Puaka – Bab 1

Cerita aku bermula pada hari aku berpindah masuk ke rumah baru, dan berakhir pada hari aku berpindah keluar. Rumah itu diduduki selama 3 tahun, dan berikut adalah pengalamanku.

Aku masih ingat pada hari kami berpindah masuk; rumah itu tidaklah seteruk yang aku lihat dalam gambar yang ditunjuk oleh Daddy dalam cellphone. Surat khabar yang tersebar di atas lantai di tengah-tengah dapur, sudah dibersihkan. Rumah 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik di tingkat atas dan satu bilik yang cukup besar di tingkat bawah bersebelahan dapur. Yang bestnya, bilik tu ada tandas sendiri, jadi aku meminta untuk ditempatkan di bilik itu. Pada mulanya Mommy keberatan, memandangkan niatnya untuk jadikan bilik itu sebagai bilik tetamu, tetapi aku mendapat sokongan dari Daddy juga yang hanya menurut kehendakku.

Keadaan rumah yang amat berdebu dan berhabuk membuat aku bersin banyak kali hingga hidung dan pipi aku kemerah merahan macam badut. Kedengaran suara Val, abang aku dari atas yang melonjak girang sebab dia dapat bilik yang besar dan ada balkoni, dengan tandas bersambung dengan bilik yang ketiga. Aku berseorangan di bawah; menguak perlahan pintu bilik yang dicat burgundy. Senyuman terukir di bibir tatkala melihat bilikku. Hampir lengkap dengan semua perabot asas, dan tingkap bilikku menghadap ke kawasan parking kereta. Aku melabuhkan p******g di kerusi kayu set dengan meja solek dan memerhati sekeliling setelah tingkap slide dibuka. “Wahh arah angin yang baik,” bicaraku sendiri.

Tatapanku terhenti pada satu sudut di tepi almari kayu yang antik; ada tulisan menggunakan marker pen barwarna merah yang bertulis semacam tulisan cakar ayam, ‘Its here, its here!’ Aku apalagi, terus ‘engkecit’ (atur langkah seribu) berlari keluar dan mendapatkan Mommy dan Daddy yang ketika itu berada di perkarangan rumah tengah berbual dengan pemilik rumah tersebut.

Ternyata, penyewa rumah yang sebelumnya pergi tanpa apa-apa notis. Kebanyakan barang peribadi mereka masih ada dirumah itu, dan pemilik tidak pernah dapat menjejaki mereka.

Jadi, inilah permulaan kisahku..

Seminggu kemudian, kami berpindah masuk. Mujurlah pemilik telah menukar beberapa lampu yang rosak, dan mengecat putih dinding keseluruhan rumah atas permintaan kami. Bilik dobi disebelah tandas di dapur lebih kurang besarnya, cukup untuk memuatkan satu katil single, satu almari 2 pintu dan juga meja belajar. Lengkap dengan mesin basuh dan pengering sekali. Disitu juga segala stok bekalan makanan disimpan. Kotak-kotak mengandungi pokok Christmas yang setinggi siling rumah 2 tingkat; ditambah lagi dengan segala ornaments dan sebagainya.

Namun, bilik itu benar-benar membuat aku tidak selesa. Aku selalu merasa seram setiap kali aku pergi. Seperti apabila kau merasakan seseorang bernafas di leher kau, tapi bila berpaling tiada siapa yang ada di sana.

Ya, selain dari bilik dobi, rumah itu agak biasa pada mulanya. Bunyi paip terbuka dan tertutup sendiri tu aku dah biasa. Agaknya sebab aku ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rumah baru. Ingatkan lepas beberapa ketika, semua tu akan berlalu. Tapi sangkaan aku meleset. Siap dengan bunyi kuku mencakar dinding, dengan kesan cakaran sampai terhakis cat dinding yang putih bersih, apa tu? Curahan air melimpah keluar memang hampir setiap hari.

Suatu malam tu, aku stayed up quite late sebab main game di laptop. Leher aku mula rasa lenguh; aku bingkas bangun dari sofa single sebelah katil lalu baringkan badan diatas katil menelentang menghadap siling. Mataku dipejam dengan niat untuk lelapkan diri. Dalam aku melayan mata yang hamper menuju ke alam mimpi, ketukan di pintu bilik tidur menyapaku. Seraya itu aku mendengar suara lelaki di sebalik pintu.

