Rasuk

Hai semua. Dah lama tak berkongsi cerita dekat FS sebab hujung tahun kerja busy lebih. Kali ni aku nak kongsi cerita pengalaman pertama berhadapan dengan kes rasuk.

Masa zaman sekolah dulu memang biasa dengar ada kes budak yang kena rasuk tapi belum pernah lagi terjadi depan mata sendiri. Paling-paling terdengar suara jeritan dia orang jelah. Aku tak pasti kejadian ni jadi masa sem berapa, aku rasa sem 3 kot. Masih di bangunan yang aku pernah ceritakan dulu dalam “Bangunan 10 Tingkat”.

Waktu tu aku baru lagi dengan FS. Memang kalau aku buka facebook je mesti aku baca FS. Kejadian ni jadi masa hari Khamis, dari pagi sampai ke petang aku duduk dalam bilik layan FS. Petang tu lpas asar roommate aku ajak turun makan dekat kafe sebab masing-masing dah lapar.

Dari pagi tak sentuh nasi, setakat makan maggi dengan biskut je mana kenyang sangat. Aku pun dengan malas-malasnya join dia orang makan. Keluar je dari bilik, jalan dekat koridor, menapak ke kafe, makan and sampailah masuk semula dalam bilik, sepanjang masa tu aku rasa tak sedap hati. Dahlah masa tu mood aku suram, semakin muram jadinya. Tapi aku malas nak fikir bukan-bukan so aku positifkan diri sendiri. Mungkin terlebih baca FS sampai terbawa-bawa padahal tak ada apa pun.

Pukul 8 malam, tiba-tiba ada rocall. Turunlah semua berkumpul dekat bawah. Aku ingat lagi malam tu langit terang berawan cuma tak nampak bulan dengan bintang je sebab aku ni memang spesies time suka tengok langit malam. Lama juga rocall malam tu, dekat pukul 11 gitu baru habis. Tak lama lepas masuk dalam bilik, Maziah, Nana dengan Nur berkumpul dekat katil aku. So aku pun bukalah cerita apa yang jadi dekat aku tadi siang.

Perasaan aku macam ada benda yang memerhati kita orang sepanjang hari. Dari situ masing-masing pun start kongsi cerita seram. Tengah syok bercerita tiba-tiba PRANG!!! Bunyi pintu locker kena hempas dari bahagian pertama dekat katil 1&2.
(HI-10 ni satu bilik untuk 6 orang. Bilik tu terbahagi kepada 3 bahagian means satu bahagian untuk 2 students. Buka je pintu akan ada koridor pendek, sebelah kanan bahagian pertama, bahagian depan (hujung koridor pendek) bahagian kedua dan sebelah kiri pula bahagian ketiga.

Bahagian kedua sahaja yang menghadap tingkap means memang part tu jelah yang ada tingkap. Bahagian lain kiri kanan depan belakang dinding semua.

Kita orang berempat terus terdiam sebab terkejut tapi masa tak ada fikir apa pun, mungkin Amiy or Ara tengah bad mood or something. So sambung balik bercerita, selang seminit dua bunyi lagi benda yang sama, kali ni siap menjerit-jerit lagi. Aku memang dari awal dah tak sedap hati bertambah buruk lagi bila Lili datang kat tempat kita orang bagitau Ara macam dah kena sampuk. Dia minta kita orang pasang ayat al-Quran or ruqyah kuat-kuat. Start je play ayat ruqyah makin mengamuk si Ara ni. Makin kuat ditendangnya locker besi tu. Amiy pun dah tak kuat nak tahan dia.

Aku, Lili, dengan Maziah tolong Amiy pegang dia. Amiy pegang kepala dengan tangan kanan, Lili pegang tangan kiri, Maziah dengan aku pegang kaki Ara. Nur dengan Nana mampu tengok je sebab masing-masing tengah haid. Sebenarnya masa ni Ara belum sepenuhnya dirasuk. Kita orang semua nampak dia cuba lawan benda dalam badan dia tu, dengar dia bercakap dengan benda tu and menangis-nangis pangil mama dia. Bila kita orang suruh dia ikut istighfar and sebut 2 kalimah syahadah, dengan susah payah dia cuba ikut perlahan-lahan. Sedih tengok keadaan dia masa tu sampai mata semua berair-air.

Dalam keadaan huru-hara ni, ada seorang membe yang pergi panggilkan warden. Warden sampai pun dia tak mampu nak buat apa takut karang memandai-mandai makin burukkan keadaan. Warden ni buat keputusan panggil seorang ustaz warden asrama lelaki untuk bantu. Sementara menunggu, tu dia sapukan sejenis minyak pada beberapa bahagian badan semua yang ada dalam bilik tu tapi aku tak ingat bahagian mana and minyak apa yang dia sapukan tu. Time tu memang aku focus pada Ara je.

