Auditory Hallucination 2

“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Seorang lelaki yang pernah melarikan diri daripada Hospital Sakit Jiwa di Ipoh 5 tahun yang lalu, ditemui m**i di rumah lamanya. Pihak polis percaya bahawa beliau terjatuh daripada balkoni rumah itu, sebelum m**i akibat tersusuk pada sebatang besi. Mangsa, Mohamad Nazmi Affendi, 35 tahun pernah ditangkap polis kerana perbuatan membnh isteri dan anaknya, Nur Raihana Abdul Jamil, 26 tahun serta Nur Amalina yang baru berusia 3 bulan. Selepas pihak mahkamah mendapati mangsa mengalami tekanan jiwa dan penyakit mental, beliau dipenjarakan di hospital sakit jiwa. Namun mangsa berjaya melarikan diri 2 bulan selepas itu dan pihak polis tidak dapat mengesan mangsa selama 5 tahun…………………………..”

Ujar wartawan yang berada dihadapan Rashidi. Ketika itu, Rashidi bersama pihak berkuasa yang lain sedang menggeledah rumah Dr. Nazmi, suspek utama yang telah membnh dirinya sendiri selepas menghilangkan diri daripada hospital sakit jiwa. Beliau juga disabitkan kesalahan kerana m******h isteri dan anaknya 5 tahun yang lepas. “Berpecah dan geledah setiap bilik dan ruang yang ada didalam bilik ini”. Kata Rashidi. Ahli pasukannya terus mendengar kata beliau dan melakukan tugas mereka. Rashidi pula menemui sebuah bilik bawah tanah. “Mak aih, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan tempat tu.”
Ujar Aizan, rakan sekerja Rashidi.

Tanpa membuang masa lagi, Rashidi terus memasuki bilik bawah tanah itu bersama Aizan. Disitu, mereka menemui beberapa katil pesakit bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk mendera. “Doktor itu memang gila…sebab tu aku tak sukakan doktor”. Kata Aizan. Rashidi hanya tersenyum, sebelum mengarahkan Aizan untuk memanggil pihak forensik untuk kesitu. Pada masa itu, Rashidi terlihat sebuah mesin, yang berupa seperti radio lama. “Apa benda ni?”. Hairan Rahidi seraya cuba untuk menghidupkan alat elektronik tersebut.

“Rrrrinnggg!!!!!!!”.
Alat elektronik itu hidup secara tiba-tiba dan mengeluarkan bunyi nyaring. Rashidi yang terdengar bunyi itu terus mengalami sakit kepala, sebelum rebah. Aizan dan ahli forensik yang turun disitu terus mendapatkan Rashidi. “Shidi, kau ok tak?! Shidi!? Kita kena bawa dia ke hospital!”. Arah Aizan kepada ahli forensik itu. Selepas Rashidi dibawa keluar, Aizan melihat alat elektronik yang masih aktif itu, sebelum menutup semula alat itu. “Apa yang berlaku?” Hairan Aizan.
“……”
“….Shidi”.
“Tolong…aku..”
“Dia datang…Shidi..Shidi!!!!!”
Rashidi terus tersedar daripada tidurnya. Dia terus melihat jam pada telefon bimbitnya dan mendapati ketika itu sudah pukul 8.30 pagi. “Alamak!!! Aku dah terlambat pergi lapor diri…eh, aku sedang bercuti sekarang ini”. Rashidi menyedari hatikat itu. Ya, selepas kejadian dimana beliau pengsan ketika menjalankan tugas, pihak atasan mengarahkan Rashidi untuk mengambil cuti selama seminggu.

