Pocong Hospital di Negeri Sembilan

As Salam … bertemu kita kembali di ruangan Fiksyen Shasha. Hopefully semua (pembaca dan admin) enjoy baca cerita aku. Kisah yang aku nak ceritakan kali ini adalah antara aku dan pocong.

Pada satu hari (2012) aku balik lewat kerana menghadiri satu program yang berkaitan dengan kerja aku sebagai PA (waktu tu lar). Sesampai di rumah nak dijadikan cerita anak ku yang masa tu baru berumur setahun lebih cedera di dahinya akibat terhantuk ke bucu dinding. Luka didahinya agak besar. Lalu tanpa bertangguh aku kejarkan dia ke hospital (salah sebuah hospital yang terdapat di Negeri Sembilan).

Dipendekkan cerita setelah luka didahinya di jahit kerana besar dan dalam, kami terus beredar ke farmasi dihospital tersebut. Sewaktu itu aku aktif dalam politik maka follower dan friendlist aku beribu ribu di FB. Aku juga sewaktu itu sangat aktif ber’FB’ so aku agak sakai berFB dah semacam ketagihan nak meng’update’ segala macam hal.

Maka setelah mengambil nombor giliran aku kembali keruangan ‘coridor’ yang menghubungkan blok2 hospital itu serta nun di penghujung coridor lurus itu adalah bilik mayat. Aku berdiri ditengah2 coridor dan snap gambar yang bagiku perfect view.

Aku sikit pun tak rasa takut waktu tu kerana bersebelahan tempat menunggu ubat diruangan farmasi tu terdapat dua tiga orang security guard yang mengawal pintu pagar ke wad (tingkat atas – hospital tu 2 tingkat sahaja). Aku sikit pun tak berfikir apa apa. Aku postkan ke Wall FB menyatakan aku kini berada di Hospital yang sunyi jam 1 lebih pagi dan dalam suasana yang begitu timbul idea aku nak menyambung karangan cerita hantu yang sedang aku tulis (kegemaran aku waktu tu).

Aku mendapat feedback tak sampai 10saat. Notification berbunyi2 di handphoneku. Aku terus buka, like bertukar angka membuatkan aku tersenyum kemudian komen komen pun masuk. Komen yang kelima membuatkan senyumanku terhenti.

Fren : aku nampak sesuatu lah Mas.
Aku (balas) : nampak apa.
Fren : kau kat hospital mana nie
Aku : HTAN .. kenapa
Fren : kau tengok balik pic yang kau send tu mas. Apa yang bersandar di dinding tu.
Aku : kau jangan takutkan aku achik.
Fren : Serius mas ko tengok betul betul.

Aku kembali membuka picture yang aku post. Tak puas hati aku zoom (waktu tu aku hanya pakai samsung young jea) sekilas. BENAR, nampak gula gula tengah bersandar di dinding dalam jarak tak sampai 10 meter dihadapan aku.

Kerana rasa macam tak percaya tambahan ada security guard kat depan, aku kembali ke tengah tengah coridor. KOSONG, takde sesapa/’benda’ pun bersandar di tiang tersebut. Aku menghampiri tempat itu sambil diperhatikan oleh security guard yang kelihatan pelik dengan perangai aku. Aku tertinjau tinjau ke kawasan sekitarnya. BENAR BENAR KOSONG. Security tu pun bertanya adakah aku kehilangan barang berharga …. tak! jawabku ringkas.

Aku kembali ke kedudukanku sebelumnya dan snap semula gambar. EH!! ADA LAGI LAAAHHH … namaku dipanggil dan aku offkan handphone, lagipun notification bertalu talu berbunyi membuatkan aku bertambah cuak. Setelah mengambil ubat dan diterangkan tentangnya, aku beredar secepat mungkin. Sesampainya di rumah setelah urusan tentang anak ku selesai aku on kan semula fon ku. Aku zoom semula gambar itu dan amati. Berfikir sendiri …

Tiba tiba aku teringat dua kejadian yang hampir serupa menimpa adik lelaki ku dan aku lama dulu. Pertama terjadi sewaktu aku hiking di Gunung Berembun (kalau ada masa nanti aku cerita ya) dan kedua semasa adik lelakiku lepak bersama sama temannya setelah menghantar temannya pulang ke rumah dia berhenti di sebatang jalan yang sunyi tanpa kereta (highway) waktu itu.

Baru belasan tahun dan fikirkan perkara itu rare rakannya yang lain snapkan gambarnya berdiri berseorangan ditengah tengah jalan. Esoknya mereka lihat semula gambar tersebut. Adik saya tak hisap rokok tapi kelihatan seperti asap betul2 dibelakangnya, bila dizoom sedikit yang difikirkan asap itu rupanya imej seorang perempuan berambut panjang, semakin dizoom semakin jelas kelihatan, sayangnya gambar itu tidak dapat disavekan kerana zaman tu FB belum wujud ahahahhaa …

11 thoughts on “Pocong Hospital di Negeri Sembilan”

Leave a Comment