Pusaka Warisan episod 1

Sejak dulu Amir memang tidak rapat dengan abangnya Amin, masa zaman kanak-kanak mereka selalu bertengkar dan selalu dinasihati oleh Ahmadi,bapa mereka. Mereka cuma dua beradik sahaja,itulah yang merisaukan Ahmadi kerana memikirkan apa akan terjadi kepada anak-anaknya itu bila dia tak ada nanti. Ibu mereka telah menghilangkan diri entah kemana.

Selepas Maria melahirkan Amir, Maria terus menghilangkan diri. Masa tu kelam kabut Ahmadi uruskan keluarga kecilnya. Dengan nak uruskan anak-anak tambah dengan isteri hilang entah kemana sekali dengan urusan kerja lagi. Sungguh hebat ujian Ahmadi.

Masa Amir berusia dua tahun, Ahmadi kehilangan kerja akibat kerap mengambil cuti kerana selalu menghantar Amir ke hospital untuk mendapatkan rawatan semput. Selang beberapa bulan mereka dihalau dari rumah sewa kerana tak bayar sewa beberapa bulan. Ahmadi cuba merayu dengan tuan rumah tapi tidak dipedulikan. Sudahlah dibuang kerja malah dihalau pula dari rumah sewanya.

Dengan anak-anak yang masih kecil Ahmadi terpaksa juga keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menjadi gelandangan di bandar besar itu. Sejak dari itu mereka hidup hanya di kaki lima kota raya tu.

Ahmadi berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tapi siapalah yang nak ambil gelandangan yg mempunyai dua orang anak kecil? Hal ini berlarutan selama kira-kira dua bulan,ketika Ahmadi berjalan seorang diri pada waktu malam untuk mendapatkan makanan untuk Amin dan Amir, dia disapa dengan seorang wanita cantik berusia dalam lingkungan awal 30an.

Wanita itu kelihatan bersih dan kemas penampilannya, ” nak kemana tu?” Tanya wanita tu. “Cari makanan puan, untuk anak-anak.” Ringkas Ahmadi menjawab.

“Bawalah makanan ini kepada mereka, sesudah itu kamu datanglah ke alamat ini” kata wanita itu sambil menghulurkan sesuatu kepada Ahmadi.

Teragak-agak Ahmadi mengambilnya, Ahmadi pelik kenapa wanita itu baik terhadapnya. Belum pernah lagi Ahmadi berjumpa dengan orang yang baik begitu, selalunya Ahmadi akan menerima jutaan makian dan hinaan orang sekeliling, yang menyangka dia penagih dadah pun ramai jumlahnya.

Sesudah dia mengambil bungkusan, wanita itu berjalan sambil menguntumkan senyuman yang manis kepada Ahmadi, Ahmadi balik ke bawah jambatan besar ditengah-tengah kota raya itu dan makan bersama anak-anaknya.

Sesudah makan Ahmadi membelek-belek kertas yang tertera alamat wanita tadi, hatinya bergelodak mahu pergi atau tidak. Dia buntu, hampir 15 minit juga dia termenung memandang kertas itu, setelah ditepuk di bahu oleh Amin barulah dia tersedar.

Mahu tak mahu Ahmadi bersama anak-anaknya melangkah juga ke alamat yang diberikan, walaupun hatinya bergedup kencang, Ahmadi nekad untuk pergi kesana mengharapkan sesuatu akan mengubah nasib mereka sekeluarga.

Terbuntang luas mata Ahmadi apabila sampai di tempat yang ditulis atas kertas tersebut. Sebuah rumah agam yang sangat luas,besar dan cantik dihadapan mereka. Dengan rekabentuk klasik, Ahmadi dan anak-anaknya masuk ke pekarangan rumah itu.

Ahmadi tercium bau-bauan haruman bunga secara tak langsung menaikkan bulu tengkuknya. Amin memberi salam apabila sampai sahaja di pintu rumah. “Asalamualaikum….”

Kuarrgghhh…. Suara pintu terbuka, berbunyi kuat macam dah lama tak buka pintu utama rumah agam itu. “Masuklah, jangan takut wahai saudara” bergema satu suara memecahkan kesunyian suasana ketika itu.

Amir melangkah masuk tanpa mempedulikan abang dan ayahnya, Ahmadi tak sempat menarik tangannya, Amir masuk dan terus menuju ke arah suara yang didengarinya. Wanita cantik itu muncul dari tangga atas,dan turun menuju ke arah mereka, Amir berpaling ke arah wanita itu dan terus berlari mendakapnya seolah anak memeluk erat ibunya.

Mereka masih lagi dalam keadaan terkejut, wanita itu memperkenalkan namanya sebagai Mawar, “sudah,jangan kamu takut-takut lagi. Bawa anak-anak kamu masuk kemana-mana bilik yang kamu suka. Berehat dan uruskan diri kamu dulu. Esok pagi kita bersarapan bersama tepat pada pukul 7 pagi,jangan lewat.

Malam itu Ahmadi tak dapat tidur lena kerana fikirannya melayang akan peristiwa yang mereka alami hari ni. Otaknya masih belum mampu memproses adakah dia berada di alam realiti atau hanya sekadar mainan emosi.

Anak-anaknya telah lama tidur beralaskan tilam empuk dan selesa itu. Memang macam mimipi, semalam tidur beralaskan simen dan persekitaran yang berbau busuk tapi sekarang cukup mewah. Tak pernah terlintas dia akan dapat layanan seperti ini.

Tak lama tu Ahmadi mula mengantuk,baru saja nak lelapkan mata Ahmadi terdengar dentuman kuat dari salah satu bilik dalam rumah agam itu. Tindakan spontan Ahmadi berlari keluar mencari arah bunyi itu, dikhuatiri perkara buruk terjadi pada wanita itu.

Setibanya Ahmadi di muka pintu paling hujung rumah itu,dia terdengar satu suara ngauman yang kuat dari dalam bilik itu. Tanpa berfikir panjang Ahmadi menendang pintu bilik tersebut sehingga pecah dan bergegas masuk.

Terkejut Ahmadi melihat wanita itu hampir diterkam satu makhluk bengis dan dahsyat rupanya, kepala seperti serigala, badan seperti manusia tapi sangat besar. Makhluk itu dibelit dengan rantai besi, bila wanita itu nampak Ahmadi memecahkan pintu bilik, dia berlari keluar sambil memimpin tangan Ahmadi. Mereka masuk kedalam bilik Ahmadi dan masing-masing diam tak terkata. Anak-anaknya tak sedar,dan mereka duduk bersandar dibalik pintu.

“Puan ni siapa dan apa benda makhluk tadi?” Tanya Ahmadi kepada wanita itu. Wanita itu menjawab “panggil saja Mawar dan benda tu sejujurnya …dah lama makhluk tu berada dalam bilik tu”

Bersambung…

Rating Pembaca
[Total: 23 Average: 4.7]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.