Pocong Jelmaan

Kampung aku terletak di salah satu kawasan pedalaman di Perak. Banyak parit dekat kawasan sana. Kalau ada kematian, tak sah kalau tak balik, sebabnya, abah sangat rapat dengan penduduk kampung tu. Jadi kalau ada kenduri, kematian, wajib balik kampung.

Pada satu hari, ada sorang pakcik yg lebih tua dari abah aku, dia semakin nazak. Dia lebih rapat dengan paklong aku berbanding adik beradik abah yang lain. Tambahan pula, paklong selalu meluangkan masa dengan rakan-rakan dan pakcik kalau ada kesempatan masa sejak perginya arwah isteri.

Sewaktu nazak tu, pakcik sangat mengharapkan untuk bertemu dengan paklong. Tapi apakan daya, paklong sibuk bekerja (sebagai anggota bomba juga mcm abah). Jadi, pukul 4 petang pakcik tu disahkan meninggal. Kami temani pengebumiannya, dan waktu dia nak meninggal tu, sangat susah, sangat seksa. Paklong aku yang sibuk tadi tu sempat lah pulang ke kampung dalam pukul 9 malam macam tu.

Dengan beraninya dia jalan kaki dari rumah atok aku ke rumah arwah pakcik tadi berbekalkan lampu suluh dan lampu jalan kampung je. Fuhhh! Alasan dia redah gelap malam tu, katanya nak berjumpa keluarga arwah untuk minta maaf sebab tak sempat jumpa arwah pakcik petang tadi. Sesudah sampai di rumah arwah, paklong aku tengok rumah dah sunyi gelap gelita! Dan keadaan rumah nampak sangat usang seperti tak pernah berpenghuni! Jadi paklong aku pun buat keputusan untuk berpatah balik ke rumah atok aku. Dalam perjalanan tu..

Prakkkk!!

Bunyi ranting dipijak..

Paklong pusing di belakang, dia nampak arwah pakcik! Tapi sebabkan dia rindu sangat dengan arwah, terus dia peluk tanpa fikir panjang. Arwah pakcik kelihatan pakai baju kegemaran yang sama seperti selalu (kemeja kotak hitam merah) dan muka yang pucat dapat dilihat samar-samar bawah cahaya lampu kecil. Dan paklong aku tiba2 tersedar bahawa arwah pakcik tu dah meninggal. Terus dia salam tangan arwah dan mulakan langkah laju berlari anak!

Dalam berlari anak tu, paklong aku terdengar bunyi hentakan demi hentakan belakang dia. Sekali dia pusing belakang, kelihatan satu pocong yang pucat dan penuh tanah sedang menghadap berdepan paklong aku. Dan benda tu terus melompat laju ke arah paklong!

Arghhhh!!!

Paklong terus menjerit tapi kakinya terasa berat!

Peluh membasahi seluruh badan paklong dan terus paklong pengsan disitu.

Dah pukul 12 malam, kelibat paklong pun takde, jadi kami adik beradik buat keputusan untuk cari paklong. Selepas 10 minit kami sekeluarga mencari, abah terima panggilan daripada orang kampung. Paklong telah dijumpai ditepi jalan dengan keadaan yang pucat lesi dan basah berpeluh. Dan didapati pakaian paklong kelihatan sama dengan pakaian kegemaran arwah pakcik..

Setelah paklong dibawa pulang, abah menceritakan kepada paklong tentang arwah pakcik. Pakcik sebenarnya ada belaan pocong tapi tak tahu nak turunkan pada siapa. Jadi arwah pakcik cari orang yang terdekat dan rapat dengan dia , iaitu paklong aku, utk dijadikan tuan baru kepada belaan pocong tu. Dan sejak hari itu, setiap malam pakcik aku diganggu pocong yang selalu tidur disebelah dia.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Que

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.