“………………..”
“……Nazmi..”.
“…Bangun…..”.
“……masa untuk sarapan”.
“….Awak..Awak!!!!!!”.
Mata aku terkelip terbuka. Suara tersebut masih terngiang-ngiang didalam fikiranku. Ianya mengambil beberapa saat sebelum aku menyedari bahawa itu hanyalah mimpi sahaja. Ku lihat jam pada telefon aku, ianya menunjukkan pukul 10.30 malam. Aku juga mendapati bahawa aku sudah terlepas makan malam. Aneh, kenapa Raihana, isteri aku tidak mengejutkan aku? Setelah itu, aku terus turun dari katil aku dan menuju ke tingkat bawah untuk melihat keadaan.
“Sayang…Kenapa tak kejutkan abang..? abang lapar tahu tak,,,?”.
Aku terdiam seketika. Melihat ruang tamu yang gelap gelita itu. Aku kemudiannya cuba memanggil isteri aku, namun tiada siapa yang menyahutnya.
“Raihana! Sayang! Awak kat mana?”.
Panggil aku seorang diri di rumah aku itu. Aku cuba memeriksa isteri aku di taman belakang rumah. Walau bagaimanapun, pintu tersebut terkunci. Begitu juga dengan semua pintu keluar yang lain. Semuanya terkunci. Aku cuba mencari kunci pintu, namun tidak aku temui. Aku mula berasa aneh. Rumah gelap, pintu semua terkunci dan kunci pula tiada. Pada waktu itu, barulah aku menyedari bahawa isteri aku tiada dirumah.
“La…lupa pula yang bini aku tu balik kampung dia. Merajuk lagi la tu”.
Ujar aku seorang diri. Ya, semalam aku baru saja bergaduh dengan Raihana, dan dalam pergaduhan itu, aku tertampar wajah isteri aku itu. pasti dia merajuk dan pulang ke kampung halamannya di Perak. Aku kemudiannya memeriksa bilik anak aku, Nina yang berusia 3 bulan. Juga kosong. Pastinya isteri aku membawa dia bersamanya.
“Hmm…apa-apalah. Aku akan minta maaf kat dia sebaik saja dia pulang ke rumah. Sementara itu, masa untuk malam bujang aku!”.
Sorak aku. Sudah lama aku tidak keseorang begini. Maklum lah, sibuk dengan kerja dan hal rumah tangga, menyebabkan aku terlupa akan kehidupan aku sebelum ini sebagai ‘Gamer’.
Selepas menikmati maggie Kari untuk santapan malam, aku mengeluarkan PS4 aku dan terus bermain FIFA18. Jari jemari aku laju saja menekan butang pada alat kawalan itu, walaupun sudah lama aku tidak bermain video game. Pada waktu itu, entah mengapa kepala aku terasa berat semacam, seakan mengantuk yang amat sangat. Pandangan aku mula kabur dan akhirnya….
“ZZzzzzzz…”
“Zzzzzzz…..”
“…Hmm?”.
Aku terjaga dari tidur aku. Sekali lagi. Aku melihat televisyen aku yang masih terpasang. Ingin menyambung tidur aku di bilik, aku menutup PS4 dan televisyen aku. Selepas beberapa ketika, aku terdengar suara halus di belakang aku. Satu suara seakan seseorang sedang tergelak perlahan. Memupuk keberanian aku, aku terus menoleh kebelakang dan melihat bahawa televisyen aku terbuka dengan sendirinya.
“La, bunyi TV ke?”.
Kata hati aku. Walau bagaimanapun, aku pasti, bunyi yang aku dengar sebelum ini ialah suara seorang lelaki yang tergelak. Aku kemudiannya mengambil semula alat kawalan televisyen dan menutupnya kembali. Untuk memastikan televisyen aku tidak terbuka kembali, aku membawa sekali alat kawalan itu. Walau bagaimanapun, tidak sampat sesaat aku menoleh kehadapan, televisyen aku terbuka kembali. Rasa aneh kembali menyelubungi diri aku ini.
“TV rosak ke?”.
Aku cuba mencari penjelasan yang munasabah. Aku menuju ke televisyen itu dan terus mengetuk alat elektronik itu berulang kali. Mana tahu ianya akan terpadam semula. Namun, lain yang aku harapkan, lain pula yang jadinya. Aku terdengar suara Raihana dari dalam televisyen itu.
“…..T-Tolong….Jangan buat saya macam ni lagi….Tolong…”.
