Hantu Bangkit di Sarawak

Awal 1990an gempar.Lampu gasoline digantung di merata jalan di pelusuk beranda rumah warga tatkala maghrib melabuh tirai.Rumah di kampung nenek dibina rapat-rapat.Yang memisahnya hanya dereten pasu-pasu bunga kertas dan pepohon ragam buahan seperti mangga dan kuini.

Kisah kali ini ku ilhamkan dari keributan mengenai hantu bangkit.Keturunan dari tanah seberang yang menepati sebahagian pesisiran pantai borneo yang menjalur dari Teluk Melano di Lundu hingga ke bahagian utara Mukah di Sarawak.

Mereka keturunan yang melanggar pantang dan disumpah bangkit dari kubur.Keturunan ini dipanggil boyan kayong oleh masyarakat di Tekajong Sarawak..Sarawak semestinya menyimpan pelbagai kisah mistik.Dunia ini…percayalah bukan cuma wujud makhluk manusia yang mendiaminya.tetapi ada juga dikalangan makhluk jin dan iblis yang berupa pelbagai bentuk kejadian.

Biasanya hantu bangkit cuma akan menampakkan diri selama 44hari setelah kematian keturunan boyan kayong.Ada setengah pendapat orang tua dengan menyucuk jarum emas di celah ibu jari akan mengelakkan keturunan ini dari bangkit…Kisah kali ini sedikit berbeza dan ku lerai dalam bentuk kosa cerita yang agak membuai rasa seram suam-suam kuku untuk dibaca peminat FS.

Habibah gadis seberang yang cukup cantik sopan tutur katanya dengan dialek melayu Mandelingnya.Datangnya ke daerah kampung nenek cuma pada awalnya mencuba nasib sebagai menjual kain batik lepas dan segala macam jamu dari tanah seberang..

Habibah sering pulang balik dari kampung halamannya di tanah seberang ke kampung nenek bila segala bahan jamu dan kain batik lepasnya habis dijual.Habibah wajahnya cukup manis dan tipikal,wanita seberang yang tidak sama seperti wajah warga tempatan bangsa melanau yang berkulit agak cerah.

Namun begitu,dia gadis yang cukup berani berdagang berjual hingga ke tanah Sarawak..Habibah cukup dikenal di kalangan bidan-bidan dan wanita-wanita tempatan yang ingin membeli jamu seperti majun dan jamu selapan darinya.Para lelaki juga sering mengunjungi Habibah buat membeli jamu kuat setelah penat mengusaha ladang dan melayar lautan menjadi nelayan.

Pintu hati Habibah diketuk seorang warga tempatan bernama Jiman.Mereka pun bernikah dan melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan rukun..Suatu hari Habibah mengandung.Jiman cukup bahagia…Tetapi kebahagian Jiman diragut seketika cuma..Habibah meninggal dunia dan bayinya selamat.Habibah meninggal kerana tumpah d***h…Urusan pengkembumian Habibah pun selesai..Jiman sangat sedih tatkala hal itu berlaku..Namun dia redha dan harus meneruskan hidup membesarkan anaknya sendirian..Jiman kerja hariannya adalah nelayan.

Malam pertama Habibah dikebumikan…Kedengaran dapur rumah Jiman diselongkar..Jiman memeriksa.Tiada siapa..tetapi nasi di dalam periuk bagaikan seperti ada orang yang mengautnya untuk makan.Jiman menguman tatkala melihat di suatu sudut.Satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya..Seperti susuk tubuh sebesar tubuh Habibah sedang meratah sesuatu dengan lahapnya..Jiman merapati…susuk yang masih lengkap berbalut pocong itu..Dia memusingkan kepalanya.Ya raut yang cukup dikenalinya Habibah..Matanya kemerahan dan ada tanah disekitar mukanya…Susuk itu bangun dan merapati Jiman dan mendengus.
“Hai suamiku…Aku bangkit dari kuburku.Aku dari keturunan boyan kayong.44hari aku akan menjengah dirimu”Aku tidak akan apa2kan engkau suamiku!..

Jasad Habibah meluru ke dalam kamar…Jiman membontoti jelmaan Habibah dari belakang.Antara percaya dan tidak Jiman cuma bagaikan dipukau antara halusinasi antara realiti atau mainan perasaan kerana terlalu sedih atas kematian Habibah.

