Pocong Melompat di Koridor

Assalammualaikum semua pembaca FS. Hari ini aku rajin nak menulis sambungan untuk cerita “Gangguan Malam Isnin”. Tak ada kena mengena pun sebenarnya dengan cerita tu, boleh ja baca terus cerita ini. Terima kasih sebab sudi baca dan yang komen membina tu, saya sungguh terkesan, hukhuk. Sedikit pengenalan, nama aku Nana. Dalam cerita kali ini, latar tempatnya sudah berubah kerana aku sudah berpindah ke sekolah berasrama penuh yang lain di Barat Daya, Pulau Pinang. Aku asingkan pengalaman aku mengikut tingkatan supaya aku senang nak cerita dan semua ini berlaku dalam persekitaran sekolah ja. Bagi yang tak tahu, asrama ni dah lama, so memang agak keras lah, harap paham paham ja ye, huhu. Haah, okay, tu ja nak habaq.


Kisahnya bermula sebegini…
Tingkatan 1:
Permohonan pertukaran sekolah yang aku hantar telah diterima dan diluluskan, dan tertera dalam surat tukaran itu bahawa aku harus mendaftar di sekolah baru pada 13/6/2011., aku ingat ja tarikh tu, tak tahu lah kenapa. Sekolah yang aku bakal daftar ni, boleh dikatakan dekat sahaja dengan rumahku. Lima belas minit perjalanan. Dekat la kan? Okay. Hari aku daftar di sekolah itu, aku ingat lagi ada beberapa pelajar yang berjalan di depan pejabat sekolah dan tersenyum kepadaku. Aku mula rasa bahawa sekolah ini mungkin memberi harapan untuk aku mula berkawan.

Pelajarnya nampak begitu mesra, hatiku mula berbunga. Sejurus selepas daftar dan kemas barang di atas, ada dua orang senior yang bertugas sebagai fasilitator pada hari itu, mengajak aku dan seorang lagi pelajar tukaran yang berkongsi bilik dengan aku untuk turun ke DSG (dewan) dan menyertai pelajar lain berminggu aktiviti di sana. Sebelum terlupa, aku sudah berkawan dengan pelajar tukaran di bilik aku semasa berkemas tadi. Namanya, Nurul. Kami ditempatkan di bilik yang paling depan di wing kiri blok C, aras bawah. Pada awalnya, aku bahagia kerana tiada perkara pelik berlaku.

Seminggu berlalu, aku mula untuk ‘homesick’ dan setiap masa yang ada aku akan cuba telefon mamaku. Masa-masa yang aku ada termasuklah semasa kudapan, selepas sekolah, sebelum prep petang, selepas prep petang, dan selepas prep malam. Aku pun pelik banyak betul duit aku beli kad Helo untuk guna dekat telefon awam warna hijau tu. Seminggu tu, entah berapa la kan tapi tak menyesal pun, ya lah, call mak untuk dapat semangat belajar kan. Huhu, nak dijadikan cerita, semasa aku call mama selepas prep malam tu, aku nampak seekor lembaga dok sempoi ja belakang pokok apa nama entah tapi macam semak pun ada. Kedudukan dia tu macam nak cak-cak dengan aku la, tapi sebab aku dah semacam punya immune dengan benda macam ni sebab homesick aku lagi kaw, so aku buat taktau ja walaupun dok takut terketaq-ketaq dah. Benda tu benda hitam yang bertubuh besar tapi sebab gelap, aku tak berapa pasti berbulu atau macam mana. Disebabkan aku nampak benda tu, aku pun mengada lah call mak aku menangis nak balik. Aku beritahu homeroom dan dapat cuti dua hari. Lega dapat duduk rumah. Sekurang-kurangnya dengan keluarga, dah tak takut sangat.

Tak lama lepas tu, aku kena kacau lagi. Kalini, musim peperiksaan, aku dan kawan-kawan aku sedang berkaraoke pada pukul 2/3 pagi. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di tingkap. Kami menjenguk ke luar, dan tiada apa-apa pun yang ada di luar, bagi pengetahuan semua, bilik aku bilik paling depan, so tingkap pun banyak, macam bentuk L. Setelah yakin tiada sesiapa yang ketuk, kami pun sambung nyanyian.

