Puteri, Naik Gunung Ledang

Terima kasih admin yang budiman kerana kongsikan cerita saya ini.
Saya nak share satu kisah seram semasa mendaki Gunung Ledang anjuran kelab anak Johor.Masa tu cuti semester di U.Saya join sebab teringin nak hiking.

Sebelum naik bas,masa berhimpun..saya perhatikan ade seorang pelajar perempuan ni yang agak pelik.Saya gelarkan dia ‘W’.Si W ni nak join hiking..tapi dia sorang je yang pakai baju kurung.Siap bermake up dan berkasut high heels.Beg yang dia bawak pun bukannya beg hiking.Tapi beg balik kampung yang besar bantal peluk tu.Orang lain pun semua dah start perasan lain macam budak ni.

Dipendekkan cerita..perjalanan semua smooth.Sampai dekat kaki Gunung Ledang,kiteorg pun bersiap-siap dgn barang-barang masing-masing.Sambil dengar taklimat daripada renjer,saya tengok W dah salin baju.Dia pakai sports attire..tapi tudung dah bukak pulak.Tinggal anak tudung dan dia ikat scarf macam reben.Aksesori tambahan kot.Hmm..kasut.Kasut masih high heels.Yang budak-budak lain semua terpinga-pinga tengok W.Apa style la yang sorang ni.Nak naik gunung berhigh heels bermake up bagai.Yang geng lelaki dah start bising..sapa nak bawakkan beg balik kampung si W?Sudah la besar,berat pulak tu.Kata sorang budak lelaki ni.

Entah baik hati sungguh ada la sorang budak lelaki ni volunteer bawakkan beg tu.Kasut pun ada yang bawa lebih bagi si W pinjam. So, hari tu, kitorang pun bergerak naik.Tapi renjer tak ikut. Sebabnya, ada di kalangan peserta tu orang Johor. Dah banyak kali naik Gunung Ledang ni. Kira dah berpengalamanlah.

Masa sampai check point 1.Kiteorg berehat sebentar.Tiba-tiba ade yang bagitau ade seorg budak perempuan pengsan.So..lama jugak la menunggu di situ.Terfikir siapa la yang pengsan tu?Baru lagi kot bergerak.Tak lama kemudian..rupa-rupanya yang pengsan tu si W.

Lepas je si W ni pengsan.Dia jadi kuat lain mcm.Laju dia bergerak sambil tersengih-sengih happy.Tiba-tiba je dia pulak yang leading.Ada 2 groups yang dah ke depan.Saya group yang ketiga.Di belakang ada lagi 2 groups.Si W ni tetia je join group saya.Masa tu dah start rasa penat.Nak pergi cek point Kolam Ank Bukit untuk bermalam.Tapi jauh lagi.Si W bagi arahan..”Korang nak cepat tak?Kalo nak cepat..nak senang ikut trek ni.Puteri kata ikut sini.Cepat sampai tau”.Sambil W sengih-sengih macam kerang busuk kat kiteorg.Saya tengok muka yang lain.Diaorang semua macam..setuju je nak ikut.So,kiteorang pun ikut je lah.Pasal dah penat ni.

Macam tak percaya..memang senang pun ikut trek tu.Cuma yang pelik..sejak bila W ni jadi Puteri?Puteri ni siapa?Nama dia bukannya Puteri pun?Tapi tu semua saya ketepikan dulu.Niat nak sampai cepat je.Si W ni rupanya dah tak berkasut.Dia pakai stokin je.Kasut dah buang ke mana.Katanya kasut tu tapak dah tertanggal.
Huiii..pelik2.Lantai hutan tu bukannya rata.Banyak akar-akar kayu yang timbul dengan batu yang licin,tajam.Dia selamba releks je berjalan.Siap menyanyi kuat-kuat lagi.Gembira bukan main.Padahal tadi tu pengsan.

