Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca FS. Seandainya cerita ni admin siarkan, terima kasih saya ucapkan. Saya Nur, umur 27tahun. Saya ada beberapa pengalaman nak diceritakan disini tapi tak sure bagi korang seram atau tak, tapi bagi saya dah cukup seram. Saya akan bahasakan diri ‘aku’ untuk lebih selesa sikit bercerita.
Ok lets start, dalam banyak2 aku paling seram dengan Pocong . Sebabnya masa kecil2 dulu pernah ade pengalaman kena badi mayat. Ni mak aku yang ceritakan balik, setiap kali bwk pergi melawat orang meninggal, balik tu aku terus meracau2 menangis tanpa henti sampai mk bpk aku kena panggil ustaz utk ubatkan aku. Aku punya trauma tu sampai ke harini masih ade lagi. Even arwah bpk mertua aku dan kawan aku meninggal pun, aku trauma.
Berhari hari nak pulihkan semangat aku tu balik. Nak dijadikan cerita, masa aku darjah 6 tahun 2004 sekolah aku ada buat kem motivasi kat gombak 4hari 3malam,so pada malam ke2 kitorang ada aktiviti berjalan sorang2 dalam hutan, tak sure masa tu jam berapa tapi dekat2 tengah malam jugak lah. Masa pergi, semua berjalan lancar takde masalah, masa nak balik tengah turun bukit kecik tu la ada terjadi sesuatu.
Masa tu kitorang dibahagikan dlm 2group,aku group pertama dan yang tragisnya aku belakang sekali, belakang aku takde cikgu pengiring pun huhu. Group ke2 jauh kebelakang lagi belum sampai lagi masa tu. Aku ni jenis mata tak reti duduk diam, nak jugak melilau sana sini mata tu.
Kemudian terlintas nak pusing belakang nak tengok group ke2 tu dah sampai ke belum, masa tu la aku ternampak satu bungkusan warna putih tengah baring kat belakang tu. Jarak lebih kurang 10-20meter dari aku, aku ni rabun jauh masa tu pulak tak pakai spek, banyak kali jugak aku tengok benda tu untuk kepastian. Memang betul benda tu kat situ, benda tu baring macam jenazah, panjang dan besar tak tahu nak cakap macam mana tapi memang bukan saiz manusia biasa la. Aku dah takut gila masa tu, sebab aku memang trauma dengan benda tu, aku tolak kawan aku kat depan suruh cepat sikit turun sebab ada Pocong kat belakang aku, kawan aku marah aku balik suruh diam jangan cakap mengarut huhu. Dia tak tahu aku macam nak terkencing kat belakang tu, dah selamat turun tu alhamdulillah tak jadi apa2, cuma nak pergi tandas sorang2 memang tak berani la lepas kejadian tu. Dhla belakang tandas tu hutan, lampu pun suram je jauh pulak dari tapak khemah kitorang.
Ok cerita ke-2 pulak berkaitan dengan mak aku. Masa tu tahun 2003 ke 2004 tak silap aku la, Masa tu kitorang baru pindah rumah baru. Kitorang duduk setinggan dulu, dapat offer rumah ppr kat PPR BATU 5. Ni kalau budak2 ppr sana baca ni mesti kecoh. Masa tu ppr tu baru je orang duduk, kat situ cuma ada 2 blok je. Aku duduk blok A, blok A dah hampir full. Yang aku nak cerita ni pasal blok B, blok B ni sampai tingkat 6 je ada orang. Tingkat 7 sampai 17 masih kosong. Mak aku kerja sebagai cleaner kat ppr tu, kisah ni mak aku yang cerita.