Aku & kawan-kawan: “Kaulah bidadari dalam hidupku, kau selalu hadir di dalam mimpiku…”

Tok!tok!tok! Bunyi tingkap diketuk. Kami berpandangan sesama sendiri. Keliru. Diam.

Suasana bertukar menjadi seram dan kami mula rasa tidak sedap hati. Ketika itu jugalah, kami nampak sekujur tubuh yang sedang melompat-lompat bermula dari hujung L di depan blok dan melalui tingkap bilik aku tu. Langsir masatu ditutup, nasib baik. Kami yakin itu adalah encik gula-gula. Kami pun kemas-kemas buku yang tadinya dibuka tapi dibiarkan kerana leka bernyanyi dan terus menyelubungi diri masing-masing dan tidur.

‘Nasib baik dia tak tunjuk muka.’ getus hatiku.

Pagi itu, mungkin kerana terlalu takut, aku bermimpi perkara yang terjadi tadi. Tapi dalam mimpi aku, langsir dan tingkap bilik aku terbuka luas dan aku nampak wajahnya dengan jelas. Dia datang dari hujung tingkap sana dan berhenti betul-betul depan tingkap yang aku hadap. Kawan-kawan yang tumpang tidur bilik aku masatu semua tidur lena. Hanya aku dan ‘dia’. Ya tuhan selamatkan aku. Benda tu ketuk-ketuk tingkap depan aku dengan kepalanya. Boleh bayangkan tak seram dia macam mana? Esoknya aku terjaga dan aku terfikir adakah benda yang jadi itu hanyalah mimpi atau betul-betul terjadi. Aku pun tak pasti. Tapi rasa nya macam realiti.


Beberapa minggu berlalu, dan aku kena kacau lagi. Kalini masa aku tengah mandi. Aku dah mula jadi pelajar yang tak berapa ‘nerd’ dan mula nak berjimba (break the rules). Masatu dah nak maghrib, dan ramai pelajar dah turun ke surau untuk berjemaah tapi aku dan kawan-kawan aku masih belum mandi. Aku pun pergi mandi lepas tengok masa dekat jam tangan dah lambat sangat. Takut. Semasa tengah mandi, ada bayang yang lalu depan ‘shower’ aku dan berhenti, lalu mengetuk pintu shower aku. Selalunya, aku boleh nampak kaki member-member yang ketuk untuk bagitahu ‘after weh’. Maksudnya mereka nak mandi selepas aku, macam chop la. This ‘thing’ right here tak ada selipar, tak ada ‘after’. Pelik. Sebab, aku sangat yakin, kawan-kawan lain yang lambat pun dah mandi. Aku yang terakhir dalam toilet.
Selepas dari beberapa kejadian tu, aku ‘cuti’. Hahaha. Tak kena kacau dah.


Tingkatan 2:
Gangguan terjadi lagi. Aku dan beberapa pelajar ting.2 yang lain menetap di aras atas. Satu aras terbahagi kepada dua wing, kanan kiri. Kami wing kanan. Satu wing hanya sepuluh bilik. Semua bilik tak ada pintu. Aku duduk di bilik 7 yang berhadapan dengan tandas, bersama empat lagi pelajar lain,Ain, Diana, Sha dan Wani . Kawan aku si Ain, jarang sekali tidur di katilnya dan setiap malam dia akan pergi tidur dengan kawan baiknya di bilik 10. Dia hanya akan datang untuk menyalin dan letak beg kemudian lepak bilik 10. Aku pun selalu lepak sana, tetapi aku jenis tak suka tidur kat katil orang lain. Tak serasi. Ada sebab aku bagitau ni. Nanti kat bawah sikit hampa akan tahu. Semasa aku dalam tingkatan 2, aku kerap mengigau dan ‘sleepwalking’. Banyak benda yang aku lakukan semasa aku tidur, kalau tak jalan, aku akan kemas katil, kibas-kibas katil dan bercakap yang entah apa-apa.

