RIZAL DAN LIM (Jalan Kulai – Kota Tinggi 2)

Assalamualaikum. Terima kasih Fiksyen Shasha publish cerita aku untuk kali kedua. Alhamdulillah sekarang menetap dekat Penang. Harini aku nak cerita selepas kejadian kawan baik aku (Rizal & Lim) yang meninggal excident jalan Kulai – Kota Tinggi.
Tujuan aku menulis harini nak bercerita kisah selepas arwah kawan baik aku meninggal dan recover dari semua gangguan lepas kejadian tu. Aku pun tak reti nak intro bunga – bunga sangat ni. So, aku start jela cerita.
Cerita ni agak panjang….

SEHARI SELEPAS KEJADIAN DENGAN “RIZAL & LIM”
Malam tu, aku sangat susah nak tidur. Aku masih teringat – ingat sepanjang perjalanan dari Kulai – Kota Tinggi sampai ke pengerang. “Aku bawa siapa malam semalam?”, “Siapa pakcik baju batik tu?”, “Kenapa la aku tak angkat telefon mak aku semalam”. Semua persoalan berpusing pusing dalam kepala otak aku ni. Aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku masa tu. Sedih ada, risau ada, takut ada.
Handphone aku tak berhenti dapat whatsapp dari kawan -kawan uni, bagi kata -kata semangat, sebab diorang semua tahu betapa rapatnya aku, Rizal dan Lim. Aku susah nak terima kenyataan. Sebelum Lim pergi, dia pernah beritahu aku, nak tolong carikan kerja dekat Pengerang sekali.

Seminggu berlalu, aku masih fobia denga apa yang berlaku, tak banyak bercakap, makan pun tak selera, susah nak tidur. Aku pun ambil keputusan untuk ulang alik dari Skudai – Kota Tinggi, kalau ada kuliah, test atau exam.
Disebabkan abah aku dah tak tahan sifat aku yang makin introvert hampir 3 bulan, dia panggil sorang kawan dia. Guna cara perubatan tradisional. Aku panggil dia En Osman. Gaya dia mcm orang biasa, takde janggut panjang, pakai kopiah apa semua. Di sebabkan gaya dia macam ni, aku tak berapa yakin dia boleh mengubatkan aku.

Ok, aku pendekkan cerita, satu malam tu dia datang rumah kitorang, dia masuk bilik aku. Dia ada la baca-baca ayat Al-Quran. Dia buat solat hajat apa semua. Badan aku ada rasa macam panas sikit dekat belakang masa dia buat semua tu, tapi rasa tu makin lama, makin hilang. Aku pun rasa mcm lagi tenang.
Lepas buat apa semua tu, En Osman panggil aku, suruh duduk bersila depan dia. Dia pesan jaga solat, mengaji, jangan menyendiri sorang-sorang, nanti lagi benda tu mudah nak ganggu. Sambil tu dia ada ada bagi ayat-ayat Al-Quran untuk diamalkan, dia cakap kena yakin yang sembuhkan tu dari Allah, bukan dari ayat itu atau dia.

Dia pesan “Kena usaha untuk sembuhkan diri. Jangan berfikir sangat, susah nak lepaskan sesuatu. Nanti ada yang akan ambil kesempatan bila kita dalam keadaan lemah”. Aku pun angguk setuju.
Masa dia nak bangun tu, aku terus tanya dia, “Encik man, saya selalu susah nak tidur, kadang ada mimpi jumpa Rizal & Lim, saya rasa ada benda yang mereka nak sampaikan pada saya sebelum meninggal”. Dia pun duduk semula, tenung mata aku, dia jawab “Mcm ni lah uda, mimpi ni kadang ada petunjuk, dan kadang setan pun ada, kalau kita dalam keadaan lemah, setan mudah nak kuasai diri kita”. Aku pun angguk. “Dah, jangan fikir sangat benda dah lepas, yang penting habis kan study dulu”.Dia menyambung Aku pun pulihkan semangat aku sedikit demi sedikit.

