Rumah Aku

Asalamualaikum dan hai semua  .
Nama aku Bella, asal aku dari Johor. Tu sikit salasilah aku (salasilah ke ?) .
Aku start baca fiksyen shasha ni start aku aku kenal junior kat tempat keje lama aku (syazana) , so loyaa (nama samaran dia) baca kisah ni, mesti loyaa kenal akak. Heheh. Okay okay back to real story.

Pengalaman aku yang aku share kat korang ni, terjadi pada diri aku sendiri. Sama ada korang nak kritik ke tak percaya terpulang, sebab benda real terjadi pada aku. Harap korang terhibur and boleh leave your criticism and comment dekat bawah. And apa aku boleh katakan, cukup pengalaman aku ni seram bagi aku. Harap maaf jika penulisan aku ni kurang menarik dan tidak seseram mana. Aku cuba menyampaikan agar korang faham jalan cerita aku. Okay ?

Masa aku tingkatan 3, aku sekolah dekat area johor. Aku tak boleh dedahkan nama sekolah ni, takut-takut tercalar pula reputasi sekolah ni. Masatu , sekolah ni bangunan induk which is lebih dari sepuluh tahun cuma ada tiga bangunan sahaja. Tapi mungkin perbincangan antara guru-guru sebab bilangan pelajar semakin ramai, mereka dalam pembikinan membuat dua lagi bangunan baru di belakang bangunan induk yang ketiga. Okay aku bagi clear kat korang. Bangunan pertama ada office guru, bangunan kedua dan ketiga adalah kelas pelajar. Office guru terletak pada tingkat dua sahaja , setiap bangunan ada tiga tingkat, dan the rest adalah kelas, makmal, bilik kaunseling dan sebagainya.

Cerita dia start macam ni, bangunan-bangunan baru tu didirikan di hutan yang telah ditebang. Yes, sekolah aku tu dulu belakang bangunan sebelum didirikan bangunan baru tu adalah hutan. Tapi sebab nak dirikan bangunan kan, terpaksa tebang segala pokok yang ada. Dan misteri bermula semasa mereka pacak tiang.

Mula mula kami memang takde rasa apa-apa pelik. Oh ye lupa, masatu kelas aku berada di bangunan pertama yang tingkat dua tu adalah office guru, dan tingkat tiga semuanya kelas tingkatan tiga. Tak silap aku , 7 buah kelas. Kelas aku berada betul betul di hadapan tangga. Kira naik tangga terus masuk kelas. Selebihnya pelajar tingkatan tiga kelasnya dekat bangunan kedua.

Histeria ni bermula bila tiba tiba ada satu pelajar perempuan dari selang 3 kelas dari kelas aku tetiba menjerit (aku kepoh gi tanya pelajar kelas perempuan tu apa terjadi). Apa yang aku ingat bila kawan-kawan dia ni bawak pelajar di ke surau, dia memang lalu depan kelas aku, aku kesian sangat tengok keadaan dia. Muka dia pucat lesi, tapi mata dia merah. Yang menjadi salah satu tanda tanya, bila kawan-kawan kelas aku and aku perhatikan dia dari tingkap kelas, dia terus memandang kelas kami macam ada sesuatu. Terkena pulak bila aku tengok muka dia, dia pandang tepat arah mata aku. Fuh. Kau rasa ? Tak meremang bulu roma kau ? Tak tahulah kalau korang. Time tu aku yang dah rasa lain. Tapi cepat cepat aku tepis segala perasaan yang kurang enak. Cepat cepat aku baca Al-Fatihah sebab masatu je surah yang terlintas. And kemudian aku okay. Tu kejadian hari pertama. Selepas pelajar tu, seharian takde pape and teruskan pembelajaran macam biasa.

Hari kedua, ada lagi pelajar histeria, kali ni , ada dua orang pelajar perempuan dari kelas aku sendiri. Dorang duduk meja lain-lain. Masatu apa yang aku ingat, belum ada cikgu masuk kelas kami. Cikgu terlambat sedikit tak silap. Aku tak ingat nama dorang siapa, tapi, yang pasti dua orang. Lepas kitorang hantar dua orang ke surau, ada lagi histeria , rasanya, hampir lima hingga enam orang pelajar perempuan kelas aku tu histeria. Kitorang sampai tak tahu nak buat apa, kitorang terpaksa panggil cikgu sebelah kelas minta bantuan. Dekat surau tu memang dah ada ustaz dan ustazah standby sebab tengah proses ‘memulihkan’ pelajar dari kelas lain termasuk dua orang pelajar perempuan dari kelas aku. Aku yang tolong ‘deliver’ dorang masatu memang takde rasa pelik ke something different terjadi pada diri aku. Tapi masa aku balik rumah aku dah rasa tak sedap badan. Kebetulan pula masatu aku tengah “cuti”. Jadi apa aku boleh buat, aku baca ayat kursi dan surah-surah lain. Malam tu jugak aku kurang tidur, entah macam ada satu feel aku tak sedap hati. And rasa aku taknak pergi sekolah esoknya.