Dia pada ketika ini berada di rumah ibunya bagi menghabiskan cuti beliau itu. “Abang, sarapan!”. Panggil adik Rashidi, iaitu Azrol. Apa lagi, Rashidi terus keluar untuk bersarapan.
“hi ibu, masak apa hari ni”. Ujar Rashidi sebaik saja melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Azrol mencebik bibirnya, tanda tidak berpuas hati kerana abangnya itu tidak membantu dia dan ibunya untuk menyediakan sarapan. “Nasi goreng kampong, kegemaran kamu! Yalah, lama kamu tak balik sini. Mak rindu tau”. Kata ibunya, Makcik Fatimah. Rashidi terus tersenyum. “Bukan saya taknak balik, tapi terlalu banyak kes kat KL tu. Kes ragut la, kes samun la. Itu bukan kira lagi operasi sana sini”. Balas Rashidi meneguk air kopi dihadapannya. “Yela tu….Entah-entah abang ni memang saja taknak balik. Kan abangkan dah banyak duit. Polis berpangkat pula tu”. Azrol cuba memecah perbualan mesra diantara ibunya dan Rashidi.

“Bising pulak kau ni. Sekurang-kurangnya abang bekerja professional. Bukan macam kau, kerja kebun saja. Bila nak maju kalau macam tu”. Rashidi membalas semula perlian dari adiknya itu. Sebelum suasana menjadi tegang, Makcik Fatimah terus menyoal Rashidi sambil menyenduk nasi goreng ke pinggan Rashidi. “Err, apa pun, kamu dah okey ke? Mak dengar kamu mengigau kuat malam tadi”. Rashidi terus kehairanan mendengar soalan ibunya itu. “Mengigau? Jika ingat semula, memang aku ada mimpi aneh malam tadi…juga…mendengar suara yang pernah aku kenal..”. Rashidi mengelamun seketika, sebelum dia dikejutkan oleh ibunya. “Kau ni dah kenapa? Makanlah!”. Sejurus selepas itu, mereka bertiga menikmati makan bersama-sama.

Setelah itu, Rashidi pergi bersiar-siar disekitar kampungnya dan mengimbau kenangan lamanya dikampung itu. Ketika melalui sebuah jambatan, dia terlihat seorang lelaki yang sedang kusyuk memancing. Seorang lelaki yang cukup dia kenali. “Iqmal!!” Panggil Rashidi kepada lelaki bernama Iqmal itu.
“Wah…dah dekat setahun kau tak balik sini. Kau apa khabar?”. Soal Iqmal kepada Rashidi, yang ketika itu sedang lepak bersama-sama di jambatan itu. “Aku okey jer. Cuma agak kurang sihat. Lepas tu superitendan aku suruh aku bercuti. So, aku balik sini la”. Balas Rashidi sambil tersenyum. Iqmal mengangguk tanda faham. “Eh, kalau macam tu kau dah lawat ‘dia’ dah?”. Soal Iqmal, membuatkan Rashidi kehairanan. “Lawat dia? Maksud kau?”. Melihat rakannya yang sedang kehairanan itu, Iqmal terus membawa Rashidi ke kawasan perkuburan, dan membawa dia ke sebuah kubur. Tertulis nama ‘Nur Aina binti Jamil’ pada batu nisan itu.

“Ini….”. Rashidi terus terdiam melihat kubur itu. “Aih? Takkan kau lupa kot? Kubur Aina ni”. Ujar Iqmal. Rashidi terus mengingati kisah lampaunya, dimana rakan baiknya, Aina dirgl dan d*****h oleh penagih dadah di kampungnya itu. “Aina….” Kata Rashidi perlahan. Iqmal menepuk perlahan bahu rakannya itu seraya berkata “Semuanya bukan salah kau, Shidi. Kau kecil lagi waktu itu. tengok sekarang ni, kau dah tangkap banyak orang jahat sebab kau dah ada kekuatan itu”. Rashidi mengangguk tanda memahami apa yang Iqmal cuba sampaikan. “aku tau la. Sebab tu aku jadi polis, nak elakkan perkara macam ni berlaku. Tapi tak kiralah banyak mana kebaikan yang aku dah lakukan, perasaan bersalah aku tak akan dapat hilang”.
Ujar Rashidi.

