Misteri di Kampung Aku

Salam. Terima kasih FS, menyiarkan cerita aku. Terima kasih kepada pembaca semua, atas komentar-komentar yang baik dan buruk. Aku akan cuba perbaiki mutu tulisan aku ni, ye aku memang bertujuan nak share je pengalaman aku ni.

So kali ni aku nak kongsikan la misteri dan beberapa kejadian yang pernah berlaku dalam kampung tempat aku tinggal ni.

Macam yang aku pernah beritahu dalam entry silat cimande lincah tu, geografi kampung ni, bukit. Awal dulu, tok nenek moyang kat kampung ni, teroka tanah berhutan tebal dan buat rumah. Masa aku pindah kat rumah aku tu, aku baru berusia 12 tahun. Masa tu, dah tak de hutan tebal lagi, banyak naik rumah batu, hampir penuh dah seluruh bukit dengan penempatan. Lepas juru ukur datang, kami Kena bayar premium tanah, jadi lah lot persendirian dan dapat geran. Harga tanah waktu tu tak mahal lagi, tapi sekarang.. Siap pakej rumah, satu lot boleh cecah ratus ribu harganya, sebab lokasi kampung ni strategik, tepi highway utama. Aku tak nak exposed banyak, sebab nk jaga nama baik kampung. Banyak kisah, jadi aku share sikit dulu, pasal satu mahkluk yang orang kat kampung ni kata bunian. Share cerita yang agak ringan sebelum ke cerita yang agak berat.

Aku mulakan kisah dengan hari pertama aku pindah.
Malam hari aku baru pindah masuk rumah tu, kucing aku memasing lari bertempiaran. Akibat terkejut dengan persekitaran baru mereka. Mereka menaiki trellar bersama barang-barang rumah selama hampir 4jam, bila bukak kanvas trellar… Dah sampai kat negeri lain.. Memang diorang macam kejutan budaya la memasing.

Masa tu baru nak masuk maghrib, mak aku la orang paling risau sekali. Sekor-sekor dia jerit panggil. Aku memang kena kerah la mencari ‘anak-anak’ dia… Aku jumpa sekor, kat celah atap. Yang lain adik aku dah cekup masuk rumah. Design rumah dulu-dulu, antara siling dengan hujung atap, ada ruang. Kucing aku ni msuk menyorok kat celah tu. Aku pun mnta la bantuan mak aku nak tolong aku, sebab aku nak panjat ke atas. Tingkap dapur aku ada palang-palang besi, macam rumah lama tu, antara tetingkap dia.

Masa tengah panjat tu, tiba-tiba muncul 2 orang jiran aku, nak dan anak perempuan, kat tingkap dapur dia. Dapur mereka and dapur aku berhadap. Mereka pun mula la soal itu ini, kenapa aku panjat la and macam-macam. Dia ketawa anak beranak sebab dia rasa lucu dengar nama kucing aku tu sama dengan nama orang, nama kucing aku, awang. Lagi lucu bagi diorang, nama angsa diaorang pun awang kot. Aku pun dah lupa da sebenarnya sebab dah lama sangat. Masa diaorang galak tergelak-gelak tu, azan maghrib pun berkumandang dari surau yang dekat dengan rumah aku tu. Entah dari mana, muncul seorang budak lelaki, tersenyum lebar sambil memberikan salam, dan menghulurkan sebungkus plastik putih.

Mak aku jawab salam dia, tapi tak habis, lagipun masa tu mak aku tengah support aku dengan dua tangan dia, supaya aku tak jatuh, aku tengah tarik kucing aku, nak bawak turun. Kejap je budak tu kat situ, dia pun berjalan pergi ke satu arah semak samun. Kemudian aku and mak aku pun macam dah lupa pasal budak tadi tu. Terus kitaorang cepat beredar nak masuk rumah lepasĀ  dah dapat kucing aku, sebab dah maghrib. Kitaorang pun tak peduli dah kat jiran yang gelak tak habis lagi.

Dah sampai dalam rumah, baru teringat pasal budak tadi tu. Rasa pelik yang teramat sangat sebab kat laluan yang budak tadi tuju memang tebal semak samun, rumah jiran belakang tu pun, ada pagar dawai tinggi, tak mungkin dia boleh panjat. Lepas bincang dengan ayah, siap solat isya’ semua, aku, mak, ayah dan adik lelaki aku pergi ke rumah anak buah aku, kat lorong sebelah. Dia ni la sebab kenapa kami pindah ke kampung tu. Dia la empunya bengkel kereta volvo tu.

Sampai kat rumah dia, mak aku pun start la citer dia kat anak buah aku. Anak buah aku pun citer la jugak kat kami, ada bunian sebenarnya. Kalau kire dari rumah jiran belakang rumah aku tu, rumah anak buah aku cuma selang sebuah rumah je dari rumah dia. Anak buah aku kata, belakang rumah aku adalah laluan bunian ni sampailah kat dapur rumah dia. Wallahualam, dia cakap berdasarkan kata orang dan penduduk kampung. Tapi, ada seorang ustaz ni, pernah beritahu orang kampung, tapak perumahan yang di teroka ni, ada sesetengah tempatnya memang didiami golongan bunian.

