#RRDoters: Hantu-Hantu Perak Part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kembalinya aku dengan kisah-kisah yang seram untuk dikongsikan kepada warga FS. Maaflah aku menulis menggunakan bahasa pasar; tak reti nak berpuitis.

Harap kisah-kisah kali ni, korang mudah faham.

Okay jom baca pengalaman-pengalaman seram aku di Perak Part 1. Kenapa kena ada part by part pulak? Ish, sebab banyak pengalamannya kena lah ikut kronologi. Nak bagi hampa semua faham nanti bebanyak pening pulak kepala nak menghadamnya.

Semester 1 : Pesta Histeria
Aku dapat masuk salah sebuah IPT dekat Perak daerahnya antara Bota dan Parit. Pandai- pandai lah fikir dekat mana. Macam biasa akan ada sesi induksi untuk pelajar baru selama seminggu.

Untuk pengetahuan semua, IPT ni ada dirikan beberapa bangunan baru seperti masjid dan dewan. Kiranya aku punya batch the first user lah. Nak di jadikan cerita, last day induksi ada live broadcast dari main campus. Ketua nak berucap. Tetapi untuk aku punya campus terpaksa dibatalkan sebab ada kes histeria besar-besaran.

Majlis tu sepatutnya bermula lepas isyak. Jarak antara masjid dengan dewan cuma 200-300m je. Tak jauh pun. So, lepas isyak fesi pun suruh lah semua orang jalan ke arah dewan sambil berselawat. Kebetulan masa tu aku bendera jepun, kitaorang yang tak boleh solat ni jalan last sekali. Masuk je dewan, terpaksa duduk belakang sikit sebab dewan dah hampir penuh. Sementara tungguh majlis nak mula, fesi-fesi nak diamkan adik-adiknya, pasang itu ini untuk sound system; aku pun berborak dengan roomate aku. Ermm sensitive sikit nak sentuh pasal agama dia. Senang cerita dia bukan muslim lah ye.

Tengah kitaorang berborak, tiba-tiba ada perempuan menjerit, “AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA, panas-panas! Sakit!” lebih kurang macam tu lah. Kitaorang ni pun toleh belakang nak tengok kenapa. Budak tu dah terbaring yang macam cacing kepanasan. Yang lain-lain tolong pegangkan tangan dia. Menggeliat mengeletis sebab ada akak dan abang fesi baca-baca dekat dia. Aku? Aku terdiam sebab first time tengok orang kena rasuk.Tapi excited! Roomate aku, dah menangis bercucuran dah air mata dia. Lansung akak-akak fesi suruh kitaorang jangan tengok baca ayat qursi ramai-ramai.

Ingatkan akan reda. Tapi tak. Sekejap-sekejap ada perempuan menjerit. Yang dekat depan, belakang, kiri, kanan. Semua yang lemah semangat dia serang. Riuh! Kecoh keadaan masa tu. Dalam masa yang sama, ada budak yang ada 6th sense boleh jerit “Woi dorang banyak! Ada tu dekat atas speaker, lampu! Ha ha ha kau siap dia nak pergi dekat kau!” terus budak yang dia tunjuk tu terpekik lalu pengsan.

Abang-abang dan kakak-kakak fesi dah kelam kabut kehulu kehilir. Dukung, papah budak-budak yang histeria ke masjid. Aku sikit pun tak takut. Aku sendiri tak tahu kenapa aku ter-excited lebih. Normal ke?

Dalam aku excited, tiba-tiba kerusi plastik yang aku duduk ni rasa macam ada orang tendang banyak kali dan kuat-kuat sampai bengkok kaki kerusi aku duduk. Kau bayangkan aku ni berat, duduk atas kerusi plastik budak tu boleh tendang sampai bengkok. Betapa kuatnya tenaga dia.

Dengan muka yang tak puas hati aku toleh belakang nak tengok siapa yang menendang dan apahal tendang kerusi aku!