Akhirnya sampai juga ke kolam anak bukit.Kiteorang selesai pasang khemah,makan dan solat.Di sebelah malam tiada aktiviti.Semua berehat je.Cuma malam tu rasa cuak jugak.Dah macam-macam bunyi di luar khemah.Bunyi bintang ade..bunyi yang tak dapat dikenal pasti pun ade.Tapi dah tak larat nak layan.Letih sgt saya tido je.

Esok pagi..datang seorg budak lelaki buka cerita apa yang dia nampak malam tadi.Masa tu dalam pukul 12 tgh malam.Dia nak pergi buang hajat dekat sungai.Dia terperanjat sebab dalam samar-samar cahaya bulan tu dia nampak ada seseorang di tepi sungai.Dah dekat baru dia perasan si W tengah menyanyi ditepi sungai tu.”Ko buat ape tu?” Tegur budak lelaki.”Aku tengah tangkap ikan ni.Ko nak tengok ke?,kata W.
“Err..tak payah lah.Esok pagi je lah.”Batal terus niat si budak lelaki ni tadi.Pagi tu memang si W tunjuk kat kiteorg semua ikan yang dia tangkap malam tadi.Dia simpan dalam 1 bekas.Dah la anak ikan je..macam mana dia boleh tangkap tu?Malam..gelap.Hebat betul.

Si W ni memang pun pelik.Masa camping boleh dia pakai baju kelawar,make up..pakai perfume.Kiteorang girls lain ni.Muka dah macam sebulan tak mandi.Bau pun bau peluh je.Every time berenti dia akn spray perfume dan touch up.Kiteorang dah malas nak layan.Lantak ko lah.

Ok..masa untuk mendaki terus ke puncak.Kena lalu satu gua kambing.Kalo saya tak silap lah.Maklumlah..dah 20 thn lebih pengalaman ni.Semua ok..sampai dekat cek point sebelum ke puncak tu.Kiteorg setting khemah.Selesai..terus sambung mendaki ke puncak.Subhanallah..memang cantik permandangan kat atas tu.Si W masih seronok menyanyi.Entah lagu ape pun tak tau la.Cuma ada
sorang budak lelaki ni kesian kat W.Dia layan je lah peel W tu.Org lain memang buat hal masing2 je.

Sebelum malam,ketua arahkan kiteorg pergi ke punca air utk settle kan ape yg patut.Nak mandi ke buang ke ape.Sebab punca air degan khemah jaraknya hampir 500meter.Ketua siap ulang..jangan pergi lepas pukul 7malam.6.30petang tu waktu last.Kiteorang pun cepat-cepat lah get ready.Ketua pulak kata malam tu ada persembahan oleh setiap group.Pukul 10 malam nak buat persembahan tu.Dah..time macam ni nak buat persembahan?Idea pun penat nak sampai ketua oii.

Group saya entah kenapa rasa macam tak sesuai je nak buat persembahan.Tak sedap hati pun ye.Dah la dekat tempat legend macam ni.Takkan nak bersukaria menyanyi bagai?Tapi bila bagitau ketua.Dia kata ok je..takyah risau.Malam tu memang sejuk.Lain macam sejuknya..degan awan pun mencecah khemah.Macam kabus.Tepat pukul 10malam..kiteorang pegi ke tapak lapang untuk persembahan tu.Saya nampak W keluar dari khemah.Dia pakai baju kelawar lagi.Tak sejuk ke dia ni?

Entah macam mana..elok W jalan melepasi saya je..dia pengsan.”Bedebukkkkk!!”.Sudahlah tapak tu berbatu-batu kecil.Memang kuat dia jatuh tu.Mujur tak jatuh atas saya.Cepat-cepat kiteorang nak tolong angkat.. Allah..beratnya.Berat sungguh-sungguh..macam tak padan degan badan dia.Bukannya gemuk sangat pun.Sampai 8 orang budak lelaki tolong angkat bawa masuk dalam khemah.Masa tu suasana memang sunyi sepi.Meremang bulu roma.Angin pun lain macam sejuknya.Mana yang ada bawa surah Yassin mulakan bacaan.Kiteorg dah risau.Ketua paling risau sebab..susah nak minta pertolongan kalo jadi ape-ape.Zaman tu belum ada handphone.Macam mana nak minta bantuan?Renjer pun tak follow.Yang ade semua muda belia.Mujur ada seorang dua yg agak pandai dalam bab-bab agama ni.Tau la nak baca doa apa yang patut.