Hari ketiga, hari yang paling aku rasa tak dapat lupakan. Pagi tu aku bangun, aku rasa berat sangat mata aku, yelah satu malam tak tido. Kau rasa? Hati aku berkata macam-macam, pujuk diri taknak gi sekolah, tapi faham jelah kang tak gi sekolah ada pulak yang berangin. Mak aku la, sape lagi :’) .Mak aku paksa jugak gi sekolah macam biasa dan abaikan perasaan macam tu. Dalam bas, aku rasa aku tak bercakap dengan sesiapa, rasa macam mood swing. Bila dipikir balik, mungkin sebab tengah lampu merah. Jadi mood tak menentu. Tapi mood kalini macam lain sikit, entah rasa bingung, geram , nak marah. Entah lah. Berbaur perasaan tu.

Dalam kelas, aku dah rasa fikir benda bukan bukan. Fikiran aku melayang-layang. Kebetulan cikgu pagi tu tak silap tak masuk sebab ada urusan kat office guru. Entah tiba-tiba aku suruh kawan baik aku, Iman bacakan ayat kursi. Aku cakap dengan Iman “Iman , tolong kita boleh ? Bacakan ayat kursi, kita rasa badan tak berapa sedap la” . Iman terus memandang aku dari dia membuat kerja dia “ Bella, Bella okay tak ? Kenapa muka tiba tiba pucat ni ?” dia cemas. Terus dia bacakan tanpa lagi bertanya. Masa dia bacakan, fikiran aku melayang sekali lagi. Hati aku meronta menginginkan dia terus membaca, tapi entah, air mata aku meleleh secara tiba tiba. Kemudian aku tak ingat apa jadi. Aku bangun, aku ada kat surau, tapi sebelum tu, aku nampak kawan aku tu, menangis. Sumpah aku tak ingat apa jadi. Bukan lupa tapi memang tak tahu apa lepas tu berlaku.

Mengikut cerita Iman, masa dia bacakan ayat tu, aku menangis sambal meraung. “Diamlah! Aku tak suka kau baca! Diam!” lebih kurang macam tu aku berkata pada dia. Aku cakap macam tu ? Seriouslah ? Aku pun tak tahu langsung. Sebab bila aku sedar , aku dah ada dalam surau. Aku dah dibuka tudung, dan aku rasa telinga sebelah kiri aku membengkak. Panas. Ustazah yang ada dalam surau terkejut tengok keadaan aku. Yelah budak lain histeria biasa, yang aku, secara fizikal nampak. Aku dah tak fikir apa sebab aku rasa tak selesa, aku jadi lemah sangat. Kemudian ustazah berikan satu botol air (yang mungkin telah dibacakan ayat suci Al-Quran) untuk aku minum. Lepas aku minum je aku rasa lega, ibarat kau dah lari 1km lagaknya dan kau dapat minum air. Macam tu la aku rasa. Lepas aku minum air, bengkak pada telinga kiri aku kurang dan kurang . Kejadian tu terjadi pada hari rabu. Lepas tu aku naik kelas, tapi aku rehat . Aku rasa condition aku masa tu tak okay sangat. Belajar pun aku amik mana aku mampu. Guru-guru yang ada masa hari tersebut membiarkan aku rehat dalam kelas, tidak menganggu aku. Barangkali, semua cikgu tahu keadaan aku masatu. Aku balik, aku beritahu ibu ayah, dorang cuma cakap buat mana mampu. Sebab aku tak boleh nak solat, jadi baca surah-surah penting. Aku pun ikut apa dorang cakap tanpa banyak soal.

Keesokkan harinya, satu budak lelaki mengazankan setiap empat penjuru kelas aku. Seperti semalamnya, ada lagi budak dari kelas aku histeria. Aku ? aku masih tak sedap badan, Cuma aku lawan perasaan aku, aku tak mahu ikutkan sangat, tetap rasa lemah. Tapi aku kuatkan diri.

