#KondoPandanIndah2

Sorry sebab cerita aku tergantung…and thanks jugak yang sanggup tunggu sambungan cerita aku..terharu la sebab 1st time (#KondoPandanIndah) tulis cerita seram ni..ok aku sambung……

-Sambungan warden marah-

Warden pon balik sebab tiada sorang pon nak mengaku…Kami satu rumah pon berbincang pasal kes tu tapi jawapan tetap sama,semua tak buat..okayyyy(manusia kalau korek hidung masuk mulut mana nak mengaku kan)..

Seminggu lepas kejadian kena ganggu tu,rumah kitaorang aman tapi pelik dengan perangai seorang roomate aku ni,kecik namanya(orang pahang..koi,aok)..Dia pergi class sorang memang taknak tunggu geng dia lagi 2 orang kat rumah tu..Bila time geng dia dalam rumah tu masak,makan aku tengok dia x join juga..Aku ada la tanya salah sorang geng dia yang rapat ni kenapa dengan kecik tu,dia cakap kecik ada masalah keluarga je..and aku pon percaya la..lagipon aku dengan kecik ni boleh dikatakan rapat jugak sebab aku dengan kecik ni duduk sebilik..

Kecoh dalam kelas pasal kes rumah aku kena ganggu padahal dah nak dekat 2 minggu dah berlalu..rupanya geng kecik tu jugak yang menyebarkan cerita tu satu kelas sampai bila si Kema ni masuk je tak sempat nak duduk dorang semua serbu Kema nak tanya nampak apa dalam rumah..Sambil Kema tengah cerita tu,Madam pon masuk kelas..

Yaya :weh perasan tak kecik tak datang..

Lisa  :Yelah kecik takde,tapi pagi tadi aku nampak dia keluar rumah sorang..Geng dia arini pergi kelas awal tak tunggu dia..

Aku&Kema :Owhh….

————————-

Waktu Lunch Pukul 1

Geng kecik ni ada 2 orang..aku panggil dorang Syu dengan Ton je..Dorang datang dekat kat kami(Aku,Lisa,Kema,Yaya)..”Sebenarnya aku nak bagitahu pasal kertas tu..Korang mesti tak percaya..kertas tu kecik yang bawa masa awal kita semua masuk rumah tu..and kitaorang yang tolong dia tampal dekat setiap penjuru umah termasuk bilik”..Syu bersuara…Masa ni dalam hati aku perghh rasa macam nak maki(teringat pulak kes aku kena kacau sampai angin ribut dalam rumah) tapi aku cool je tunggu penjelasan diorang..”Mula tu kecik cakap kertas ni ayah dia yang bagi masa diorang baru sampai rumah tu dan ayah dia dah siap pagar rumah tu dari sebarang anasir luar”..tambah Ton lagi..”kitaorang percaya la ingat benda ni betul dan masa tu kitaorang tak fikir panjang,kitaorang mintak maaf”..syu cuba jelaskan lagi…

“Aku dah suruh kecik mengaku tapi dia tak nak..dia marah cakap dia tak buat salah..dia cuma nak tolong kita semua tapi lain pulak jadinya”..kata Syu..”Tolong kita semua sampai aku dengan Kema kena kacau??Ustaz pon cakap benda tu syirik..Korang dengar kan apa ustaz cakap,kita buat ‘benda’ tu terperangkap dalam rumah kita..Korang tak kena macam aku kena”..ujarku sambil menagis(sebenarnya aku takut sebab aku tak pernah ada pengalaman macam ni)..

Dalam bilik aku tengok kecik biasa je langsung tiada perasaan bersalah..makan maggi sambil dengar lagu..semua orang dalam bilik pon dia dah tak tegur termasuk aku..kira dalam hal ni bukan 1 rumah pulaukan kecik tapi dia sendiri yang menjauhkan diri dia dari semua orang..Aku pernah la senyum dekat dia tapi dia balas dengan jelingan je..Macam Kak Mar(budak bilik depan)tegur kecik masa kat dapur pon kecik buat tak tahu je..Tak lama lepastu kitaorang dengar cerita kecik nak berhenti study..Last day dia dalam rumah pon dia masih mengelak lagi dengan semua orang..Dia keluar dari rumah awal pagi subuh sebab Si Syu ni nampak dia bawak keluar barang dia..

