Pusaka Warisan Part Akhir

“Maria!” jerit Ahmadi.

“Abang, Maria minta minta maaf.” Maria menangis sambil memeluk kaki Ahmadi.

“Sudah! Kau hilang entah kemana, tinggalkan anak – anak kau yang tak berdosa ni.” jawab Ahmadi sambil melepaskan kaki di pelukan Maria.

Semakin erat Maria memeluk dan semakin kuat Maria menangis. Suasana menjadi sayu, Mawar menarik tangan Maria untuk bangun dan Maria masih lagi menangis.

“Aku tak pernah salahkan kau Maria, aku tahu dulu aku susah macam mana. Kau takkan sanggup hidup denganku, malah tak ada sesiapa yang sanggup. Aku faham kenapa kau hilang secara tiba – tiba begitu. Tapi sekarang kenapa kau muncul kembali dalam hidup kami? Nak merampas kebahagian kami pula setelah kau hilang selama 10 tahun?” panjang keluhan Ahmadi kepada Maria.

“Dengar penjelasan Maria bang. Sebenarnya Maria tak kemana – mana. Maria ada dengan kamu semua selama ini, cuma kamu semua tak nampak Maria. Maria tak tahu macam mana nak jelaskan secara terperinci tapi Maria tak bohong bang.”

“Peni..!” kata – kata Ahmadi terus d******g oleh Aiza.

“Sudah Ahmadi. Betul apa yang dikatakan oleh dia. Aku dapat rasa kewujudan dia sewaktu hari pertama kau di rumah agam itu. Cumanya aku tak tahu siapa dia, dia seperti lembaga yang lutsinar. Untuk pengetahuan kau, hijab aku memang terbuka dari dulu lagi untuk melihat apa yang orang biasa tidak dapat melihat.”

Mawar mengajak mereka bertenang dahulu, segala masalah ini mereka akan berbincang di rumah. Sekarang urusan Amir lagi penting.

Amir mengalami patah kaki akibat terjatuh ke dalam longkang besar itu. Amir terpaksa bermalam di hospital selama lebih kurang seminnggu.

Apabila sampai dirumah, Mawar menjemput Maria masuk,

“Kau tak perlu buat dia seperti tetamu Mawar. Dia memang tinggal disini cuma kamu semua sahaja yang tidak dapat melihat dia.” jelas Aiza sambil masuk kedalam.

Maria masuk sambil tertunduk malu.

Ahmadi duduk di ruang tamu bersama Amin yang ketika itu sudah berusia 12 tahun. Mereka semua berkumpul diruang tamu untuk mendengar cerita disebalik diri Maria.

Dengan berbekalkan 50 ringgit terakhir mereka, Maria keluar untuk membeli sedikit barangan makanan asas untuk mereka sekeluarga. Sampai sahaja dikawasan longkang besar yang sama semasa Amir jatuh, ada seseorang memanggilnya.

Dia menoleh ke arah yang memanggil dan tidak semena – mena Maria ditolak jatuh ke dalam longkang besar itu. Dia cuba berpaut pada tebing longkang itu namun seseorang yang memanggilnya tadi telah memijak tangannya dan membuatkan Maria terus jatuh ke dalam longkang itu.

Longkang itu dalam dan gelap jelas menunjukkan dia sudah pengsan dan tesedar bila sudah malam. Dia cuma menjerit meminta tolong namun hampa, jeritan nya tidak didengar oleh sesiapa.

Dia cuba memanjat dan berjalan di dalam longkang besar itu. Ada satu cahaya di hujung longkang, fikir nya jalan keluar.

Maria melajukan langkah, setelah dekat kelihatan seperti suatu tempat penyembahan syaitan disitu.

Bau busuk menerpa hidung dan maria nampak ada seorang lelaki bersama seorang wanita yang mungkin saja istrinya duduk di tengah bulatan sambil dibacakan mantera oleh seseorang yang lebih tua dan kelihatan membongkok . Maria terkejut disaat itu dan cuba untuk bersembunyi.

Tetapi lelaki tua membongkok itu perasan kehadiran Maria disitu, dan dia membacakan sesuatu serta menghembus ke arah Maria, tak lama selepas itu Maria pengsan semula.

Maria sedar apabila hari telah terang. Dia cuba untuk keluar dari situ dan balik kerumah dalam keadaan yang sangat lemah.

Sampai sahaja dirumah dia cuba memanggil suaminya, tapi suaminya tidak mengendahkan dia. Begitu juga dengan anak – anaknya.

Dia berasa pelik dan terus masuk kebilik air untuk menguruskan diri, alangkah terkejutnya dia kerana dia tidak nampak jelas bayangan dirinya didalam cermin. Dia cuma nampak cahaya samar – samar sahaja.

Maria dengan panik keluar dari bilik air dan menuju ke arah mereka. Maria mula menjerit dan menangis. Mereka semua tak menghiraukan Maria yang dalam keadaan separuh gila itu.