Masa mak aku pergi menyapu kat blok B, mak aku pergi dengan kawan2 cleaner dia la tapi diorang berpecah kat setiap tingkat. Mak aku kat tingkat 10,tengah menyapu kat kawasan lif tiba tiba ada orang pegang penyapu dari belakang. Mak aku ingat kawan dia nak bergurau, mak aku marah la tapi dia takde la pusing belakang tengok siapa kan, Lepastu dia sambung buat kerja, orang tarik lagi penyapu tu dari belakang. Mak aku pusing belakang kononnya nak marah la ‘orang’ yang dia sangka kawan dia tu, sekali ‘orang’ tu takde kepala!, bentuk badan lelaki. Mak aku ape lagi tak cakap banyak dah terus turun tangga sampai tingkat bawah sekali.
Mak aku cakap masa tu punyalah takut sampai tangga yang dia turun tu macam 2tingkat je. Padahal dari tingkat 10 dia turun tu. Mujur tak terkencing dalam seluar je . Naik bulu roma bila mak aku cerita, kat blok B memang terkenal dengan lembaga takde kepala masa tu. Pernah satu ketika, ada satu rumah kat tingkat 6 owner rumah tu balik kampung, masa tu hari raya. Jiran sebelah tu tak balik kampung, masa tu tengah malam dah jiran tu balik rumah baru lepas beraya. Dari jauh dia nampak kat depan rumah sebelah dia tu macam ada orang, dia ingat owner rumah tu dah balik. Sekali bila dah dekat, rupanya orang takda kepala tunggu kat situ. Terus lari la jiran tu takut, nak masuk rumah pun benda tu tunggu kat sebelah rumah dia, memang tak la dia nak pergi situ kan. Huhuhu, tapi benda tu berlarutan tak lama, lepas panggil ustaz untuk bersihkan kawasan situ alhamdulillah sekarang takde dengar lagi la peristiwa macam tu lagi. Sekarang tempat tu pun dah maju, ramai orang dah duduk situ.
Cerita ke-3 pulak melibatkan aku dan suami. Aku tak ingat tahun berapa dalam 2011-2012 macam tu la, masa tu kitorang ada kat kampung suami, belum ada anak lagi masa tu. Jam pukul 1 atau 2pagi kalau tak silap, suami bukak tingkap bilik sebab dia nak merokok. Tingkap kat kampung yang jenis kayu, ada dua pintu tu. Korang boleh imagine tak? Bila dia bukak tingkap belah kiri tu, aku tengok die macam terkedu kejap lepastu die panggil aku suruh tengok ke luar, die tunjuk sesuatu kat sebelah kiri tingkap die tanya aku ada nampak sesuatu tak? Aku pun tengok ke tempat yang die tunjuk tu, Allahuakbar, terkejut aku masa tu jantung ni jangan cakap lah, rasa macam nak tercabut rasa. Punya lah laju jantung aku bergerak bila tengok benda tu. Aku nampak macam kain putih kat kayu ampaian seolah olah macam pandang kat kitorang. Mujur aku tak menjerit masa tu, suami aku tanya tu benda ape, bukan hantu kan? Aku ni dah lah rabun malam ditanya pulak aku soalan tu. Aku perhatikan benda tu betul2, rupanya alas meja warna putih yang jenis plastik tu dijemur kat kayu ampaian. Mak mertua aku yang letak situ. Menakutkan orang je tau, aku dah lemah jantung masa tu huhuhu sabar je lah.
Itu la sedikit sebanyak pengalaman yang aku dapat ceritakan buat masa ni, actually ada banyak lagi tapi maybe lain kali aku akan cerita lagi, pengalaman mak aku kat tempat kerja dia yang lain pulak. Pengalaman mak aku lagi menyeramkan dari aku huhuhu. Maaf kalau ayat berterabur sikit. Terima kasih sudi membaca kisah aku yang tak seberapa ni. Wassalam
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
First comment
banyakkan membaca cerita seram yg lain..ini just pengalaman yg dipendekkan cerita..so xberapa menarik…isi dh ada tinggal nak huraikan bagi menarik ja..aku sebagai pembaca tak boleh nk “masuk” dalam cerita kau ni..mean xboleh nak berimaginasi yg “aku” tu aku…pls tambah baik lagi cerita kalau nak share..
Nice…nnti keluaq misteri nur 3 plk…Hahaha