KERJA DI PENGERANG
Alhamdulillah, lepas bebrapa bulan aku grad, aku ditakdirkan dapat kerja di Pengerang. Semuanya berjalan lancar. Sampai satu masa seorang pakcik ni, dia subcon dengan company yang aku kerja,dia tanya aku grad uni mana, bidang apa. Aku pun jawab la, dekat U**, dia pun jawab, “Ohh, sama dengan ex Engineer kitorang dulu, rasanya lebih kurang umur dengan kau ni.”. Aku pun tanya la. “Ohh, dia kerja mana sekarang? Mesti dah jadi client kan?”. Tak lah, dia meninggal accident dekat jalan kulai”. Ak terus terdiam. Terus tak mahu meneruskan topik tu. Kuat aku rasakan, itu adalah arwah kawan aku.

Aku pun membelek report lama yang subcon aku submit. Ya, memang benar. Banyak laporan yang disediakan oleh arwah kawan baik aku sendiri, “Muslim”. Tersentak aku dibuatnya.
Malam itu aku susah nak tidur, terfikir tentang dua orang kawan baik aku sendiri. Aku terfikir alangkah bestnya kalau kami bertiga masih ada disini.

Oh ya, kalau weekday kebanyakkan aku tidur di rumah company. Sebab company yang aku kerja memang menyediakan tempat tinggal untuk pekerja. Disebabkan aku perlu datang site waktu malam, jadi lebih baik aku tidur di rumah syarikat yang tak sampai 20 minit ke Pengerang. Hari berganti hari, banyak projek yang perlu disiapkan, jadi terlalu sibuk. Solat pun dah tak terjaga, kadang balik site dah penat sangat terus tertidur. Mengaji jangan cakap la, dalam berapa bulan, berapa helai je aku baca.

Sampai satu malam tu, aku terlalu penat tak sempat nak mandi. Ingat nak rehat sekejap. Terus tertidur. Malam tu aku bermimpi. Aku jumpa Rizal dan Lim, nampak diorang tengah makan di kantin tempat biasa aku makan di site, diorang senyum dan panggil aku, kaki aku tak bergerak. Macam tak percaya apa aku nampak, mereka datang ke tempat aku dan ingin beri aku makanan. Baru nak ambil makanan dekat tangan “Lim”, aku tersentak bangun.
Hati aku mula rasa berdebar.”Petanda apa pula ni” Bisik aku dalam hati. Aku pun check hp, mana tahu kalau ada apa-apa urgent. Aku belek-belek whatsapp, telegram. Ada satu no yang tak dikenali whatsapp.

Tulis “ Ini uda kan. Ni Sya, gf arwah Lim, ada benda nak beritahu ni.” Aku pun terus balas bertanyakan kenapa. Tapi tidak di balas sebab sudah tengah malam. Dalam hati aku, “Bila pula si Lim ada gf ni, aku tak penah tahu pun”. Tapi sifat ingin tahu aku membuak buak, aku buang rasa curiga tu. Aku pun mandi solat dan tidur.
Dari pagi hingga ke tengah hari, aku tertunggu tunggu whatsap dari gf Lim. Dan selepas aku solat Zuhur, dia pun reply.

Aku tak berapa ingat apa yang kami whatsapp haritu secara detail, sebab dah berapa tahun dulu. Tapi yang aku ingat, dia ada beritahu dia baru kenal Lim berapa bulan dan rancang nak “surprise” bawa gf dia ni masa aku grad. Aduh, menusuk hati aku ni rasa sedih. Aku pun tanya la, kenapa baru sekarang dia nak beritahu. Dia kata susah nak dapat contact aku, sebab hp Lim rosak masa dia accident haritu. Ini pun dia dapat contact aku dari kawan kuliah kami masa belajar.

Dipendekkan cerita, gf Lim ni cakap, Lim dan Rizal ada plan nak buat surprise dekat aku, nak bagi hadiah special masa aku grad. Rizal dan Lim dah booking surprise gift service untuk aku. Allah, nak mengalir air mata jantan aku ni.
Aku tahan. “Hadiah apa yang special diorang nak bagi ni”. Aku bertanya dia dalam whatsapp. “Entah la, Sya tak tahu, tak terfikir nak tanya”. Dia balas. Oh ya, aku tak pernah jumpa ex gf Lim ni, contact guna whatsapp je, sebab dia kata dia dah tunang dengan orang lain, dan tak mahu nanti tunangnya salah anggap. Aku pun ok je.
“019******4, (Norman) ini no yang handle surprise gift service tu, nanti jangan contact Sya lagi. Sya dah nak nikah 2 minggu lagi” Itu last whatsapp gf Lim.