Kedengaran rintihan Raihana yang seakan sedang menderita. Aku terus melihat televisyen itu mendapat tahu bahawa suara Raihana itu datang daripada rakaman yang sedang bersiaran itu. Melihat keadaan isteri aku itu, aku terus naik berang. Masakan tidak, isteri aku sedang dipukul bertalu-talu dengan sebatang kayu besbal!
“Raihana!!!”.
Laungku, walaupun aku menyedari bahawa itu hanyalah rakaman. Tunggu, kalau ianya rakaman, mana datangnya rakaman itu? Aku tidak memasang pemain DVD aku sekarang ini! Aku kehairanan, serta keresahan melihat keadaan isteri aku itu. Raihana, selepas dipukul bertalu-talu, terus sahaja pitam dihadapan kamera itu. Lelaki celaka itu kemudiannya mengambil kamera miliknya dan berkata “KAU AKAN M**I, BETINA SUNDAL!!!” sebelum rakaman itu tertutup.
Apa lagi, aku terus sahaja mengambil telefon pintar aku untuk menelefon polis. Namun, langsung tiada isyarat! Aku juga cuba menggunakan telefon rumah aku, namun hasilnya tetap sama. Tiada pilihan lain lagi, aku terus mencari kunci rumah aku, namun tidak aku jumpai.
“Celaka!!!”.
Jerit aku. Tiada pilihan lagi, aku mengambil kerusi meja makan dan terus menggunakannya untuk memecahkan cermin tingkap rumah aku. Selepas tingkap berjaya dipecahkan, aku terus keluar dari rumah itu. Namun, satu kejadian berlaku didepan mata aku. Tidak aku jangka. Tidak aku pernah duga. Sebaik saja aku meletakkan kaki ke bawah, aku mendapati bahawa aku berada di dalam rumah aku lagi!
“What…the….Apa yang…berlaku..?”
Ya, aku betul-betul kehairanan ketika itu. Aku pasti bahawa aku telah memecahkan tingkap rumah aku dan keluar melalui situ, namun… Untuk mencari kepastian, aku mencuba sekali lagi; dengan tingkap yang sama. Walau bagaimanapun, selepas aku melompat keluar dan kaki aku menjejak tanah, aku kembali ke rumah aku. Cuma kali ini berada didalam bilik tidur aku. Aku mula keresahan. Sudahlah isteri aku dalam bahaya, malah aku seakan terperangkap didalam rumah aku sendiri dengan kuasa ghaib!
Aku amat terdesak ketika itu. aku terpaksa menjerit dan memanggil pertolongan daripada jiran-jiran aku. Salah seorang daripada mereka, iaitu Tan Sri Mokhtar terdengar jeritan aku, namun beliau tidak menghiraukan aku!
“Kenapa…? aku…kat mana sekarang ini?”.
Pada masa yang sama, aku baru teringat bahawa rumah aku terdapat bilik bawah tanah. Disitu, terdapat saluran air yang kosong pada waktu malam. Mungkin aku boleh melarikan diri melalui saluran air itu! Aku kemudiannya bergerak ke bilik itu. Malangnya, pintu itu sama sahaja terkunci.
“Rasanya, kunci bilik ini ada kat bilik tidur…”.
Ngomel aku seorang diri. Ketika aku berpatah balik ke ruang tamu, tenaga elektrik rumah aku tiba-tiba saja terpadam, menyebabkan keadaan menjadi gelap gelita. Aku mengeluarkan telefon pintar aku dan menggunakan lampu yang ada pada telefon itu. Aku sedar sebenarnya, ada seseorang, tidak, lebih tepat lagi, sesuatu yang cuba menghalang aku daripada melarikan diri. Setelah beberapa ketika, aku tiba di bilik aku, dan terus menggelabah mencari kunci bilik bawah tanah.
“Ha’ah! Jumpa pun!”
Teriak aku dengan lantang, sebelum aku tersedar bahawa terdapat d***h yang menitis ditangan aku. Sebaik saja aku berpusing kebelakang, satu hayunan kuat terus menuju ke kepala aku! Aku tergolek beberapa kali, sebelum berhenti pada dinding. Aku lihat kepala aku mula mengalir d***h, juga mengalami pening yang amat sangat.
“S..Siapa..”
