Pokok Ara Berpenghuni

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan admin fiksyen shasaha. Sebenarnya aku kurang pandai membuat penulisan dalam penceritaan. Terlebih dulu aku ingin memohon maaf jika adalah kesilapan dalam penulisan. Cerita ini aku pendekkan dan semoga pembaca paham apa yang ingin aku sampaikan….

Cerita ini sering ku dengar Dari umur 8 tahun lagi. Arwah nenek ku suka bercerita kisah lama dan cerita seram. Dulunya kampung kami rumah terlalu jauh jaraknya. Dibelakang rumah kami ada sepohon pokok ara. Tengok pun memang nampak seram.

Cerita bermula, masa bapa ku pulang dari kerja larut malam, basikalnya terasa berat bila di kayuh, bagai adan sesuatu yang menumpang. Pada masa tu ibu sedang sarat hamil 8 bulan. Bapa pulang bermandikan peluh, sebaik sampai depan rumah, basikal terasa ringan. Bapa berasa amat pelik sebab tayar basikal tidak pancit tetapi bila mengayuh terlalu berat.

Angin sejuk berlalu, seram sejuk bapa rasakan. Bertalu-talu bapa ketukkan pintu, kebetulan arwah nenek pula bangun sebab nak ke tandas, maka neneklah yang membuka pintu. Bapa terus masuk dan segera menyimpan barang peralatan kerjanya di atas meja dan mengambil tuala untuk mandi.

Ketika itu suara anjing mendayu- dayu. Rumah bagaikan di goncang, dinding rumah bagai dicakar. Atap rumah pula bagai ditikam batu. Sesudah mandi bapa terus masuk ke dalam bilik.

Ibu menegur dari dalam kelambu “sayang, siapa sebelah sayang…lirik mata ibu melihat dengan cahaya api pelita.”
Bapa kerunsingan dan meremang bulu. Dengan tiba- tiba api pelita terpadam dan rumah pula sekali lagi bergoyang, terdengar hilaian ketawa mengilai- gilai terbang mengelilingi rumah dan mujurlah masa tu kami tidur dengan nyenyak.

Bapa dan ibu tidak dapat melelapkan mata sebab bunyi hilaian itu semakin kuat, khuatir kami akan terbangun. Nenek bangun dengan lantas menabur garam disekeliling rumah, entah apa yang arwah bacakan sehingga hilaian ketawa itu perlahan- lahan menjauh.

Keesokkan harinya bapa tidak turun kerja kerna ibu mengalami pendarahan. Ketika itu kampung kami hanya mengharapkan bidan kampung untuk menyambut kelahiran. Kerana ketika itu juga orang kampung masih lagi mempercayai kepercayaan adat lama.

Bapa membawa bidan kampung untuk melihat ibu dan kandungan nya. Nasib tidak terlambat, bidan mengatakan penghuni pokok ara “meminta” penggeras untuk tidak menggangu bayi yang dalam kandungan ibu. Bapa segerakan pemujaan bersama-sama orang tua dikampung. Arwah nenek pula membantu menjaga ibu yang lemah ketika itu.

Hari menjelang hari dan masa untuk ibu melahirkan semakin dekat. Syukurlah ibu selamat melahirkan adik perempuan kami yang kelima.

Tiba-tiba kampung kami dikejutkan dengan kedatangan sepasang suami isteri dari kampung seberang. Kedatangan mereka adalah untuk memohon dengan ketua kampung bagi mendirikan sebuah pondok untuk menginap sementara kerana katanya mereka jenis menggembara. Kebetulan masa tu sebelah rumah kami ada tanah kosong.

Ketua kampung bersetuju dengan permintaan mereka tinggal di kampung kami. Seandainya mereka tidak takut untuk tinggal di situ kerana pokok ara sememangnya kami sekampung ketahui tidak menyukai orang luar bertapak di kawasan nya. Suami isteri tersebut tersenyum dan menggangguk tanda setuju.

Pondok didirikan dengan begitu lancar bapa bertambah kehairanan kerana ketika bapa mendirikan rumah kami banyak perkara yang berlaku. Tapi tidak pula berlaku apa-apa kejadian atau gangguan terhadap sepasang suami isteri itu.

Menjelang malam, kedengaran sepasang suami isteri itu mengaji al Quran. Teriakan disambut teriakan, hilaian yang menggerunkan kedengaran dari pokok ara. Bagaikan sengit pertarungan, atap rumah kami berterbangan disebabkan gangguan tersebut. Tiba-tiba tidak lama kemudian tiada lagi kedengaran bunyi-bunyi tersebut.

Arwah nenek melatah kerna terkejut pintu rumah diketuk. Bapa beranikan diri untuk membuka pintu. Rupa-rupanya suami isteri itu yang datang ke rumah. Mereka menyampaikan pesanan agar seeloknya pokok ara itu ditebang dan suami isteri itu akan turut membantu sepanjang proses itu nanti.

Orang kampung bersepakat untuk menumbangkan pokok ara tersebut kerana rata-rata penduduk kampung juga turut berasa ketakutan kerana diganggu ketenteraman. Hari dinantikan telah tiba…orang- orang kampung telah berkumpul. Tiba-tiba, perkara pelik juga terjadi. Belum sempat pokok ara itu ditebang, Tanah runtuh mengelungsur menarik pokok ara itu dan terus ditelan sungai .

Suami isteri itu memaklumkan bahawa penghuni pokok ara itu telah ” membawa” balik rumah nya ke alam mereka.
Semenjak itu, kami sekampung mahupun kami yang duduk berhampiran bekas pokok ara itu tenang tidak diganggu lagi, manakala sepasang suami isteri itu berlalu pergi tanpa kami sedari.

Sekian cerita ringkas daripada aku..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nurul zarina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

2 thoughts on “Pokok Ara Berpenghuni”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.