Rumah Atas Bukit

Aku anak pertama dari 6 orang adik beradik. Boleh panggil aku along. Dari kecik seawal usia 3 4 tahun aku selalu keluarkan hasrat nak jaga atok dengan nenek kononnya. Drama tu akan berulang tiap kali aku balik kampung belah ayah di Johor dan berakhir dengan tangisan aku bila ayah kata tak boleh, along kecik lagi sambil gendong aku. Huhu.

Akhirnya bila aku darjah 3, nenek pun dah tak ada, atok pula cuma tinggal berdua je dengan makcik, akhirnya ayah aku izinkan aku tinggal dengan atok. Aku rasa happy sangat. Mungkin sebab masa tu aku dah agak besar pasal tu lah ayah izinkan. Alasan lain mungkin sebab ayah aku yang sepatutnya jaga atok sebab dia anak lelaki pertama namun sebab kekangan kerja dan jarak memisahkan ayah dengan atok menyebabkan ayah hantar aku sebagai pengganti diri dia. Atok pun degil, taknak duduk rumah orang lain. Nak juga duduk rumah dia. Taknak menyusahkan anak-anak katanya. Hmm takpe lah. Sekarang atok pun dah arwah.

Nak kata kat sini aku duduk dengan atok dah 14 tahun. Lagi lama dari aku duduk dengan ayah dan selama tu lah aku tiap malam hampar toto kat ruang tamu then tidur. Malam-malam kat tingkap area ruang tamu tu mesti akan nampak biasan lampu kereta lalu lalang. Rumah tepi jalan kan. Logik lah. Aku pun naik lali dengan keadaan tu.

Hingga lah satu hari tu pada umur aku 23 tahun. Masa ni atok aku dah tak ada tapi umah atok still berpenghuni. Ada makcik aku. Ok sambung semula. Aku pun balik umah ayah sebab cuti sem. Umah ayah atas bukit. Actually tu umah sewa. Umah sendiri kat negeri lain.

Hari first sampai tak ada buat apa. Just rehat. Hari second kat umah ayah, ayah ajak buat reban ayam. Aku on kan aja. Dalam hujan gigih kami membina reban. Dekat maghrib baru siap. Malam tu of course penat tapi dalam penat-penat tu aku rasa semacam. Rasa suasana rumah lain macam. Rasa rumah gelap semacam. Macam kena selubung. Selalu kalau tidur aku akan tutup rapat pintu bilik. Malam tu aku jadi tak berani nak rapatkan pintu. Nak kena ada cahaya menerangi bilik biarpun sikit (aku jenis tak boleh tidur dalam terang ). Dah tu selalu aku tidur pandang tingkap, malam tu jadi tak berani pandang tingkap. Sebabnya kat tingkap tu pun ada kisah.

Biar aku start dengan kisah tingkap tu dulu ey. Cerita dia macam ni. Ada satu malam tu aku tidur lewat. Layan novel. Mak aku dah tidur. Ayah aku pun dah tidur. Tak tahu kenapa diorang tidur awal sangat. Selalunya tidur lewat, lagi-lagi mak aku sebab dia pun kaki novel macam aku. Malam tu pelik dia tidur awal. Padahal baru beli novel baru. So aku jela yang stay up.

Tengah syok-syok baca novel, sedar-sedar nak dekat 2 pagi. Mata dah kelat. Aku tutup novel then tutup lampu. Ingatkan lepas tu terus tidur. Lahhhh rupa-rupanya mata aku jadi segar pulak. Terkebil-kebil la aku duduk pandang siling, pandang dinding, pandang tingkap. Nak buka lampu baca novel balik rasa malas. Kejung la atas katil tu sampai tertidur. Dalam pada aku terkebil-kebil pandang tingkap, tiba-tiba aku nampak cahaya macam cahaya lampu terpantul kat tingkap. Aku cakap dalam hati “oh lampu kereta. Kan umah tepi jalan”.

Terus aku lena macam baru dapat ubat tidur. Lena sampai subuh. Tapi keesokkan harinya tengah relaks tengok tv baru aku terfikir, ‘bukan umah aku ni atas bukit ke? Mana datang pulak lampu kereta malam tadi?’ Aisehman. Pasal tu la aku jadi cuak nak tidur pandang tingkap. Takut hari pertama cuma datang lampu. Hari kedua datang bayang. Hari ketiga datang ketukan berserta salam, ‘assalamualaikum boleh saya masuk. Sejuk la kat luar ni’. Tak ke haru jadinya.

Sambung kisah sebelum hantu tingkap tadi tu. So aku pun tak berani pandang tingkap. Maknanya muka aku mengadap pintu yang berrongga sikit tu sebab tak rapat. Bila pintu tak rapat aku boleh la nampak aktiviti anasir-anasir yang lalu lalang depan pintu bilik aku tu. Dah la bilik den depan dapur. Lepas tu nak pergi toilet lalu depan bilik den juga. Memang den boleh nampak la kelibat lalu lalang. Den start cuak sebab dah bunyi macam-macam. Bunyi orang berjalan lah, bunyi orang susun pinggan mangkuk lah. Aku buat cool je sambil mata sebelah tertutup mata lagi sebelah terbuka.

Intai dari jauh sambil berbaring atas katil makhluk mana yang rajin sangat mengemas malam-malam buta. Sebab taknak kekejungan yang melampau atas katil, aku positifkan diri dengan berkata ala tikus je tu duk main lompat-lompat dari pinggan ke pinggan. Bunyi berjalan tu pulak bunyi cicak. Tapi mana ada tapak kaki cicak bunyi macam manusia berjalan weh. Astagha. Kuatkan aku ya tuhan untuk lalui malam yang panjang ni.

Akhirnya aku tertidur juga walaupon cuma tidur-tidur ayam. Kenapa aku kata macam tu? Sebab aku rasa otak aku ligat berfikir sepanjang aku lena tu. Tak rasa macam aku tidur pun. Mata nampak pejam tapi otak tak rehat. Penat weh.

Sampai la ke kemuncaknya. Dalam pada aku lena tak lena atau aku tengah bermimpi time tu, aku pun kurang pasti, tiba-tiba kat depan mata aku ada jari tangan yang tak cukup zat mencuba mengusap kepala aku. Jari tu macam jari patung dalam makmal sains. Taknak macam terkejut pulak aku. Nak kata mak aku masuk nak gerak solat subuh,pintu bilik pun tak terusik. Pastu lagi dah kenapa mak aku nak gigih sangat berdiri kat hujung katil aku, julur tangan usap kepala anak dia nih. Dah tak boleh dah duduk atas katil meNgadap aku, buka lampu pastu gerak aku subuh? Kenapa dari arah tingkap tu jugak dia nak duduk usap aku.

Terus aku bangun terduduk. Lepas tu tengok sekeliling. Seminit lepas tu aku berlari ke arah henfon yang ada atas meja belajar and tengok jam dah pukul 6 pagi. Aku bersangka baik, mungkin dia nak gerak aku bangun subuh cuma dia tak tahu cara terbaik.

Ya allah nak gugur jantung aku. In fact, jantung aku tengah berdegup laju masa taip cerita ni pada jam 1.58pagi sebab peristiwa tu tak hilang lagi dari memori aku.

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.