Belum sempat aku menghabikan ayat aku, satu lagi hayunan kayu tepat kearah kepala aku lagi. Aku tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu. Badan aku sudah habis kaku. Benda itu, tidak, lembaga itu terus menarik rambut aku, sebelum menumbuk aku dengan laju sekali! selepas aku rebah semula, lembaga itu mengangkat senjata yang dipegangnya dengan tinggi, sebelum menghempaskannya kearah kaki aku. Sumpah, begitu kuat sekali serangannya dan sepastinya kaki aku sudah terseliuh.
“T-Tunggu…Arghhh…Tolong…Berhenti….”.
Pinta aku kepada lembaga itu. Pada masa itu, aku terlihat senjata yang dipegang oleh lembaga itu ialah kayu besbal, senjata yang digunakan oleh penyerang Raihana!
“Kau…Mana Raihana?! Mana anak aku?!!!”.
Pada waktu itu, segala kesakitan aku mulai pudar, dek digantikan dengan kemarahan yang membuak-buak didalam diri aku. Tanpa aku sedar, aku menerkam lembaga itu, menyebabkan kami berdua terjatuh dari tingkat dua, tepat keatas meja kaca yang ada diruang tamu. Aku dapat rasakan bahawa terdapat kaca yang menusuk tubuh aku. Tetapi, aku sudah tidak peduli akan semua itu. Yang penting, aku akan belasah di…
“Eh? Mana…dia?”.
Hairan aku. Ya, orang itu sudahpun hilang! Ketika itu, barulah kesakitan tiba semula. Betapa peritnya kesakitan aku ketika itu; kaki yang terseliuh, sementara kaca-kaca yang menusuk tubuh aku. Ketika aku cuba mencabut kaca-kaca itu, bunyi telefon rumah aku berbunyi. Mengapa pula ada panggilan telefon itu dan lebih aneh lagi, bagaimana telefon itu masih lagi berfungsi, sedangkan tiada tenaga elektrik?
Aku dengan lemahnya menuju kearah telefon itu, sebelum menjawab panggilan tersebut. Hati aku mulai lega selepas mendengar suara pemanggil itu.
“Abang….abang ke tu?!”. Ya, itulah suara Raihana. Aku berasa lega sekali dapat mendengar suaranya itu.
“Ya Sayang…ni abang ni…Sayang kat mana? Sayang ok tak ni?”.
“Ya, saya okay, abang….abang, saya takut…takut sangat!”. Ujar Raihana sambil menangis.
“J-Janganlah risau…Abang akan keluar dari rumah ini. Dan abang akan selamatkan Raihana..Apa pun, Nina mana? Anak kita okay tak?”. Soal aku.
“Anak kita? Anak kita…..Anak kita……An…..Al Nissa…..34…”.
Panggilan itu kemudiannya ditamatkan, berserta bunyi nyaring yang kuat. Aku terpaksa melontar telefon itu kerana terkejut dan sakit akan bunyi nyaring itu. Ketika itu, aku terdiam seketika. Siapa yang melakukan semua ini? Apa yang berlaku? Apa yang terjadi kepada isteri dan anak aku? Semua itu bermain-main didalam fikiran aku, membuatkan tubuh aku yang dipenuhi luka terkaku seketika.
“Celaka…Celaka lah semua ini! Aku akan keluar dari sini dan cari mereka!”.
Ujar aku yang membuat penyelesaian disitu. Setelah itu, aku terus bergerak ke bilik bawah tanah. Ketika aku melalui bilik Nina, pintu biliknya terbuka dengan sendirinya, menyebabkan aku terhenti disitu. Sepatutnya, aku terus saja menuju ke destinasi yang aku ingin pergi, namun entah mengapa hati aku tergerak untuk memasuki bilik anak aku itu. Didalamnya terdapat katil Nina, mainan-mainan Nina dan almari baju Nina.
“Nina…Maafkan Ayah…”. Ujar aku perlahan.
Pada waktu itu, laci almari bilik itu terbuka sedikit, dan didalamnya terdapat sekeping kertas. Aneh, semalam, aku pasti tiada kertas didalam almari Nina. Aku kemudiannya memeriksa kertas itu dan alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu bahawa Raihana telah menfailkan surat penceraian daripada aku! Kenapa, kenapa dia lakukan semua ini? Ya, aku mengaku yang aku terpukul isteri aku ketika bergaduh pada malam sebelum in. Tetapi, sanggupkah dia lakukan semua ini?
“Nnnnngueekkkkkk…Nngggekkkk!”.
Kedengaran suara bayi menangis ketika itu. Dan aku pasti, suara itu ialah suara Nina. Aku memerhatikan keadaan bilik itu. Suara Nina semakin sayu dan sayu, sebelum senyap.