Semasa bacaan yassin tu,tiba-tiba si W ni tersedar.Terus dia duduk berlunjur.Dia cakap,”Puteri marah ni.Puteri nak semua org dengar baik-baik.Puteri tak suka kamu datang tempat Puteri buat sampah,bising-bising.Puteri marah sangat sebab petang tadi ada yang kencing dekat muka Puteri.”Masa ni semua senyap.Suasana memang seram ya amat.Si W siap bagitau sekian waktu dia ade di mana.”Esok Puteri nak kamu keluar dari sini sebelum pukul 12 tengahari.Kalo tidak,Puteri akan buat sesuatu.”
Allah…serius masa tu saya takut habis.Sambil dalam hati tak putus-putus baca ayat Kursi dan 3 Qul.Lepas dia bercakap-cakap tu..dia pengsan semula.Selang berapa minit..si W sedar.Terus dia tertido.

Kami terus berbincang degan ketua.Si ketua ni degil..dia asyik berkeras kata si W tu sebenarnya berlakon.Pura-pura nak tarik perhatian orang.Habis semua jam dia kumpul.Sebab dia nak tengok..esok pukul 12tengahari si W ni nak pengsan lagi ke tak.Kalo betul dia berlakon..dia mesti tengok jam baru pengsan.
Ishh..ishhh..sampai ke situ.
Lantak lah..yang saya tau..malam tu group saya tido tak lena.Jangn haraplah nak ke toilet ke ape.

Pagi-pagi lagi esoknya kiteorg cepat-cepat kemas tapak khemah dah kutip semua sampah nak bawa turun.Dah tak fikir nak mandi ke makan.Semua bergerak turun dengan pantas.Semua diam je.tak cakap banyak.Tapi..sebelum pukul 12tengahari.Si W pengsan lagi sekali.Kiteorang selesaikan hal dia cepat..semua turun dah tak cakap ape.
Entah macamana..si W ni turun sekali degan group saya.Sambil berjalan tu dia tengok ke arah gua kecil di sebelah kanan.”Hai..makan seorang je ke?”
Saya degan yang lain saling pandang memandang.Dalam tu..memang takde apa-apa pun.Gelap.Si W cakap..”Ala..korang bukan nampak pun dia.Aku je nampak.”
Elok je dia cakap macam tu.Meremang bulu roma..seram sejuk terus.Kiteorg pun laju turun tinggalkan dia.Lantak lah ..sendiri lah survive.Takut bende tu follow.

Alhmadulillah selamat sampai di kaki gunung.Tak de sapa pun berani nak cerita hal malam tadi dekat renjer.Yang pasti memang ade yang tak kena.Ade yang dah buat salah.Tapi tak nak mengaku.Si W masih begitu.Sampai di tengah bandar Melaka..tiba-tiba dia lari nak terjun bas.Dah la bas tu bas jenis lama tak beraircond.Pintu terbuka pula.Mujur pak cik second driver tu pegang W.Dia pun pandai jugak ubatkan orang.Sambil dia pegang dan tenteramkan W.Dia baca ayat-ayat suci.

Bila dah sampai ke Uni.Barulah hati ni lega.Sepanjang jalan balik dah tak tenteram jiwa.Macam menyesal ikut pun ye.Ketua teruk kena marah degan budak lelaki lain sebab tak nak percaya sangat benda pelik macamtu.Yang penting kiteorang pesan..next time nak buat trip tolong bawa renjer dan temuduga dulu peserta.Jangan main ambil je.

Dengar cerita..rupa-rupanya si W tu memang kerap pengsan di fakulti dan dia memang berperangai pelik.Suka menyanyi dan bercakap sorang-sorang.Ada yang cakap sebenarnya W didampingi saka.Patutlah pun bende pelik je dia buat.