“Sudah tidur ke?” dia bertanya.

Aku meneliti suara tersebut, “Tak, kenapa?”.

Suara tu membalas, “Bukalah pintu, nak masuk.”

“Dad?” Aku bertanya. Mataku masih tertutup dengan kepala berbantalkan kedua-dua lengan.

“Saya nak masuk boleh tak??” suara bertanya lagi.

Suara tu bukan macam suara Daddy ataupun Val, abang aku. Apatah lagi nak bahasakan diri dengan ‘saya’. Tapi aku tak curiga waktu tu.

“Okay,” jawabku.

Aku dengar derapan bunyi tapak kaki melangkah dengan tenang ke arahku, dan kemudian merasa sebelah katilku mulai mendap. Mungkin Daddy menjenguk nak tengok kenapa aku belum tidur lagi sedangkan dah lewat. Dalam beberapa ketika tu baru aku tersedar, yang pintu bilik aku dikunci. Dan pintu bilik aku juga akan berbunyi kalau aku buka dan tutup. Aku tak dengar apapun! Serentak dengan itu, mata aku luas terbuka dan ketika itulah aku melihat ‘seseorang’ di sebelahku berbaring mengiring memandang tepat ke mataku.

Aku masih ingat ‘orang’ tu dengan jelas: rambut kusut masai hampir botak, muka berkedut, kening tebal, dan dagu yang panjang muncung. Pancaran kilat yang tak berhenti sejak sejam yang lalu membuatku berkelip dan perhatianku beralih sekejap ke arah tingkap. Apabila aku memandang kembali ke sebelahku, ‘dia’ sudah tiada. Mendapan di sebelah kanan katil beransur hilang.

Dalam kedinginan malam dan samar-samar cahaya dari pantulan kilat itu, aku mulai berpeluh. Aku pandang ke arah jam di dinding; 1.28am. Jika itu adalah mimpi semata-mata,maka aku telah tidur waktu perkara tu berlaku. Dan jika benar aku sudah dibuai lena, maka itulah catatan rekod paling pantas aku tertidur.

Pertama kalinya, malam itu aku tidur menyelepak diantara Daddy dan Mommy.

Kebanyakan hari aku memang selalu berseorangan dirumah. Daddy dan Mommy bekerja, Val pula ada kuliah. Aku berada di bilik ketiga di tingkat atas tengah membersihkan white sneaker apabila aku mendengar pintu utama dibuka. Waktu tu 6.25pm. Daddy! Tepat pada masanya, fikirku. Aku berlari anak menuju ke tangga. “Hey Dad!”, sapaku sambil menuruni tangga.

Dia tidak membalas. Aku berdiri di hujung tangga dan mendapati tiada sesiapapun disana. Pintu rumah terbuka sedikit, jadi aku memang yakin Daddy dah balik. “Daddy!”, aku menjerit lagi. Aku panjangkan leher untuk meninjau ke dapur, kosong. Masih tak berganjak lagi dari tempat aku berdiri, di kaki tangga.

Dari dapur ke bilik yang Daddy renovated sendiri untuk dijadikan mini officenya yang terletak bertentangan dengan dapur, tidak dapat dilihat kerana sudut bilik ofis tersebut terletak di sebelah kiri tangga. Dari kaki tangga, terdapat cermin di dinding pintu bilik utama yang membolehkan kita melihat terus ke ruang bilik mini office Daddy kalau pintu terbuka.

Sekali lagi aku memanggil Daddy, dan serentak itu juga aku menangkap sepintas lalu bayangnya di cermin. Dia berdiri membelakangi cermin, badannya menghadap pintu bilik mini office yang selalu dibiarkan terbuka namun gelap kalau tidak dipasang lampu.

Aku berpaling ke kiri dan menyapanya sambil tersenyum, “How’s your day?”. Daddy tak bersuara, tak bergerak langsung; kekal dengan posisinya berdiri seakan statue depan pintu bilik.

“Dad?”, aku mulai musykil. Perlahan saja suaraku.

Tiada jawapan.

Tiba-tiba, kedengaran suara ‘Daddy’ seakan mendengus. Macam bunyi yang ‘bull’ buat tiap kali bersedia untu menyerang sesiapa yang memegang atau memakai kain berwarna merah. Kasar dengusannya.

Setiap sel dalam badan memberitahuku untuk keluar.

Desiree Michael

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Desiree Michael

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Puaka – Bab 1”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.