Di dalam kelambu itu,kelihatan Habibah tengah khusyuk menetek bayinya.Sedu-sedan esak tangisnya kedengaran sayu merenung wajah bayinya yang masih merah..Jiman cuma memerhatikan kejadian itu diantara percaya atau tidak….kerana bayinya itu cuma diberikan susu formula jenama dumex tin biru berbekal susu botol puting getah kuning.Habis menetekkan bayinya.Jasad jelmaan Habibah itu meletakkan semula bayinya di dalam kelambu..Habibah bingkas bangun dan meninggalkan Jiman yang masih tergaman..

Seminggu berlalu..Jasad jelmaan Habibah itu secara konsisten menjengah Jiman dan anaknya.Tetapi kali ini Jiman sudah hilang rasa takut..tetapi yang hadir kali ini adalah rasa mual kerana bau dari jasad jelmaan Habibah itu sangat membusuk dan meloyakan…Jiman juga perasan bahawa tatkala nasi di dapur setelah disentuh jasad berupa jelmaan Habibah pasti cepat basinya.Belum lagi ulat-ulat yang mengeletek di lantai rumah dan tilam tempat bayinya tidur.Jiman hilang sabar dan bersuara.”Habibah..ku tahu engkau bukan lagi manusia.Kembalilah engkau ke alam engkau.Janganlah engkau kembali…”

Habibah pun merengus.”Kemana ku boleh pergi kalau bukan ke rumahmu ini suamiku?”44hari keturunanku ini disumpah.”selesai 44hari baru aku tidak akan muncul menampakkan diriku lagi.!”.Habibah bingkas bangun meluru pintu dan menghilang di dalam gelap malam..

Esoknya,Jiman menceritakan hal itu ke teman karibnya Salleh.Salleh cuma mengelengkan kepala dan mengatakan kepada Jiman,dimana Jiman telah memperisterikan keturunan boyan kayong dari tanah seberang.Silapnya Habibah tidak menceritakan asal usul dirinya dulu.Nikah sahaja berwalikan abangnya yang muncul sekali sekala di kampung ini.
Jiman bingkas bangun dan mengajak Salleh ke kubur Habibah..sesampai di kuburan.Salleh dan Jiman separa terkejut melihat seperti kubur Habibah seperti digali dan di kambus atasnya seperti ada yang mengali dan mengambusnya kembali.

“Leh ape patut kita buat sekarang.?”Beginilah Man.kita rujuk pada Pak Kiai di kampung sebelah..katanya kiai juga orang seberang.!balas Salleh.
Mereka melangkah menuju ke rumah kiai yang dimaksudkan.Mereka menceritakannya semua hal terjadi kepada kiai..Kiai mengeleng kepala…sebenarnya sumpah itu hilang sekiranya Habibah berterus terang dulu.

Jika meninggalnya keturunan boyan kayong.Keturunan itu patut ditancapkan jarum emas dicelah jari ibu jari kakinya.Jelmaan bangkit tidak akan terjadi jika hal demikian dilakukan atas jenazah Habibah dulu..Kiai membalas bahawa jika Jiman menolak untuk menyuruh jelmaan Habibah masuk ke rumahnya.Jelmaan Habibah bakal bergentayangan dan menganggu penduduk kampung..kerana sumpahan bangkit akan berakhir pada hari ke 44,setelah keturunan boyan kayong meninggal dunia…
Hendak tak hendak.

Jiman perlu menempuh sebulan lebih lagi malam-malamnya sesampai hari ke 44 Habibah meninggal dunia…Malam dilewati Jiman sangat panjang..Hari demi hari,busuk dan bau loya pasti menusuk ke dalam rongga hidungnya tatkala jelmaan Habibah muncul.Hari ke 30,jelmaan Habibah muncul.Kelihatan jelmaan Habibah semakin menyeramkan.Ulat-ulat menyeluruh di muka dan kain kapannya semakin membusuk dengan lendiran kuning hijau melekat…Jiman hilang sabar dan menjerit”Syaitan,kau bukan lagi layak bersama kami..pergilah kau dari hidup kami..!”.Jelmaan Habibah menunduk dan esak esak tangis begitu sayu.Jelmaan Habibah melangkah keluar…menelah gelap malam dan mana arah tujunya tidak diketahui…Hari berikutnya tersisa lagi 14 hari sumpahan genap 44hari jelmaan Habibah bangkit berakhir..

Dihujung kampung,dibawah lampu neon…kelihatan beberapa pemuda asyik bermain gitar dan melantun lagu popular lewat 80-dan awal 90an.Mereka kelihatan asyik ketawa dan menyanyi sambil meratah kuaci…Jelmaan Habibah…..kelihatan mengilai ketawa menganggu sekelompok pemuda yang sedang asyik bermain gitar.Pasti langkah seribu para pemuda bertempiaran lari…..Jelmaan Habibah semakin mengganas.Bukan sahaja anak-anak pulang mengaji diganggunya.Malahan setiap pintu rumah digegarnya..Jika jelmaan Habibah berjaya masuk ke dalam rumah penduduk.Pasti habis segala lebihan lauk makanan malam di sentuhnya.Senang untuk menentukan kehadiran jelmaan Habibah ke dalam rumah.Jika lebihan lauk makan malam esok harinya basi atau ada ulat didalamnya.

Andai kata anda sedang membaca kisah ini sekarang,mungkin sahaja jelmaan Habibah ada di dapur rumah anda,iya mungkin ada sisa lebihan makan malam anda sedang diratahnya…Semenjak jelmaan Habibah menganggu warga.Tiada seorang pun yang berani keluar rumah.Lampu gasoline menerangi setiap beranda rumah.Ketakutan warga bukan sahaja di ganggu.Malahan jelmaan Habibah suka mengetuk setiap pintu dan tingkap warga kampung.Tuk Tuk Tuk.dan diselangi hilai tawa yang cukup nyaring….Begitulah seksaan warga sesampai malam 44hari sumpahan berakhir.Segala macam gangguan di harung dengan sabar.Ayat suci al quran dilantun membantu sedikit dari diganggu Jelmaan Habibah.

Begitulah kisah ku kali ini.Boyan kayong sangat popular di kalangan penduduk di Mukah,Tekajong,Pulau Bruit di Sarawak.Di daerah Kuching Sarawak juga di ganggu oleh keturunan Boyan Kayong seperti di Kamping Gersik,Kampung Boyan,Kampung Surabaya dan Kampung Semarang.Andai kata ada orang-orang Kuching Sarawak atau Tekajong Mukah Pulau Bruit membaca kisahku ini.Tanyalah orang2-orang tua di kampungmu.

Pasti mereka akan mengiyakan kewujudan mereka…yang disumpah bangkit selama 44 hari setelah kematian mereka.Percaya atau tidak.terpulanglah..Bingkisan dari Sarawak.Kisah yg cukup popular tahun 60 hingga pertengahan 90an di Sarawak…Ku olah semula untuk bacaan anda semua…..

Elle

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 5]

27 thoughts on “Hantu Bangkit di Sarawak”

  1. menetek tu lucah bunyinya. menyusukan baru sopan sikit.
    contoh macam memantat dgn berjimak kan tak sama gaya bahasanya walaupun makna yang sama.

    Reply
  2. Sekitar tahun 2018 Fiksyen Shasha (FS) memang meriah kerana ada bermacam-macam makhluk menulis komen di ruang komentara FS.

    Jangan terperanjat, sekitar tahun 2018 golongan pondan pun menulis komen dalam ruang komentar FS.

    Sekarang pada tahun 2019 nampaknya golongan pondan dah tak ambil pot/peduli kepada FS.

    Aku tidak anti kepada golongan pondan bukan kerana aku ini pondan — aku tidak anti kepada golongan pondan kerana adalah mereka manusia bermakna golongan pondan juga memiliki minat yang sama seperti anak teruna dan juga anak dara yang meminati kisah seram.

    Meminati kisah seram adalah minat yang syumul/sejagat — jangan tersilap baca, bukan Sajjad — baca betul-betul perkataan ini, sejagat.

    Aku tidak tahu sama ada Sajjad (Pondan Mongel termasyhur di Malaysia) membaca FS atau tidak?

    Mungkin Sajjad tidak minat kepada kisah seram, tetapi Sajjad kerap mendapat undangan untuk menjadi pelakon ekstra dalam drama arahan Michael Ang.

    Wajib diketahui, Michael Ang banyak mengarahkan drama mengisahkan fenomena seram hantu-hantu di alam Melayu.

    Drama Penanggal lakonan Amy Mastura — Michael Ang yang menjadi kepala mengarahkan. Drama Nenek Bongkok Tiga — Michael Ang menjadi kepala mengarahkan. Drama Janin — Michael Ang juga arahkan.

    Aku sendiri memang suka kepada drama-drama seram kerana drama seram tidak lucah seperti drama cinta.

    Drama cinta di Malaysia ini sebenar lucah kerana sering memaparkan adegan tidur dalam bilik di episod 1 — di episod 2 pun sama dalam bilik juga, episod 3 pun sama dalam bilik juga sampailah ke episod akhir tetap sama adegan tidur dalam bilik — berdua-dua bercumbu-cumbuan macam nak bersanggama, tetapi tak bersanggama pun, cuma adegan baring-baring sambil bergurau senda.

    Oleh kerana drama cinta ini sering memaparkan adegan tidur dalam bilik tidur — pabila aku menonton drama seperti ini — aku sendiri merasa seram, rasa meremang tak tentu pasal kerana adegan tidur dalam bilik tidur ini memang mencuakkan — tidak mustahil budak darjah 5 pun boleh faham adengan tidur dalam drama cinta seperti mengajar cara-cara untuk mengawan/bersenggama — Uishhhh… drama seperti ini memang mencuakkan degupan jantung aku.

    Reply
  3. astagfirullahalazim.kita di sini nak berkongsi cerita.berkongsi penulisan. saya harap kamu semua jaga bahasa masing-masing dan hormat antara satu sama lain.bukan dengan mencaci antara sesama kamu.

    Reply
  4. mandeling..aku bru tah aku dr suku sakat mandeling dan nama moyang moyang moyang aku yg dtg ke tanah melayu ni ialah Nakhoda panjang.ade x spe2 dlm ni asl dr keturunan nakhoda panjang?please komen ok..hihi

    Reply
  5. kenapa orang guna nama penulis Elle untuk menulis kata-kata lucah dalam ruangan komen ni eh?saya kenal penulis dan dia xkan berkata sebodoh tu.jangan guna nama penulis untuk menjatuhkan dia…dia selalu meraikan anak yatim dan budak-budak tahfiz.pelik lah korang ni

    Reply
  6. ADMIN! TOLONG PANTAU BAHAGIAN KOMEN WEBSITE NI! BANYAK SANGAT ORANG SAKIT OTAK MENYALAK KAT SINI.BUATLAH APA SAJA ASALKAN TAKDE DAH KOMEN LUCAH ORANG YANG SAKIT OTAK NI.INI WEBSITE KISAH SERAM, BUKAN WEBSITE LUCAH! FIKSYEN SHASHA DAH TAK SAMA MACAM DULU DAH! MUNGKIN WEBSITE NI AKAN HILANG PEMBACANYA KALAU ADMIN TAK BUAT APA APA.HARAP ADMIN AMBIL TINDAKAN TEGAS.

    Reply
  7. saya ada perasan orang menyalahgunakan nama penulis Elle di ruangan komen.sebenarnya saya rapat dengan penulis sebab saya bekerja dengan penulis.pelik sungguh macam xde kerja menyamar menggunakan nama penulis.penulis saya tahu dia nak carut pun xpernah dengar.pelik pelik sungguh dengan orang yang xde kerja n.penulis yang nama elle ni,saya kerja dengan dia.dia kalau lagi stress aje dia lepaskan stress dia dengan menulis.tapi yang mental ni menulis lucah menyamar guna nama penulis di ruang komen web ni.admin sila pantau ye

    Reply
    • Hg diam pelacur. Dh lh hg curi duit dr kedai makan aku. Nk jaja nama aku tu nape b**i. Jgn sampai i guna dildo utk hukum hg. Dh lh hg nie xpandai jilat lubang jubur aku. Nk melalak lt sini pula si pelacur nie.

      Reply
      • tu bukan kedai makan tu restoren ekslusiflah bahlol.kedai makan tu bukan sewa RM15k sebulan.bengap.cctv semua ada curi ape benda jadah.aku masak bukan aku cashier.ko nyamar je lah bukan org caya pun kat ko.kesian idup ko.semoga ape benda ko cakap kena kat family ko balik

        Reply
  8. Saya asal dari Kuching Sarawak kisah ni memang betul terjadi..Saya masih ingat lagi tahun 90an kecoh jugak dengan hantu bangkit ni..hampir semua rumah rumah yg Ada di kampung saya menggantung tangkal yg dibuat dari berbagai jenis benda yg tajam termasuklah pokok kaktus berduri, Daun mengkuang, batang pokok limau, kepala Ikan haruan ( kepala Ikan ni ternganga bila kering)..Saya masih ingat lagi nenek kawan Saya sedang tenat orng dewasa di kawasan rumah Saya sibuk Cari batang paku 6 inci untuk diletakkan di atas pintu masuk rumah Dan mungkin pencerita ni terlupa menceritakan ciri2 keturunan boyan kayong ni iaitu diatas antara bibir Dan hidung tiada lurah lekuk..Dan nenek kawan Saya tiada lurah tu!!..kalau Ada antara mereka sedang nazak kami bisikkan ditelinganya supaya kalau meninggal dunia jangan balik kerumah!!

    Reply
    • Org nazak sepatutnya diingatkan utk bersyahadah, bukan suruh buat hal lain. X tau le kalo kaum boyan katong tu ugama lain Dr Islam.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.