Diana, Sha dan Wani  selalu cerita kat aku apa yang aku buat malam sebelumnya pada esok hari. Ada sekali tu, aku berjalan dan pergi ke bilik kawan aku, bilik 6 dan mintanya supaya bangun kerana aku mahu tidur di situ. Posisi katilnya sama seperti katil aku di bilik 7 jadi mungkin sebab tu aku mamun. Kawan aku bangun dan cuba kejutkan aku, setelah beberapa kali goncang badan aku, aku sedar dan kembali ke bilik. Aku ceritakan apa yang berlaku kepada mama, dan mama cakap mungkin aku mengigau biasa biasa. Biasa lah budak baru nak up. Hmm.

Malam kejadian adalah malam jumaat. Keesokan paginya kami akan menduduki ujian pertengahan semester dan mata pelajaran yang bakal diuji adalah sains. Fuh, malam ni jugak la nak jadi pun kan. Aku keluar dari tandas dan menuju ke pintu bilik, alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat satu tubuh gadis yang persis Ain sedang duduk memeluk kakinya di atas katilnya. Rambutnya yang panjang itu menutupi sebahagian kakinya. Aku perasan bahawa itu adalah pakaian Ain tapi kenapa kulitnya begitu pucat sampai jadi kelabu. Aku yakin itu bukan dia dan berlari keluar menuju ke bilik 10 untuk memastikan Ain ada di sana. Sangkaan aku tepat!

Ain bergelak ketawa di sana dengan teman-teman yang lain dan aku memberitahu mereka apa yang aku lihat dan meminta agar Ain tidur di katilnya malam ini. Ain sebenarnya agak takut, siapa tak takut kan, katil sendiri ada ‘benda’ tumpang. Kami pun berjalan semula untuk ke bilik kami, semasa hendak masuk ke bilik, ‘benda’ yang tadi tu ada di bawah, di tepi loker dan tiba-tiba terus hilang. Apa motifnya? Aku tak tahu, mungkin ‘dia’ tumpang sebab dah lama katil tu tak berpenghuni.


Sejujurnya aku lega kerana Ain mahu tidur di katilnya. Setelah beberapa helai keping mukasurat buku sains itu aku baca, aku pun sudah putus asa dan mahu tidur. Katil dah dikemas, bantal dah ditepuk, menandakan aku sudah bersedia untuk tidur. Kawan-kawan yang lain suka berjaga malam dan meneruskan persediaan untuk ujian esok hari. Dalam tidurku, aku mendengar cakaran di tepi katil aku. Tepi katil aku tingkap, yang menghadap hutan. Aku yakin bunyi cakaran itu dari tepi aku! Bukan cakar saja, malah ‘dia’ membuat bunyi yang seperti ‘Ssss’. Aku cuba mengabaikan bunyi itu tapi aku terlalu takut dan membuka mata. Lagi teruk bila aku nampak kepala tanpa badan melilitkan rambutnya yang panjang di lampu bilik aku. Lampu bilik aku mempunyai tangkai yang panjang. Takut aku tak dapat digambarkan dan aku terus bangun dan duduk di atas katil aku dan memeluk kakiku dengan erat, menangis berharap benda-benda itu semua tak kacau aku lagi. Tiba-tiba bahu aku ditepuk oleh Sha dan Wani, aku ditanya kenapa berkelakuan begitu dan aku hanya berdiam diri.

Mereka tahu ada sesuatu yang terjadi kat aku dan cuba meredakan aku. Beberapa doa dibaca di telinga aku dan aku mulai reda. Melihat ke dalam mata aku, mereka pasti aku terlihat sesuatu dan bukan igauan yang selalu mereka lihat. Aku meminta agar Wani menemani aku tidur dan dia bersetuju.

Mungkin kerana auranya yang keibuan, aku lena dalam ketakutan sampai esok. Malam yang aku tak boleh lupa dalam hidup aku. Esoknya selepas ujian barulah aku berani menceritakan apa yang terjadi semalam dan mereka bersyukur mereka tidak melihat ‘mereka’.

Apa yang ‘mereka’ mahukan dari aku? Kenapa aku? Kenapa malam ni ‘semua’ nak kacau aku? Banyak persoalan yang menerjah masuk ke kotak fikiranku waktu itu. Setakat itu sahaja cerita kali ini. Terima kasih sudi baca dan hati-hatilah setiap masa. Ada yang sentiasa memerhatikan. Minta maaf banyak-banyak jika saudara/saudari tak berapa faham apa yang saya cuba sampaikan. Salah dan silap, tegurlah ya.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment