Pulut Kuning Untuk Nenek Kalsom

assalamualaikum dan selamat malam kepada pembaca FS sekalian.Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada pihak FS jika cerita saya ini disiarkan.Hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman yang pernah saya lalui.

Nama saya mia (bukan nama sebenar), saya menetap di kamunting perak bersama keluarga hampir 30 tahun.Kami tinggal di kawasan perumahan yang berhampiran dengan tapak pasar malam kamunting.Kisah ini berlaku sewaktu saya berusia 11 tahun.Pada suatu hari jiran berhadapan rumah kami iaitu Abang Mikail ingin pulang ke kampung halamannya di ijok perak.Abang Mikail sangat rapat dengan kami sekeluarga, jadi ayah saya membuat keputusan untuk menghantar beliau ke kampungnya.Kami sekeluarga menghantar Abang Mikail pada waktu malam,untuk sampai ke ijok kami perlu lalui jalan yang penuh dengan hutan disekeliling.Tambahan pula, ketika itu tiada satu jenis kenderaan pun yang lalu.Jam sudah menunjukkan tepat 9:00 malam.Tapi kami masih belum sampai ke rumah Abang mikail kerana rumahnya merupakan kawasan pendalaman.

Dari awal sehingga sudah hampir sampai, ayah dan Abang Mikail tidak berhenti bersembang.Entah topik apa yang dibincangkan.Saya sudah tidak selesa kerana keadaan sewaktu itu agak menyeramkan dengan ibu yang sedang nyenyak tidur dan kakak sedang kusyuk bermain telefon.Tiba-tiba kereta terhenti kerana ayah terlanggar sesuatu, ibu yang sedang tidur dan kakak yang sedang kusyuk bermain telefon berasa terkejut kerana kereta berhenti secara tiba-tiba.Ayah dan Abang Mikail keluar dari kereta untuk melihat apa yang terjadi.Saya yang sedang di dalam kereta berasa sangat takut walaupun ibu dan kakak bersama.Setelah selesai memeriksa keadaan di luar kereta ayah dan Abang Mikail masuk ke dalam kereta semula dan saling memandang antara satu sama lain seperti mereka merasakan sesuatu yang tidak kena.Tapi mereka hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu kami bertiga berasa bimbang.

Setelah sekian lama kami di dalam kereta akhirnya kami selamat tiba di rumah Abang Mikail.Kami sekeluarga dijemput masuk oleh mak Abang Mikail iaitu Mak Cik Ida.Ini pertama kali kami sekeluarga menjejakkan kaki ke rumah Abang Mikail nih. Sumpah waktu tu perasaan saya sangat takut dan saya dapat rasakan dengupan jantung saya sangat laju.Mak Cik Ida telah menghidangkan kami nasi putih dan lauk-pauk yang dimasaknya lalu menjemput kami makan.Saya berasa hairan kerana kami dihidang nasi sedangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 10:00 malam. Abang Mikail sibuk mengemas bilik yang kosong untuk kami beristirehat kerana Mak Cik Ida sibuk menyuruh kami berehat di rumah dia kerana sudah larut malam.

Ketika saya ingin mengambil lauk ayam masak rendang tiba-tiba sahaja Mak Cik Ida melarang kerana dia kata “itu nenek Kalsom punya”.Saya pun terdiam,kemudian kakak mahu mencapai pulut kuning yang dihidang tapi Mak Cik Ida masih melarang dan berkata “itu nenek Kalsom punya”. Saya berasa geram kerana kalau dia sudah tahu itu makanan nenek Kalsom kenapa dia hidangkan untuk kami,setelah selesai makan kami masuk ke bilik untuk berehat.Saya dan kakak berehat di bilik yang berlainan dengan ibu dan ayah.Kakak tidak kisah kerana dia berasa sangat penat dan terus merebahkan tubuhnya di katil.Tanpa memikirkan apa-apa saya juga mengambil keputusan untuk berehat sebelah kakak tetiba sahaja fikiran saya didatangin satu soalan iaitu ‘siapa nenek Kalsom?’ kerana ketika Abang Mikail duduk di kamunting Mak Cik Ida hanya duduk berseorangan di rumah ini.Kedengaran pintu depan dibuka saya cuba kejutkan kakak yang sedang nyenyak dibuai mimpi tapi dia tetap tidak sedarkan diri.

Jam menunjukkan 12:00 malam.Siapa pula yang keluar dengan suasana yang sunyi di luar sana cuma kedengaran bunyi binatang seperti katak dan cengkerik,saya beranikan diri untuk tengok apa yang sedang terjadi dan terlihat pintu hadapan terbuka sedikit dan saya cuba dekati pintu tersebut dan terlihat Mak Cik Ida di luar yang menuju ke belakang rumah sambil membawa pulut kuning dan ayam masak rendang tadi.Pulut kuning itu diletakkan di sebuah pokok besar yang berada di belakang rumah dan Mak Cik Ida membaca sesuatu seperti mantra, saya berasa takut tapi masih ingin tahu apa yang dilakukan oleh Mak Cik Ida pada waktu malam begini di belakang rumah.Tiba-tiba Mak Cik Ida pandang ke arah saya sambil membaca sesuatu dan terlihat satu susuk badan berwarna hitam dan mata berwarna merah memegang sebuah tongkat seperti nenek tua di sebelah kirinya juga pandang ke arah saya.Saya berasa kaku dan ingin menjerit tapi suara tidak dapat dikeluarkan seperti ada sesuatu yang mengawal diri saya.
dan akhirnya saya dapat berlari dan terus masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil.Saya cuba menutup mata dan akhirnya saya tertidur.

Keesokkan harinya,kami ingin berangkat pulang dan Mak Cik Ida telah menghidangkan kami minuman pagi.Dia menjemput kami minum sambil melihat ke arahku dengan tenungan yang tajam.Setelah selesai minum saya terus berlari ke dalam kereta tanpa bersalaman dengan Mak Cik Ida dan Abang Mikail.Keluarga saya berasa hairan melihat perangai saya yang pelik.Akhirnya kami berangkat pulang,saya pun demam 3 hari berturut-turut dan ayah mengambil keputusan untuk membawa saya berubat.Ustaz itu memberi tahu bahawa ada benda yang mengikut saya pulang dan ustaz telah menghantar benda tersebut pulang ke tempat asalnya.Saya pun menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku kepada keluarga.Alhamdulillah saya beransur pulih dan tiada gangguan lagi Abang Mikail pun memohon maaf kepada kami sekeluarga kerana dia tidak memberi tahu bahawa Mak Cik Ida sebenarnya membela mahkluk halus.Jadi susuk hitam yang dilihat oleh saya pada malam hari ia adalah nenek Kalsom iaitu salah satu mahkluk halus yang dibela oleh Mak Cik Ida.

Sekian itu sahajalah cerita yang tidak berapa seram yang dapat saya kongsikan.Minta maaf atas kesalahan susunan ayat.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

mia qairina
Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.4]

2 thoughts on “Pulut Kuning Untuk Nenek Kalsom”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.