PONTIANAK AJAK KAHWIN VOL.2

Salam admin FS dan kepada semua pembaca FS sekalian. Rindu aku tak? Hahaha. Ok lah hari ini aku sambung cerita aku tentang mimpi. Ya, mimpi. Mimpi aku ada hubung kait tentang cerita Pontianak ajak kahwin.

Aku masih tidak pasti adakah mimpi merupakan satu kelebihan seseorang ( tafsir mimpi / Petanda) ataupun ia sekadar mainan mimpi2 biasa ( secara kebetulan berlaku ). Aku berhadapan saat ini amat mengkagumi mimpi ku dan ia masih misteri sehingga kini.

MIMPI

Aku ambik petikan dari Ustaz Kazim Elias menyebut – Ada 3 jenis mimpi iaitu :-

a) Mimpi benar.
b) Mimpi datang dari Setan.
c) Mimpi tiada makna.

Aku harap pembaca dapat menentukan mimpi aku ini sebelum aku bertemu Pontianak itu. Aku ringkaskan sahaja mana yang aku ingat. Ingat ya, aku mimpi setiap malam berturut2.

*Malam Pertama:

-Aku bermimpi ada satu berbola api berterbangan di awangan lalu menganggu atuk dan nenekku. Tiba2 ia bertukar menjadi Pontianak lalu kacau mereka berdua. Aku yang lihat disitu cuba untuk membantu atuk dan nenekku.

Aku tersedar dari tidur aku anggap ia sekadar mainan mimpi di malam hari.

*Malam kedua:

-Aku tidur aje malam itu terus termimpi yang sama dan Pontianak sedang menunggu kehadiranku. Kali ini gangguan paling teruk giler. Aku kena kejar, kena cakar dan kena gigit..cekik hingga nampak kesan2 darah ditubuh badan dan luka2 dari badan dan muka kesan cakaran Pontianak. Dia buat aku menangis tak berlagu.

-Pontianak pulak menampakkan dirinya penuh bergis, marah dan ngilai penuh seram. Tuan dia sangat berdendam pada Atuk dan Nenekku. Kalau dengar ayat dari makhluk ini, ingin Atuk & Nenekku mati terseksa.

  • Aku try melawan baca surah2 lazim tapi hanya seketika ia berkesan. Pontianak datang balik dengan gangguan lagi teruk.

-Last dalam mimpi ini, point yang paling penting aku lihat diriku sendiri. Ya, diri aku. Ia sedang memerhati dari jauh. Dia berdiri dengan seseorang lelaki dewasa yang aku tidak kenali.

Bila aku tersedar dari tidur, rasa macam hendak sumpah seranah Pontianak itu. Mana taknya, mak aku bagitau aku mengigau teruk… terjerit2.. terlolong.. tangan terkapai2.. mata pejam. hish! Malu aku.

*Malam ketiga

Aku naik FOBIA bila tidur. Nampak tak? perkataan F.O.B.I.A. T.I.D.U.R. Aku punya takut macam nak mati dekat situ. Apa yang aku buat pada malam tu aku berjaga sampai lewat malam. Bila azan subuh baru aku masuk tidur. Fuh! Selamat, terasa nikmat tidur lena yang Allah bagi.

*Malam Keempat

Aku ingatkan mimpi indah sekali tertidur je mimpi sama, Pontianak. Seperti biasa Pontianak sudah menunggu kahadiran aku tapi suasana berbeza dengan baju Pontianak penuh dengan kesan2 darah. Ayat aku fikir, Pontianak ada darah ke.. atau dia ada bu nuh orang ke?. Aku lihat dia tak begis seperti selalu, Aura jahat dia berkurangan dan aku boleh slow talk.

  • Aku berkomunikasi dengan Pontianak, ajak sembang. Sembang punya sembang dan ayat terakhir Pontianak sebut RAHSIA. Aku korek2 lah Rahsia apa pulak ni..

AKU : “RAHSIA?? SHARE LAH DENGAN AKU PONTIANAK.”

PONTIANAK : “AKU TAHU RAHSIA ATOK & NENEK KAU. MEREKA ADA BELA SAKA..HIHIHIHI~~.”

AKU : ” SAKA..” WOIII APA TU SAKA.

** cerita saka, aku akan kongsikan cerita episod akan datang. Sabar ye!

Point paling penting dalam mimpi ini. Aku tiba2 pulak jadi view lain, aku dapati aku berdiri di sebelah lelaki dewasa ini. Umur dia lebih kurang bawah 40an. Aku terlihat pulak sisi lain diri aku sendiri ditempat lain iaitu di sebelah Pontianak. Aikk! Sekejap roh disana, kang roh datang disini. Pelik kot.

Aku tanya lah dekat Pemuda ini. Kau ini siapa? Kenapa aku pernah nampak diriku sendiri sebelum ini dan kau berdiri di sebelahku?

Pemuda ini riak wajah muka terkejut sebab aku boleh ingat perkara yang terjadi di mimpi malam hari kedua itu. Aku memang sedar kehadiran dia dan aku sendiri ada 2 ditempat berbeza dalam mimpi tersebut.

Pemuda ini diam seribu bahasa. Kenapa aku berdiri di sebelah kau? Bukan kah aku tadi sedang berbicara dengan Pontianak itu? Apa yang berlaku ini. Bila dekat sini aku macam lihat cerita wayang pulak. Ish!

PEMUDA : ” AKU TIDAK SANGKA KUAT INGATAN KAU WAHAI ANAK MUDA, DAN AKU TIDAK BERNIAT JAHAT. ”

AKU : ” KENAPA KAU HANYA LIHAT SAJA DAN TIDAK MEMBANTU AKU LAWAN PONTIANAK ITU, ADAKAH MIMPI INI KAU PUNYA?”

PEMUDA : ” KAU ANGGAP SAHAJA AKU SEDANG TRAINING KAU, DAN KAU AKAN MENGHADAPI NYA KELAK. ”

Aku tersedar dari tidur. Bangun tidur sudah dekat tengah hari. Terus mandi, makan2 Lunch Hour terus buat aktiviti bersihkan halaman di kawasan rumah.

Sampai lah aku kena gangguan, bila aku lihat ada berbola api, pastu Pontianak pulak muncul secara dan tiba2 barulah aku tersedar seakan mimpi di malam hari itu menjadi benar.

So, sambungan balik, korang baca episod 1.

Kesimpulan.

Mimpi aku terjadi apabila ada gangguan berlaku pada aku dan family. Pernah satu hari, ayah aku balik dari kerja,dia rasa di bahagian atas badan terasa berat dan sakit berdenyut2, macam ada benda menumpang. Malam sebelum itu, aku sudah bermimpi, di dalam mimpi aku didatangi Pocong yang menganggu pada ayah aku sebab ayah aku ada lalu di tempat dia tinggal, ada pokok2 buloh. Mungkin ayah aku ada potong dan ambik batang pokok buloh tanpa kebenaran.

Bila aku ceritakan balik berdasarkan mimpiku dan ayah aku cakap betul. Memang dia ada lalui dan dia ada ambik batang pokok buloh. Masa berubat pun betul memang Pocong yang ganggu sebab takpuas hati. Sebaik lah cepat berubat.

Banyak lah aku mimpi jadi benar dan yang paling aku terkesan sehingga sekarang adalah aku mimpi malapetaka terjadi di Malaysia. Rupa2 tsunami melanda.

Allahuakbar.

BOTAK
FOLLOW FB KAMI.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.