangat kuat auranya macam dilindungi oleh tuan rumah.

Ayah aku waktu tu nak keluar dari rumah sambut Ustaz tu, tapi Ustaz tu kata campak je kunci biar aku buka sendiri pagar ni. Hah gitu. Maka ayah aku pun campak lah kunci rumah beliau ke arah Ustaz tersebut sambil beliau dan mak aku tunggu dari dalam rumah. Waktu nak bukak pagar tu pun terasa berat betul nak tolak padahal pagar tu ringan je. Dah settle sesi tolak-menolak pagar, Ustaz pun nak menapak lah ke balkoni rumah. Waktu dia pijak je lantai balkoni tu, terasa sejuk sangat lantai tu rasa macam mencucuk-cucuk kaki beliau. Waktu tu pun tiba-tiba angin kuat kat luar macam nak hujan. Tapi Ustaz tu terus masuk je sambil berzikir.

Selamat masuk rumah, belum tentu selamat berada dalam rumah tu. Waktu Ustaz tu masuk, dia habaq dekat mak aku,

“Ina, dimana anak engkau si Ninot (ala nama betul aku la takkan nak letak sini) itu? Panggil dia turun,” arah Ustaz tu kat mak aku.

Mak aku pelik la rasa tapi dia naik terus kejutkan aku bangun. Kakak-kakak aku dan adik aku pun kena kejut bangun join sesi berubat kat bawah. Dah selamat duduk semua, Ustaz tu pun mula sesi berubat beliau. Mula-mula tu dia terus pergi bilik mainan aku. Dari bilik mainan aku tu memang ada tingkap yang boleh nampak laman belakang rumah tempat dimana kandang arnab aku berada. Lepas selesai dia baca ayat-ayat pendinding beliau, Ustaz Arif pun terus ke depan.

Tiba-tiba aku bersuara. Hah kau terkejut semua orang.

“Kenapa kau bawa dia kesini? Buat apa dia kemari? Aku boleh jaga rumah ni! Tiada orang lain boleh ambil alih tempat aku!” suara aku waktu tu memang garau macam bertahun-tahun sakit tekak.

Ustaz Arif tu rilek je sambil baca ayat-ayat ruqyah. Dia mula dengan surah al Fatihah lepas tu surah Al-Baqarah ayat ke 30 dengan ayat-ayat lain sebagai pendinding diri. Bila dia baca surah Yasin ayat ke 9 “Waja’alnaa min baini aidiihim saadan wa min khalfihim saddan fa aghsyainaahum fahum laa yubshiruun” pastu tiup kat aku. Aku apa lagi naik hantu lah. Rasa panas gila kepala ni macam nak meletup. Mak aku masa pegang aku habis tangan dia kena gigit oleh aku. Ayah aku dah nampak macam tu terus dia pegang kepala aku. Kakak-kakak aku pulak pegang kaki aku. Bayangkan masa tu aku ada asthma, tubuh kecil tapi sampai empat orang pegang aku beb.

“Aku dah janji untuk jaga mereka ini! Kau jangan kacau keluarga ni!” suara garau aku keluar lagi.

“Siapa yang hantar kau? Mereka ini ada Allah untuk jaga mereka. Sebelum aku hapuskan kau, baik kau bagitau. Siapa hantar kau ?!” Ustaz tu mula dialog dengan aku.

“Hahahaha. Kau tidak tahu apa yang di depan dan di belakang, di kiri dan kanan bahkan di atas dan bawahmu. Kau tidak akan tahu wahai manusia..” aku mula ulang ayat yang sama keluar dari mulut ayah aku masa dia kena rasuk dulu.

Ustaz Arif waktu ni dia dah rasa benda ni ada kaitan dengan botol kecil yang mak aku lekat kat atas pintu depan tu. Cuma dia masih lagi nak bersoal jawab dengan aku. Last-last dia fedup sebab benda dalam badan aku tak nak keluar. Dia ambil lada hitam Sarawak yang biji besar tu, dia baca ayat-ayat sikit pastu tenyeh kat ibu jari kaki aku. Meraung macam pontianak sebab nyaring suara aku waktu menjerit tu.

“Kau nak keluar ke tak nak?” soal Ustaz Arif.

“Sik mauk! Aku jaga rumah tok sampe bila-bila alek!” dah mula bahasa Sarawak keluar dari mulut aku.

“Mun kau sik mauk keluar, aku terpaksa lah juak munoh kau tok.” Ustaz Arif pun lawan guna bahasa Sarawak jugak.