Anak buah aku, laki bini bekerja, anak dia semua dia bawak sekali kat tempat keje, kecik-kecik lagi anak dia masa ni, maklumlah ofis sendiri, dia suka hati la kan. Satu hari, dorang balik keje petang, anak buah aku @ si bini ni, masuk dapur nak masak air panas, dorang pakai dapur gas lagi masa ni. Dia terkejut sangat bila sentuh cerek air atas dapur dia panas, macam baru lepas mendidih. Bunian tu tolong dia masakkan air. Itu anggapan dialah. Tapi dia tak guna pun air tu, dia buang satu cerek dan masak baru.

Anak buah aku sempat bergurau dengan aku, katanya bunian tu nak berkawan dengan aku. Hmmm… Xtaw la aku nak komen apa… Tgh kami sedap borak kat ruang tengah rumah dia tu, tiba-tiba anak perempuan dia yang kecik sekali umur dalam 4 tahun, berlari dari ruang tamu ke arah mak dia, ketakutan. Dia kata ada kakak ketuk tingkap kat ruang tamu, dia takut tengok muka kakak tu. Perghhhh… Masa ni aku rasa seriau giler, kakak mana pulak yang muncul, mak dia dengan beraninya ke ruang tamu berdiri depan tingkap yang macam sliding door tu, tapi ada dua panel, dan tenung kat situ. Kemudian dia tarik langsir dan cakap kat anak dia, dah tak de pape.. Tu la dia, keberanian seorang mak. Aku percaya, sebab mak aku pun macam tu jugak, dan bila aku dah jadi seorang maka, aku pun sama. Anak aku yang sulung, dia selalu kena kacau. Macam-macam pengalaman dengan anak sulung aku ni, sampaikan satu tahap, aku dah jadi tak takut dah dengan gangguan tu. Nanti la aku share story. Sebab lebih kepada meruntun perasaan aku pulak… Hahaha… (emosional plak dah…)

Kitaorang pun lepas tu balik rumah terus, sebab dah pukul 11 malam dah.. Lagipun rumah tak berkemas apa pun lagi. Esoknya macam nak m**i aku rasa, jadi budak suruhan mak aku… Hahaha… Kena angkat barang la, susun baju and macam2 la. Tapi aku asyik teringat je kat budak tu. Sebenarnya, mak aku ternampak budak perempuan, berbaju kurung putih, tapi aku nampak budak lelaki. Tapi takpelah, dah 20 tahun berlalu dah..

Sejak dari haritu, tiap maghrib, ada orang bagi salam kat depan rumah kami, tapi ayah selalu pesan, jangan jawab dan jangan pergi tengok. Saat berkumandang azan, saat tu la ada dengar orang bagi salam.. Aku tak ingat dah, bila gangguan tersebut berhenti, tapi takde la lebih dari tu, setakat dua kali bagi salam je tiap kali maghrib. Gangguan lain dalam rumah ni berlaku beberapa bulan kemudian.

Tak lama lepas tu, aku dengar cerita adik ipar jiran depan rumah aku sekeluarga bersolat kat surau dekat rumah aku, dalam pukul 10 malam macam tu, dia jadi imam pada family dia. Masa dia habis baca fatihah rakaat pertama, dia dengar punya ramai orang amin kan fatihah dia, macam solat jemaah ramai-ramai tu. Dia fikir, ada orang datang solat jugak malam tu. Lepas habis dia bagi salam, dia toleh la ke belakang, punyalah dia terkejut sebab tak de sape pun belakang dia. Padahal tadi yang amin-amin kan fatihah dia sampai habis solat tu macam ada dekat 50 makmum, wife dia dan anak-anak dia solat kat balik tabir. Tapi memang mereka laki bini pun dengar benda yang sama. Kalau ye pun, ada orang, takkanlah sekelip mata kan boleh hilang semuanya keluar, baru lepas habis bagi salam.

Ada satu lagi kisah, seorang mak cik ni, tengah kemas barang-barang meniaga dia. Dia ni baru balik berniaga rojak dan cendol. Tengah duk memunggah periuk keluar dari van, dia ternampak seorang budak lelaki berdiri kat pintu van dia. Nak kata anak jiran, jiran dia tu kakak dia sendiri, dan anak-anak jiran lain, semua dia kenal. Budak tu tenung dia tak berkelip. Dia pun masa tu macam ‘jammed’ kejap, memikirkan tentang budak tu. Budak tu kemudian senyum, beri salam dan berlalu pergi. Dia pun cuba nak kejar budak tu, tapi macam magik, hilang terus tak nampak ke mana pergi. Lepas-lepas tu, dia selalu di kunjungi budak tu, cara budak misteri tu datang dan pergi pun sama, tiba-tiba ada dan tiba-tiba hilang.

