Salam sejahtera kepada admin FS dan pencinta-pencinta FS yang budiman. Terima kasih atas pandangan dan kritikan positif dan membina. Mat Tepos minta maaf tidak menyajikan ghost story yang baik. Malah, Mat Tepos akan cuba “meringankan” kaedah penyampaian yang lebih santai dan tatabahasa yang lebih rileks serta hijau. Baiklah tanpa berflower-flower:
“ Malam ini betul-betul penat,” desus hati aku. Dari pagi sehinggalah Isyak, appointment tak putus dengan customer dari Pontian dan ada yang sekitar Johor Bahru. Selepas Isyak barulah selesai lewat pukul 10 malam. Tapi apa-apa pun, syukur rezeki Allah SWT turunkan. Aku tetap gagahi lagipun weekend, kalau weekday agak terbatas. Aku mengambil upah urut dan jurubekam bagi menampung keluarga dan sebagai kerja tambahan selepas berhenti kerja di Lembah Klang. Pandai itu tidaklah, tapi biasa-biasa sahaja dalam menghidupkan sunnah. Janggut pun tidaklah panjang, cukup segenggam.
Tiba-tiba bunyi deringan VIVO V5..truuttt..truttt..hello..aku melarikan telefon bimbit di laman rumah takut mengganggu isteri dan anakku beradu dibilik sebelah. Maklumlah suara aku agak kuat. “Ya cik, saya Mat Tepos, boleh saya tolong?,” ujarku spontan. “Cik free tak malam ini? Saya nak bawa ayah bekam dan urut sekali,”pintanya. “Boleh, tapi Cik dimana? Kalau jauh kita buat malam esok,” ujarku cuba menolak lembut. “Saya tinggal dixxx, dekat sahaja, bolehlah saya datang rumah cik, 30minit sahaja,” ujarnya meyakinkan aku. “Baiklah, rumah saya no.1,……saya share location,” aku menamatkan perbualan. Aku tengok jam lagi 15 minit menuju pukul 11. Ok sempat sejam, sebelum pukul 12 malam
.
Betul, pukul 11.15 malam dah muncul kereta Toyota Altis didepan pagar pondok burukku. “Assalamualaikum, marilah masuk, kereta parking bawah tiang lampu, ruang besar,” aku menjemput masuk tetamu lewat malam. Betul-betul kalau Allah SWT nak bagi rezeki tidak menentu masa dan keadaan. Lelaki baya 40 an bersama seorang lelaki lewat usia bermisai putih lebat meminta izin duduk diruang tamu. Biasalah adat tuan rumah bersuai kenal dahulu, tinggal mana, dah pernah bekam, umur berapa, anak ada berapa, pernah urut dimana, minuman kegemaran apa, and so on.
“ Marilah kita masuk bilik, anak pak cik pun boleh ikut sama, mana tahu boleh urut pak cik dirumah pulak kan?,” aku menjemput tetamuku di bilik khas. Selesai Pak Cik yang aku namakan Man Misai ini menukar kain pelikat Gajah Duduk aku baringkan di atas tilam khas. Aku mengambil dahulu bacaan BP mengikut SOP, sekiranya bacaan sesuai aku teruskan, andaikata tidak sesuai, aku minta datang kemudian hari. Tidak berani melanggar SOP, buruk padahnya nak ditanggung. Alhamdulillah, bacaan cantik dan dia pula tidak mengadu tidak selesa atau pening-pening. Sihat walafiat, masih gagah walaupun lewat usia.
Tejap betul badan Man Misai ni, tapi banyak angin. Terkentut-kentut, tersedu-sedan enak dipicit dibahagian kepala dan bahu. Tangan aku pula rasa sakit. Rasa kebas. Berpeluh-peluh badan aku walaupun industry fan aku letak 4 speed. Anak lelakinya pula asyik tersenyum-senyum melihat aku dihujung tilam. Aku ajarkannya beberapa titik utama dan fungsinya. Itupun hanya tersengeh mengangguk.
