Puaka Kilang Usang

Assalamualaikum.

Hai korang. First of all, thanks to admin yang approved cerita aku sebelum-sebelum ni ; TANDA GANGGUAN, GANGGUAN LAGI, KARAK & LALI. So kali ni aku nak cerita pasal Puaka Kilang Usang. Jangan risau, bukan kilang korang, tapi kilang aku. And sorry kalau tak seram and menepati piawaian pembaca tegar laman FS ni.

Aku start kerja kat company KKP ni since 2015. Dari view aku, memang hazab lah rupa office ni. Dari luar rupa ala kadar, dalam apatah lagi. Memandangkan office ni dekat sangat dengan rumah aku, so aku terima job offer as Account Exec kat sini. Tapi now company ni dah deceased operation. Aku pun dah jadi part timer kat sini. Sebab aku handle company boss aku yang lain juga. So kat office memang tak ada orang sangat.

Masa aku mula masuk sini, kecoh pasal duit hilang. Kes ni jadi sebelum aku masuk lagi sebenarnya. So dorang kasi peringat aku untuk simpan duit elok-elok. Aku fikir toyol kepala hitam je masa tu tapi tak ye kawan-kawan. Cerita staff lama sini, duit dalam drawer berkunci plus dalam office berkunci pun boleh ghaib. Ada kerani tua kat sini yang rajin hilang duit dia. Kadang sampai beribu. Kesian betul.

Memandangkan office ni dah tak ada orang, aku jarang masuk. Kalau aku masuk pun, sebab kerja tengah melambak. So aku memang bersendirian lah. Start bulan 5 hari tu lah, gangguan menjadi-jadi kat office aku ni. Pernah sekali, aku dengan boss aku tengah ralit buat kerja. Tiba-tiba dengar orang flush toilet kat bilik director. Padahal bilik tu kosong, tak ada orang. Boss aku ni Chinese tau and dia membesar kat USA. So memang dia tak percaya benda-benda tahyul but lepas dengar benda tu, dia pandang aku and pura-pura kemas bag nak balik. Kau rasa? Hahahaha. Sabar je lah.

Aku kadang-kadang terlewat balik. Ada sekali tu, masa nak kemas-kemas barang tutup computer bagai, aku dengar orang seret kaki kat kaki lima belakang office aku yang bersambung dengan office directors. Seret kaki macam malas sangat nak berjalan tu. Cuba engkorang gesek kaki kat lantai simen, macam tu lah bunyinya. Dah lah belakang tu gelap gelita. Aku kemas cepat-cepat and terus blah. Kau lalu lalang lah banyak kali. Tak payah nak tunjuk rajin lah kan bekerja sampai lewat petang.

Lab kilang ni kat sebelah office aku ni je. Sebelum bosses berhentikan semua staff/workers, dia arahkan semua kemas kawasan masing-masing. Termasuk lah lab ni. So memang lab teratur and almari pun berkunci rapat lah sebab banyak barang macam bikar and so on. Kunci lab pula kerani tua tu je yang ada. Untuk pengetahuan korang, kerani tua ni datang seminggu kadang-kadang sehari je since kilang deceased. And dia tak akan masuk lab tu kalau tak ada orang. Hari yang dia nak terkena tu, dia pi toilet yang bersebelahan lab. Dia terpandang dalam lab tu. Terus dia jerit-jerit panggil aku. Aku pun pi lah tengok apekebenda. Berterabur habis dalam tu. Macam kena selongkar teruk. Pintu almari terbuka semua. Dia tanya aku ada ke aku masuk situ. Nak masuk apa kalau kunci pun nan hado. Nak tak nak kena lah kami ni kemas semula. Kang boss tahu lagi parah kena bamboo.

Kalau tanya pekerja kat bahagian dalam kilang, macam-macam lah cerita korang boleh dapat. Ada bekas pekerja yang selalu nampak penampakan. Salah sorang yang pernah kena, kita namakan sebagai Atan. Atan ni pekerja yang super dedicated. Dia datang awal, balik lambat. Cuti umum pun bekerja, Ahad apatah lagi. So hari tu Atan datang awal, dalam 7.15 am. Dia kerja bahagian Ramp (turun and pilih buah). Jadinya dia melepas atas tu sambil nak start kerja. Tengah ralit termenung, dia nampak rakan sejawat dia, Pak Lang, berjalan menghala bangunan belakang. Dia laung nama member tu and member tu angkat tangan je. So dia memang fikir itu Pak Lang. Eh, tiba-tiba Pak Lang muncul dari bawah, baru sampai kilang. Atan ni sengih je lah mampu.

