Pocong Muncul Selepas Pengebumian Atok

Hai Selamat sejahtera semua kepada pembaca Fiksyen Shasha. Nama aku Maya . Umur aku 26 tahun. Aku berasal dari Kelantan. Adik beradik aku ramai. Dalam cerita ini, hanya beberapa nama ahli keluarga aku sahaja disebut sebab berperanan besar dalam cerita ini. Maaf kalau cerita aku ni tidak berapa seram, tapi bagi aku, ini lah pengalaman yang paling seram dan pertama yang pernah aku lalui.

Cerita ni bermula ketika arwah atok aku meninggal dunia sewaktu aku berumur 10 tahun. Arwah meninggal lebih kurang waktu tengahari di kampung arwah sendiri dan dikebumikan selepas waktu Asar. Aku juga sempat mencium arwah sebelum dikebumikan, aku tengok semua orang menangis termasuk mak aku, tapi aku tak menangis cuma terkejut dan macam tak percaya ada kematian di depan aku.

Arwah memang baik dengan adik beradik aku dan terutama sekali yang paling rapat dengan arwah adalah mak. Selepas itu aku tengok arwah atok diusung orang kampung. Aku tengok dan renung saja.Tak berkata apa. Selepas itu kakak aku bernama Kak Na tanya dekat aku samada nak ikut dia tak pergi ke kubur nak kebumikan arwah atok.

Aku ikut dan sempat bertanya pada Kak Na kenapa abang aku yang berumur masa tu 11 tahun tak ikut, Kak Na cakap abang aku masa tu tengah meragam. Aku gelar abang aku sebagai Abang Di. Jadi Kak Na tetap suruh aku ikut. Dalam hati aku sebenarnya nak Abang Di ikut sama, maklum lah aku kuat cemburu dengan Abang Di aku tu sikit. Dengar kata lain, mana aku pergi Abang Di pun mesti ikut.

Ketika di tanah perkuburan, aku tengok dari jarak yang dekat arwah atok dikebumikan oleh orang kampung. Di tanah perkuburan itu lah, tetiba perasaan sayu nak menangis tetiba muncul. Aku tahan perasaan nak menangis, takut ada orang nampak. Malam itu, selepas tahlil arwah selesai, air mata aku mengalir sikit-sikit. Tidak berapa lama selepas itu, Kak Na aku datang. “Maya,malam ni Maya tidur sini ye kat kampung ni dulu, nenek dan yang lain-lain ada, tak muat kereta nak balik ramai-ramai”. “Hah,tapi kenapa?Abang Di balik sama tak?” Kakak aku balas “Jangan risau,Abang Di pun tidur sini juga, Kak Ni pun ada” Kak Ni merupakan adik kepada Kak Na aku. Jadi malam itu di ruang tamu nenek dipenuhi cucu-cucu nenek yang lena tidur termasuk aku, Abang Di, Kak Ni, sepupu-sepupu aku dan pakcik makcik aku.

Malam yang sepi itu sangat sunyi.Tiba-tiba aku terjaga dari tidur sebab terasa ingin buang air kecil. Aku kejutkan Kak Ni aku sebab aku tahu kalau kejut Abang Di aku takkan bangun, tidur mati. Kak Ni aku bangun dan temankan aku pergi buang air kecil. Selesai tu semua, aku dan Kak Ni nak tidur balik.

Jarak dari tempat tidur aku dan Kak Ni agak jauh sebab aku tidur sebelah sepupu aku. Sepupu aku tidur sebelah kanan aku, maknanya sebelah kiri aku, tak ada orang, aku yang hujung. Rumah arwah ni rumah papan, kalau berlari atau berjalan, pasti kuat bunyi papan. Tibanya masa aku cuba nak melelapkan mata, agak lama aku tunggu untuk tidur tapi tak dapat. Aku cuba panggil Kak Ni, tapi tiada respon. Aku pejam mata kembali.

Tetap tak dapat. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu rumah yang berada tidak jauh dari jarak aku tidur dengan kuat sekali. Aku terpaku dan pejam mata kuat-kuat sebab bunyi ketukan pintu seolah olah seseorang datang cuba nak robohkan pintu. Aku cuak. Bunyi bertalu-talu hampir 5 minit. Selepas itu keadaan tenang seketika.Tiba-tiba ada bunyi datang dari bawah rumah pula, bunyi macam seseorang sedang main susun kayu api.

Setahu aku, dulu orang yang rajin cari kayu api adalah arwah atok. Lama juga bunyi main susun kayu api tu. Aku ingat pada mulanya pakcik dan makcik aku yang main susun kayu api tu, tapi jam 3 pagi kot, siapa pula yang rajin nak susun pagi-pagi buta jam 3 pagi macam ni. Tak lama lepas tu, bunyi main susun kayu api tu hilang. Jantung aku tak payah cakap la memang dah bergerak laju dah, di tambah pula dengan air peluh yang mengalir lagi. Keadaan tenang seketika.

