Ribut Greg 96

Assalam semua….
Kali ni, nak cerita pengalaman ribut tropika greg. Ingat tak ribut ni? Tahun 1996. Masa tu aku masih bekerja di Keningau.
Selepas pengalaman dalam kisah Tasik Terbiar, ini juga antara pengalaman yang meninggalkan kesan yang dalam.

2 hari sebelum krismas, 1996. Langsung tiada sebarang maklumat yang ribut akan melanda. Radio tv pun tidak umumkan any information. Yalah dulu-dulu bukan macam sekarang. Info di hujung jari. Round the world hanya sekelip mata di hujung jari. Cuaca pula seperti biasa, krismas dengan tahun baru cina memang kerap hujan. Itu perkara biasa. Yang luar biasanya, 25hb pagi tu berlaku sesuatu yang mengejutkan seluruh negara.

Macam biasa, bila tiba perayaan sesuatu agama, cth krismas, Karl, Luli dan semua pekerja yang non muslim akan bercuti awal 2 atau 3 hari sebelum perayaan. Nanti musim raya puasa ke, korban ke, giliran yang muslim pula cuti awal. Lagi 2 hari sebelum krismas, hujan lebat…kadang gerimis silih berganti. Dari subuh sampai ke malam. Kadang 24 jam.

Tapi kali ni, hujannya memang lain macam. Berhenti pun kadang masih di selangi dengan gerimis. Non stop! Akhirnya hostel pun sunyi sepi sehari sebelum krismas, banyak yang turun bandar. Semua ambil kesempatan bercuti. Bos bagi cuti seminggu. Sebab bos dan semua staf balik semenanjung. Aku? Duduk hostel saja. Malas balik kampung. Tunggu raya saja. Best tidur di selang seli dengan hujan. Nikmat hidup hehehe. Balas dendam asyik sibuk dengan kerja.

Tarikh 25hb tu memang manfaatkan dengan tidur saja. 26hb pagi tu tiba-tiba kecoh. Yang dapat balik ke kilang beritahu ada sesuatu berlaku di bandar Keningau. Cuba risik-risik. Rupanya banjir besar berlaku. Cuba buka radio. Wah memang betul. Info detail baru masuk. Teringat Karl dan Luli. Bagaimana dengan mereka? Mereka berdua turut ke bandar 4 hari sebelum tu lagi. Nak tau info lebih detail daripada tv memang tak dapat. Generator klu siang hari kena off !! Tawakal sajalah. Harap kawan-kawan yang ke bandar dapat balik. Seharian intai siapa lagi yang balik. Memang tak ramai yang dapat balik. Tersekat sebab polis sekat jambatan utama. Semua tidak dapat keluar dan masuk ke bandar keningau.

Malam 26hb tu baru dapat detail dari berita tv. Mengucap panjang aku tengok pemandangan begitu. Ada satu sungai yang asalnya sekangkang kera boleh menjadi sungai seluas padang bola. Banyak rumah, kereta dan segala jenis kenderaan yang di hanyutkan. Manusia? Ratus…mungkin ribu yang hilang. Selepas seminggu, Karl dan Luli masih belum balik. 80% masih belum balik yang turun bandar.

rHari ke sembilan, aku cuba turun bandar naik kenderaan awam. Awal-awal driver beritahu pakai mask. Siapkan plastik sekali. Plastik? Untuk apa? ” sedia sedia saja. Manalah tahu kamu muntah nanti tengok sekeliling” driver sengih. Ku capai plastik dan duduk. Makin saspen. Ada 4 orang saja penumpang semua lelaki. Sempat aku tertidur sepanjang perjalanan. Memang memakan masa sejam lebih sebab jalan masih gravel. Terbangun sebaik melepasi maktab perguruan. Berdebar. Akan masuk ke zon zero.

” semua pakai mask….plastik tu untuk persediaan saja ya” driver bersuara tiba-tiba. Ku pakai face mask. 200 meter sebelum jambatan utama, terlihatlah pemandangan yang sangat menyentuh. Polis, bomba, palang merah di mana-mana. Bagaikan berada di zon perang. Kebanyakan rumah yang berada di tebing sungai musnah. Jengkaut ada di mana-mana. Mataku terpaut pada sebiji jengkaut. Di kelilingi polis dan bomba. Sekali di tarik naik ke atas kautnya ikut sekali 1 lengan tangan terputus!!! Aku muntah tiba-tiba. Bau sekeliling berbau bangkai manusia. Makin banyak isi perutku keluar. Belum sarapan habis keluar semua. Adei. Ku toleh ke belakang, semua sandar lemah, semua ikut muntah. Melepasi kawasan tadi dan masuk ke kawasan bandar barulah hilang bau yang tidak menyenangkan tadi.
” nah kan sebab itulah ku kasi plastik tadi…kalau tidak kotor bas ni” sengih driver tadi. Aku angguk saja sebaik turun bas.

Tidak mampu berlama-lama di bandar. Memang bagaikan zon perang, ambulans ke sana sini, siren bomba polis ambulans silih berganti. Tidak sampai 2 jam ambil keputusan balik. Dalam perjalanan balik sebaik melalui kawasan tadi, ku pejamkan mata, terpaksa hidu sekali lagi bau yang tidak menyenangkan tadi. Terus tertidur sampailah depan pondok guard. Pesan awal-awal driver bas nanti kejutkan.
” macam mana keadaan bandar?” Abang bertanya sebaik nampak aku balik. Ceritalah semua apa yang di nampak dan berlaku. Abang diam saja.
” nampak gaya, kita sambung cutilah ni” bisiknya perlahan. Teringat lagi jengkaut tadi……hmmmm…..\

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

4 thoughts on “Ribut Greg 96”

  1. Taufan gred berlaku masa aku form 5. Dah lama berlaku peristiwa tu tapi masih segar dalam ingatan. Ada cerita berkaitan kucing dalam peristiwa tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.