Rupanya budak belakang aku ni dah menangis mata dah merah. Muka pun naik merah tengah lawan supaya tak dirasuk. Badan dia halus je tapi Yallah dia tendang kerusi tu kuat betul. Terus akak fesi suruh kitaorang semua bangun pergi jauh dari situ. Aku ni risau dengan roomate aku menangis je dari tadi, takut dia pulak yang terkena. Aku cuma boleh cakap “Jangan takut nanti kau takut dorang suka dekat kau. Sekarang kau baca apa yang kau tahu yang kau rasa boleh buat pendinding kau.” Dia angguk, nampak lah muka dia macam lega sikit. Sikit lah tak banyak.

Budak lelaki sorang pun tak kena. Dorang gelak lagi adalah tengok kaum hawa ni kerasukan. *facepalm

Bila fesi, ustaz dengan ustazah tak dapat kawal keadaan; sebab havoc sangat. Dorang pun buat pengumuman suruh kitaorang balik ke kolej masing-masing.

Keluar dewan terserempak dengan dua roomates aku yang lain. So kitaorang jalan lah sesama sambil pegang tangan, sambil jalan tu kitaorang cakap lah nanti tidur bawak lah tilam turun rasa selamat sikit. Dewan ke kolej aku dalam 15-20 minit ikut pace kau lah. Laju kau jalan cepat kau sampai.

Ada satu laluan nak pergi kolej aku ni, tempat dia memang gelap sebelah dewan makan. Aku tak tahu kenapa situ dorang tak letak lampu. Apalagi dekat situ kaki melangkah besar-besar. Tempat gelap kot, jeritan budak histeria pun sayup-sayup je dengar. Ada pulak sorang budak perempuan ni jerit “weh cepat-cepat. Dorang semua tengah kejar kita!Ada yang bergayut kat tiang lampu woi! Cepat-cepat!” Roomate aku yang sorang tu berdesup lari bila dengar budak tu cakap macam tu. Mana yang takut tu memang berlari-lari anak lah sambil lap air mata. Takut punya pasal. Aku dengan dua lagi roomates jalan je lelaju sambil-sambil tu baca apa yang patut. Sampai kolej mandi semua. Takde nya tarik tilam tidur ramai-ramai. Masing-masing tidur katil sendiri. Sebab dah sampai kolej rasa selamat sangat. Lagipun penat tak fikir apa dah. Fikir tidur je.

Aku dengar kes histeria ni terjadi sebab ada orang terpijak anak dia yang tengah main dekat kawasan masjid. Sebelah masjid ni ada satu semak; dia tak besar tak kecik. Cukuplah muat semak-semak dengan beberapa batang pokok buluh dan pokok pinang; kalau tak silap aku. Mungkin sengaja dibiarkan. Ini aku dengar dari mulut ke mulut, tapak masjid tu rumah “dia”. Aku rasa “dia” marah sebab budak-budak tu terpijak “anak dia” yang tengah bermain dekat kawasan masjid. Sebabnya, semak tu dekat side perempuan masuk masjid. Tapi kita ni manusia mata batin pun tertutup tak nampak. Entahlah, wallahu’alam.

Kawan aku ada tolong masa histeria tu berlaku dia cerita lah ada sorang budak ni; ustaz/ustazah tanya dia nak apa untuk bagi dia tinggalkan badan budak tu. Dia boleh jawab “KFC” . Hahhahaha sampai sekarang aku ingat benda ni. Pandai dia berlawak.

Kecoh jugaklah pasal histeria ni. Sebab ramai sangat yang terkena. Jumlahnya aku tak tahu tapi memang ramai sebab tu aku panggil Pesta Histeria.

Oh ya, kawan baik aku sendiri hampir terkena histeria masa dekat dalam dewan tu. Dia cerita dekat aku, masa kejadian tu dia tak rasa takut or cemas. Dia rasa biasa je. Mungkin sebab iman dia kuat; mulut dia tak berhenti baca ayat-ayat pendinding. Tiba-tiba dia boleh menangis teresak-esak. Dia sendiri tak tahu kenapa. Dalam dia menangis tu, dia dah mula rasa pening dan mual. Nak baca ayat pun berterabur dah. Orang sekeliling dia mula bagi support sama-sama baca ayat qursi. Alhamdulillah dia tak terkena. Cuma lepas kejadian tu, dia cakap badan dia penat sangat. Lemah. Terus dia dipapah pergi ke masjid.