Aku menaruh curiga akan anak-beranak ni. “Ok baik pak cik, kita teruskan bekam,” pintaku sambil mengambil bacaan BP. OK semuanya baik. Aku menyiapkan diri dan peralatan bekam diatas meja troli. Ok aku puas hati, hygine. “Pakcik, kalau sakit beritahu ya, kita buat 21 cup,” aku memulakan tugasku. Bekam kini mudah, tak seperti aku dahulu, menggunakan tanduk kerbau.
Bismillahirohmanirohim..aku melalukan jarum diatas kulit Man Misai. “Ehmmmm..kenapa pulak ni,” desus hatiku. Sekali lagi aku melalukan jarum, “haahh..sudah, mata jarum ada masalah,” gerutuku. Aku kembali ke set jarum yang baru, sterile. Aku tukar kepada jarum baru. Sekali lagi aku melalukan jarum di atas kulit Man Misai yang sedang tidur-tidur ayam. Anaknya hanya memerhati disisi melihat telatahku yang dianggap kurang professional. “Huhh… kenapa jarum ni?, aku tersilap belikah?,” gerutu hatiku. Berpeluh-peluh aku, tapi satu titikan jarum pun belum berjaya. Aku nekad menukar set tools aku yang jenis Hi-End agar semua kembali lancar.
“InsyaAllah kali ini pasti berjaya besama set yang berkualiti Eropah,” ujarku yakin. “Arghhhh..gagal lagi, takkan jarum 4 inci baru boleh tembus kulit?,” aku membuka mask mengeluh. Aku hampir sahaja hendak membangunkan isteriku, kerana dia lebih mahir pasal peralatan ini berbanding aku yang lebih kuno dan tradisional. Anak lelakinya mencuit aku. “Abang, minta maaf, kenapa?,” ujar anaknya. “Saya minta maaf, peralatan saya rosak, mungkin jarum saya tersalah beli,” aku jujur kepadanya. “Yeke?, sekejap saya bangunkan ayah,”ujar lelaki itu membangunkan ayahnya. “Hah, kenapa?,” Man Misai terkuap-kuap melihat aku. Anaknya membisik sesuatu ditepi telinga ayahnya. “Ohhh, kenapa tak beritahu saya awal, mujur saya tak terus tidur,hahahaha, sekejap, boleh pinjamkan saya penyepit kuku?,” pintanya tersenyum.
Aku memberikannya tanpa tahu sebab-musabab penyepit kuku tu digunakan. Terbongkok-bongkok Man Misai menyepit kuku. “Hah sudah, marilah bekam,” terus Man Misai kembali berbaring. Syukur, 21 cup memenuhi badan Man Misai. Semuanya elok, terpancut-pancut darah hitam memenuhi 21 cup. Penuh bakul sampah dengan tisu berdarah. Puas hati aku.
“Elok-elok memandu ya,” ucapku melambai-lambai tetamuku berangkat balik. Namun ada yang bercekak pinggang ditepi monsoon drain. Macam tidak berpuas hati. Aku betul-betul penat. Aku melelapkan mata disamping anakku. Namun aku terbangun apabila aku terdengar bunyi orang menyelongkar diluar rumah. Tambah pula Jimi, anjing milik jiran rumahku mengerang. Menyalak-nyalak. Mungkin ada anjing liar ceroboh kawasannya. Sudah lewat 3 pagi. Anak kecilku mula menangis teresak-esak.
“Alahhhh, benda apa pulak selongkar tong sampah SWM ni?,” aku mengeluh di sisi tingkap. Fizikal macam orang sedang mengutip tin, tapi yang dipunggah bungkusan sampah yang aku buang. Orang itu merungut-rungut menyelongkar tong sampah dengan Jimi asyik menyalak tak habis-habis. Mujur aku buang diluar, kalau dibiar dalam rumah dah cerita lain. Aku sambung tidur dengan beberapa bacaan sehingga Subuh.
Di tempat kerja, aku menelefon kembali anak Man Misai. Ingin bertanyakan khabar. Hati aku tak senang, macam-macam timbul dalam mimpi. “Hahaha ayah baik, semalam balik ayah terus tidur. Kalau tak, susah sangat nak tidur, terima kasih ya bang, nanti saya datang lagi dengan ayah” anaknya Man Misai gembira. “Tapi bang, saya nak tanya sikit, abang ada yang tak kenakah semalam,” ujarnya. Aku mengeluh. “haah, ada yang menyelongkar tong sampah, tangan abang rasa kebas dan malam tadi mimpi ada orang marah abang,” aku hanya ketawa. “Saya minta maaflah abang, patut saya beritahu awal-awal, dan silap tidak bawa balik tisu darah tu semua,” lelaki baya aku mengeluh. Dihujung talian aku meminta alamatnya dan share location. Satu masalah lagi timbul.