Aku pun call la no tu. Tak di angkat. Nak dekat 5 kali jugak aku call. Aku pun whatsapp dia “ Salam Norman, saya dapat no ni dari Sya. Katanya abang ada simpan barang kawan saya arwah Rizal dan Lim. Maaf saya baru contact sebab Sya baru beritahu saya”. Lama juga aku tunggu dia balas.
Dalam maghrib dia baru reply . “Ha, ada. Aku pun takde no kau, tu tak dapat nak contact. Ni uda kan, arwah Lim ada nak bagi barang dalam kotak ni. Aku pun tak tahu barang apa ni. Ini amanah orang, aku memang takkan buka hak orang lain”.

Selepas beberapa kali berbalas mesej, kitorang pun setuju nak jumpa. Aku set hari sabtu pukul 9 malam jumpa dekat Today’s mall Ulu Tiram. Disebaban dia pun dari Perling JB, aku dari rumah parents aku di Bandar Kota Tinggi, rasa fair untuk berjumpa di Ulu Tiram.
Minggu aku nak jumpa Norman tu, aku pun plan nak balik ke rumah parents aku dekat Kota Tinggi pada Jumaat malam.

Aku ingat lagi masa tu, Jumaat yang aku plan nak balik ke Kota Tinggi, banyak sangat halangan yang aku hadapi. Jumaat petang tu tiba – tiba ada rakan kerja aku yang mintak tolong hantar ke Pasir Gudang, anak dia keracunan sebab pencemaran. Kalau korang ingat, ada pencemaran dekat pasir Gudang yang agak teruk masa tu. Aku pun tolong settlekan apa yang patut, dan agak lewat.
Mak aku pesan kalau dah lewat tak perlu balik rumah. Tapi aku nekad juga. Dalam pukul 9 malam aku gerak dari KPJ Pasir Gudang nak balik ke Kota Tinggi.

Malam itu juga aku gerak balik, aku lalu jalan “shortcut” jalan Cahaya Masai – Ulu Tiram. Jalan itu agak menyeramkan, memang jarang ada kereta kalau lepas pukul 9 malam dekat sini.
Aku capai phone, call mak aku, nak hilangkan rasa takut tu. “Ha uda, kenapa tiba-tiba call ni, ada apa-apa ke?” Mak aku menjawab telefon. Aku pun buat-buat tanya ada makanan tak dekat rumah, saja nak kasi lepas kawasan yang menyeramkan tu. Bila dah nak masuk ke kawasan kampung Ulu tiram, aku pun nak letak telefon. Mak aku pun cakap. “Ha yela uda, hati-hati, kirim salam la kat kawan kau tu.” Aku terpinga, dan cakap “kirim salam siapa pulak mak?”. “Tu ha kawan kau dalam kereta tu, bukan main kuat menyembang.” Mak aku menjawab.
Allah. Tersentak badan aku. Berdenyut-denyut umbun kepala aku. Tapi aku buat cool je. Tak nak kasi mak aku terkejut. Aku pun balas “Ha,ok”. Aku rasa ada benda yang tak kena. Malam itu sampai dekat rumah aku tidur lena, mungkin sebab penat sangat.

Esok paginya aku bangun sarapan dengan mak abah aku. Aku pun bercerita semua tentang Norman, aku nak ambil barang 9 malam ni dekat Ulu Tiram. Diorang pun ok, sebab nak tahu juga apa arwah kawan aku nak bagi. Risau hajat diorang tak kesampaian.

Lepastu aku pun bercerita pasal dalam kereta semalam aku cuma seorang, yang mak aku dengar tu adalah “benda” lain. Mereka berdua terdiam. Selang 5 minit abah aku tiba-tiba keberatan nak bagi aku jumpa Norman, takut ada benda tak elok jadi. Aku pun meyakinkan diorang, dan mereka setuju untuk aku jumpa.
Aku gerak dari Kota Tinggi selepas magrib. Singgah sekejap di Petron berdekatan Restoran Haji Daud Kota Tinggi. Tiba -tiba.. Pouch bag aku di curi.Aku kejar sampai ke seberang jalan, tapi disebabkan aku ni pun BMI 35, memang tak dapat la nak catchup mamat tu.