Bila hari Jumaat, satu hari dari pagi telinga aku membengkak merah menyala serta panas. Aku sendiri tak selesa dan hampir pengsan. Keadaan aku tak normal. Aku dibuka tudung. Masatu aku dah tak fikir apa. Malu ? Perasaan tu dah takde bila kau sendiri menahan sakit. Satu hari aku tak masuk kelas. Bertemankan rakan aku, Iman. Dia yang menemani aku dari awal pagi sampai balik sekolah. Keadaan aku masatu masih tak okay. Tapi aku gagahkan diri jugak melawan perasaan tu. Perasaan tak sedap badan, sakit telinga, seolah-olah ada yang berbisik tapi aku tak tahu apa yang dibisikkan

Hari ahad minggu yang sama, ibu ayah aku bawak aku pergi berubat. Masatu, mak long aku serta anak-anaknya, makcik – makcik aku (adik kepada mak aku) dan juga anak-anaknya ada bersama. Masatu aku pergi berubat dekat Singapore, setelah mak aku memberitahu abang dia (pakcik aku) tentang kejadian yang aku alami. Masa aku berbual dgn dorang, keadaan okay, takde masalah. Tapi bila ustaz datang bagi salam kat pintu, aku yang terasa panas dan cemas, padahal belum start apa-apa pun. Aku sendiri pelik kenapa aku rasa macam tu. Semasa proses perubatan, aku cuma menutup mata dan tidak dibenarkan sama sekali buka mata. Aku dengar , aku tahu ustaz tu cakap apa yelah perkara biasa yang selalu korang tahu bila berubat kan ? so aku tak perlu cerita lagi full version. Tapi bila dah nak berakhir nya proses ‘perubatan’ tu, ‘benda’ tu nak keluar , aku rasa sangat-sangat. Masa ustaz tu melaungkan azan, aku disuruh tegakkan tangan kanan. Kira macam kita betulkan barisan masa sekolah rendah kan kita angkat tangan kan ? Ha macam tu aku tegakkan. Aku merasakan ‘vibration’ kat tangan aku. Macam ada sesuatu keluar dari lengan sampai ke hujung jari secara berperingkat. Serious, aku macam rasa ‘benda’ tu keluar. Lepas habis je keluar sampai hujung jari, automatik aku rasa lemah sangat badan aku. Satu feel macam kau baru lepas jogging non-stop 2 round dekat padang. Aku terlalu letih. Ibu dengan makcik aku terus mendapatkan aku dan memberikan aku sedikit air yang telah disediakan oleh ustaz yang membantu aku. Ustaz tu cakap, ‘benda’ tu dah mula berdamping dengan aku. Kalau lambat mak aku bawak berubat, maka ‘benda’ akan menetap dengan aku sampai bila bila. Goosebump sebenarnya bila aku menaip cerita ni .

So selepas kejadian tu, apa yang aku dengar dari pelajar-pelajar sekolah, semua guru berpakat mengadakan Yassin dan sedikit kenduri doa selamat dan ‘memagar’ sekolah agar perkara yang tidak diingini berlaku lagi. Apa yang diceritakan oleh guru aku, ‘benda’ tu terlalu marah sebab kita dah kacau ‘rumah’ mereka. Yelah hutan yang ditebang tempat tinggal ‘mereka’. Jadi ‘benda’ tu kira macam nak mencari ‘rumah’ baru dengan menduduki sesiapa sahaja pelajar yang mereka suka , berkenan. Subhannallah , takut gila dengar. Sejurus selepas menyelesaikan ‘masalah’ yang ada, alhamdulilah takde lagi histeria atau meracau. Keadaan aku pun semakin pulih.

So sekian cerita aku. Kalau ada salah tatabahasa harap maafkan sebab niat dihati cuma nak korang enjoy. Kalau tak seram pada korang, takpe. Kalau fikir tak logic akal, pun takpe. Takde paksaan untuk percaya atau tak. Tapi yang penting, benda ni pernah berlaku dalam hidup aku. Ada masa, aku story lagi satu. Kalau benda macam ni pernah terjadi kat korang, harap kuatkan diri dan semangat. Kita ada Allah. Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

nabila
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

48 comments

  1. Kita rasa kita kuat..tp bila dlm keadaan kotor,yg kuat boleh jd lemah…
    mujur bella cepat dapatkan rawatan..saya masa sekolah di beranang dulu pun pernah ada kes hestiria berjemaah…hampir 1 dom…jenuh juga lah ustaz dan ustazah nak handle…last panggil imam masjid n org luar bantu kami…

  2. Best..kisah drpd org y pernah histeria..mujur ler awk cepat2 berubat sblm bnde tu berdamping..tapi kan,kalau benda tu dah berdamping,apa akan jadi?dia akan ambik alih badan kita ke caner?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.