Hakikatnya dekat IPT ni tiap-tiap minggu akan ada kes histeria. Tak kisah kau dari kolej mana sebelah hutan jauh dari hutan. Confirm akan ada yang histeria; lagi-lagi study/exam weeks. Semua stress lagi senang dia nak menyinggah dekat kita.

Semester 1: Gangguan ringan-ringan
Masih dalam semester 1.

Aku punya course memerlukan aku untuk melukis plan dan sebagainya. Kebetulan pulak roomate aku sorang ni satu course dengan aku. So boleh lah pinjam alat-alat melukis dia yang dia guna dari sekolah menengah lagi. Ha nak mengata lah tu, of course lah aku tunggu dia habis guna baru aku guna dan deadline kitaorang lain-lain sebab tak sama kelas. Dalam bilik tu aku je kena, entahlah kenapa aku je. Mana-mana aku je. Anggap je lah rezeki. Nasib ringan-ringan je.

Ringan-ringan yang macam mana?

Aku suka buat drawing dekat dengan pintu sebab (1) sejuk angin malam (2)dekat dengan katil aku. Agak-agak penat tolak drawing bawah katil merangkak panjat katil tidur. Tak kisah lah pintu bukak ke tutup ke situ memang tempat aku buat kerja. Masa aku kusyuk buat kerja, selalu terdengar orang bagi salam depan pintu.

“Asmekommmmm” halus je suara dia. Lemah lembut. Macam betul-betul depan pintu. Sekali je bagi salam. Kalau 7malam aku buat kerja, 7kali lah dia bagi salam. Kiranya dia macam menjenguk kot?Macam “hai tak tidur lagi ke?”. Mungkin lah.

Selalu aku akan jawab dulu baru nak mendongak atau keluar bilik nak tengok siapa bagi salam. Kenapa kena keluar bilik? Yelah mana tahu orang yang bagi salam tu menyorok sebalik dinding. Tapi tak, aku salah. Memang tak ada siapa-siapa pun sebab dah lewat malam. Dengan hati yang keras aku buat bodoh sambung buat kerja.

Kadang-kadang bila pintu bilik tutup aku akan tanya roomates aku yang lain”tak dengar ke orang bagi salam?” “eh bukan ada orang bagi salam ke?” dorang dengan muka pelik cakap “mana ada”

Lama-lama bila hadam balik; bagi salam pun tak penuh dah tentu bukan orang. Aku tak jawab dah. Bila dah tak jawab yang bagi salam pun lama-lama menghilang. Sikit-sikit lepas tu hilang terus.

Cuma kadang-kadang terdengar budak-budak kecik punya suara tengah bermain dan berlari depan bilik. Kau bayangkan pintu terbukak kau boleh dengar semua tu, tapi bayang or jasad yang berlari tu tak ada. Confirmlah bukan manusia kan? Aku biarkan je asalkan tak kacau kitaorang dalam bilik sudah. Tapi dia kacau aku!

Ringan-ringan seterusnya.

Oh ya, lupa nak cakap. Kolej aku 3 tingkat, maklumlah junior akan diberi bilik tingkat atas sekali senior pulak dapat bilik dekat tingkat 2 atau 1. Adat kan.

Aku dengan roomates aku yang dua orang ni rapat masuk kepala. Ngam arhh. Kitaorang memalam selalu lepak duduk dekat tangga hujung, bertiga. Sana punya view lawa, boleh nampak bulan. Yang seramnya kawasan depan kitaorang tu luas, kiri tu ada kolej lelaki lepas tu ada padang ragbi & bola; kanan ada kolej perempuan and hutan tebal. Kiranya view dia gelap! Cuma ada cahaya dari bulan dan lampu-lampu jalan. Tapi lawa. Macam lukisan!

Tengah berborak, gelak-gelak cerita masalah masing-masing; aku terdengar bunyi perempuan humming.

“mmmmhmmmmhmmmm. mhmmmmmhmmmmm…….” humming macam lagu klasik. Samar-samar, sayup-sayup je bunyi dia. Aku cuba buat tak tahu. Aku tengok roomates aku, masih rancak berborak. Nampak gayanya dorang belum dengar atau tak dengar lansung atau dah dengar tapi ambik jalan untuk terus berborak.