Setelah itu, mereka berdua membaca beberapa surah dan mendoakan kesejahteraan buat Aina. Ketika mereka hendak beredar dari situ, Rashidi terdengar satu suara dari belakangnya. “Shidi…Sini..”. Apabila Rashidi menoleh kebelakang, alangkah terkejutnya dia melihat tubuh Aina yang berlumuran d***h. Matanya besar menatap wajah Rashidi. “Ya Allah!!!”. Rashidi menjerit, sebelum tersungkur kebawah. Iqmal terus mendapatkan rakannya itu. “Eh, Shidi! Kau okey tak ni?!”. Hairan Iqmal sambil mengangkat Rashidi semula. Dia cuba menunjukkan lembaga yang dipercayai Aina itu, namun Ia sudah tiada. “Tadi…ada…” “Kau tak sihat lagi ni. Jom lah balik”. Iqmal memotong kata Rashidi. Dengan penuh keanehan, Rashidi terus beredar dari situ.

Pada malamnya, Rashidi pulang ke rumah ibunya selepas solat Isyak. Dia mendapati ibu dan adiknya sudah tidur nyenyak. Ketika beliau hendak menuju ke bilik air, televisyen terbuka secara tiba-tiba. Malah, tiada siaran pun disitu. Rashidi terus menutup televisyen itu tanpa rasa aneh pada awalnya, namun televisyen itu sekali lagi terbuka, menimbulkan perasaan aneh dia. “Apa pula ni?”. Soalnya sendirian. Dia cuba menukar siaran, namun hasilnya tetap sama; tiada siaran langsung.

Pada masa itu, satu video dimainkan di televisyen itu, memaparkan seorang gadis kecil yang diterkam oleh seorang lelaki. “What the…ini filem ke apa?”. hairan Rashidi.
Lelaki dalam video itu mula bertindak ganas dengan mencab*l kanak-kanak itu. mula terasa jijik dengan video itu, Rashidi terus mencabut suis televisyen itu. “Filem apa ni? Ada ke siaran tv yang tayang snuff film macam ni?”, ujar Rashidi lagi. Pada waktu itu, Rashidi terlihat seorang kanak-kanak berlari didapur, sebelum memasuki bilik air. Rashidi terus ketakutan disitu. “Si-Siapa tu?”. Panggil Rashidi.
“Sini..datanglah sini…”. Panggil lembaga itu perlahan.
Tanpa berlengah lagi, Rashidi menenangkan dirinya dan menuju ke bilik air dengan perlahan. “Krrikkkk”. Dia membuka pintu bilik air. Tiada apa disitu. “Hm…imaginasi aku jer kot”. Fikir Rashidi yang cuba kembali ke ruang tamu, sebelum terdengar air berkocak di kolah mandi. Air berkocak tanpa henti, sementara Rashidi menghampiri kolah itu. pada ketika dia melihat pantulan wajahnya di air kolah itu, muncul satu wajah lembaga didalam air itu, sebelum Rashidi ditarik kedalam kolah itu. Rashidi cuba melepaskan diri, namun lembaga itu terlalu kuat. Ketika saat dia hampir lemas, Rashidi ditarik keluar.
“Abang dah gila ke ni?! Nak m**i ke apa?!” Teriak Azrol, orang yang menarik Rashidi keluar. Dengan nafas yang tercungap-cungap, Rashidi cuba memberitahu perkara yang dia alami sebentar tadi, namun disangkal oleh adiknya itu. “Abang, adik tak buta lagi tau! Adik nampak abang yang masuk dengan sendirinya kedalam kolah”. Ujar Azrol.

“Tapi, tadi…” “Dah la tu! Abang kan POLIS! Kalau ada benda macam tu pon hati abang mesti kuat, bukan?”. Sekali lagi, Azrol menyangkal kata-kata Rashidi. Setelah Azrol beredar dari situ, Rashidi melihat semula kolah itu dengan penuh rasa takut. “kalau betul aku sendiri yang masuk, apa benda yang aku nampak tadi?”.