Cerita 3

Dah nak dekat setahun duduk rumah tu sejak kecik keluar belum pernah jadi apa apa lagi sampailah Lisa pula yang kena ganggu..Cuti hari Krismas(Cuti 2 minggu)
Masa ini semua orang ambil keputusan nak balik kampung termasuk aku(Rindu masak lomak cili api mak aku)..Lepas habis kelas pukul 5ptg aku naik KTM balik seremban,Kema pula ambil bas balik sabak bernam,Yaya ambil bas balik Bahau dan tinggal la Lisa sorang je yang balik rumah sebab tiket bas dia pukul 1.30 pagi(Balik Aloq Staq)..

Pukul 11 malam Lisa siap barang dia semua sambil tunggu BF dia datang ambil pergi makan dulu then baru gerak pergi Puduraya..Lisa time tu tengah bersiap tiba tiba dengar bunyi flush jamban dari toilet luar(kes sama macam yang Kema dengar masa part 1)…Dalam hati Lisa ni dah tak sesedap tadi..’Kriukkkk’ bunyi pintu toilet terbukak dan ‘Bammmmm’ pintu toilet dihempaskan..Lisa call BF dia suruh datang cepat sikit tapi masa ni coverage hilang(No signal)..Dia terus ambil kunci meluru keluar dari rumah masa sampai part nak bukak gate rumah tu adalah benda berterbangan bertenggek dekat atas bumbung rumah tingkat 25 tengah menghadap muka Lisa(tempat bertenggek tu adalah tangki air)Lisa terus menjerit sambil menangis benda tu masih duduk di situ..Dari penjelasan Lisa benda tu besar sangat,hitam dan mata dia berwarna merah..Zupppppp benda tu hilang sepantas kilat dari pandangan mata Lisa..Masa ini Lisa dibantu oleh guard untuk bawak dia turun kebawah dan masa cuti dikampung dia demam seminggu..

Sampai sekarang aku masih terfikir gangguan yang kami kena ni ada kena mengena dengan kertas 3 segi yang dibawa oleh kecik atau rumah tu memang ada penunggunya..Sampai hari ini kami percaya ‘benda’ tu akan suka ganggu bila kita kita tinggal berseorangan je..Nasib la takde kes pelajar maut terjun tingkat 24 ke sebab bagi aku kondo ni memang seram dan tak sesuai langsung untuk dijadikan hostel..

Sampai sini je cerita aku pasal #KondoPandanIndah sebab lepas berapa bulan kejadian Lisa diganggu kami dapat berita yang semua student akan dipindahkan ke tempat lain..Masa dapat berita ini,kami paling happy sekali sebab tak sabar nak pindah..Nanti aku akan sambung cerita #ApartmentWangsaMaju

Ex Student SEgiKL
Rumah tingkat 24

.

zara
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

17 comments

  1. Ini chort bpe dlu..me also exSegi tpi duk kondo ln..trngt mdm leong dlu lect kte sbb dye incht chort kte..nice story..trhibur den..hihi

          1. Ad bas transit kt sabak bernam ni epul…tp bas die awal pg…sy dpt tau pn sbb dlu sy hantu jg(kacang hantu erk,hehehe)…

  2. Maybe Kecik tak tau ape yg die buat tu salah…
    Sbb die pon ikot ckp parents die kan…
    Sameler ngan 2org yg tlg dia tampal tu, sbb x tau sooo main tolong jer…
    Klu tau mesti diorg dh tegur Kecik sesiap…

    Tapi klu akk pada mase situasi tu, mesti ayat ni yg berlegar2 kat kepala:
    “Eeiiii ko ni Kecik…kecik besor, kecik besooorrrr jer aku mandang ko ni…eeeiiiii…!!!”

  3. eiii korang ni berani betul lah main benda2 pelik camni. nasib baik batch kitaorg takda buat benda camni. mmg mengamuk lah puan dgn vijaya tu karang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.