“N-Nina?”.
Hairan aku. Pada waktu itu, aku melihat dinding bilik Nina mengalirkan d***h yang sangat banyak. Aku terkaku lagi ketika itu. Kedengaran juga suara kanak-kanak tergelak. Tidak, mereka seakan mengertawakan aku!
“Hahahahah..Hahahahahaha”
“Hahahahahah….Hahahahahah”
“Hahahahah..HAHAHAHAH!!!!”.
Semakin lama, semakin kuat gelak ketawa mereka. Belum sempat aku melakukan apa-apa, tubuh aku melayang keluar dari bilik itu! Seakan seseorang yang mempunyai kekuatan yang banyak menolak aku! “Bamm!!”. Tubuh aku terhempas pada dinding. Pintu bilik itu kemudiannya tertutup dengan sendirinya. Apabila aku menoleh ke kanan, aku terlihat lembaga yang menyerang aku sebelum ini.
“Alamak!”.
Tiada pilihan lagi, aku terus melarikan diri, dengan kesakitan yang aku alami ketika itu. Setelah beberapa ketika, aku akhirnya tiba di bilik bawah tanah, dan aku melihat lembaga itu semakin hampir dengan aku. Aku tergesa-gesa membuka pintu bilik itu. Sebelum lembaga itu sempat menyerang aku, aku berjaya berjaya memasuki bilik itu dan terus menutup pintu.
“Hah….Hah….Hah…Okay, Okay..Aku selamat…Mungkin”.
Aku cuba menenangkan diri aku. Berjaya mengambil nafas untuk beberapa saat, aku meneruskan misi aku untuk keluar dari rumah atau apa-apa saja yang memerangkapkan aku.
Aku menggunakan lampu telefon aku sekali lagi dan melihat keadaan bilik bawah tanah rumah aku yang berbeza daripada apa yang aku ingat. Terdapat 2 buah katil yang berlumuran d***h, serta beberapa alat yang aku percaya digunakan untuk tujuan penderaan. Juga, aku perasan di satu sudut bilik itu, disitu lah Raihana dipukul oleh lembaga aneh itu didalam video yang aku tonton sebelum ini.
“Jadi…Disini lah Raihana dipukul..Tapi..kalau si tak guna tu culik Raihana disini, kenapa aku tak tahu pasal ni? Ini adalah rumah aku. Aku beli rumah ini dan aku yang bina bilik bawah tanah ini. Jadi, kenapa aku tak tahu semua ini?”. Aku mengomel seorang diri. Seakan aku berada di rumah aku yang berbeza sahaja.
Sementara aku terdiam, aku melihat lembaga itu yang muncul dibelakang aku dengan cermin di bilik itu. Disebabkan itu, aku berjaya mengelak daripada serangan lembaga itu. Lembaga itu tidak lagi menggunakan kayu besbal, sebaliknya ‘Ia’ menggunakan alat pemotong daging! Aku berjaya mengelak beberapa kali hayunan mesin itu, sebelum aku cuba melarikan diri. Walau bagaimanapun, kaki aku tersandung pada kaki katil itu, menyebabkan aku terjatuh.
“TIADA TEMPAT UNTUK LARI LAGI, SAYANG!!”.
Lembaga itu terus menghayunkan alat pemotong daging itu kearah kepala aku. Tiada pilihan lain, aku terpaksa mengorbankan 3 jari kiri aku dengan menghalang alat itu daripada sampai ke kepala aku.
“Arghhh!!!!!”.
Begitu sakit sekali rasanya! D***h terus terpancut keluar dari lengan aku. Melihat situasi itu, aku terus menendang lembaga itu dan melarikan diri. Namun, dengan keadaan aku yang lemah ketika itu, aku hanya dapat bergerak beberapa langkah, sebelum tersungkur kembali dihadapan sehelai tirai. Sakit, lemah dan teramat sakit. Itulah yang aku alami ketika itu. Lembaga itu kemudiannya bergerak kearah aku dan sebelum dia menamatkan riwayat aku, aku bertanya dengan soalan yang bodoh.
“S-Siapa kau.? Kenapa kau menyerang keluarga aku? Mana anak dan bini aku?!”.
Mendengar soalan aku itu, lembaga itu tidak jadi menyerang aku, sebaliknya ‘Ia’ mengertawakan aku.
“AHAHHAHAH!!! YA, AKU YANG BINA TEMPAT INI. AKU YANG B***H KELUARGA KAU, NAZMI! OH…YA…KITA BERDUA!”.
