Hantu Bomoh Pukau akhir

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod yang lalu…

Aku dan pak seli berjalan ke arah busut tempat usin bertapa tadi, sementara bapak dan imam sahak berdiri disisi menjaga usin..

Nafas usin berbunyi seperti kerbau yang disembelih! Mengeruh dengan sangat kuat!

Bagaikan urat merih nya dah d******g!

Pak seli arahkan aku untuk mengali tanah dibelakang busut dengan menggunakan tangan!

“cukup rip!” katanya jelas bila kedalaman tanah sesuai pada fikirannya

“aku tanam kau disini dengan kalimah Allah! Dan mulai hari ini! Kau tidak berdaya dan upaya untuk menjalankan tipu helah pada anak cucu aku dan didalam ‘tanah’ aku!” kata pak seli sambil membaca potongan ayat, yang aku kira gabungan dari beberapa surah

Bungkusan kuning berisi sesuatu dari muntah usin diletakkan didalam tanah!

Tak tunggu lama…

“kambus rip! Jangan sampai terkesan atas tanah!” katanya!

Aku kambus! Dengan pantas!

Selesai mengambus..

Sekali lagi pak seli bersuara!

“Kamu bukan lagi di alam ini! Dengan izin Allah! Aku kirimkan kamu kealam yang ghaib dari pandangan manusia!” kata pak seli lagi!

Kemudian pak seli menadah tangan dan membaca doa!

Agak lama juga dia berdoa..

Usai berdoa, pak seli cuit aku..

“moh, dah selesai! Jangan ditunggu tempat ni! Jangan sampai tak jumpa diri!” kata pak seli.

Kilat memancar-mancar didada langit..

Kami berjalan, sesampai je ke tempat bapak, usin dah mula duduk!

Dia kebingungan!

“apa jadi pada aku imam?” kata usin

“apa yang kamu dah buat usin?” imam balas dengan pertanyaan pulak

“takpe, moh kita turun dulu, baru kita bercerita!” kata bapak sambil memegang bahu usin..

Kami kemudian berjalan kaki turun berlima, perjalanan naik yang mengambil masa beberapa jam tadi, cuma memerlukan sejam je untuk sampai ke motorkar bapak!

Semasa menuruni bukit, hujan mula reda, dan dua kali panahan petir yang aku rasa menghala ke busut tempat kami tanamkan barang dari usin tadi!

Ada bunyi dahan patah dan pokok tumbang dipanah petir! Bersama bunyi seolah kepala air datang dari hulu!

Gerun bunyinya

Menderu-deru!

Jelas bunyi PPRAAAKKKKKKKK!!

Aneh pada pendapat aku, aku cuba menoleh untuk melihat ke belakang, tapi ditegah pak seli

“yang sudah tu, sudah lah! Tak usah dikenang dan dilihat… Biarkan!” kata pak seli

Kami ke surau dan bapak memberhentikan kereta di perkarangan surau..

Di tangga kayu surau, usin mula bukak cerita dengan air mata yang tumpah, ditemani hujan yang semakin reda..

“aku silap, dalam pada aku cari ayam hutan, aku pulak dalam kepala berfikir terjumpa harta karun lah, nak kaya cara mudahlah, nak kebal dan dipandang hebatlah, sedar tak sedar, dah ternampak mayat tersandar kat sebatang pokok!”

“tiba-tiba ada orang tua berjubah dan berserban yang nampak warak muncul dari belakang, suruh aku ambik bahagian badan nya, kalau mahu segala yang dilakukan berhasil!” kata usin menelan air liur

“bahagian apa?” pintas bapak aku!

“lidah!” kata usin pendek

Pak seli dan imam sahak mendengar dengan tekun dan mengangguk-angguk beberapa kali..

“dalam takut dan separuh sedar, aku betul-betul tak sedar, aku dah p****g lidahnya, dan…..” suaranya terputus-putus..

“dan apa?” kata aku tak sabar

Bapak dah menjegilkan biji mata pada aku! Yang bermaksud jangan masuk campur! Tanya lagi, memang nahas!

“dan aku seolah dah dipukau dan makan lidah tu! Mulai dari situ, aku dah tak ingat apa lagi dah!”

“ada masanya, aku tiba-tiba tersedar dan badan aku dalam keadaan pelik, tangan dan mulut berdarah! Mulut berbau hamis! Bau d***h! Dan semasa aku tengah sedar tu! Ada suara berbunyi… ‘Ingat janji kau 7 dara sunti untuk ilmu yang ampuh! Dan pantang larang kau! Besi dan buluh kuning yang disimpan dirumah’!”

“suara tu jugak ingatkan berkali-kali, jauhi pak seli dan pak mahat, sebelum ilmu betul-betul ampuh!” kata usin kesal

“kamu tau iblis sifatnya menyesatkan manusia, kan sin? Kamu patut baca doa perlindungan, bukan masuk hutan tapi berfikir bukan-bukan!” getus pak seli kesal

“takpelah, benda dah jadi, aku dah tanam dia, aku harap dia tak kembali lagi, sebab dah disimpan di alam yang lain!” kata pak seli lagi

Usin dan imam kemudian dihantar pulang..

Usin akan bermalam dirumah imam beberapa hari, dipantau zahir dan batin secara dekat oleh imam, katanya imam akan buat mandian pulih semangat dan akan memperkasakan rohani..

Imam jugak menyelitkan upacara yang ketat untuk usin patuhi, berjemaah bersama imam, mengaji dimalam hari, sedikit sebanyak, usin belajar ilmu agama dari imam sahak..

Aku, bapak dan pak seli ke warung mak siti dalam hujan yang masih gerimis dilewat dinihari, kami bernasib baik kerana gerai masih belum tutup, dan kami bertiga pekena mee goreng basah, memang sedap hingga ke kuah yang terakhir!

Bapak pun bagi peringatan mudah pada aku dua-tiga kali,

~~innama a’malu binniat~~

Yang bermaksud, ‘setiap perbuatan bermula dengan niat!’

Pergilah memancing ke, berburu ke, bersilat ke, niat nya MESTI lurus dan bersih! Jangan teruskan apa-apa kerja jika terdetik walau sekelumit niat yang tak baik!

Aku terima nasihat bapak dengan hati yang senang dan perut yang kenyang!

Gangguan hantu yang mengetuk rumah ke rumah, akhirnya berakhir sama sekali!

Penduduk kampung kembali aman, dan yang lebih baik, takde sesiapa yang syak, ini kerja pak seli..

Usin tak lagi meneruskan kerjaya mencari ayam hutan nya, dia dah banyak menghabiskan masa dengan mengikuti tabligh yang dicadangkan dari anak buah imam sahak..

Merantau keseluruh muka bumi, menyebarkan misi dalam dakwah, membawa manusia dari lembah kehancuran..

Begitulah cerita penutup untuk brother seguru aku kalini, pengajarannya jangan bersahabat dengan syaitan dan iblis, sebaiknya mohon lah perlindungan, kerana sebaik pelindung adalah Dia yang Maha Kuasa, al malikul mulk!

Andai tersesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan, pengampunan Allah lebih besar dari kemarahanNya..

Sekian cerita aku, moga terhibur dan terima kasih kerana menunggu!! xoxo!!

~tammat~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

7 thoughts on “Hantu Bomoh Pukau akhir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.