“Adoi, bala betul la harini.” Aku ingat nak gerak je ke Ulu Tiram, tapi difikirkan balik dalam beg tu ada segala kad debit semua. Terus aku settle kan dekat balai Polis Kota Tinggi, call bank apa semua dalam pukul 9.30 jugak la baru settle semua.
Aku gerak juga ke Today’s Mall Ulu Tiram. Mencuba nasib, dengan hp pun tak ada. Tak tahu nak contact Si Norman ni macam mana. Sampai di sana, aku pun pusing-pusing berharap dapat jumpa Norman, tapi hampa. Yelah, nak dekat sejam dia tunggu, dengan takde contact dia lagi. Mesti lah dia dah balik. Aku pun balik dalam keadaan kecewa.

No Sya pun aku tak dapat cari, tak dapat nak backup dari phone aku yang kena curi tu. Kalau ada no dia, boleh la aku nak minta no si Norman tu. Aku pun balik ke Pengerang semula pada hari Ahad petang.
Projek company aku kerja pun semakin rancak, aku pun dah start lupa pada Norman.

Satu hari ada 3-4 orang kawan kerja aku ajak baca Yaasin, baca tahlil untuk arwah makcik dia meninggal dekat Kelantan. Dia tak dapat nak balik ke kampung, sebab tu dia ajak baca yasin dan tahlil dengan kawan – kawan dekat rumah company.

Lepas habis semua majlis tu, salah sorang kawan company aku cakap. “Uda, nok royak sket ni, abe nampak mu lama doh dok ngaji, smaye pun on off sekarang.” Dia memang bahasa kan diri dia abe, sbb dia tu 10 tahun dari aku. Aku pun senyum kelat dan balas “Kadang penat abe, balik kerja pun kadang terlajak tidur. Hahaha”. Dia pun balas “Bukan gapo, abe cakap jah, kijo dok abih. Dalaman diri pun kena molek. Kijo tempat ni macam -macam ada, dok ngikut nanti susoh. Hati-hati sikit mu tu,” Aku pun senyum je. Memang ada betul apa yang abe ni cakap.

Malam tu aku kena pergi ke site, kami gerak bertiga naik Hilux company. Settlekan apa yang patut, dalam pukul 1 pagi pun kami nak balik ke rumah company. Dalam perjalanan tu terserempak dengan geng subcon yang lain, kami pun bagi high beam, tapi tak di balas.

Esoknya, brader subcon itu ada beritahu dekat kitorang, ada nampak kami berlima, dua orang lagi tu diorang cakap memang muka agak familiar. “2 “orang” yang bersama kami malam tadi tu macam engineer subcon yang meninggal accident dekat jalan Kulai!” Jelas brader tu . Allah, berdesing telinga aku terus tertunduk diam.
Sejak aku mula bekerja di Pengerang, aku memang tak pernah beritahu yang arwah Rizal dan Lim adalah kawan baik aku. Mereka semua tak tahu.

Aku pun scroll facebook dan Instagram. Tiba – tiba … “Eh, ni gambar Si Norman ni.”. Keluar dekat Instagram feed aku. Aku cam muka dia, dari dp picture whatsapp dia dulu. Aku pun click. Dan memang betul. Instagram tu memang surprise gift services punya account. Aku pun terus DM, perkenalkan diri dan bertanya kan berkenaan Norman. Tunggu punya tunggu masih tak berbalas.

Selang beberapa jam, ada dapat whatsapp dari Norman “ Ha, uda. Ni Norman, kenapa tak whatsapp je. Saya pun lupa nak whatsapp balik lepas haritu. tak sempat nak reply dekat Instagram tadi , kita whatsapp jela, sebab tu account business punya, ada ramai admin.”. Aku pun cerita la semuanya. Apa yang berlaku, pasal phone kena curi apa semua tu. Dia pun faham dan plan nak jumpa semula. Pukul 4 petang hari Ahad dekat tempat sama.

Dipendekkan cerita, Jumaat petang minggu tu minta dengan boss aku nak balik ke Kota Tinggi. Lepas mak tahu aku nak balik ke Kota Tinggi, dia pun whatsapp”Uda, nanti singgah kilang Nazla dekat Felda Pasak, beli kuih frozen apa-apa, nak bawa ke rumah Mak Ngah esok”.