Warden ni pun calitkan sikit minyak tu dekat tangan Ara, lepas tu Ara makin kuat meronta-meronta. Ada juga yang hampir makan terajang dia. Spontan aku terus bangun hempap paha Ara and kepit kiri kanan so pergerakan dia terbatas. Aku tak tau mana datang keberanian aku, aku marah benda tu suruh lepaskan Ara sambil bagi Ara kata-kata semangat untuk melawan. Ara cuba lawan, tersekat-sekat dia ikut aku baca 2 kalimah syahadah. Aku tak ingat siapa tapi ada yang pesan dekat aku jangan tengok mata Ara takut benda tu berjangkit. Aku duduk betul-betul berdepan dengan Ara so aku elakkan pandang atas.

Entah mana silapnya, tiba-tiba Ara naik angin. Dia tepis tangan tang dia dan terus rentap leher baju aku. Sebab terkejut aku terus berdepan muka dengan dia. Tepat depan muka aku dengan mata merah dia jerit dekat aku untuk lepaskan dia. Aku terkejut so untuk beberapa saat tu aku terkaku tengok mata dia. Dua ke tiga orang cuba lepaskan cengkaman tangan dia dekat baju aku. Jujur aku cakap, masa tu entah kenapa aku rasa bahagian belakang badan aku terasa panas. Bayangkan kau baru lepas marathon dengan membe kau then membe kau duduk menempal dekat kau. Mesti kau ada rasa haba dari badan dia juga. Tulah apa yang aku rasa. Aku tiba-tiba rasa marah yang teramat sampai aku jerit nama Ara kuat-kuat, tak lama lepas bergelut tu Ara pengsan.

Bila ustaz tu dah sampai, kita orang terpaksa papah Ara turun ke bilik rawatan dekat ground floor sebab ustaz tak boleh naik atas, yelah asrama perempuan kan takut timbul fitnah pula. Sebelum rawatan dimula ustaz dah ingatkan awal-awal, siapa yang tengah datang haid tu kalau boleh jangan ikut masuk sekali dalam bilik tu dan orang yang tak berkaitan kalau nak tengok sambil tu bacalah ayat-ayat pendinding.

Ara dibaringkan dekat atas katil. Ustaz pula duduk dekat kerusi menghadap Ara. Sepanjang sesi rawatan tu aku yang paling dekat dengan Ara, duduk betul-betul dekat hujung kaki dia. Ada masa aku akan pegang kaki dia mengikut arahan ustaz. Kalau sebelum ni aku tengok dalam movie seram lampu kelap-kelip, angin tiba-tiba muncul tapi kali ni jadi depan mata.

Bayangkan bilik rawatan yang kecil tu, tak bertingkap, pintu masuk hampir tertutup dengan orang ramai, boleh pula ada angin kuat masuk. Lampu dalam bilik tu ibarat lilin kena tiup angin. Lama proses rawatan Ara, dari cara lembut sampai ke cara kasar. Benda tu liat nak lepaskan Ara. Berlakon yang dia dah keluar, menangis, meronta bila dah kena ugut banyak kali baru benda tu nak keluar. Ustaz arahkan semua orang jangan halang laluan keluar so senang benda tu keluar.

Selesai je proses rawatan tu masing-masing bubar sebab jam pun masa tu dah dekat pukul 1 ke 2 pagi. Ara pun dipapah semula ke bilik. Badan dia lemah sangat, lepas bersihkan diri semua dia terus tidur ditemani Amiy. Malam tu bacaan al-Quran dan ruqyah berulang kali dimainkan dalam bilik. Nur, Nana, Lili, Maziah dengan aku berkumpul dekat ruang tengah. Aku meniarap kat lantai minta Nana pijakkan badan aku sebab seriously badan aku rasa macam kena banting banyak kali. Dari situ masing-masing macam cuba untuk lupakan apa yang baru je terjadi so kita orang bergurau, melawak, ketawa sama-sama dalam diam. Tapi aku rasa semua orang fikirkan benda yang sama.

Ramai yang kata, bila kita bercakap pasal benda tu, dia akan datang dengar sekali dengan kita. Mungkin pada awalnya benda tu memang mainan perasaan aku yang terlebih taksub dengan FS masa tu. Tapi bila kita orang mula berkumpul dan bercerita pasal dia, ibarat macam kita orang sendiri yang menjemput benda tu mendekat.

Sebenarnya ada penjelasan lanjut tentang kes Ara ni tapi itu bukan cerita aku untuk diceritakan. Cukuplah sampai sini je. Panjang sangat dah ni. Maaf kalau perkongsian ni terlalu panjang dan membosankan.

ANN
Rate this post

4 comments

  1. Best citernye. biasa klau dgr rasuk ni aku rasa mcm dah klise. tapi cerite ko best. Seram gak bertentang mata ohoii.. lampu angin bagai. Betul ada pengajaran di situ. tq

  2. Memang betul.. Dia akan datang menumpang tadah telinga sekali nak dengar kita mengumpat apa pasal dia.. 五五五五五 Tapi, apa jadi dekat Ann? Sakit badan hilang macam tu je ke?

    Tapi, kan.. kakak lipas ni teringin tahu kisah sebalik ara terkena.. 鳶

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.