Begitulah kisah pengalaman sebenar saya semasa mendaki Gunung Ledang.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

fidd
Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.7]

109 thoughts on “Puteri, Naik Gunung Ledang”

  1. Ok tertanya… sapa kencing muka puteri? W tu pulak apa cerlah sekarang. Saka? Maksudnya W punya salah kot nama puteri tu. Eh! Entahlah tpi 8/11 ni aku nk naik gunung ledang. Demmm harap x da apa berlaku. Sebelom ni cancel sbb masalah mcm ni lahh

    Reply
  2. Bunyi bintang ade..bunyi yang tak dapat dikenal pasti pun ade.

    X tahu pula bintang bole berbunyi..hehe
    Nice setori..tapi siapa yang kencing muka puteri tu..hmm..masih misteri

    Reply
  3. Best citer ni. Huhu. Tp yg pelik knp masa si W tu tanggalkan kasut n just pakai stokin, alasan dy tapak heels dy patah? Bukan dy pakai kasut yg membe pinjamkan ke?

    Reply
  4. Bila cerita psl w ni teringat cerita mata xberhijap.tulisan encik zul. ESAH ke nama dia akak xingat.dia xpelik tapi degil sbb suka amik barang2 hutan masa mndaki.mcm daun2 n batu2 hutan yg pelik2 sikit dia akan amik walaupun ditegur byk kli.akhirnya mnyusahkan ahli grup lain sampai tersesat n bnda tu ikut balik lgi.

    Pada akak, nk buat aktiviti hiking cmni tgkla dulu peserta yg join.klau perlu interview buat j.sebab nti hanya ksilapan seorang shj akan mngakibatkan kesulitan pd semua ahli kumpulan.

    Tmbh yg pelik2 cm w tu…kickla awl2
    ..pd hari kejadian tu pun tgk da mcm tu tinggalkn j..huhu..jaat x akak.cdgn jer..?

    Meh nk rate:

    5?????!!
    Best!

    Reply
  5. kalo nk bt aktiviti hiking tu guna lah khidmat renjer @ guider yg berpengalaman..
    at least kalo pape jadik dorg tau ape nak buat..da hiking tu sampah jgn la buang merata..
    kalo ade sampah sila simpan dlm beg & bwk turun..hakak penat nk kutip sampah2 ko dik (sape2 yg buang sampah) bile turun gunung..hahahahaha..

    setori best..keseraman tiada tp ade pengajaran dlm cite ni..sepanjang aku bt aktiviti ni aku x reti nk kencing merata..sbb tu aku malas nk camping..selalu daypack je..aku bg 7/10..

    Reply
  6. Staf opis saya kerap naik gunung ledang atas urusan kerja tp naik pengangkutan la..mrk ada cerita mulut jgn celupar..menegur benda2 yg pelik didengar atau ternampak..apalagi kencing merata..sapa engkar mmg mendapat la..kdg2 tgh drive keatas gunung akn nampak pompuan tua la..lelaki tua la..hulubalang la pakai baju zaman dulukala kat tepi2 jalan atau nak melintas jalan..tak pelik sebab situ perkampungan bunian..jadi jaga la adab dan tuturkata bila masuk ke tempat mrk walau tak semua manusia boleh nampak mereka..

    Reply
  7. Pernah pergi gunung ledang waterfall on 2015.Jumpa batu bentuk love.Tried pegang and ambil gambar pastu tetiba rasa panas pastu telinga berdengung.Cakap kat ex tunang, “i taknak balik,i nak duduk sini sebab sini rumah i”.Dia cuak bila aku merengek sambil nangis2 taknak balik.Yang betul2 dia cuak bila aku tetiba gelak sengih sorang2,kepala teleng2 tenung batu tu.Dia terus rampas,sorok kat celah2 batu besar.Pastu ko tau dia buat apa?Dia amik air mirinda oren baca2 sikit pastu sapu kat muka aku.Patutla bila balik rumah melekit je pastu bau oren muka aku.Kan air terjun ada!kenapa guna mirinda oren!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.