Dalam 40 minit aku sampai ke Felda Pasak dan settle beli apa semua dalam pukul 7.15pm. “Dah nak maghrib ni”. Cakap aku dalam hati. Aku pun singgah dulu surau di kedai makan kawasan Felda Pasak.
Aku pun pergi ke tandas kedai untuk membuang hajat. Tiba-tiba aku ternampak seseorang yang macam dikenali. Memang tak syak, ini orang yang curi pouch bag aku haritu. Tengok pada gayanya macam org yang tak terurus, macam orang gila.

Aku pun tak nak la serkap jarang kat situ. Dia cuba mengelak bertentang mata degan aku. Masa dia nak keluar tandas tu, mulut dia mengomel sorang-sorang. “Ingat dah makin pandai, rupanaya sama je lagi. Hahahaha”. Hati aku pun sakit je. Aku malas nak melayan orang 3 suku ni. Walaupun mengenang pouch bag aku telah dicuri haritu.

Bila aku nak gerak masuk ke kereta, aku ternampak kawan abah, En Osman baru keluar dari surau, aku cuma sempat senyum je dekat dia, dan ternampak dia sedekah pada orang gila itu.
Aku pun menuju ke kereta, dan gila tadi menyanyi nyanyi lalu sebelah aku. Aku pegang poket aku takut peristiwa lama berulang. “Haish orang gila ni. Nasib aku laaaa haritu kena curi dengan dia. Redha jela. Nak di tanya bukan dapat apa pun” Bisik hati aku.

Sampai di rumah, aku mandi- mandi dan solat. Sebab badan terlalu penat aku pun tidur awal malam tu.
Malam tu aku bermimpi berjumpa Rizal dan Lim. Tiba-tiba orang gila yang aku jumpa tadi tu termasuk dalam mimpi aku. Rizal dengan Lim memang cukup marah dengan orang gila ni. Habis dia dikerja kan. Mungkin perasaan marah aku tadi terbawa bawa sampai ke mimpi malam tu. Hahaha.

Esoknya sebelum abah dan mak nak bertolak ke rumah Mak Ngah, aku bercerita sebab apa aku balik, dan apa yang jadi semalam di Felda Pasak. Pasal mimpi aku semua. Muka abah tenang. Dia cuma tak benarkan aku pergi jumpa Norman, katanya nanti aku makin susah nak move on. Nak bertekak juga dengan abah masa tu. Tapi aku akur. Aku tak tahu nak cakap apa dengan si Norman ni. Haritu dah tak dapat jumpa dia, penat dia tunggu 30 minit masa tu.

Fikir punya fikir aku berani kan diri nak call Norman, nak cancel jumpa. 3 kali aku call dia tak angkat. “Pukul 4 jadi kan?Jangan lewat pula, nanti lepastu nak ke Pontian pula, ada kerja dekat sana.” Dia whatsapp aku. Aku dah rasa serba salah. Jadi aku pun balas “Ok bro, jadi jumpa dekat Today’s mall Tiram”. Tengok jam dah pukul 3.30, terus aku ambil kunci kereta menuju ke Ulu Tiram.

Lebih kurang 5 kilometer aku nak sampai ke Ulu Tiram, jem teruk. “Aduh, boleh pulak nak jem waktu macam ni, bala betul!”. Rungut hati aku. Rupanya ada accident berdekatan kem tentera PULADA.
Dalam 4.30 aku sampai dekat sana. Bila dicheck handpone. Memang benar, Norman agak kesal dengan aku, dia kata aku tak tepati janji. Dia dah gerak ke Pontian lepas 15 minit tunggu. Aku pun call dia, nak pergi ke tempat dia. Sebab aku nak tahu sangat apa yang arwah Lim dan Rizal nak bagi pada aku. Tapi tak berangkat. Mungkin dia bengang dengan aku.

Sampai dekat rumah aku buka la group whatsapp kerja, makin mendidih hati aku bila tengok diorang share gambar dan video accident dekat PULADA tu. “Aish, pasal benda ni la aku tak dapat ambil barang dekat Norman!. Bala betul!”. Cakap aku dalam hati. Entah mengapa masa tu sifat empati aku hilang.