Selang beberapa minit, humming tu makin kuat. Bila aku amati betul-betul, mak aiiiiii! Dia humming lagu ulik mayang! Di ulang ulik mayang! Aku dah meremang dah masa tu. Aku bagi hint kat dorang. Tapi dorang tak faham, dorang ingat aku melawak masa jegilkan mata. Aku dari posisi duduk terus berdiri bersedia nak lari in case si humming tu muncul sambil menari-nari.

Bila aku berdiri, sikit-sikit aku panjat anak tangga. Lepas tu budak dua orang ni baru terdengar agaknya. Muka dua-dua cuak, pucat. Dorang angkat kening macam nak bagi hint “kau dengar tak”. Aku angguk. Aku tak habis angguk lagi budak dua tu dah berlari tinggal kan aku. Kurang asam betul! Aku ikut lari tapi singgah tandas dulu basuh kaki. Masuk bilik terus tidur. Yang dua orang tu? Hmm ambik tilam tarik bawah tidur sesama sambil selubung.

Esoknya aku tanya lepas kelas.

“Weh korang nampak ke dengar sahaja sampai lari tinggal aku?”

“Kitaorang dengar orang menyanyi merdu sangat. Tapi dia nyanyi lagu ulik mayang! Kalau dah ulik tu bukan orang lah!”

Okay, dorang dengar orang menyanyi aku pulak dengar orang humming. Aku prefer humming! Bila nonton Dukun, kan ada part umie aida humming tu. Sumpah macam tu! Cuma lagu ulik mayang! Sampai sekarang suara humming tu tergiang-giang. Bila teringat meremang. Sekarang menaip pun meremang.

Tapi kenapa ulik mayang?

Semester 1: Kakak Cantik!

Okay lah last untuk semester 1. Sebab yang banyak seram jadi masa sem 1. Mungkin salam perkenalan.

IPT ni ada dua tempat makan selain dewan-dewan makan. Satu berdekatan dengan fakulti (Kedai 1). Yang kedua berdeketan dengan kolej-kolej yang located jauh dari fakulti (Kedai 2). Whichhhhhh sebelahh tempat makan tu hutan. Yang memisahkan IPT ni dengan hutan adalah pagar dawai hijau.

Aku dengan kawan-kawan suka pergi makan dekat Kedai 2. Sebabnya tak sesak and nasi goreng cendawan pakcik tu sedap weh!!!! Nyumssss.

Ada satu malam tu, Kedai 2 ni penuh sangat. Sampai- sampai kitaorang ambik meja yang dekat luar which sebelah pagar hijau tu lah. Sebelah pagar tu ada pokok – pokok besar dan semak-semak. Cliche kan? Tapi dah nama pun hutan mestilah banyak pokok-pokok besar.

Sementara tunggu makanan sampai kitaorang berborak lah gelak-gelak. Tiba-tiba mata aku capture satu cahaya putih. Macam kilat tapi bukan. Laju je cahaya tu menuju ke salah satu dahan pokok-pokok besar yang aku cakap tadi. Bila perhati betul-betul, aik burung hantu? Putih bersih. Besar bak hang! Besar gila! Aku biarkan dulu.

Tapi masalahnya aku duduk berhadapan pokok tu. Tak boleh tak tengok. Mesti akan tertengok.
Sekali sekali aku pandang. Tetap burung hantu. Elok bertenggek atas dahan.

Entah yang kali keberapa aku tertengok, tu dia. Bukan burung hantu dah! Kakak cantik duk bertengek atas dahan. Dari burung hantu yang putih bersih bertukar ke kakak cantik berkain putih comot berambut panjang! Muka tak nampak. Patutlah besar! Menyamar ye.

Aku pandang kawan aku, dia boleh tanya “kau nampak tak?” Aku angguk. Geram jugak dengan dia ni sebab pergi tanya masa kakak cantik masih ada dekat situ.

Bila aku dah tahu kewujudan kakak cantik, bulu roma aku meremang je. Lepas beberapa minit, dia blah! Dia terbang weh! Dia terbang!!! Terbang ke arah kolej-kolej. Masa dia terbang tu takde pulak dia mengilai. Tetapi, hamboiii baju putih dia tu taknak panjang lagi ke? Banyak duit beli kain. Hehehhe.

Aku dengan kawan-kawan aku teruskan melepak sehinggalah pak guard halau sebab dah jam 11pm.