Alangkah terkejutnya aku taktala mendengar kata-kata daripada suara lembaga yang garau itu. Tak..apa..yang dia katakan? Kami berdua..? Aku…Ya, akhirnya, aku ingat juga. Siapa diri aku ini. Dan apa yang aku telah lakukan kepada keluarga aku.
“Dulu, aku seorang doktor. Seorang yang genius. Tetapi, aku membesar dengan satu suara aneh didalam kepala aku. Suara itu selalu memaksa aku untuk melakukan perkara-perkara yang ganas. Aku tahu yang aku ini sakit. Tetapi aku cuba mengubatinya dengan berkahwin. Berharap agar dengan kasih sayang daripada isteri aku Raihana dapat membuang suara kotor ini daripada kepala aku. Namun, aku menjadi semakin ganas pula. Aku mendera Raihana, merakam setiap perbuatan aku terhadap isteri aku sendiri. Aku benci dia, tetapi aku sayangkan dia juga. Mungkin dengan sikap aku ini, Raihana menfailkan penceraian. Aku tak boleh kehilangan dia, jadi…….”.
“YA, BETUL TU. KAU KURUNG DIA DISINI. KAU B***H ANAK KAU DENGAN MELEMASKAN DIA. KEMUDIAN, KAU K***T SETIAP ANGGOTA BADAN ISTERI KAU DENGAN ALAT PEMOTONG INI. SEMUA YANG KAU LAKUKAN, HASIL DARIPADA ARAHAN AKU. KAU BERASA BAHAGIA, BETUL TAK? KAU RASA GEMBIRA APABILA M******H KELUARGA KAU!! AKU BAWA KAU KE LEMBAH KEBAHAGIAAN!!”.
“Tak….Tak!!!!!!!!!!!!!”.
Sebaik saja aku berhenti menjerit, aku mendapati bahawa lembaga itu sudahpun hilang. Aku kemudiannya bergerak ke atas semula, dan melihat persekitaran rumah aku yang sangat-sangat kotor. Seperti sudah lama ditinggalkan. Aku juga perasan bahawa aku sedang memegang alat pemotong daging dan kayu besbal. Juga tubuh aku dipenuhi oleh luka-luka. Jadinya, aku mencederakan diri aku sendiri? Adakah aku…cuba menebus kesalahan aku? Aku tidak memahami semua ini lagi. Sesiapa, bantulah aku….
“abang?”. Kedengaran suara Raihana dari tingkat 2. Aku terus menuju ke sana dan melihat Raihana bersama Nina yang dipancarkan dengan satu cahaya terang.
“S-Sayang..? Abang..abang minta maaf…abang…”.
“Sudahlah tu, Abang. Sayang sudah lama memaafkan Abang. Sekarang, ikut kami..”.
Raihana menghulurkan tangannya yang putih itu ke arah aku. Aku menangis. Ya, aku sudah melakukan perkara sebegitu, namun, Raihana tetap maafkan aku. Aku ialah raksasa. Melihat senyuman isteri aku itu, aku menyambut tangannya, sebelum aku ditarik. Tanpa aku sedari, aku sedang jatuh daripada tingkat 2 ke bawah.
“Ah. Aku memang tak layak untuk…………”
“……..”
“…….”
“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Seorang lelaki yang pernah melarikan diri daripada Hospital Sakit Jiwa di Ipoh 5 tahun yang lalu, ditemui m**i di rumah lamanya. Pihak polis percaya bahawa beliau terjatuh daripada balkoni rumah itu, sebelum m**i akibat tersusuk pada sebatang besi. Mangsa, Mohamad Nazmi Affendi, 35 tahun pernah ditangkap polis kerana perbuatan m******h isteri dan anaknya, Nur Raihana Abdul Jamil, 26 tahun serta Nur Amalina yang baru berusia 3 bulan. Selepas pihak mahkamah mendapati mangsa mengalami tekanan jiwa dan penyakit mental, beliau dipenjarakan di hospital sakit jiwa. Namun mangsa berjaya melarikan diri 2 bulan selepas itu dan pihak polis tidak dapat mengesan mangsa selama 5 tahun…………………………..”
Al-Niisa, ayat 34
repeat story ke?
dah pnah bca cta ni
Mcm penah bc cerita ni. Tp tajuk dia lain. Dan da sambungan dlm tahun ni..
dulu tajuk cerita ni “Auditory Hallucination” dah siar pada September 21, 2018…. vavi punye kaki ciplak….