Rasuk

Hai dan assalamualaikum kepada semua pembaca. First, aku nak ucap terima kasih kat admin sebab publish cerita aku yang bertajuk “LATIHAN TEATER”. So kat sini aku akan sambung apa yang jadi lepas kejadian malam latihan teater tu. Lagi sekali aku nak ingatkan yang nama dalam cerita aku ni adalah bukan nama sebenar.

Macam biasa, aku fikir semua dah settle lepas kejadian tu. Rupanya aku tersilap,benda tu makin happy buat kacau dan hot spot dorang adalah asrama perempuan. Untuk pengetahuan korang asarama perempuan hanya ada satu bangunan saja kat poli aku. Asrama ni ada 10 tingkat dan ada dua wings, Wing A dan Wing B. Siapa dah tahu ni poli mana sila diam-diam ye. Terima kasih 🙂

Okey aku akan start cerita. Benda ni jadi lepas kes kitaorang tu, Aku tak ingat tarikh hari tu tapi apa yang aku ingat aku tak ada kat asrama sebab ada latihan teater tu lagi.. Hari tu macam biasa kitaorang akan ada latihan teater sampai pukul 12.30 malam. Lepas habis latihan kami (gegurls) jalan sama-sama nak balik asrama. Walaupun ada lift tapi kami ambik keputusan supaya naik tangga je lagi cepat + boleh excercise sekali hahahaha… so bila dah sampai tangga aras 3 (aras bilik aku) , aku dah rasa lain.. Macam keadaan sekeliling aku panas. Aku memang boleh rasa kalau benda tu ada tapi malam tu aku macam keliru sikit. Tak tahu sama ada benda tu ada ke tidak kat aras aku. So, aku ambik keputusan untuk tak ambik kesah pasal benda tu walaupun dalam hati tak sedap dan tak cakap apa-apa kat kawan-kawan aku sebab aku tak nak dorang takut.

Bila dah sampai bilik,aku tengok pintu bilik kunci. Tak pernahlah aku dengan roomates aku tidur kunci pintu dan nasib baik aku ada bawak kunci bilik kalau tak confirm aku merempat tidur bilik orang lain. Lepas bukak pintu aku terus bagi salam sederhana kuat sebab taknak takutkan dorang. Tapi takda yang jawab sebab semua dah belayar dalam alam mimpi. Aku terus ambik tuala dan mandi. Dah siap mandi dan ambik wudu’ aku terus siap-siap nak tidur, tapi aku bukak whatapps dulu sebab ada notification yang masuk. Notification dari whatapp grup aras aku yang dihantar oleh ketua aras 3 pada pukul 11 lebih malam sedangkan aku baru terbaca pada pukul 1.15 pagi , dalam mesej tu dia pesan “MINTA TOLONG. BAGI KERJASAMA. TOLONG KAWAL SUARA DAN TINDAKAN. JANGAN SUKA-SUKA SANGAT. BACA SURAH DAN LAIN-LAIN UNTUK PENDINDING DIRI” ah lebih kurang macam tulah ayatnye.. Aku dah agak mesti ada something dah jadi. So, aku tahan diri daripada nak tanya dalam grup apa yang dah jadi dan terus tidur.

Esoknya, aku pergi kelas macam biasa. Aku ada dengar classmate aku macam tengah cerita something dengan kawan dia. Aku terus mencelah dia..

“Weh, semalam ada something jadi kan dekat asrama?”

Dia angguk kepala “Haah, kat aras aku. Nak dengar tak?’ Ila offer kat aku. Aku apa lagi terus duduk depan dia. Classmate yang lain pon join jugak sementara lecture belum masuk. Cerita dia macam ni…

Roomate Ila, Nana masa tu nak pergi tandas, tapi tiba-tiba Nana lari masuk bilik terus mengigil-gigil. Ila pegi kat Nana yang dah pucat tu.