Selama aku belajar dekat IPT ni, itu jelah sekali aku nampak kakak cantik. Kawan aku yang kolej dekat dengan Kedai 2 pernah bercerita yang bilik dia tempat laluan kakak cantik. Setiap malam memang akan lalu. Terbang masuk dari tingkap keluar ikut pintu bilik. Macam yang aku cakap tadi, gaya dia terbang bercahaya macam kilat tapi bukan. Sampaikan dorang malas nak ambik kisah.

Okay. Setakat ni je lah cerita Hantu Perak Part 1. Nanti sambung lagi. Terima kasih sebab sudi membaca.

End of Part 1

Nota kaki yang tak berapa berkaki:

Sorry kalau tercampur bahasa omputih dengan bahasa melayu.

Aku nak ucap terima kasih dekat korang yang suka kan cerita-cerita “seram” aku and nasihatkan aku untuk sharpen my writing skill. Aku faham semua nak kisah yang senang dibaca, difahami dan terperinci supaya mood seram tu sampai. Betul tak? Thanks, kalau korang tak tegur aku tak perasan semua ni.

Secondly, thank you for advising me to get married; seriously? makcik bawang level berapa ni?Dah kahwin nanti kau akan tanya bila ada anak pulak ke? Sabar, tengah kumpul duit, dah belajar guna duit parent takkan kahwin pun nak guna duit parent. Ye dok? Kan dan cakap mula-mula je asyik keluar balik malam. Sekarang dah sedar, jumpa pun jarang. Masing-masing sibuk. Aku faham makcik-makcik bawang sekalian bahawasanya tak manis anak dara balik lewat. Aku ambik nasihat tu semua jangan risau.

Thirdly, aku tak tahu apa masalah kau nak komen dengan bertanyakan berapa kali aku dah bersetubuh dengan bf aku. Serious arhhhhh?!!! Kau ni batak sangat ke macam mana? Sampai binatang pun kau bernafsu. Kesian parent kau. Please admin FS kalau kau aware pasal warga FS yang komen berunsurkan otak kuning tolong block dorang. Buat malu warga Malaysia je.

Next, kepada brother yang cakap “cerita seram” aku ni tipu/ olok-olok/ di reka; and acah-acah nak jumpa kononya nak dengar kisah seram aku lebih mendalam – aku malas nak argue dengan kau, sebab orang cakap jangan berdebat dengan orang bodoh takut nanti onlookers tak tahu beza mana satu yang bodoh 😉 so aku taknaklah nampak diri aku ni bodoh kan (DP pun guna muka orang lain ada hati nak cakap aku menipu). Buat apalah aku nak menipu aku nampak benda halus ni, tak ada faedah nya. Aku bukan awek cendol yang perlukan perhatian. Aku cuma kongsikan pengalaman. Di ulang, pengalaman.

#siapamakancilidiarasapedas

Buat brother yang duduk dekat kg subang tu; aku minta maaf ye atas claim yang aku dah buat.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nurul
#RRDoters: Hantu-Hantu Perak Part 1
9.5 (95.38%) 26 votes

37 comments

  1. Biasanya kalu ade ‘org’ bg salam, then ko jawab salam dia, kiranya mcm dh ajak dia masuk rumah
    Kikikiki..

  2. Seram sampai. Tak de melalut kelaut pun. Biar je org yg mulut puaka tu berceloteh. Kita buat lek buat pis je.

    1. kau ni dah kenapa zack? tanya soalan yang baik2 lah.. moyang puteh perhati je kau ni.. jaga2 nanti moyang puteh menghantui mimpimu..