Tengah hari aku pulang kantor, menyelongkar tong sampah SWM, hahaha, mujur ada lagi belum diangkut. Ada lagi bungkusan semalam, satu sudah berterabur dan satu lagi kemas diikat. Aku angkat kedua-duanya dan letakkan dalam bonet. Petang sewaktu habis kerja, aku terus ke rumahnya di xxx. Aku serahkan kedua-dua bungkusan plastik berisi tisu darah. “Kawan minta maaflah, kawan pulangkan kembali, tak tahan, tak boleh tidur malam ni Pak Cik, anak pun kecil lagi,” ujarku. “Hahaha tak apalah, silap saya, terlupa sebab dah terbayang tilam,”ujarnya ketawa kecil. Diserahkan bungkusan biru kepada anaknya untuk ditanam di bawah pokok bunga kertas. “Ada yang kacau awak dirumah ke?,” perlahan Man Misai bertanya. “Ada, dia marah kenapa kawan tolong awak bekam,” ujarku kecil. “Hahaha, patutlah semalam saya tidur aman,” ujarnya bersama ketawa kecil.
Tanpa berselindung Man Misai menceritakan segalanya umpama membuka pekung didada. “Niat hati memang nak buang benda salah ni, tapi tak tahulah dimana, tahun ni dah naik Haji,” keluhnya. Aku terdiam. “Malam nanti dia datanglah balik, dia pun tahu kita dah tua, dah tak kuat, nak kan Saiful anak kawan,” Man Misai melarikan mata kearah anaknya yang sedang menyangkul. Man Misai ini kerja askar, dahulu berkhidmat di Kem Sarawak menjaga sempadan Malaysia-Borneo. Lama jugalah, sehinggakan 20 tahun di perbatasan. Katanya ada amalkan ilmu kebal dan bermacam-macam ilmu yang tak masuk akal untuk perlindungan. Tetapi itu semua dulu, Man Misai dah tak amalkan lagi. Namun ada yang melekat.
“Kawan minta maaflah, kawan pun tak boleh bantu, tapi kalau ada cara kita bolehlah ikhtiar,” aku cuba membantu tanpa menaruh harapan. Dirumah aku tidak sesekali jelaskan kepada wife, kalau dia baca FS, dia tahulah kenapa Jimi sebelah rumah asyik menyalak tahun sebelum ini. Ada scavengers selongkar tong sampah malam-malam, ada yang berkawad depan pagar, dan ada yang berlari pukul 4 pagi. Man Misai pun dah baik-baik sejak balik Sarawak, terakhir jumpa sewaktu kenduri kesyukuran. Cuma dah tak segagah dahulu. Sekian wassalam
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
saya peminat setia karya Mat Tepos. memang sentiasa best. saya harap ada lagi cerita menarik lepas ni ye
Best… share lagi cerita ye…
Mana nk lut jarum bekam kt org yg ada ilmu kebal…ngan bajak sawah pon belum tentu terjejas sikit pon kulit org tu ..nasib miker lah jumpa customer bersaka mcm tu…sabar
mat tepos ni orang pekan pahang ke
Kesian bile smpi mase dh taubat tp benda tu ssh nk disingkirkan…
Mcm Man Misai pn mesti niat awal die amik benda2 cmtu sbb utk perlindungan diri…
Iyelah, dedulu jd askar x mcm askar skrg…
Byk dan besar cabaran+musuhnya…
X mcm org skrg, memakai sbb nk cantek, nak kaya, nak kenakan org…
Nak kate x berilmu ttg syiriknya menyekutukan Allah, skrg semua info hujung jari…
Sendiri buat2 xnak tau…
Tak pernah xbest cite mat tepos. Btw camne nk booking slot urut n bekam tu?
bestnyaa karya mat tepos. harap share lg