Keesokan harinya, Rashidi bertemu dengan Iqmal diwarung makan untuk membincangkan perkara yang berlaku malam tadi. Tidak seperti Azrol, Iqmal mengambil perkara itu dengan serius. “Teruk kau kena ni! Habis tu, kau ada tak baca-baca ayat Al-Quran ke apa ke?”. Soal Iqmal seraya meneguk air teh tariknya. “Mestilah ada. Tapi hati aku tetap tak tenang. Bukan itu jer, aku mula mendengar bunyi-bunyi nyaring dan dengar suara budak perempuan”. Balas Rashidi yang kelihatan sangat gusar. “Hmm..hantu jenis apa yang kacau kau ni agaknya. Suara budak perempuan yang panggil nama kau, pastu kau nampak video pasal perempuan nak kena rogol…Eh, nanti dulu!”.
Iqmal seperti menyedari sesuatu selepas memikirkan perkara yang mengganggu rakannya itu. “Aku rasa aku tau apa yang mengganggu kau ni…Aku rasa AINA”. Rashidi terus terkejut mendengar pernyataan Iqmal itu. “Ish! Kau jangan merepek, boleh tak?! Aina dah tak ada…kenapa pula..”. “Sebab kau masih tak dapat maafkan diri kau, betul tak?”. Iqmal memotong kata-kata Rashidi. Rashidi terus terdiam seketika. “Shidi, kau kecil lagi waktu tu. Kau memang tak boleh buat apa-apa”. Ujar Iqmal lagi. Rashidi terus mendiamkan dirinya lagi. Dia tidak mampu untuk membantah pernyataan rakannya itu.
“Macam ni lah. Kalau kau rasa kau kena ganggu dengan Aina, jom kita pergi ke ‘tempat’ tu”. Cadang Iqmal, membuatkan Rashidi berasa aneh seketika. “Nak pergi kemana?”. Soal Rashidi pula.

Pada malamnya, mereka berdua menuju ke sebuah rumah terbiar. Setibanya di hadapan rumah itu, Rashidi terus terpaku. Memori pahitnya terus berputar didalam mindanya. “Iqmal, sini kan…”. Iqmal mengangguk perlahan. Mereka berdua memasuki rumah tersebut. Begitu kotor sekali, dengan tahi-tahi kucing bersepah, sampah sarap yang terbiar disitu. “Kau tahu kan ini tempat apa?”. Soal Iqmal kepada Rashidi. Rashidi melihat satu sudut dihadapan tingkap.

Disitu lah dia pernah terlihat Aina bersama Jamal, penagih dadah yang selalu membuat masalah suatu ketika dahulu. Ya, Rashidi ialah saksi dimana rakan baiknya, Aina dibawa oleh Jamal di rumah itu. Walau bagaimanapun, Rashidi telah diugut oleh Jamal untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu dan diarahkan untuk beredar dari situ. Hanya keesokan harinya dia mendapat berita bahawa Aina telah dirgl, sebelum d*****h oleh Jamal.

Teringat akan perkara itu, tubuh Rashidi mula terketar-ketar. Tubuhnya pula mula dibasahi oleh peluh. “Tak…aku…semuanya salah aku! Kalau aku cukup berani pada waktu tu.. Kalau aku cukup kuat pada waktu itu..Aina tak akan jadi mangsa oleh celaka tu!!!”. Jerit Rashidi terketar-ketar.
“Tapi…kali ni…awak boleh selamatkan saya…Shidi”.
Kedengaran satu suara dari belakang Rashidi. Apabila dia menoleh dan melihat persekitarannya, Iqmal sudah ghaib. “Iqmal! IQMAL!!!”. Panggil Rashidi sekuat hatinya. Dia cuba keluar dari situ, namun pintu langsung tidak dapat dibuka. “Celaka! Iqmal! Jangan main-mainlah!!!”. Jerit Rashidi sekali lagi.

