Rasuk

Assalam dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Ini kali pertama aku akan menceritakan kisah yang aku alami sendiri. Terima kasih FS jika menyiarkan kisahku ini. Aku Theo, berasal daripada negeri di bawah bayu, Sabah. Aku akan menggunakan gelaran “aku” dalam kisah ini. Segala nama telah ku ubah atas sebab tertentu.

Aku masih di alam persekolahan lagi dan aku bersekolah di salah sebuah sekolah menengah yang terletak di, Sabah. Kejadian ini berlaku tahun lepas dimana aku bersama rakan-rakanku berjalan pulang balik ke sekolah setelah jogging (pendidikan jasmani) di salah sebuah kampung berdekatan dengan sekolah. Masa ini masih pagi, dalam jam 7 hingga 8 pagi.

Setiap kali kelas pj, 3 kelas sekaligus dalam 1 masa. Jadi cikgu telah melantikku supaya menjaga ketiga2 kelas ini untuk jogg ke kampung tersebut. Kampung tersebut 89% hutan. Aku seorang yang tidak suka benda remeh-temeh, orang yang lewat dan orang yang berjalan dengan selenggangnya. Semakin dekat ke kampung tersebut, semakin lambat juga pergerakan kami. Maklumlah, perempuan. Jadi dalam ketidak puas hatian pergerakan semakin lambat, aku terus teriak “woi cepat la bah, lidut (lambat) betul juga kamu ni!”. Terus mereka semua berjalan dengan lajunya.

Akan tetapi, semakin lama semakin aku sedari badan ku terasa berat, seperti ada yang menumpang. Tetapi aku tidak endah, aku meneruskan ekspedisi jogg bersama yang lain. Setelah habis meronda, kami pun pulang ke sekolah dengan penatnya. Aku masih berada di belakang kerana tidak mahu ada seorang pun yang tinggal sambil2 membuat stretching kerana aku terasa sangat lenguh yang luar biasa.

Sampai di sekolah, kami terus bersurai mengikut kelas masing2, terus ambil baju sekolah dan pergi ke port biasa kelasku tukar baju sekolah, surau. Masuk sahaja surau, aku terus merebahkan badan di atas tikar solat dan terlelap dgan posisi mengiring ke kiri. Moments later, entah dari mana dtgnya angin yang agak kuat membuatkan badanku terlentang. Tiba2 badan ku susah untuk bergerak, seperti dihimpit. Tanpa ku sedari aku menangis dan menyebabkan kawan2 ku mengepung aku. Pada mulanya mereka ingatkan aku bermain kerana aku mmg suka menyakat mereka. Lama kelamaan ada kawanku, Qila yang sixsenth tiba2 lari ke penjuru surau sambil mencakar2 dinding dan menangis. Aku dalam keadaan masih dihimpit dan ternampak kelibat hitam di atas kepalaku.

Panik. Mereka semua panik dan ada yang lintang pukang lari mencari ustaz di kelas kami (kerana lepas pj, waktu seterusnya kelas bahasa arab). Tidak lama kemudian, ustaz pun datang. Kawan2ku memakaikan aku telekung di muka kerana tudungku sudah tidak ada rupa tudung lagi kerana aku meracau. Sesi berubat dimulakan. Aku, berasa amat sakit dan hanya mampu berkata “Allah!”.

Setelah selesai, aku di bawa ke bilik kaunseling ditemani kawanku Qila dan 2 rakanku lagi, Zreena dan Nana. Ustaz telah memberi tahu bhw ada yang mengikut, iaitu kak ponti. Ustaz telah menyuruh kak ponti jangan kacau aku, tapi entah lah hahaha. Cikgu telah menelefon mumy (ibuku) untuk membawaku balik tetapi aku kata aku okay sahaja, malah memutuskan untuk stay disekolah hingga balik kerana aku tidak ingin menyusahkan mumy walaupun badanku sangat sakit dan lemah.

Aku bertanya kepada kawanku apa yang telah jadi kerana aku collapse dalam sesi mengubat itu. Qila sedang leka melihat majalah sekolah. Pada mulanya mereka mengubah topik, sehingga aku menggunakan kuasa veto ku iaitu merajuk, baru mereka berterus terang. Mereka berkata aku hampir terbang dan kekuatan ku mengalahkan lelaki dan menyebabkan 1 kelas (yang perempuan shj) mengambil peranan masing2 untuk menahanku. Sedang leka bercerita, Qila tiba2 menyelak helaian majalah tersebut dengan lajunya seperti usain bolt versi jari. Matanya tiba2 naik ke atas dan mengilai. Ahhhh sudahhh, Qila pula buat hal. Sekali lagi aku juga terconnect. Tetapi mumy sampai awal dan aku tidak jadi untuk menjadi yang seperti yang jadi di surau tadi. :3

Dari saat itulah, hijab mataku terbuka (bukan 100%) dan aku semakin dapat melihat kewujudan makhluk2 tersebut sehingga kini. Aku juga sering melihat kak ponti itu menunggu ku di pagar rumah jika aku pulang lewat malam berjalan bersama family tetapi aku selalu buat bodoh. Pengajarannya ialah ; jangan sesekali teriak dan buat benda bodo dengan suka sukinya di tempat orang, takut ada yang terkejut lalu marah dan ikut pulang.

Sampai sini shj cerita pada masa kini, akan datang jumpa lagi jika cerita ini disiarkan. Terima kasih 🙂
@boomfats on twitter!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

hahitaF
FOLLOW FB KAMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.