Bukan mereka tak hiraukan Maria. Mereka tidak nampak Maria yang ketika itu berada tepat dihadapan mereka bertiga.

Sangat menyedihkan apabila terpaksa melihat suami dan anak – anaknya di halau rumah dan hidup merempat di kota besar itu. Tapi dia sedaya upaya untuk bagitahu mereka tentang kewujudan dirinya.

Sehinggalah pada hari Amir terjatuh dalam longkang besar itu, Maria melihat ada sesuatu yang cuba menolak Amir, dia berlari untuk menghalang tapi hanya seperti lintasan angin sahaja.

Apabila dia menoleh ke arah siapa yang menolak anak nya, dia terkejut orang itu adalah orang yang menolaknya satu ketika dulu. Dia cuba mengejar orang itu, tetapi sekelip mata orang itu hilang dari pandangan.

Nasib baik juga Amin masih berada disitu. Amin menjerit meminta tolong orang sekeliling dan membawa mereka terus ke hospital.

Di hospital, Amin menunggu di lobi dan pada ketika itu Maria masuk kedalam hospital dan kali pertama dia ditegur oleh salah seorang misi disitu.

Keliru dalam masa yang sama dia bahagia kerana dia sudah kembali normal. Terus dia berlari ke arah Amin dan memeluk Amin.

Amin terpinga – pinga menyangka Maria adalah orang gila. Amin berlari keluar lobi dan terus mengherdik Maria untk menjauh darinya.

“Maafkan saya mak sebab marah mak tadi.” jelas Amin

“Tak apa, mak faham min. Mak pun tak sangka keadaan jadi normal sekarang.”

“Awak jatuh dalam longkang besar tu kan?” soal Ahmadi kepada istrinya.

“Ya bang”

“Dan sekarang Amir pula kan?” soal Ahmadi lagi

Mereka semua memandang Ahmadi dengan seribu satu persoalan.

“Maknanya ada sesuatu di dalam tu yang cuba bagi kita petunjuk.” Jelas Ahmadi.

Aiza menambah dengan berkata “Sudahlah dulu untuk sementara sekarang ni, jangan difikirkan dulu hal ni. Kita uruskan hal satu persatu. Kamu pergi lah berehat. Esok kita bincang apa yang perlu kita buat”

Seminggu berlalu, Amir pun sudah keluar dari hospital dengan kaki yang masih berbalut.

Mereka masih lagi meneruskan pencarian di dalam bilik bawah tanah itu. Kali ini semua ada termasuk Amin, Amir dan juga Maria.

Sedang mereka asyik menelaah buku – buku dalam bilik tu, Aiza teringat akan bilik rahsia yang dia masuk dengan Saodah dulu. Amin dan Amir pergi ke atas untuk bermain kerana bosan tak ada yang boleh di buat di bawah itu. Amin memapah adiknya untuk naik keatas.

Mereka berempat memasuki bilik rahsia itu dan mencari apa sahaja yang boleh dijadikan petunjuk. Ada satu buku lama yang nampak seperti sebuah diari lama. Dalam diari itu tertulis bagaimana terjadinya perjanjian dengan saka terkutuk itu.

Seperti dalam sangkaan Ahmadi, perjanjian itu dibuat ditempat Maria pengsan untuk kali kedua didalam longkang besar itu. Dia cuba pergi kesitu dan dihalang oleh Aiza.

“Bukan sekarang, kata – kata yang tertulis dalam buku ini menunjukkan kalau dia nak membatalkan perjanjian dengan saka ini haruslah pada khamis malam jumaat tepat di tengah malam. Dan ianya haruslah keturunan ketujuh yang melakukan nya.

Ini bermakna Aiza yang harus pergi menamatkan nya sendiri. Tapi hari itu hari sabtu. Mereka harus menunggu 5 hari lagi untuk Aiza menamatkan hal itu.

Segala persiapan mengikut buku – buku lama disitu telah disiapkan untuk Aiza. Mereka bimbang akan terjadi sesuatu pada Aiza. Mereka semua tidak boleh menemani Aiza kerana jika ada yang mengikut, sumpahan saka itu akan beralih pada mereka pula. Mereka ingin menamatkan perjanjian terkutuk ini bukan untuk menyambung.

Sejak dari hari itu mereka semua melakukan semua hal bersama – sama. Perasaan bercampur sedih dan takut ada sesuatu yang akan menimpa Aiza.

Tiba hari untuk menamatkan semua ini. Aiza telah sepenuhnya bersiap sedia. Mereka yang lain sangat bimbang dengan keadaan Aiza.

“Kamu semua jangan risau dan takut. Aku telah melalui macam – macam peristiwa hitam. Mungkin ini adalah yang terakhir. Selepas ini kita semua akan hidup dengan tenang.” kata – kata terakhir Aiza sebelum melangkah keluar dari rumah agam itu.