“kau dah kenapa ni Nana? okey tak?” Nana just geleng sambil tunjuk kat luar pintu. Ila yang acah-acah berani masa tu keluar dengan lagi sorang roomate dia. Dia keluar dari bilik dan pandang ke arah kiri iaitu bahagian nak ke toilet yang ada kathujung bangunan. Tak ada apa-apa,dia dah pelik apa yang Nana takutkan. last-last Jiha tepuk-tepuk bahu Ila dengan muka pucat tapi tak cakap apa-apa terus lari masuk bilik. Ila toleh ke arah kanan dengan muka blur and bom!!! pucat muka dia… Dia nampak budak bilik sebelah kanan dia tengah MERANGKAK!!!! membelakangkan dia.. Ila terus lari masuk bilik dan kunci pintu..

Ila bagitahu aku yang budak yang merangkak tu kena rasuk.. Lepas dia kunci bilik dia dah taktahu ape yg jadi sampailah roomate budak yang kena rasuk tu erita dekat dia. Lepas Ila nampak budak tu, budak tu terus merangkak turun pergi ke aras 3. Korang tahu tak DIA MERANGKAK SAMBIL TURUN TANGGA KE ARAS 3!!! ARAS Aku!!! tapi nasib baik dia turun ikut tangga wing A and aku wing B.. so selamat,dan lagi selamat aku takda kat asrama masa tu.hahahaha

Tepat-tepat masa tu ketua aras 4 dan ustaz datang , terus dorang bawak budak kena rasuk tu pergi surau aras 4 and berubat dekat situ. Dah settle ubatkan budak tu, ketua aras 4 dapat tahu ada budak pengsan depan bilik dorang. Bila pergi cek rupanya budak tu pulak kena rasuk. Nasib baik ustaz belum balik, so dorang ubatkan pulak budak tu.

Aku tak tahu sama ada semua ni sebab berpunca daripada budak-budak teater atau tak… maybe sebab kiteorang buat kacau kat tempat ‘dorang’ kot. Sebab tu dorang marah.. And ada satu hari tu, dalam pukul 8malam kalau tak silap…. Aku tengah mandi, tiba-tiba aku dengar ada orang menjerit-jerit kat aras 4. Sebab perasaan membuak-buak nak tahu, aku mandi cepat-cepat and then terus pergi aras 4 guna tangga. Sebaik je aku jejak kat aras 4 aku nampak sorang budak perempuan sebaya aku berlari laju depan aku terus masuk ke tandas yang ada kat sebelah kanan aku. Ayat yang terkeluar dari mulut aku adalah “wauuu”…Aku pon tak tahu kenapa boleh keluar wauu masa tu, maybe sebab terkejut kot. Lepas tu ada budak-budak perempuan lain yang kejar perempuan tadi.. Salah sorang dari dorang suruh aku balik bilik dan aku ikut ape yang dia suruh.. Rasa agak menyesal menyebokkan diri tadi, tak pasal-pasal aku dengar sura budak tu berdengus dengan bunyi yang boleh mencacakkan semua bulu roma aku masa dia lari depan aku. Terus tak boleh tidur aku malam tu.

Itu apa yang berlaku kat asrama perempuan. Yang kes pasal hijab aku terbukak pulak maybe aku akan sambung lagi nanti. Insyallah kalau ada masa. Dan aku ada baca jugak komen kat ‘latihan teater” tu yang cakap aku ni seorang yang kuat semangat… and Yes, tapi tu ada sebabnya… kalau nak tahu kenapa nanti aku sambung ye..

Si Gadis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Rasuk”

  1. boleh tahan ‘scary’ sbb aku pon prnah brhadapan dgn budak histeria ni tpi punca dtg dari kitaorang hahah sebab nak sgt ‘seru’ tpi da warning awl2 kt prempuan tu serius nk follow ke so dia pon tak fikir risiko nk follow kitorag buat “aktiviti parnormal” alhamdulillah ada antara kitaorang ada basic2 tuk pulihkan semangat ni so tak jadi apa2 yg teruk sgt and tu hnya sekadar pengalaman..1st and last hahah tobat nk main ‘seru’2 lepas tu hahah

    Reply
  2. Ok sis, citer lagi. Kita mmg xtau smada Kita ni jenis kuat semangat atau tak selagi Kita tak berhadapan dgn benda Tu. Ada org nampak kuat, tapi bila berhadapan dgn benda tu, die kalah n kena rasuk. Ada org nampak cam lembik tapi bila berhadapan dgn benda Tu, die tak affected
    Langsung.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.