Malam hari tu abah dan mak aku balik dari rumah Mak Ngah, dia ada bawa seorang kawan dia Wak Fairus. Abah aku cakap malam ni jangan keluar, dia cakap nak suruh aku berubat. Lepas solat maghrib tu aku pun duduk la, layankan abah aku ni.
“En Osman mana? Kan selalu dia yang datang”. Abah aku tunduk dan menjawab simple. “En Osman dah 4 hari meninggal,”. Eh, habis dekat surau Felda Pasak tu aku nampak siapa?. Aku dah rasa tak kena. Kepala aku terasa kecil. Aku berasa memang ada benda yang sangat tak kena. Hati aku terus bersungguh “Kalau ada apa yang tak elok, gangguan syaitan, iblis, aku nak dijauhkan. Hati aku rela dan redha untuk dibersihkan dari segala hasutan”.

Aku pun berubat pada malam tu, bermacam bau keluar dari badan aku. Hanyir, busuk, rasa mual yang sangat teruk. Kepala aku sangat pening, mata berpusing pusing dan aku pengsan.
Bila sedar, aku nampak mak dan abah aku. Aku masih bingung apa yang jadi. Kenapa abah aku tak terkejut bila aku cerita pasal arwah En Osman.

Rupanya dia dah dapat tahu dari malam aku tidur dekat rumah, aku mengigau macam bercakap dengan seseorang, cakap banyak kali berulang. “Tak apa, esok kau akan dapat tuan baru. Aku akan “ambil” kau. Hahahahaha. Nanti kita kawan sampai bila-bila”. Lepastu abah terdengar orang berlari lari dekat belakang tingkap bilik aku.

Sebab tu, abah aku larang nak jumpa Norman sebab rasa ada benda tak kena. Bila aku cerita ternampak En Osman dia dah tahu ada “benda” yang ikut aku. Dia pun tahu aku mesti nekad pergi jumpa Norman, sebab tu dia minta tolong Wak Fairus. Fuh, aku dah tersentak.

Wak Fairus kata, nasib baik aku tak sempat ambil barang dari “Rizal & Lim”, kalau tak mesti susah nak di buang. Sebab aku dah bersetuju nak ambil “benda” tu masa dalam mimpi berjumpa “Rizal & Lim”. Tanda masa aku dah terima makanan dari diorang.
Aku still dalam keadaan terkejut. Takkan kawan baik aku sendiri nak aniaya aku. Aku rasa macam ada benda tak kena.

Aku pun cari balik Instagram yang aku jumpa ada gambar Norman. Mujur ada letak location kedai di bio Instagram. Aku pun pergi ke kedai beralamat di Pasir Gudang untuk dapatkan kepastian.

Sampai di kedai aku pun berjumpa dan staff bertanya pasal Norman, pasal Rizal dan Lim. Muka dia nampak terkejut, terus masuk berjumpa boss dia. Selang 5 minit macam tu, keluar seseorang muka yang iras Norman (aku namakan Imran), dia pun bercerita benda yang membuatkan aku terkena minor heart attack.

Dia kata Norman tu sepupu dia dan memang kerja di situ, dah meninggal 5 bulan lepas, katanya depression selalu bercakap sorang-sorang, tak tidur sampai 2-3 malam. Dengar katanya dia ada belajar ilmu hitam dari orang Indon, untuk menundukkan perempuan. Tapi makin lama, “benda” tu makin kuasai diri, dia makin jadi hilang pedoman.

Bila si Norman dah tak tahan nak buang, “benda” tu suruh carikan dia tuan baru. “Macam-macam dia buat nak b***h diri, makan Panadol, minum Clorox, k***r tangan, tak m**i juga. Last sekali dia terjun bangunan kosong dekat *****. Dah seminggu baru jumpa mayat dia”. Cerita Imran. “Biar betul macam tu sekali” Balas aku.
“Ya, sebenarnya aku pun ada kena kacau juga dengan “benda” dia tu, selalu dia datang nak bagi aku barang dalam mimpi, aku memang tolak, tapi aku tak tahu kenapa dia cari kau juga”. Leter Imran.

Aku pun bertanya pasal betul ke ada Rizal dan Lim ada booking service dari diorang. Bila dicheck, memang ada enquiry, tapi tak tahu la kalau mereka ada close deal dengan Norman sebelum meninggal.
Terdiam aku seketika. Aku pun balik dan masih berfikir. Tiba – tiba aku teringat untuk check conversation dengan “Norman”. Semua conversation masih ada. Tetapi DP whatsapp telah dibuang. Aku cuba call, dan hanya operator menjawab “ the number you have dialed is not in service”.
Aku dah syak ni memang dah jadi benda tak kena. Untuk taknak jadi apa-apa yang lebih teruk, aku padam no dan conversation dengan Norman.