Sampai sahaja di hadapan longkang besar itu, seseorang yang menolak Maria serta Amir memunculkan diri dihadapan Aiza.

“Maafkan aku Aiza, tiada cara lain bagaimana aku nak bagitahu kau tentang semua ini. Aku yang menolak Maria dan juga Amir atas tujuan nak kau sedar ada sesuatu yang tak kena dengan tempat ini. Tiada ahli keluarga kau yang lalu disini melainkan mereka. Tiada cara lain melainkan cara ini sahaja yang mampu untuk aku buat.”

“Balqis.”

Balqis ingin menamatkan perjanjian ini dulu tapi disumpah oleh si tua itu sama seperti Maria, cuma semasa si tua itu membaca mantera kearah Maria sempat dihalang dan cuma separuh sahaja yang mengenai Maria. Sebab itu lah kesan sumpahan yang terkena pada Maria kian pudar.

“Ini masa kau untuk menamatkan semua ini. Si tua itu telah lemah.”

Balqis memeluk Aiza tanda sokongan Balqis padanya. Masuk sahaja ke tempat itu keadaan seperti dipukul ribut kencang. Menghadkan pandangan Aiza dan dengan sekali Aiza membuka langkah sambil melafazkan kalimah – kalimah suci serta menghentakkan kaki ke bawah keadaan bertukar menjadi sepi.

Muncul seorang lelaki bongkok dihadapan nya. “Aku tahu tujuan kau ke mari.” kata lelaki tua itu.

“Aku mahu menamatkan perjanjian syaitan ini!” bentak Aiza.

“Kau yakin? Kau takkan hidup abadi tanpa saka itu. Saka itu telah berkhidmat pada kau sejak 7 keturunan lalu. Dan kau pun tahu kalau saka tu dah tiada, kau takkan mampu mempunyai apa – apa kuasa lagi.” pancing lelaki tua itu.

Aiza tetap dengan pendirian nya. Dia masih lagi dalam langkah berjaga – jaga sekiranya ada yang menyerang.

“Aku tanya kau ni! Sungguh kau nak buang dia?” bentak lelaki tua itu.

“Ya! Saka tu tak memberi manfaat pada aku dan keluarga ku! Selama 7 keturunan saka tu berjaya memperdayakan manusia. Ini adalah penamatnya! Abadi yang dijanjikan adalah abadi di neraka!!!”

“Baiklah. Memandangkan kau datang dengan tujuan yang sangat jelas dan tegas. Aku akan membantu kau. Aku akan keluarkan saka itu dari badan kau dan aku akan pergi bersama saka itu ke tempat lain.” Jelas lelaki tua itu

“Sudah tujuh keturunan aku bersama leluhurmu. Kini aku akan mencari manusia yang akan berjanji sumpah setia bersama aku sehingga kiamat!” kata akhir lelaki tua itu.

Rupanya lelaki tua itu adalah saka yang ada dalam badan Aiza selama ini. Syarat untuk mengeluarkan saka itu sangat mudah. Sesiapa dari keturunan ketujuh sahaja yang boleh membatalkan perjanjian itu. Aiza berasa sedikit lega kerana tidak perlu berhempas pulas untuk menumpaskan lawan.

Akhir kata dari saka itu “Kau jaga lah seluruh keturunan kau! Jangan sampai mereka mencari ku suatu hari nanti kerana pasti aku akan kembali jika mereka menyeru ku!” satu kepulan asap keluar dari kepala Aiza.

Dengan serentak Aiza menjerit kesakitan seperti hampir menemui ajalnya. Seluruh tubuh menggigil kesakitan dan Aiza terjatuh pengsan setelah beberapa ketika selepas asap yang terakhir meninggalkan tubuhnya.

Selang beberapa jam selepas itu, Aiza tersedar dan bangun melihat sekeliling. Keluar bayangan semua ahli keluarga nya yang m**i akibat syaitan durjana itu. Suasana amat memilukan apabila abangnya Ray memeluk dan mengusap wajahnya.

“Tenanglah kamu semua sekarang. Aiza telah menamatkan segalanya.” kata – kata akhir Aiza sebelum beredar dari situ.

Mawar dan yang lain termasuk Balqis telah menunggu kepulangan Aiza. perasaan gembira dan bahagia terbit apabila melihat Aiza masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang sama seperti sebelum keluar malam tadi.

– Tamat –

Terima kasih kepada pembaca setia sehingga tamat kisah ini. Terima kasih juga kerana menyokong penceritaan kedua saya yang tak seberapa ini. Selepas ini akan ada cerita sekuel dari IXORA SOFIA dan juga saya akan terus menulis dengan gaya penceritaan yang lebih baik dari ini. Kepada yang belum follow saya, jemputlah follow ya. Terima kasih semua

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 34 Average: 4.4]

1 thought on “Pusaka Warisan Part Akhir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.