Rambang

Assalamualaikum pembaca-pembaca tegar FS sekalian. Terima kasih juga kepada admin andai kisah ini disiarkan kepada umum.

Kisah ini hanyalah secebis daripada bait-bait memori silamku yang pernah aku lalui. Aku tidak mahu memperkenalkan diri kerana mungkin ada antara kalian yang tahu-menahu kisah yang bakal aku ceritakan ini.

Pada awal tahun 2010, aku telah memulakan kehidupan sekolah berasrama penuh di salah sebuah institusi yang megah nan masyghul. Kehadiranku dan rakan-rakan satu badge dipandang sinis oleh senior. Kami pun tidak pasti mengapa kami disambut dengan aura dingin oleh senior dan guru-guru.

Aku mempunyai seorang rakan karib yang aku namakan, Haikal. Kami saling bertukar buah fikiran dan duduk di dorm yang sama. Sungguhpun kehidupan kami di situ boleh dikategorikan terejan. Aku tetap bersyukur dengan pengalaman yang pernah aku lalui bersama arwah Haikal.

Eh, kenapa tiba-tiba arwah ni?

Ya, itu yang bakal aku ceritakan dalam perenggan seterusnya.

Semasa hujung bulan Oktober tahun tersebut, aku, Haikal dan Devan merancang untuk pergi ke salah sebuah pusat peranginan yang agak terkenal. Setelah 2 minggu persiapan dan persetujuan daripada penjaga masing-masing, kami pun segera bertolak ke destinasi yang kami ingin tuju itu.

Setibanya di hadapan gerbang masuk hutan lipur itu, Haikal terpandang sesuatu yang ganjil. Dia berkata, “Weh, aku ada ternampak perempuan berselendang putih beb,”. Aku hairan lalu menegur Haikal supaya jangan berkata yang bukan-bukan. Sudahlah berada di hadapan rimba. Masih lagi ada hati nak berucap sedemikian rupa.

Petang itu, kami bertiga pergi bermandi-manda di sebatang sungai berdekatan kem perkhemahan kami setelah bertungkus-lumus membanting tulang mendirikan khemah, mencari kayu api dan bermacam-macam lagi. Sewaktu berendam di dalam air sejuk yang tenang itu, aku tertancap sekilas pandang wanita berselendang putih yang mengamat setiap tindak-tanduk kami. Aku menggosok mata untuk membetulkan pandangan, andai itu hanya ilusi. Ternyata, ianya bukan. Aku termangu seketika. Kami sempat bertentang mata sebelum wanita itu hilang dari pandangan ibarat kabus putih. Aku tidak menceritakan apa yang terjadi dan biarkannya menjadi rahsia aku dan makhluk itu seorang.

Pada waktu malam, buat sekian kalinya, aku dapat rasakan perasaan seram sejuk hingga ke tulang. Kami bertiga sudah bersiap untuk melelapkan mata selepas hari yang amat memenatkan itu. Tiba-tiba, Devan berdengkur. Aku terkejut mendengar dengkuran kuat ibarat harimau mendengus. Hampir sebiji bunyinya. Sepanjang kami bersekolah bersama, aku tidak pernah tidur bersebelahan dengan Devan. Pasti terseksa jiran katil sebelahnya. Huhu.

Selepas jam hampir menunjukkan jam 2 pagi, aku terdengar ketukan pada kain khemah. Dengan bebayang semacam lelaki tua bersenapang patah, aku menyelak khemah. Seorang lelaki berpakaian pemburu berdiri di hadapanku dengan luka di tangan kanan yang agak dalam. Parah. Luka yang amat parah.

Aku mempersilakan lelaki itu masuk menumpang khemah kami lalu mengejutkan Haikal dan Devan. Memandangkan Devan seorang ahli kelab PBSM, dia cuba untuk memberi rawatan awal kepada lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu.

