Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.
Aku pernah cerita pasal puaka kilang tempat aku kerja ni dulu, PUAKA KILANG USANG. So kali ni aku nak sambung dengan part 2, memandangkan puaka tu macam tiba-tiba naik meroyan dengan membuat gangguan tak kira masa dan ketika.
Sekarang ni kat kilang ni, kalau siang hari, tinggal 6 ketul manusia je. 3 guards, 3 lagi pekerja ; Aku, Azman & Soh. Aku memang datang 3 hari seminggu tapi masuk 9.30 am then cabut balik pukul 12.30 pm or 1 pm.
Bergantung pada kehadiran boss aku, Kian Yoong. Kalau Kian Yoong ada, aku terpaksa balik pukul 2 or 3. Tapi ikut mood mamat tu juga. Datang angin malas dia, datang pukul 12.30 pm, pukul 1 pm dah cabut balik. Datang pula seminggu sekali. And Soh, jenis datang punch card, blah. Kalau ada orang, baru dia masuk office. Kalau tak, jangan harap.
Sedia maklum, memang kilang ni ada something since dulu. Time ramai orang pun dia dah buat perangai, bila tak ada orang ni, nak expect dia berkelakuan baik ke cemana? Memang tak lah.
Paling ketara sekarang, dia suka main pintu. Habis semua pintu dalam block office aku tu dia buka. Yang berkunci ke, tak berkunci ke, sama je dia redah. Sebelum balik, elok dah kita tutup semua. Esok pagi, terbuka semua. Tu yang boleh mengundang pergaduhan antara aku dengan Soh. Dia memang akan tuduh aku lah yang buka pintu tak reti nak tutup.
Air dalam bilik air pun macam tu. Aku ni, jarang dah masuk bilik air tu. Ye lah, datang pun sekejap sekejap. Nak berhadas ke apa pun memang tak sempat. Tak terasa pun nak berhadas kadang-kadang. So bilik air memang akan kering and air dalam tong tadahan kosong. Ada masanya, kita datang, lantai bilik air akan basah. Plus air dalam tong tu penuh. Pernah sekali tu, aku datang and pili air tak bertutup. Mencurah-curah air keluar. Kalau lah Soh tu datang sebelum aku and tengok pasal tu, memang berperang kaum lah cerita dia. Bukan boleh percaya sangat si Soh tu.
Meeting room tak payah cakap lah. Kita dah susun semua kerusi in order, elok terletak kat tempat masing-masing, nanti berterabur. Siap ada yang jauh dari meja meeting tu ha. Seronok lah tu main slide-slide atas kerusi. Kan? Kalau tak puaka, siapa je lagi yang over excited kilang dah bungkus? Takkan lah boss tua aku pula datang memalam and main semua tu. Hahahaha. Dengan bidai tingkap terbuka luas nya. Aku syak puaka tu semua buat meeting malam-malam. Fikir agenda apa lagi nak buat keesokkan harinya.
Azman kena minggu lepas, Khamis 29 March 2018. Hari tu, memang aku tak masuk office. Aku ke Bangsar, rumah Kian Yoong. Memang rutin mingguan aku sebab aku take over company insurance mak Kian Yoong. Selingan : Kalau nak beli insurance, roger lah aku ye. Okay-okay, sambung. So macam biasa Azman akan parking motor kat depan office then bertenggek atas motor and main phone. Biasa lah, wifi free. Sebab kalau tak ada orang, dia tak akan masuk office tu. Kunci pun dia tak ada.
Suddenly dia dengar suara orang lelaki dari dalam office. Dia ingat Uncle Bathumalai (guard). So dia jerit lah panggil uncle tu. Nan hado lah uncle tu menyahut and muncul. Sebab sebenarnya uncle Bathumalai kat belakang store yang berjarak 5 minit dari office tu, tengah clocking. And Azman ni dengar suara tu dengan jelas tapi tak faham butir percakapan. Bila dah tahu tu bukan uncle, dia start motor and bertapa kat pondok guard.
Isnin lepas, 02 April 2018 (pagi) masa aku tengah ralit siapkan kerja, kena kacau manja. Aku letak stapler aku atas log book (kulit keras). Log book tu pula dalam tray 2 tingkat and kedudukan dia kat tingkat atas. Stapler tu pula yang jenis besar and berat tu tau. Tak semena-mena stapler tu bergolek jatuh. Dah jatuh, aku naikkan balik ke kedudukan asal dia. Selang beberapa minit, dia jatuh lagi. Aku naikkan lagi dengan jayanya. Lepas tu jatuh lagi untuk kali ketiga. Terus lah aku jerit. Aku cakap jangan nak kacau aku buat kerja. Kian Yoong nak report untuk account hari Rabu nanti. Then aku continue buat kerja dengan perasaan yang marah plus takut at the same time. Mujur dia tak tunjuk rupa. Hahahaha.
