Inasis di Universiti Utara Tanah Air

Hi semua, saya A (bukan nama sebenar), saya nak cerita pengalaman saya semasa saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti di Utara tanah air. Saya ditempatkan di Inasis (dirahsiakan). Selesai mendaftar, saya dapat bilik tingkat paling bawah. Setiap bilik ditempatkan dua orang pelajar. Saya dan roomate saya, saya gelarkan dia N. Selesai mendaftar, kami jalani orientasi seperti biasa. Segalanya berjalan dengan lancar.

Setelah beberapa minggu menginap di inasis tersebut, kami tertanya tentang sebuah bilik di sebelah tandas. Bilik tersebut kosong, namun setiap malam pasti lampu menyala. Mulanya kami tidak ambil endah, hinggalah suatu malam saya dan N ke tandas untuk cuci muka dan gosok gigi. N terus masuk ke tandas untuk membuang air, saya pula di sinki untuk mencuci muka. Untuk pengetahuan semua, tandas ini ada dua pintu. Salah satu pintu tandas berada di sebelah bilik kosong tersebut, ada 3 sinki. Saya menggunakan sinki di sebelah pintu lagi satu. Kedudukan saya mengadap cermin, pintu tandas sebelah bilik tersebut ada di sebelah kiri saya.

Semasa saya sedang tunduk di sinki untuk mencuci muka, ekor mata saya menangkap satu pergerakan di lantai sebelah kiri saya. Seolah ada sesuatu sedang merangkak masuk macam askar namun pergerakannya lambat dan sangat sukar. Saya terpaku sambil memandang sinki. Ekor mata saya dapat menangkap ‘benda’ tersebut sudah masuk sehingga paras pinggang. Apa yang saya pasti ‘benda’ tu perempuan sebab boleh nampak rambut berjuraian ke lantai. Entah macam mana saya dapat kekuatan menjerit N suruh keluar tandas. Apabila saya angkat kepala dan pandang ke kiri, kosong! N terus keluar terpinga pinga dan tanya kenapa saya menjerit. Saya terus ajak dia balik bilik. Saya terus cerita kat dia masa kami dalam bilik.

Beberapa hari kemudian, saya ada dengar cerita, ada pelajar cuba tutup lampu bilik tersebut, namun ditegah oleh makcik-makcik cleaner di situ. Sehingga hari ini saya tidak pasti apa ‘benda’ tu. Namun apa yang saya pasti, sehingga habis semester, lampu bilik tersebut akan menyala setiap malam.

Sekian.

Nani

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.