Pekerja Nepal kat sini dulu pun selalu kena. Dorang rajin buat OT masa kilang tengah aktif. Malam tu dorang kena sergah dengan Pontianak, mencicit semua lari. Sampai ada yang demam. Kalau kita yang muslim ni boleh lah baca-baca apa yang patut. Dorang? Hahaha. Pontianak and langsuir memang kira penghuni tetap kilang ni lah. Ramai je yang terserempak tapi sekadar nampak-nampak gitu je. Tak lah sampai menyergah macam pekerja Nepal tu kena. So far aku tak pernah nampak lagi dorang tu. Mohon jangan bagi nampak lah.

Guard pun ramai yang terkena ganggu masa buat clocking or meronda biasa-biasa. Aku ni rajin melepak kat post guard tu, so rajinlah korek cerita pasal hantu kilang ni. Ada sorang guard, nama dia Marizan. Dia cerita, masa tengah solat Isyak kat kantin lama kilang ni, benda tu duk tenung dia sampai lah dia habis solat. Then dia cakap kat benda tu,”Aku tak kacau kau, kau jangan nak usik aku. Aku cari makan je.” Terus benda tu blah.

Sorang lagi guard, Rahim. Dia cerita, kat belakang kilang ni ada satu pokok ketapang kalau tak silap. Besar and tinggi. Bawah pokok tu ada kuil penganut Hindu. Kat situ ada satu ‘atok’ tua yang duduk. Dia pernah nampak. Kata Rahim, badan dia besar, tinggi. Memang dia berniat nak tengok pun. Dia pi acah-acah cabar benda tu keluar. Sekali angin kuat, terus ‘atok’ tu keluar. Mencibang dia blah bawa motor laju-laju. Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada masa dia bercerita tu. Hahahaha. Sabar je lah dengan perangai member-member gini.

Alhamdulillah, kat sini aku tak pernah kena gangguan yang teruk macam penampakan reality ke. Setakat bunyi-bunyi and suara memanggil tu, biasa lah. Buat tak tahu je, penat lah dia nanti. Hahaha.
Okay lah, setakat ini sahaja kisah seram sendu pada kali ini. Mohon ampun kalau langsung tak seram. Saja nak shared dengan engkorang. Biasa lah, dasar makcik-makcik yang suka bercerita.

Bye korang!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

34 thoughts on “Puaka Kilang Usang”

  1. Aku x kisah cerita x seram ke.. suam² kuku ke.. sendu ke.. janji kisah benar dan bkn rekaan.. mmg feveret betul sambil kunyah popcorn.. hahah

    Reply
  2. Pekerja Nepal kat sini dulu pun selalu kena. Dorang rajin buat OT masa kilang tengah aktif. Malam tu dorang kena sergah dengan Pontianak, mencicit semua lari. Sampai ada yang demam. Kalau kita yang muslim ni boleh lah baca-baca apa yang patut. Dorang? Hahaha.

    Nepal pun ada Muslim oi dekat 1mil people

    Reply
  3. Saya suka saya suka.

    Terus bayangkan kilang-kilang lama dekat kawasan hometown saya kat Kedah, Sungai petani. Kat situ banyak kilang yang dah tutup. Scary jugak.

    Reply
  4. biasa la kt kilang2 ni mmg akan ade cerita2 hantu..kt tmpt keje aku pun ade byk cerita camni..tp aku xnak dengar la kalo dorg cerita..sebab nnt takut sndri..huhu..

    aku bagi ko 7/10

    Reply
  5. Maaf ya, Fara…
    sekadar membetulkan yg salah.
    bukan deceased operations.
    deceased = sudah m**i / arwah
    tapi CEASED operations. = sudah dihentikan urusniaga/operasi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.