Aku tetap tak boleh tidur lagi. Kena kacau macam tu memang tak dapat la mata nak lelap dengan cepat. Selepas itu, entah kenapa tetiba saja kaki aku jadi kaku, jem, tak boleh bergerak. Mata aku pejam tak boleh bukak. Dalam hati aku apa pula la yang pegang dan tutup mata aku sampai tak boleh bergerak langsung.

Tangan pun sama. Tiba-tiba terasa kedua-dua kaki aku diangkat tinggi membuatkan sedikit badan aku terangkat, aku apa lagi terasa nak menangis, mulut terkunci, tangan tak boleh bergerak. Surah kursi atau apa-apa pun aku jadi automatik tak ingat.Tetiba aku hanya teringatkan 2 surah yang aku baru habis khatam iaitu surah Al-fatihah dan Al-Asr. Aku baca 2 surah tu.

Selepas baca, kaki aku jatuh perlahan-lahan dan tangan dapat bergerak. Dengan hembusan nafas tanda lega, perlahan-lahan aku buka mata. Aku merasa menyesal sangat buka mata aku waktu itu sebab aku terlihat sekujur tubuh berbalut kain putih berserta tocang di atas kepala sedang berdiri di depan hujung kaki aku dan tengah menghadap ke arah sebelah kiri aku.

Nasib aku baik dia menghadap ke arah kiri aku dan bukannya bertentang muka sesama aku. Jadi aku hanya dapat melihat sipi pocong itu mirip arwah atok aku yang baru dikebumikan selepas waktu Asar tadi. Selepas aku terkejut.

Aku pejam mata balik dan baca Al-fatihah berkali-kali dengan tunggang langgang sebab terlalu takut dan panik. Hampir 10 minit aku pejam rapat mata dan cuba buka semula. Alhamdulillah, Makhluk tadi dah tak ada, hilang. Aku lega. Aku pun tidur lena sampai la ke pagi esok nya, Aku cerita kat semua orang yang tidur kat rumah tu. Mak cik aku cakap dia pun ada terdengar juga bunyi ketukan pintu yang kuat, Tapi dia malas nak bangun sebab terlalu penat dengan persiapan majlis tahlil arwah semalam.

Bila terpikir balik waktu itu,aku tertanya-tanya juga kenapa la bukan Abang Di Aku yang kena malam tu, sebab hanya dia saja yang tak pergi tengok arwah dikebumikan. Aku ada juga merujuk Ustazah sekolah aku tentang kes itu. Ustazah aku kata memang betul roh arwah simati akan datang selepas pengebumian, tapi roh tak akan kacau kita. Dia cuma datang untuk tengok anak cucunya sahaja buat kali terakhir tanpa mengusik kita.

Yang mengusik dan mengacau kita itu adalah jin dan syaitan yang cuba mengelirukan kita dengan menyamai dirinya dengan simati. Jadi itu saja lah cerita dari aku. Sekali lagi aku minta maaf kalau cerita ini tak berapa seronok.Tapi itu ada lah pengalaman aku sendiri.Tamat.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Pocong Muncul Selepas Pengebumian Atok”

  1. “Aku ada juga merujuk Ustazah sekolah aku tentang kes itu. Ustazah aku kata memang betul roh arwah simati akan datang selepas pengebumian, tapi roh tak akan kacau kita. Dia cuma datang untuk tengok anak cucunya sahaja buat kali terakhir tanpa mengusik kita.”

    yeke arwah akan dtg selepas pengebumian. rasanya tak dah kan..

    Reply
    • kekadang tu x semesti nya dia akn dtg dlm rupa pocong…..kekadang ada yg bau mcm air mawar yg disiram atas kubur si mati tuu [macam syaiye laa syaiye bau air mwr selepas pengemubian arwah tok wan syaiye] ;]

      Reply
  2. Mati je seorang manusia terputuslah hubungan dgn dunia, xde maknanya roh nak balik tgok anak cucu bagai. Yg kacau tu jin syaitan yg menyerupai je….

    Reply
  3. Semak balik dengan alim ulama tentang kenyataan roh arwah datang jumpa anak cucu selepas mati. Tapi bab yang mengusik kita adalah gangguan jin dan syaitan. Itu inn sha Allah betul. Semoga roh arwah datuk awak dan roh muslim semuanya dirahmati oleh Allah s.w.t.

    Reply
  4. Allahuakbar…org yg meninggal… dunia.kadang2 kita nampak sendiri…dng mata kita…itu ada lah Qarin…kita ada 3 jasad,roh n Qarin… jadi sama kita doaa … untuk family kt dan saudara ku semasa Islam.. semoga arwah mereka tenang di alam sana….Aminn🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻

    Reply

Leave a Comment