Assalammualaikum semua, terima kasih kepada fiksyen shasha kerana approve cerita saya dan Terima kasih jugak kepada peminat Fiksyen shasha. Okey kat sini saya ini menceritakan pengalaman kawan saya. Kami berkerja di sebuah taska di daerah Kuching Sarawak. Maaf saya terpaksa menyembunyikan dan merahsiakan nama taska tersebut atas factor factor tertentu.
Nama aku LIN (Bukan nama sebenar) Kami bekerja di Taska tu seramai 5 orang cikgu taska. Kami mengajar budak berumur 1Tahun hingga 5Tahun. Okey, nak di jadikan cerita. Aku terpaksa tinggal di taska kerana atas masalah rumah aku jauh di tempat kerja. Atas persetujuan pihak taska. Jadi, aku dan suami aku terpaksa tinggal di taska tersebut bersama anak kecil ku yang berumur 2tahun…
Rakan sekerja aku bernama zira (Bukan nama sebenar) memberitahu aku untuk membasuh botol susu kanak kanak yang berusia 2 tahun untuk membuat susu mereka. Aku pun membasuh macam biasa dan letakkan ke tepi singki untuk mengering botol tersebut. Zira memanggil aku kembali dan memberitahu kepada aku. Kenapa tidak lagi membasuh botol susu di suruhnya tadi. Aku hairan bahawa aku sudah pun membasuh botol tersebut…
Pada hari berikutnya, di waktu tengahhari. Budak budak di taska tidak tidur seperti biasa. Mereka asyik menangis. Sampai pening aku dan juga rakan sekerja aku. Bila membuka ayat ayat suci al-quran budak budak mula behenti menangis. Tak tau boleh jadi macamtu…
Pada waktu malam. Ibu aku datang pada hari sabtu lepas untuk menziarahi aku dan keluarga ku di taska. Mak aku datang dengan adik aku yang bongsu berumur 4tahun. Oh lupa nak bagitahu taska kami ada 2 tingkat. Bawah untuk pembelajaran dan atas aku tinggal. Kami tinggal di atas. Pada siang nya tidak ada apa apa berlaku. Pada malam nya, adik aku bermain di depan tangga kami naik bilik atas. Adek aku memberitahu kepada mak aku. Ada kawan dekat tangga. Aku ,mak dan suami aku melihat sesama sendiri. Mak aku mula panggil adek aku untuk ke mari untuk bersama ibu ku. Suami aku segera memasang zikirullah menyebut ‘LAILAHA IL LALALLAH’ berulang kali. Adik aku berkata pada kami “kawan kata lagu tu tak best tak sedap di dengar” dan kawan cakap menyuruh suami aku menutup zikirullah tersebut. Suami aku enggan mahu menutup zikirullah tersebut dan sentiasa membuka sehingga kami tidur.
Pada jam 1 pagi. Aku terbangun dan melihat adik aku duduk bersila dan belum tidur. Aku Tanya kepada adik aku, kepada tak tidur lagi ni? Tau tak dia cakap apa? Kawan tidur sebelah mak. Dia hanya bersila dan tengok je benda tu tidur sebelah mak ku. Aku dah mula cuak dan mula meremang bulu roma. Kami tidur satu bilik. Suami ku tidur di bawah tepi katil. Aku pun panggil adik untuk tidur sebelah aku. Zikirullah masih berbunyi.
Pada malam berikutnya. Lepas kami makan malam bersama mak aku dan adik aku. Kami duduk bersama di ruangan tamu atas. Adik aku asyik melihat siling yang berlubang. Aku pun Tanya kenapa tngok atas tu dik. Adik aku jawap. “kawan atas tu” Aku hanya mampu terdiam dan melihat wajah mak dan suamiku. Banyak lagi gangguan yang aku dapat rasa kan selama aku berkerja di taska ini dan tinggal di taska ini. Kita berjumpa di cerita seterusnya nanti okey.
Hantar kisaha anda : fiksyenshasha.com/submit
Boleh tahan seram
Guru taska tapi penyampaian cerita dan penulisan perlu banyak diperbaiki..
Hang ni laki ka pompuan nuh? aku duk cari jugak lah ‘lin’ kut la shortform nama hang,ceh.