Isnin yang sama juga, around 2pm, uncle Bathumalai pula kena. Masa tu dia tengah ronda clocking kat belakang store. Atas store tu, ramp. Siapa yang kerja kilang sawit, reti lah ramp tu untuk apa kan. Ramp tu dah kosong, ada sisa sawit je. Kawasan tu luas and bertembok paras dada lelaki dewasa. Kalau kau jenguk ke bawah dari tembok tu, memang jelas nampak kawasan belakang store tu.
So uncle pi lah ronda situ. Suddenly ada batu jatuh dari atas. Tapi dia fikir, maybe batu tu terjatuh ke apa and dia bolayan kan aje. Tak sampai seminit, kayu pula yang jatuh, macam orang baling. Mujur tak kena kepala. Kalau tak, bocor. . So bila dah rasa macam pelik, dia dongak ke atas. Dia nampak susuk badan orang kat tepi tembok tu. Macam main cak cak dengan dia. Terus dia pi panggil sorang lagi pak guard, Mohammad. Sampai je kat situ, dah tak ada. Dorang blah je lah.
Hari ni, 06 April 2018, sebelum aku balik, aku dah susun cantik kerusi kat meeting room tu. Kalau bersepah lagi Isnin nanti, memang aku panggil ustaz, tibai dorang sekor-sekor. Ingat tak penat ke mengemas je selalu? .
Thanks korang sudi baca. Semoga bertemu lagi nanti.
Bye!
hahaha . best2 . kelakar pun ada . rasanya ‘dia’ bosan laa tu . maunye tak bosan . korang dtg keje pun kejap2 je time nya . tak sempat dorang nk lepas rindu . hahaha . kt meeting room tu pulak betul laa dorang buat meeting memalam sbb nk mikirkan apa agenda utk esok hari . tu sebab semua kene usikan yg tak sama . sekian teori aku . btw, good job writer . entah kenapa aku rasakan engko seorang yg hensem . bahahaha . betul ke idok?
Hahahahahaha.
Aku perempuan yang hensem kot. Kot lah.
Btw, thanks.
biasa lepas baca cerita hantu kt FS ni rasa seram. tp yang ni asyik duk terkekek kekek gelak duk imagine betapa gigihnya depa duk meeting mlm2..hihi
ha’ahh . betul tu . dgn kerusi berteraburnya . pakej sekali dgn mandi manda kot sampai pili air tak tutup . ke acah2 mandi air terjun? hahahahaha
Hahahahahahaa.
Kau baca mengekek.
Aku yang kena susun semula ni memaki.
Hahaha best la cerita kau. Kelakar 😂
Haha.
Thanks.
Citer ni seram komedi nama nye hahaha…ape2 pun citer ko ni memang gempak.
Hahahaha. Tak kelakar tau bila kena buat kerja 2 3 kali. Hahahahaha
adoiii kelako..elok lah ko pagil ustaz tibia seko2 ahhahaha kje nak buat semak jer .
Hahahahahaa.
Sudahnya kami pun berambus sudah dari office tu. Pindah office baru
Ni semua antu workaholic ni…
Keje tdo makan mandi semuaaa kat opis…
Almaklumlah, free…
Xyah sewa umah…
😂😂😂😂😂
Hahahahha
Ceritanya seru:) http://enduro.co.id/
Thanks
kan bagus asoh ko tu kena sakag kaw2…bg dia kencet sikit.. bru dia tau…
Dia pernah kena sakat sekali. Tu yang payah nak masuk office dah tu. Hahaha
Lepas kemas bilik meeting tuu snap gmbar…pastu esoknya dtg opis ambik gambar…tgk ape perbezaan..hahaha…nakal2 penunggu sana erk…..nasib gngguan cmtu je x teruk2…
Kami dah pindah office. Hahahaa. Padan muka dia tak ada kawan.
“Aku cakap jangan nak kacau aku buat kerja. Kian Yoong nak report untuk account hari Rabu nanti.”
HAHAHAHAAAA tekejut hantu tu nokk XD
selalu nya rsa seram..tp asyik gelak je..haha.thanks make my day.;)