Lepas terjadi peristiwa semua ni. Aku pun terfikir siapa sebenarnya yang contact dengan aku. ?
Betul ke Lim ada gf? Siapa Sya tu sebenarnya?
Siapa orang gila yang curi pouch bag aku, dan jumpa di Felda Pasak?Dan aku baru teringat. Ini yang membuatkan aku terkejut. Beberapa hari selepas aku berubat, aku lihat balik video accident di PULADA tempoh hari. Aku terlihat “orang gila” yang mencuri pouch bag aku yang dilanggar hingga m**i. Allah.

Kenapa aku tak terfikir, orang gila yang tak ada kenderaan, hanya berjalan kaki boleh ada merata di Kota Tinggi, Felda Pasak dan Ulu Tiram, secara logik memang tak masuk akal. Atau dia sebenarnya nak “tolong” aku supaya tidak berjumpa dengan Norman,dengan mencuri pouch bag aku, dan dilanggar semasa hari Ahad aku nak berjumpa Norman? Hati aku rasa bersalah pada dia.

Kenapa aku yang dipilih untuk diberi “benda” tu?
Bila aku fikir, semuanya bermula dari diri aku. Hati aku terlalu lemah. Emosi aku masih susah nak terima dengan kehilangan kawan baik aku. Bila hati aku tak tenteram, banyak “benda” nak ambil kesempatan. Yang nak berdamping.

Kerena benda ini semua, aku ambil keputusan untuk pindah ke Penang dan Alhamdulillah dapat kerja disini walaupun berlainan bidang dari apa aku belajar. Untuk melupakan, menjauhkan diri dari aku dari teringat arwah Lim dan Rizal,

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Uda

8 thoughts on “RIZAL DAN LIM (Jalan Kulai – Kota Tinggi 2)”

  1. Salam uda. Uda mst solat cukupkn lima waktu sehari semalam demi arwah Rizal dgn Muslim, sedekahkan al-fatihah kpd roh mereka. Baca al-quran jgn lupa. Klu xsempat sklipun, malam jumaat jgn lupa sedekahkan yasin kpd roh mereka.

    Reply
  2. wah! tak sangka ada sambungan setelah sekian lama!!!! memang menunggu, dah baca berulang kali utk Part Pertama! belum baca lagi ni tapi dah exited comment!!!!!

    Reply
  3. Sedar atau tak Uda, ko memang dh tk betul. Dgn semua pngalamn yg ko citer ni dh mmg tak logik. Seolah ko terperangkap dlm khayalan. Ada baiknya ko balik kpd kluarga ko. Tinggal dan berdamping dgn diorang. Sekurangnya bapak ko blh kejutkn ko kalau ko khayal dan balik ke alam nyata. Jgn sampai jd skizo.

    Reply
  4. Assalamualaikum. Bg aku logik ja cuma sedih sgtnya semua cerita kau.. 😭Tp Allah uji hambaNya ikut kemampuan masing2. Aku doakn moga Uda diberi ketabahan & kekuatan dr Allah & dilindungi Allah slalu.. amiinn

    Reply
  5. Not sure la you’ll read this or not, Uda. But I suggest you amalkan manzil. Baca setiap pagi n petang, niat mintak jauh benda mcm ni. Jadikan amalan. InsyaAllah Allah tolong. Solat 5 waktu n quran tu memang your responsibility. So jgn tinggal.

    Reply
  6. dah lama kan cerita tu, ada sambungan rupanya. eloklah pindah jauh2 supaya dapat move on dan lupakan kisah lama

    Reply
  7. Kesiannya kau dik Uda. Kuatkan diri. Amalan biar konsisten. Apa yg terjadi pd kau tu memang tak pelik pun, semua atas izin Allah belaka. Mungkin sebab jiwa masih lemah. Yelah, kawan baik 2 orang sekali meninggal, siapa² pun trauma. Apapun, dekatkan diri dgn Allah ye. Sibuk macamanapun jangan sekali² tinggal solat k. Take care uda!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.