Secara tiba-tiba, pintu yang dia cuba buka itu bergegar dengan kuatnya. Rashidi terus melangkah kebelakang. “DUMM!! DAMM!!!!”. Pintu itu bergegar dengan kuat sekali. setelah beberapa ketika, pintu itu berhenti bergegar. Rashidi terpaku seketika disitu.
“BAMMMM!!!!”.
Satu tenaga yang sangat kuat menolak Rashidi, menyebabkan dia melayang kedinding. Begitu sakit sekali tubuhnya. “Arghh..”. Perit Rashidi, sebelum menyedari terdapat lembaga berada dihadapannya. Lembaga itu terus mencekik Rashidi. Apabila diamati, lembaga itu ialah Jamal! “KAU FIKIR KAU BOLEH SELAMATKAN SESIAPA?!!! KAU BUDAK KECIK!!KAU TAK MAMPU BERBUAT APA-APA! HAHAHAHAHAH!!!”. Laung ‘Jamal’. Pada saat Rashidi hampir m**i, dia terlihat Aina yang menatap wajahnya dengan penuh sayu. Tenaga dewasanya mula kembali mengalir.

“Tak…kali ni..aku boleh selamatkan Aina!!!”. Rashidi terus menolak ‘Jamal’ jatuh seraya mencapai seketul batu besar. Rashidi mula menghempas batu itu ke wajah ‘Jamal’ dengan bertubi-tubi. Hanya beberapa saat selepas itu, dia berhenti menyerang lembaga itu. “Kau…takkan…dapat…mencederakan…”. Belum sempat Rashidi menghabiskan ayatnya, dia menyedari bahawa lembaga itu ialah rakannya sendiri, Iqmal. D***h mula mengalir dengan banyaknya sehingga melekat pada pakaian Rashidi.
“Shidi..tak ada….apa..apa..”. Ujar Iqmal, sebelum m**i disitu. Rashidi terus menggeletar ketakutan yang amat sangat. Ya, dia sudah m******h! Kesalahan yang sangat besar disisi undang-undang manusia dan Tuhan. Dek kerana fikirannya yang bercelaru ketika itu, Rashidi terus melarikan diri. Pada ketika itu, Baharon; ketua kampung terlihat Rashidi yang sedang melarikan diri dari rumah itu. “Apahal anak si Fatimah tu?”. Hairannya. Beliau terus memeriksa rumah itu dan menjumpai mayat Iqmal.

“Astafirullahaldazim!!!”. Baharon terus mengucap.
Ketika itu juga, Rashidi tiba dirumahnya, dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Ibunya terlihat perkara itu dan terus bertanya “Shidi, kenapa kamu ni?”. Walau bagaimanapun, Rashidi tidak menjawab soalan Makcik Fatimah; dia terus memasuki biliknya. Selepas mengunci pintu, Rashidi terus duduk diatas katilnya sambil ketakutan yang amat sangat. Mana tidaknya, dia telah melakukan perbuatan m******h. Dia, iaitu seorang anggota polis. “Tak…apa aku dah buat?!! Aku telah m******h!!!dengan tangan aku sendiri!!”. Ujarnya sendirian.
“Tidak Shidi, kamu buat perkara yang betul…kamu cuba selamatkan saya”.
Muncul suara Aina dari satu sudut dibiliknya. Rashidi terus melihat rakannya itu. “Tak…Kau dah m**i! Semua ini khayalan aku jer!”. Rashidi cuba menafikan apa yang dia lihat itu sambil menutup matanya. Aina kemudianya muncul dihadapannya, sebelum menarik perlahan tangan Rashidi. “Hehehe…jangan risau…saya tidak akan mencederakan awak..awak boleh selamatkan saya lagi…jika awak berjaya…awak akan bebas”. Ujar Aina tersenyum manis.

Rashidi menatap wajah rakannya yang sudah tiada itu. senyuman manisnya ketika itu. membuatkan hati Rashidi tenang seketika.
Pada masa yang sama, Baharon dan beberapa lagi pemuda kampung tiba dirumah Makcik Fatimah untuk mencari Rashidi. “Eh, kenapa datang malam-malam ni?”. Soal Makcik Fatimah. “Kitaorang nak cari anak kamu, si Rashidi. Dia ada kat dalam?”. Balas Baharon dengan tegas.