  3. Heran jugak pada sesetengah pengikut di sini, cuba jangan lah nak komen cam haram J, nak pulak yang bersifat peribadi, tak ada kena mengena dgn penceritaan. Citer bohong ke tidak ke.. sama juga bila kita baca rekaan seram fiksyen … anggap je la macam tu, tak payah lah tunjuk sangat bahalolism. Cer yg komen tu boh citer Pengalaman dia, tak Ada? Komen membina je la. #facepalm

  4. Terbaik…aku pernah study kt sini dlu..mase tu aku da sem 5 rasenya time aku dengar cite pasal bdak2 sem1 ni tengah induksi kena histeria dekat masjid baru tu..dengar cite sebelum masjid dan dewan baru tu dibina, “benda2” yg ade kt situ marah dan pembinaan tergendala..dan ade satu pokok kat situ susah nak tebang sebab benda tu tak izinkan..pastu pernah jgk dgr ade bas digunakan untuk keluarkan makhluk2 ni dari kampus..kebetulan malam sebelumnya, mase tu da malam pkul12 camtu..aku terdengar bunyi bas kt tepi hostel..aku jenguk la sbb pelik mane ade bas lalu jalan kecik tepi hostel tu..lagi2 tengah malam..esoknye dengar cite pihak kampus mintak tolong ustaz bawak kuar benda2 ni guna bas sebab banyak sgt..disebabkan banyak sgt smpai bas tu senget sebelah..and dorang cite sebenarnye banyak lagi benda2 yg xdapat dikeluarkan dari kampus sebab byk sangat..bas xmuat haha..wallahu a’lam

    1. ye betul! masa tu masih part 1 lagi. before exam week, course department ada buat annual dinner. Balik2 dari dinner banyak betul bus keluar dari uitm. plus banyak beras keliling kolej masa tu. ddan malam tu sunyi dan sepi dia lain macam betul. dengar citer penunggu dekat situ nama dia ANIS.

      1. ha ah baru aku ingat nama dia Anis..dulu ade budak kena rasuk dekat fakulti art n design..benda tu cakap nama dia Anis..dia ckap umur dia berapa ratus tahun tah x ingat..pastu dia kata dia selalu tengok budak2 art ni menjahit, melukis, buat pasu seramik..pastu dorang cakap pihak kampus da pagar dia dekat tasik kecik sebelah fakulti baru art n design..nasib aku baik sepanjang study kat sane x pernah lagi terjumpa ape2 kt sane huhu

        1. Not pagar la..pindahkn sbb bangunan baru fssr tu kmpg dia..kmpg dia abis musnah sbb tu dia marah and masuk dlm badan someone utk smpaikn apa yg dia nk ckp nie cerita drpd my lecture sndri tujuan beliau cerita pd kmi masa mula2 masuk tu sbb nk bgtau masa nk pindahkn anis tu ada pjanjian yg diorg buat aku xbpe ingat tp antaranya pastikn area fss rnie bersih dan cantik and anis pesan pastikn jgk org pompuan klw period pad xbuang merata2..so skrg dia da duduk kat tasik tu..

        1. si anis tu sentiasa ada dekat situ. lepastu apa jadi tak tahu lah. sebab dah 8 tahun tinggalkan tempat tu. so far dengar cerita dari junior, ada budak nakal menyamar jadi orang minyak adalah. hahhaa

      2. Owhhhh..yess..kita geng…sy pon study situ dulu…masa sy masuk time tu kes “anis” tengah kecoh…and smua citer pasal awk tulis tu mmg heboh senior cerita…tp kes nabila paling win laaa…hahahhajhaha

  5. Penyampaian mudah faham.
    Perenggan cun kemas!
    Cerita 1 ke cerita 2 & 3 pun kemas xde bertindih.
    Utk cerita ini, keseraman level 3.5.
    Anyway good story sis!

  6. Ape kes kfc? Mintak la nak pegi Korea ke Melbourne ke Hahhahaha. Aku syak hantu tu lapar.Tapi darah manusia dah tak sedap. Hantu pun dah maju😂 Anyways, semua kisah creepy bagi aku.Tapi hope nanti aku tak kena any gangguan bila dah masuk kolej nanti.Menyeramkan! 9/10.

  7. Uitm Seri Iskandar ka?
    kalau betul.. batch 97 yang duk situ dulu…hehe
    falkulti senibina perancang dan ukur…yang lain lom ader lagi…
    kami junior dan senior2 sem 4(paling senior la masatu)
    mmg best…creepy…nmpk bantal guling, nmpk kaka cantik tu…mmg pemes dia ni rupanya..lama beno ko kaco bebudak ni yer….nenek kebayan nak sewa bilik (masa student cuti sem)…macam2 la…
    selamat menempuhi semua tu ya adik2….janji study jangan stress..buat drawing jangan melalak.. nnti ada join sekali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.