Lepas tu Ustaz tu pun mula baca surah-surah yang patut untuk halau benda tu keluar dari badan aku dan juga dari rumah aku. Dah lama-lama lawan tu aku rasa benda tu fedup sebab dia tahu dia akan kalah jugak dengan kuasa Allah. Aku tak ingat lah macam mana benda tu keluar tapi Ustaz Arif kata bila dia buka pintu depan tu memang ada angin menderu keluar dari rumah tu. Kertas A5 yang terlekat kat atas pintu tu terkoyak hampir sikit lagi botol kecil tu nak terjatuh.

Lepas tu, Ustaz tu pun ambil kerusi kat dapur dan bawa pergi dekat pintu depan tu dan terus tarik kertas A5 tu dengan berhati-hati. Botol yang ada kat dalam tu jadi warna hitam macam hangus terbakar beb. Ustaz Arif ada baca-baca sikit dekat dua benda tu lepas tu dia bungkus dengan kain putih.

Rupa-rupanya, selama ini, kami ingatkan botol tu cuma macam ada letak air bacaan yassin atau air penawar je dalam tu. Tapi sangkaan kami meleset sebab dalam tu kan ada kain kuning. Kain kuning tu ada ayat jampi untuk benda tu jaga rumah kami. Ikut kepercayaan diorang orang-orang dulu, walaupun diorang agama Islam, tapi diorang masih lagi kuat mengamalkan adat-adat lama macam pakai pendamping atau jagaan bila masuk hutan atau pergi ke mana-mana sekalipun. Ayat-ayat Jawi yang tertera kat kertas A5 tu sebenarnya ayat jampi tapi dalam tulisan Jawi. Kalau korang nak salahkan Pakcik Jack tu pun tak boleh sebab dia cuma tolong ikhtiarkan untuk kitorang je.

Lepas Ustaz Arif dapat hapuskan entiti-entiti tersebut dari rumah kami, dia cerita dulu memang ada sihir pemisah tu ditujukan pada ayah aku. Tapi lepas Pakcik Jack datang ubatkan ayah dan bagi botol tu, botol tu sebenarnya lah yang attract benda-benda lain masuk rumah. Sihir pemisah tu memang masih melekat lagi sehinggalah Ustaz Arif datang ubatkan ayah aku waktu mula-mula dulu. Tapi waktu tu, benda lain dah dibuang. Tapi yang datang dari botol ni tak dibuang. Taktau lah waktu tu Ustaz Arif perasan ke tak wallahualam.

Ustaz Arif tambah, semua kejadian yang berlaku di rumah kami ada kaitan dengan botol tu. Dari kemalangan adik aku, sampailah arnab-arnab kami tu semua memang berkait rapat. Tentang diri aku yang jadi perantaraan ialah kerana aku ada sakit asthma dan benda tu suka dekat aku. Rupa-rupanya tiap malam benda tu perhati aku tidur. Gila seram wei. Patung-patung dalam bilik mainan aku pun semua dah dibuang sebab Ustaz Arif kata patung-patung tu boleh menjadi salah satu sebab kenapa benda tu suka nak berdamping dengan kita.

Bila mak aku cerita semua ni kat aku, waktu tu umur aku dah 20 tahun dah. Patut lah selama ni aku memang dapat rasa kewujudan benda tu di sekeliling aku. Pernah aku tanya dekat mak aku, tapi mak aku kata perasaan aku je tu. Ada lagi satu cerita ni tentang orang yang dah mati tapi aku nampak depan mata aku sendiri. Okaylah.sampai sini saja. Sekian terima kasih.

Ninot
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Editorial Department

View Comments

Share
Published by
Editorial Department

Recent Posts

Kepala Berguling!

Terima kasih kepada team FS dan jemaah pembaca FS. Kali ini aku nak kongsikan cerita pengalaman salah seorang sahabat aku.....…

3 hours ago

BAWAK BALIK KAWAN

Terima kasih kepada admin sebab publish cerita ni. Cerita ni bukanlah cerita yang terlalu menyeramkan tetapi lebih kepada untuk berkongsi…

13 hours ago

Bayang Hitam Misteri

Assalamualaikum semua. Aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri yang bagi aku seram juga bila diingat semula.. Aku perempuan & berumur…

19 hours ago

HANTU JERANGKUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Ariana(bukan nama sebenar) dan berumur dalam lingkungan 20-an. Peristiwa ini telah hampir setahun berlalu.…

1 day ago

Silat Pusaka Batin

Assalamualaikum pembaca FS.Aku dikenal sebagai Nia. Seni silat di dalam masyarakat melayu sangat tidak asing lagi. Majoriti orang mlayu tulen…

2 days ago

BELAAN DATUK

Assalamualaikum buat semua pembaca tegar Fiksyen Shasha. Untuk pengetahuan semua ini merupakan penulisan aku yang pertama kali si FS. Tetapi…

2 days ago