Makcik Fatimah mengangguk perlahan, sebelum membenarkan mereka semua mencari Rashidi. Pada masa yang sama, Rashidi mula menangis teresak-esak. “Aku…lemah pada waktu itu..aku menyesal…menyesal!!”. ujar Rashidi teresak-esak. Pada masa dia membuka matanya semula, Aina sudah tiada dihadapannya.
“Aina! AINA!!! Kau kat mana!!!”. Panggil Rashidi seakan orang yang sudah hilang kewarasannya. Ketika itu, dia terdengar teriak Aina yang memanggil pertolongannya dari luar. “SHIDI! Tolong saya!! Jamal datang balik!!!”. Tanpa berlengah lagi, Rashidi mencapai pistol miliknya dan terus keluar. Ketika itu, dia melihat suasana rumahnya bertukar gelap dan senyap. Tiada ibunya, adiknya. Tiada sesiapa pun. “I-Ibu…Adik..?”. Panggil Rashidi perlahan. Pada masa itu, kepala dia dihentak oleh seseorang dari belakangnya. “Arghh!!”. Laung Rashidi kesakitan. Apabila diamati, orang itu ialah Jamal!.

“HMM!! BUDAK HINGUSAN!!”. Jerit Jamal. Rashidi cuba mengambil pistolnya yang terjatuh kelantai, namun dia diheret oleh Jamal, sebelum dipukul menggunakan batu sebelum ini. “T-Tolong!!!”. Rashidi cuba meminta tolong, namun serangan Jamal semakin kuat. Dia kemudiannya mencapai pasu dibelakangnya dan terus menghentak Jamal. Dia kemudiannya berlari mendapatkan pistolnya semula, sementara Jamal mengejarnya dari belakang. “PRANGGG!!”
Jamal memukul kaki Rashidi sehingga terseliuh. Tiada pilihan lagi, Rashidi melepaskan satu das tembakan kearah kaki perut Jamal. “Arghh…..HAHA-HAHAHAHAH!!!!”. Jamal mula mengilai seperti orang gila. Masih berang dan hilang kewarasannya, Rashidi terus dan terus melepaskan tembakan kearah Jamal. “Huh…huh…huh…Aku…berjaya..Hahah! aku berj-“. Sebelum sempat Rashidi meraikan kemenangannya, lampu terbuka semula, dimana Azrol yang membuka lampu semula. “Astagfirullah aladzim!!! Apa..APA ABANG DAH BUAT?!!!”.
Teriak Azrol ketakutan. Apabila Rashidi melihat tubuh Jamal itu, ia sudah bertukar menjadi ibunya sendiri, Makck Fatimah! Disitu juga terdapat Baharon dan beberapa orang kampung yang bergelimpangan disitu. D***h merecik keserata tempat. “A..Apa yang berlaku…Abang…nak selamatkan Aina..Heheheheh!”. Rashidi mula tergelak gila. Pada waktu itu, muncul ‘Aina’ dihadapannya semula. “Bagus, Shidi. Awak dah semakin kuat! Tapi kan..kalau adik awak tu bagitahu orang lain..awak kena tangkap..awak takkan dapat selamatkan saya lagi..”. ujar Aina tersenyum.

Rashidi mengangguk perlahan, sebelum mengacukan pistol kearah Azrol. Nasib baik, Azrol terus melarikan diri sebelum dia ditembak. Rashidi terus mengejarnya ke kebun milik arwah ayah mereka. Selepas tiada tenaga lagi, Azrol bersembunyi disebalik beberapa pokok pisang. Dia melihat Rashidi masih cuba mencarinya. “Azrol…JOM MAIN…kita kan selalu main nyorok-nyorok kat sini…HEHEHEHEH!! HAHAHAHAHA!!!”. Rashidi benar-benar menjadi gila. Baginya, beban penyesalannya selama 12 tahun itu mesti dilepaskan pada saat itu. Tiada apa yang lebih penting lagi.

