POCONG SPM

#Zul – POCONG SPM
Salam sejahtera kepada Admin FS dan pembaca setia FS semoga sihat sejahtera hendaknya. Ini adalah kali pertama saya menulis cerita seram untuk dikongsikan bersama pembaca setia FS. Kisah ni berlaku 23 tahun yang lalu tahun 1994. Minggu-minggu terakhir nak SPM. Kami ni sekolah Sains bersebelahan kat Jalan Bakri selatan tanah air. Sapa pernah sekolah kat situ tahu-tahulah ye sekolah mana. Jadi, suatu malam tu esoknya Sabtu, kira-kira tiga minggu dah nak SPM, kami bebudak senior ni diberikan masa yang agak longgar oleh cikgu warden untuk prep mengulangkaji matapelajaran sampai lewat malam.

Sedang kami seronok2 mengulangkaji tetiba padam pulak lampu kelas kami. “Aisehmen pehal plak ni?”, getus hatiku yang tak puas hati. “Ni mesti bebudak nak buat siye”, tekaan liarku. Tengok-tengok memang betul, seluruh kawasan sekolah tiada bekalan letrik. Apalagi, terdengarlah raungan dari kelas-kelas sebelah mengeluh resah, bengang sebab takleh nak study. Jelingan pantas ku ke arah jam kelas samar-samar menunjukkan jam 11pm. Kami geng2 kelas 5sc3 ni pun terkebil-kebil dalam gelap kejap mikir ape nak buat. Sayup-sayup dikejauhan padang sekolah terdengar bunyi muzik yang agak sinonim dengan orang cina. Kami pun apa lagi cepat-cepat cuba mengesan dari mana arah bunyi tersebut.

Rupa-rupa nya ada Wayang Cina sedang berlangsung di seberang jalan padang sekolah. “Eh, ada pulak diorang karan?”, agak nya substation sekolah kami sahaja yang mengalami masalah. Kami pun layan lah Wayang Cina tu dalam setengah jam camtu, last-last kawan-kawan cakap “Wei, aku tak paham lah cerita diorang nih, jom blah balik tido laa”. Kami semua pun bersetuju. Kami pun berpatah balik melintas padang sekolah, on the way tengah syok-syok berborak pasal awek, balik kampong, SPM, masa depan memasing, etc. tetiba mata aku boleh terpandang kat tengah padang seakan-akan ada satu objek. Lantas aku memberhentikan perbualan dan langkah. Keciiiik jer nampak sebab jauh dalam 100m dari kedudukan kami. Tapi masih jelas untuk diperhatikan.

Aku tanya kawan-kawan, “korang nampak tak ape mende kat tengah-tengah tu?”. Di dalam kegelapan, masing-masing cuba membetulkan kedudukan dan mefokuskan pandangan kearah objek tersebut.
“A-ahh nampak laa”, macam orang tengah berdiri tegak, tak bergerak. Steady jer. Macam tau2 je kami tengah ushar die. Rupanya putih tapi BERBUNGKUS!!! Kat kepala ada ikat, kat kaki pun ada ikat. Kain putih tapi kelihatan sedikit kotor kesan tompokan-tompokan tanah. Sah Pocong. “Wei wei, blah blah!”. Kami pun secara automatik mempercepatkan langkah, kami tak berlari takut-takut benda tu makin laju mengejar.

Sebaik melewati padang, sempat lagi kami menoleh belakang, sah! Bende tu masih kat situ tak gerak-gerak. Tapi kedudukan badannya menghadap ke arah kami. Seolah-olah memerhatikan saja gelagat kami. Jauh tuu nak menapak balik Dorm, rasa macam tak sampai-sampai. Padahal 10 minit je kalau jalan laju-laju. Lintas padang, lintas bangunan pejabat, pastu kelas, pastu kantin, pastu dobi, naik panjat tangga lagi baru sampai Bilik Dorm TAR kami. Fuhhh lega, sesampai jer masing-masing nak cakap dulu apa yang terjadi. Kengkawan bilik sebelah pun pelik pehal nih, join skali reramai penuh dalam bilik kami semua nak dengar cerita.

Abis kami cerita, rupa-rupanya bukan kami sahaja yang terserempak dengan bende tu. Ada yang cakap pernah nampak kain putih melayang kat tangga nak naik dorm main kejar-kejar dengan bebudak yang balik Prep Malam. Ade yang nampak Kak Pon pakai baju putih baju berkibar-kibar kena tiup angin duduk rileks bertenggek kat menara Tangki Air belakang Dorm TDI. Ade yang pernah dengar bunyi baby merengek-rengek dan menangis kat dalam Makmal Biologi. Kadang-kadang bunyi budak-budak kecik bermain dan bergurau dalam makmal. Bila pegi cek tengok tak nampak apa-apa (Makmal Bio kami ada simpan fetus dalam balang).