Lama-lama dia pun macam dah biasa dengan budak tu, dan buat tak tahu je. Satu hari tu, dia tergerak nak balas senyum dan jawab salam budak tu, benda pelik berlaku. Benda baik, barang-barang dia macam ada orang tolong keluarkan dari van. Contoh dia tinggalkan sekejapĀ  van dia dan masuk dalam rumah, bila dia sambung balik, barang tu dah siap keluar. Bila tanya ahli keluarga dia, semua pun bukan mereka yang buat. Dia rasa risau kalau akan mendatangkan mudarat sebab dia pun tak pasti siapa budak misteri ni, jadi dia jumpa satu ustaz ni, dan ustaz tu cakap memang budak misteri tu bunian dan dia suka kat mak cik ni, sebagai ‘motherly figure’. Mak cik ni bimbang kalau akan mendatangkan perkara yang tak ok, tapi ustaz kata, budak tu akan pergi dengan sendiri sebab, biasalah. Bunian pun macam kita, anak yang belum matang, tak faham apa lagi. Bila dia besar sikit, dia akan matang dan faham pasal perbezaan alam ni. Tak pasti samada mak cik ni ada ambil apa-apa air atau amalan untuk budak tu tak datang.

Ada juga kisah siak surau, yang tengah sediakan makanan untuk majlis ilmu. Ceramah mingguan, khamis malam jumaat, kadang surau jemput imam atau ustaz dari luar untuk kongsi ilmu. Siak sorang-sorang susun-susun makanan, tiba-tiba banyak pinggan yang dah di isi kuih muih. Siak ni macam baru toleh tempat lain sekejap, benda dah jadi.

Ni lah dia antara pengalaman bunian yang aku alami dan dengar dari penduduk kampung. Alhamdulillah, bangsa mereka ni, tak buat kacau malah banyak beri bantuan. Dengar citer dari ustaz, mereka ni suka sangat kat kampung tu sebab surau kat situ meriah. Ye lah, mereka kan penghuni tempat tu sejak tempat tu belum di teroka lagi. Sebenarnya, merek dah bust perjanjian dengan peneroka awal kampung ni, mereka dah pindah ke suatu kawasan yang tak di ketahui, kat dalam kampung tu jugak.

Sekarang ni, belakang rumah aku tu, mak aku kata, dah ada hantu raya pulak. Wallahualam, sebab yang cakap dengan dia ni, adik ipar aku punya pak cik, merupakan seorang bomoh siam. Kisah dengan adik ipar aku ni pun, memang tak leh blah.. Tak leh brain tahap mistik dia.. Sorry la, aku tak berapa favour dia.. Bersebab… Tapi aku takde la halang dia jadi bini adik aku, dah adik aku suka kan, biarlah dia. Dah ada anak 3 dah pun. Dia punya tahap citer mistik ni kalah cerita aku, conjuring pun boleh kalah. Sampai tahap dia macam ok je dengan benda macam ni. Kadang aku tengok mistik-mistik ni macam makanan dia. Bangga lagi, sebab ada satu ‘bidan’ ghaib jadi penjaga dia. Bagi akulah, benda macam tu, dah macam saka. Aku sendiri pun risau ayah aku ni ada saka atau pendamping sebab, dia memang ada dulu, dia mengaku sendiri tapi dia kata dah buang. Haha.. Aku pun tak tahu nak percaya ke tak.. Sebab ayah aku, 30-an punya orang. Orang lama suka guna benda macam ni untuk jaga diri mereka dan keluarga. Lagipun, ayah aku, mak bapak dia bukan orang sini, berhijrah ke sini dari sumatera ke johor, kat sungai karang.

Hmmm… Jauh dah ni merewang dari cerita bunian..

Aku dah tak tinggal kat rumah mak aku ni, sejak aku kahwin, aku pindah kat tempat lain, ikut suami aku.

Okie la, aku rasa sampai situ la kisah bunian ni, nanti kalau aku teringat ada yang tertinggal aku update. Nanti aku kongsi lagi cerita lain dia entry lain, InsyaAllah.

Elliot

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Elliot

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “Misteri di Kampung Aku”

  1. terima kasih sebab dah tak gunakan shortform…semua komen aku bagi ikhlas, agak straight forward supaya penulis dan bakal penulis dapat improve kan penulisan…dah taip panjang – panjang ada reader yang baca sekerat je, dah alang – alang menaip panjang, perkataan pun kasi la penuh…tak salah baca, tak salah faham, tak kena komen…

    kalau ada yang tak puas hati komen / kritikan aku, boleh je komen, aku takde hal…itu hak korang…

    Reply
  2. ok je beb.. kire bagus la kampung kau bunian suke. orang betuah je boleh tengok. jgn lupe cite plak yg pasal mistik tu ye – adik ipor kau mcm sesuatu je

    Reply
  3. aku keliru sikit la..ko baru pindah situ waktu umur ko 12 tahun..tapi kau ada anak buah yang dah kahwin siap ada anak lagi..macam mana tu erk?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.