Aku berasa janggal dan pelik bagaimana lelaki itu dapat luka sedalam 4 inci dan panjang 9 inci itu? Mungkinkah harimau atau beruang yang mencakarnya? Sebagai langkah berjaga-jaga, aku pun bertanya kepada lelaki tersebut. “Pakcik, dari mana pak cik dapat luka yang teruk ini? Buasnya binatang tu,”. “Kau perlu sentiasa berjaga-jaga dengan makhluk yang tinggal dalam hutan ini. Kawasan yang kau duduk ini keras. Tapi aku dah taburkan garam di sekitar khemah sebagai pelindung. Andai tiada apa yang penting, jangan sekali-kali menjejakkan kaki keluar daripada khemah ini. Faham?!” tengking pakcik itu. Kami mengangguk tanda mengerti.

Setelah mendengar kata-kata pak cik itu, kami bertiga sudah tidak berdaya untuk sambung tidur. Bertemankan lampu suluh di atas kepala masing-masing, kami berjaga dan memerhatikan suasana sekeliling.

“Geregeregegreg”

Bunyi perut aku yang sakit akibat makan makanan petang tadi. Aku mengaduh rasa sakitnya perut ini. Aku mahu melepas hajat, tapi atmosfera sekeliling tidak mengizinkan. “Eih kau ni perut, masa ni jugalah.”

Kasihan melihat aku berteriak kesakitan, lelaki itu mengarahkan Devan untuk menemankan aku melepas hajat. Pakcik itu menyuruh kami berjalan secara menjongket dan bergerak 7 langkah dan berhenti seketika bagi mengelirukan makhluk tersebut. Kami pun mengikut apa yang dituruti lelaki itu dan pergi ke kawasan semak samun untuk memudahkan ‘urusan rasmi’ aku. Semasa dalam perjalanan, Devan telah melakukan satu kesilapan besar. Kesilapan yang tidak seharusnya dibuat pada malam itu.

Setelah aku siap ‘mengeluarkan’ apa yang patut, kami pun berjungkit seperti buang tabiat di tengah-tengah hutan itu. Apabila mengingat balik perlakuan itu, ambil bantal tekup muka adalah reaksi pertama yang akan aku lakukan. Sesampainya kami di khemah, keadaan menjadi sunyi sepi. Khemah koyak rabak, alat dan barang-barang yang kami bawa semuanya berterabur ke sini-sana. Unggun api terpadam meninggalkan asap halus yang keluar dari celah-celah kayu itu. Aku menoleh ke sisi dan melihat sekujur mayat yang terbaring. Keadaannya yang ngeri usah dibicara. Devan cuba mencari Haikal tetapi, tiada guna. Dia hilang. Hilang. Lesap dari pandangan.

Lebih 10 tahun sejak kehilangan Haikal. Aku masih rasa bersalah dengan kedua orang tuanya. Aku sedih mengenangkan kembali insiden yang terjadi. Ya, tuhanku. Berikanlah kami petunjuk untuk mencari keberadaan sahabatku yang menghilang itu.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

mr. spectra
Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 3.8]

12 thoughts on “Rambang”

  1. apa kesilapan besa yg devan dh buat???

    kiranye haikal tu hilang mcm tu je la..xtau hidup o m**i
    xde 2nd part ke..sbb nk tau jgk lps dr kejadian tu mcm mn pihak berkuase n keluarga nye ikhtiar cari haikal
    dan nk tau sp sebenarnye pak cik tu

    Reply
  2. Berani betul korang pegi berkhemah kt hutan tanpa pengawasan org yg arif.. bertiga pulak tu.. lps tu, cerita x habis plk.. emmmm.. apa berlaku lps korg nmpk tapak khemah hancur tu? Mayat yg korg nmpk tu, mayat pakcik tu ke? Cmne korg keluar dari tmpt tu?
    Salam takziah utk kehilangan haikal..

    Reply
  3. betul kw idok cerita kau ni… reka2 kot. xde dgr pun berita kes hilang gtu je, nk kata m**i xde mcm kena baham harimau ke apa ke.. kot rekaan pun kenapalah tergantung kisahnya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.