Sementara itu, Azrol cuba mencari peluang untuk melarikan diri. Dia melihat semak-samun berhampiran dengan Rashidi. Dia mencapai seketul batu dan mencampakkannya kekawasan itu. Sementara Rashidi terganggu seketika, Azrol terus melarikan diri. Walau bagaimanapun, taktik itu berjaya dikesan oleh Rashidi, dan dia terus menembak kaki Azrol. Azrol terus tersungkur disitu. “Huh..Huh..huh..Sorry adik..tapi..semuanya demi…AINA”. Ujar Rashidi yang ketika itu mengacukan pistol tepat kearah kepala adiknya.
“BAM!! BAM!!”.
2 das tembakan dilepaskan, tepat kearah tubuh Rashidi. Orang yang menembak Rashidi, Aizan masih tergamam disitu. “Ya Allah!”. Dia terus mendapatkan Azrol yang masih kesakitan. Rashidi pula terus tersembam keatas tanah. “Abang..”. Sayu Azrol melihat keadaan abangnya itu. walaupun mereka tidaklah rapat sangat, namun selepas melihat perbuatan abangnya itu….
…………
………..
“Sebenarnya saya dah agak semua ini akan berlaku. Suspek pembunuhan yang kami cari sebelum ini pun mengalami gejala seperti Rashidi alami, seperti halusinasi, tindakan agresif serta kecerlaluan identiti. Semuanya disebabkan alat yang menyebabkan abang kamu pengsan tempoh hari”.
Ujar Aizan kepada Azrol, yang kini melawat Rashidi di Hospital Sakit Jiwa. Azrol terus kehairanan. “Apa maksud tuan?”. “Daripada siasatan dan beberapa laporan yang saya terima, suspek itu, Dr. Nazmi bekerja bukan dengan hospital, tapi bekerja dengan sebuah syarikat Britain yang sepatutnya sudah tutup sejak sedekad lamanya.

Antara kajian Dr. Nazmi adalah melibatkan perubahan neuron otak yang membawa kepada perubahan sifat dan personaliti. Lebih senang ialah…Dr. Nazmi ingin mengkaji bagaimana seseorang boleh menjadi gila dan agresif. Dan saya percaya…alat itu ialah sumber kepada keadaan Dr. Nazmi dan Rashidi”.

Terang Aizan lagi. Azrol terus mengangguk. “tapi..abang saya tu selalu menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku kepada rakan dia, Aina. Saya fikir alat itu hanya menguatkan ketakutan dia, dan seterusnya membawa kepada keadaan abang saya sekarang ini.”. Ujar Azrol. Aizan terus menepuk bahu Azrol. “Well, kadang kala memang susah untuk kita lepaskan perkara yang sudah berlalu. Biar kita serahkan seja kepada Tuhan”. Balas Aizan. Azrol terus menatap wajah Rashidi dengan penuh belas kasihan….
…..
….
.. “Terima kasih, Shidi”..
…..
Beberapa minggu selepas itu, Aizan meneruskan tugasnya sebagai anggota polis seperti biasa, sehinggalah dia mendapat arahan daripada pihak atasan bahawa terdapat sekumpulan krew dokumentari yang ingin menemuramah beliau mengenai kes Rashidi. “Err..saya tak tengok lagi rancangn dokumentari mereka ni. Apa nama rancangan mereka”. Soal Aizan kepada rakannya, Sarjan Badri. “Oh, nama rancangan mereka adalah A WAY INTO DARKNESS”. Balas Badri. “Oh, kalau macam tu kau lah yang buat. Aku malas lah”. Ujar Aizan lagi….

A Way Into Darkness muncul dalam cerpen FOREST/MISSING TAPE yang disiarkan pada 5 Febuari 2018…

Zul Hafiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

10 thoughts on “Auditory Hallucination 2”

  1. Been a year. I have to search for the first one to read again. Haha. Fiksyen yang sangat menarik. Kalau tak keberatan, boleh tak bagi link for previous stories? Kot2 ada yang terlepas ke. Thank you.

    Reply
  2. Assalam, pengalaman yang agak lama dalam bidang psikologi sosial saya dapati yang cerita sebegini tidaklah sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang juga pengguna telefon pintar yang kian meningkat saban masa. Saya ke laman ini setelah menerima laporan dari rakan dan saya dapati laman ini semakin popular. Pembentukkan kanak-kanak adalah sesuatu yang rumit jika tidak kena pada caranya. Kita harus bersama mencorakkan seupayanya dengan cara yang sihat. Allah Maha Tahu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.