Roh 7 ekor

Assalamualaikum, nama aku Izzati (nama sebenar).
Aku memang gemar sangat cerita seram ni. Sebenarnya, aku tak nak buka cerita ni. Tapi tergerak pula hati nak kongsikan. Happy reading ya guys.

Peristiwa ni bukan aku yang punya. Tapi cikgu aku. Ia diceritakan pada tahun lalu. Masa tu, aku ada kelas tambahan dengan kawan-kawan di sekolah. Kami sibuk sangat buat kerja, maklumlah dah nak dekat Upsr kan?

Tiba-tiba, cikgu aku masuk dan bercerita. Pada mulanya, aku memang tak nak dengar. Aku takut aku tak dapat tidur malam. Tapi aku nak juga dengar!

Kata cikgu aku, masa tu dia masih belajar. Kalau aku tak silap, dia belajar kat Sarawak. Aku lupa apa nama tempat cikgu aku belajar dulu. Aku teruskan cerita ya. Cikgu aku tinggal kat bilik paling atas. Jadi, satu bilik tu ada 4 orang. Kawan cikgu aku, Sara (bukan nama sebenar) memang seorang yang menakutkan sebab dia suka cakap seorang. Tapi cikgu aku dah biasa. Satu hari tu, cikgu aku pergi masjid. Ustazah dia ada buat macam baca al- Quran berjemaahlah. Bila program tu dah habis, suasana jadi kecoh disebabkan Sara. Dikatakan, badan Sara ‘dimasuki sesuatu’. Faham-faham lah kan?

Jadi ustazah tanya kepada Sara. Apa yang Sara mahu? Suara Sara berubah, dia menjawab bahawa dia mahukan Laila( bukan nama sebenar) , iaitu cikgu aku. Cikgu aku pun terkejut. Sara nak bermain dengan cikgu aku. Cikgu aku memang tak nak bermain sebab dia takut lah kan? Tapi ustazah dia paksa. Kata ustazah dia, ikut aje nanti Sara akan berhenti. Cikgu aku apa lagi kan? Dia ikutkan sahaja permintaan ustazah dia tu.

Sara membawa cikgu aku main sorok-sorok (hide and seek). Yang cikgu aku geram, cikgu aku pula yang mesti kira. Bila dah siap kira, cikgu aku pun cari juga si Sara tu. Tak jumpa, last-last jumpa si Sara di dalam locker. Tak tahu macam mana boleh muat si Sara tu dalam locker. Semua memang hairan macam mana si Sara boleh masuk? Masih misteri.

Satu hari tu, cikgu aku ada emergency call. Dia cari phone tapi tak jumpa. Cari,cari dan cari. Jumpa kat belakang sebuah rumah kecil. Kat bawah pokok ara. Atau pokok yang macam ada tali-tali/akar yang bergantung kat daun pokok tu. Tak tahu lah apa namanya. Cikgu aku memang terkejut lepas jumpa phone dia kat situ. Tiba-tiba, ustazah dia cari, ustazah dia kata ,Sara sudah sembuh. Maksudnya, ‘benda’ tu dah tak ada lah kan? Bila cikgu aku tanya, ‘benda’ apa yang ada dalam badan si Sara. ‘Benda’ tu adalah roh manusia.

Budak-budak pula tu. Bukan seorang, bukan 2 orang. Tapi 7 orang. ‘Benda’ tu cuma nak bermain dengan cikgu aku. Sejak dari itu, cikgu aku memang percaya kan benda-benda mistik. Tapi kata cikgu aku, kalau kita takut, lagi suka ‘benda’ tu kacau kita. Ingat Allah, ingat tuhan ya.

Banyak lagi cerita aku, tapi cukuplah sampai sini saja. Terserahlah nak percaya, tapi cerita ni memang betul. Aku pun bergetar lutut dengar cerita cikgu aku tu. In Sha Allah, nanti aku ceritakan lagi. Kalau tak seram, apa aku boleh buat la kan?Terima kasih kalau sudi nak publish ak kan cerita aku ni. Assalammualaikum.

7 thoughts on “Roh 7 ekor”

  1. Roh manusia tak wujud kt bumi ni setelah nyawa dicabut. Yang ada hanya jin dan syaitan. Ajaran mana ustazah tu ??

    Reply
  2. hello macam mana nak dapat emergency call kalau phone pun tak jumpa? Sila explain elok elok. Almaklumlah hakak tak ada spm. Kurang ilmu dikkk

    Reply

Leave a Comment