Pernah dengar super senior dulu cakap bende ni suka keluar time dekat-dekat nak SPM. Tak tau laa betul ke tak atau khayalan bebudak tension study semata? Ingat dah settle dah malam tu. Kami pun tak tau ape nak buat dalam gelap kan so pakat tido lar kan sebab jam dah lebih 2 pagi. Bilik aku kat hujung belakang sekali. Asrama kami ni jenis kayu, dinding kayu, lantai kayu. Tinggi setingkat jer, duduk atas tiang dalam 1 meter dari tanah. Kat bawah asrama kosong dan gelap. Pastu memanjang ada dua lorong, wing kiri dan wing kanan. Panjang lebih kurang 80m. Toilet/Mandi kat tengah2. Setiap lorong ada divider / almari pakaian, setiap bilik ada dua katil setingkat. Kira divider tu half wall la kan. Kalau sorang jerit kat bilik ujung, sampai bilik ujung belakang boleh dengar. Harap korang paham ekkk camane layout bilik nihh haha.

So, time nih aku baru laa mamai-mamai nak terlelap masuk fasa REM sleep mode, tengah time sunyi-sunyi tu tiba-tiba ….DUM…DUM…DUM… sayup dari jauh. Mata hatiku tersedar, pendengaran ku terbuka luas walaupun mataku tertutup rapat. Dum…Dum…Dum… aku terdengar lagi lantai kayu asrama berbunyi. Arah bunyi tu dari depan pintu masuk asrama sebelah wing kiri. Dum…Dum…Dum…..Braaappp. Semacam bunyi almari divider dirempuh. “Arghhh takkan dia nak datang jumpa aku!!?”. “Masih tak puas lagi ke jumpa kat padang tadi??”. Jerkah ku dengan kuat dalam hati. Jantung ku berdegup kencang. Peluh dingin ku mula mengalir deras. Dum…Dum…Dum….. Braaappp. Sunyi…beberapa ketika kriiiiiiiiinggggg!!!….bunyi jam loceng bilik hadapan berbunyi.

Masa tu baru teringat kembali cerita kengkawan Dorm THO beberapa minggu lepas pernah mengalami kejadian sebegini. Masa tu aku tak ambik port sangat. Ingatkan diorang gurau nak takutkan kami. Ikut cerita, kalau dia masuk bilik mesti jam loceng bilik tu akan berbunyi. Bunyi orang langgar almari tu sebab dia lompat-lompat, tak balance tu terlanggar almari.…aku jadi panik, aku tarik selimut tebal untuk menyelubungi tubuhku, mataku tutup rapat- rapat. Aku tak berani nak bergerak walau seinci. Kawan-kawan sebilik (tido ramai-ramai mase tu) sedang lena dibuai mimpi (entah-entah macam aku jugak). Rentetan bunyi tersebut bersambung lagi, semakin lama semakin dekat. Akhir sekali dia sampai kat hujung dorm beb! Korang tak leh bayangkan betapa gementarnya aku time tu.

Bunyi tu berhenti betul-betul kat depan bilik kami. Terasa seolah-olah pocong tu tengah scanning dan memerhatikan kami satu persatu. Aku cuma mampu membaca kalimah-kalimah suci kat dalam hati jerr. Aku tak berani nak bergerak atau berbunyi langsung. Takut-takut bende tu tau yang aku ni sedar akan kehadirannya. Ataupun dia memang tau aku tau. “M**i laa aku macam ni, pergi kau jauh-jauh, pergi! Pergi!”, bisik hati ku lagi dalam ketakutan. Lama jugak aku macam tu. Agak-agak dalam setengah jam. Nasib baik tak face to face haha. Dalam pada tu, setelah setengah jam berlalu, tiba-tiba aku terdengar orang berlari-lari kat luar dorm, dalam 2-3 orang camtu, macam kejar sesuatu dengan pantas.

Pastu melewati dorm kami menuju ke arah kawasan kelas kat bawah bukit. Sejurus selepas tu baru perasaan aku beransur-ansur terasa lega dan ketenangan yang teramat. Badanku tadi yang mengeras kaku perlahan-lahan dapat digerakkan. Rasa nak krem pun ada jugak time tu. Baru lah aku dapat tidur dengan aman, berselimut berbungkus kepanasan macam tu sampai pagi. Keesokan harinya aku pun bukak cerita laa dgn kengkawan dorm, cerita punya cerita rupa-rupanya malam tadi ada bebudak geng silat terserempak jugak dengan bende tu kat luar Dorm TAR. Memang betul-betul kat luar bilik aku. Bebudak geng Silat ni ilmu penuh didada, tu yang diorang berani pegi kejar bende tu. Tapi lesap tak dapat nak kejor. “Hahaha…laju jugak hantu pocong ni”, tertawa sendu aku dalam hati. Inilah kenangan seram yang aku masih ingat lagi, rindu kat suasana asrama dan kawan2 semua. Selamat Maju Jaya. Len kali aku cerita lagi.

Sekian, Wassalam.
Zul

Zul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

8 thoughts on “POCONG SPM”

  1. Cerita seram sempena result spm kuor ari ni la ye..okey le seram juge citernye..kalau dia bergolek di padang nun, ak igt lari setempat pon leh jadi tu..sbb trlampau laju waakkakaa

    Reply
  2. Mmg bile time nk exam gangguan makiiiinnn berleluasa…
    Sbb.selalunye time tu emosi dan fizikal penat…
    Pastu study tu kan ibadah…
    Jadinye deme ganggu supaya manusia xdelah fokus sgt study…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.