Psikosis Atau Nyata

Berikut disertakan percubaan pertama kali saya. Harap dapat maklum balas yang positif dari pihak Tuan / Puan.

Pertama kali menulis rasa gementar pulak. Baiklah, serba sedikit mengenai diri aku. Masih bersuami, anak ada 4 orang berumur 9, 8 (lelaki) dan kembar 6 tahun (perempuan). Nak cerita tentang gangguan yang aku alami, walaupun sampai hari ini masih tak pasti samada itu gangguan atau psikosis.

Aku bersalin anak pertama tahun 2011, selepas hampir 2 tahun 6 bulan kahwin. Sepanjang tempoh ‘honeymoon’ tu macam-macam kata nista dan sindiran aku dapat dan agak tertekan juga. Baiklah balik pada cerita asal. Lepas aku bersalin tu, anak aku suka sangat menangis hampir 24 jam. Macam-macam dah aku buat masih begitu juga keadaannya. Kalau dia tidur pun sebab dia dah penat menangis,itupun tak sampai 30 minit. Dalam tempoh tu juga aku kerap nampak bayang hitam melintas, kadang-kadang dengar bunyi guli dan lagi syok aku dengar bunyi orang main bola.

Sedikit sejarah, rumah yang aku duduk masa lepas kahwin adalah rumah yang aku beli dari zaman bujang. Aku juga dah biasa dengar segala macam bunyi dan ditindih masa aku duduk zaman bujang dulu. Aku buat tak peduli pada semua gangguan tu dan aku berjaya harungi hidup zaman bujang dengan aman dan tenteram.

Berbalik pada cerita asal, lepas tak larat nak hadap anak menangis 24/7 maka kami pun bawak pergi ke salah satu Pusat Rawatan Islam yang agak terkenal. Diringkaskan cerita anak aku sembuh dan sihat tanpa sebarang gangguan selepas itu.

Tahun berikutnya iaitu 2012, lahir anak ke-2 juga lelaki. Dalam tempoh mengandung tu aku mula dapat gangguan. Kerap dengar suara panggil nama aku, kadangkala dengar orang beri salam. Lebih kerap bila aku kerja malam (aku kerja front liners) dan mula nampak bayang melintas semula. Lepas bersalin anak ke-2 aku berpantang sendiri. Dalam tempoh berpantang tu aku mula dengar nama anak aku dipanggil dengan jelas. Ada sekali tu pintu rumah aku terbuka sendiri dan sebelum tu ada suara ‘orang’ beri salam. Semua kejadian tu berlaku masa suami aku kerja dan di siang hari. Peliknya kali ini anak aku sangat mudah dijaga, dan tak banyak ragam. Walaupun aku dapat rasa kehadiran ‘seseorang’ memerhatikan kami.

Bawak ke besar, istimewanya anak aku yang ke-2 ni dia dengan senang hati akan beritahu aku dia tak nak masuk bilik belakang sebab nampak ada ‘hantu’ duduk bertenggek atas kerusi senam abah dia. Masa aku tanya kedudukan ‘hantu’ tu kat mana dia boleh tunjuk dengan tangan dan ‘describe’ rupa bentuk makhluk tersebut. Aku tanya ‘hantu’ tu tengah buat apa, anak aku cuma kata dia tak buat apa pun cuma duduk atas tu dan tengok kita je. Dia tak marah pun. Aku ambil sikap ‘asal kau tak kacau kami maka kita aman’.

Masuk tahun 2014 aku bersalin anak kembar perempuan. Dalam tempoh mengandung anak kembar tu pun aku alami benda yang sama masa mengandung anak ke-2. Paling best aku tak dengar berseorangan, kali ni aku ada geng. Rakan sekerja aku pun dengar suara ‘seorang lelaki’ beri salam dan kami jawab salam tu secara serentak. Cuma yang peliknya kami berdua je yang dengar dan boleh describe ciri-ciri suara yang sama. Dipendekkan cerita, kejadian yang sama berulang kembali. Kali ini yang dipanggil adalah anak aku yang ke-4. Bawak ke besar dia pun ada ‘anugerah’ yang sama dengan anak yang ke-2.

Apa kaitan semua rentetan cerita kat atas tu dengan aku? Kaitannya adalah aku sampai ke hari ini akan rasa macam ada orang ikut ke mana sahaja aku pergi. Nak terangkan pun aku tak reti cuma aku tahu dan dapat rasa yang ‘benda’ tu sentiasa ada dengan aku walaupun ‘dia’ tak pernah munculkan diri.

Tak pernah pun dapatkan rawatan sebab aku tak rasa yang ‘dia’ kacau aku dan keluarga. Ada cerita pada mak bapak dan mentua aku. Jawapan diaorang adalah sama macam aku, selagi ‘dia’ tak kacau maka biarkan. ‘Dia’ tak kacau kita, maka kita jangan kacau dia dah cukup.

Masalah aku sekarang adalah, aku tak dapat beza samada semua ni psikosis atau kewujudan ‘makhluk alam lain’. Sebab aku adalah seorang penghidap MDD (Major Depressive Disorder) semenjak 2019 dan masih dalam rawatan. Sebagai orang medikal, aku rasa yang semua ni sebagai psikosis. Tapi sebagai seorang muslim, aku juga tak boleh nafikan kewujudan ‘alam lain’. Kepada semua pembaca, mohon doa kalian supaya aku sembuh dan terpelihara dari sebarang gangguan makhluk jahat.

– D’Salmah –

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]
d_salmah

5 thoughts on “Psikosis Atau Nyata”

  1. insyallah doktor.
    semoga sembuh dari penyakit MDD.

    cuma baca ayat awal – awal dah pelik sikit.
    “masih bersuami”
    biasanya orang tulis “sudah bersuami” atau “sudah berumah tangga”.
    kalau “masih bersuami” tu macam dah ada plan akan “tidak bersuami”.
    hihi.

    Reply
    • Betul apa kau cakap haha. tak la. maksud dia walaupun diganggu hantu, suami dia masih setia di sisi. Kalau dia cerita pasal ‘hantu miang’ baru dia sebut dah bersuami.

      Reply
  2. Mungkin puan boleh cuba kaedah rawatan islam selain dari medikal moden..tak salah jika mencuba andai benar ada makhluk yang mengganggu atau menghuni rumah puan..mungkin rumah puan telah dihuni sebelum puan beli rumah tu..atau secara tak sedar puan juga telah didampingi..apa²pun perkara ghaib itu mmg wujud walau istilah sainsnya berbeza..hanya kpd Allah kita memohon..kuatkan diri dgn perbanyakkan amalan..rumah puan juga boleh dipagar & sentiasa mengalunkan ayat suci Al-quran..wallahualam

    Reply
  3. Rilek doc. Kalau orang lain pun dngar benda yg sama (orag bagi salam, pastu sama2 jawab) obviously ada external entity, jin atau bunian. Bukan mental.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.