Pontianak Datang Part II

Bismillahirrahmanirrahim ….

Assalammualaikum kepada semua pembaca yang di rahmati. Jadi hari ini aku berkesempatan untuk kongsikan sambungan cerita yang tempoh hari aku janjikan. Minta maaf jika kali ini kurang seram, tapi bagi mereka yang melaluinya memang terasa seram. Okay lets go….

Setelah beberapa hari kejadian pakcik-pakcik aku diganggu. Aku mengimbau balik kejadian yang pernah menimpa aku, nenek dan adikku ketika aku bermalam di rumah nenek. Dan ketika itu arwah datuk aku masih hidup.

Malam itu kami menonton televisyen sambil menikmati nasi panas dan pindang ikan yang baru sahaja nenek hidangkan. Baru sahaja dua suap nasi aku makan, tiba-tiba dengar bunyi orang mencangkul. Betul-betul di laman hadapan rumah. Nenek mengomel, “Aku rasa, dah aku letak cangkul tu kat belakang. Apa pasal boleh dia mrncangkul “.Aku dan adik terdiam. Putus selera makan aku bulu roma dah mula meremang. Lantas aku simpan nasi tadi di bawah tudung saji dan cuci tangan, langkahku dibuntuti adik dan kami duduk bersila kaku di tempat tadi. Nenek bangun menelefon busu dan anak angkatnya (Abang Bob) untuk cepat pulang. Arwah datuk memang tak dapat ditelefon kalau dah sibuk memancing.

Dalam 15 minit busu dan abang Bob balik. Kami bertiga hanya diam sampailah saat di mana busu sedang menutup pintu. Bunyi cangkul tadi muncul di tepi rumah. ‘Cak’ ‘cak’ ‘cak’ ‘cak’ ‘cak’, bunyi cangkul tadi laju didengar dari tepi rumah mengelilingi satu pusingan rumah. Kami berpandangan sesama sendiri, abang Bob yang baru masuk ke bilik berlari keluar membeliakkan matanya. “Bob, ikut aku jap tengok ke luar”, ujar busu. Keluarlah mereka berdua dengan memegang lampu suluh. Selang beberapa minit suara perempuan menangis memecah keheningan malam itu. Dadaku berombak kencang, adikku dah masuk ke dalam bilik untuk tidur. Tetapi rasa ingin tahuku kuat membuatkan aku setia menunggu di ruang tamu.

Tak lama lepas itu, busu dan abang Bob naik dengan tergesa-gesa ke rumah. “Mak, mak ada perempuan kendong budak kat bawah, muka tak nampak rambut panjang menyeret ke tanah”, kata busu dengan nafas tercungap-cungap. Muka abang Bob di sebelahnya sudah pucat lesu. Nenek berkata tak apa tunggu bapak balik aku rasa dia makin berani bila bapak tak ada.

Keesokkan harinya, datuk mula memagari rumah. Aku bangun sahaja dari tidur penuh garam dan lada hitam kasar di keliling rumah.

Setahun kemudian, datukku meninggal. Ketika itu makin banyak gangguan di rumah nenek. Tak cukup dengan itu ketika malam raya saudara-maraku tidur bergelimpangan di luar rumah. Rumah kampung di luar rumah ada beranda di situ lah mereka melihat kak pon bertenggek di pokok rumah jiran yang tak berpenghuni tu. Tak lama kemudian dia terbang, berkibarlah kain putih lusuh di langit malam itu. Saudara-maraku sudah terbiasa tidak lari seperti dulu.

Arwah datuk merupakan seorang pengubat tradisional. Banyak orang yang datang belajar dan merujuk datuk untuk membuang makhluk halus.Jadi tidak hairanlah makhluk-makhluk tadi mungkin dari orang yang datang berubat mungkin juga ada yang mendengki dan membalas semula mahupun makhluk yang ikut dia balik dari memancing. Asal tahu laut merupakan tempat yang banyak ‘makhluk’ lain tinggal.

Apa pun terima kasih kerana sudi meluangkan masa sedikit untuk membaca. Banyak lagi cerita yang ingin aku kongsikan pada kalian. Insyaallah jika ada kesempatan lagi, akan aku coretkan lagi kisah-kisah seterusnya.. Wallahualam. Assalammualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fiza

1 thought on “Pontianak Datang Part II”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.