Assalamualaikum kepada Admin FS dan pembaca semua.. terima kasih kerana sudi siarkan kisah aku ‘Mbok Miah’ dan terima kasih juga atas al fatihah dan comment yang baik dari anda semua semoga Allah merahmati anda semua di dunia dan di akhirat.. ok ramai yang mintak aku sambung kisah rumah kampung aku yang dah lama di tinggalkan lepas arwah atuk aku meninggal dunia.. mari lah kita mulakan..
Cerita ni berlaku pada tahun 2013 tak silap aku masa tu aku dah nak berkahwin.. masa tu cuti Panjang cuti berkait tapi memang sumpah aku tak ingat time tu cuti apa.. kebetulan masa tu rumah aku ada kenduri semua pakcik dan makcik belah papa berkumpul.. papa pon bersuara dekat adik-adik dia memandang kan dia yang sulung..
“Along nak minta jasa baik semua adik-adik along balik kampung, sebab along rase lepas abah meninggal mak pon dah pindah KL sebab kene dialysis di KL, jadi rumah kat sana (Negeri Sembilan) takde orang tengok, nasib ada abang Razak tolong upah mesen rumput kat laman bersih sikit.” Adik-adik papa hanya mengangguk tanda setuju dan faham. Papa aku ni memang terkenal lemah lembut kalau bercakap die memang sebijik ikut perangai arwah atuk aku. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku pulak memang takan berani melawan sebab kata diorang papa aku kalau mengamuk lain macam. Kucing kalau mengandung 1 bulan pon terus boleh beranak la kata mereka. Kemudian pakteh adik lelaki papa pon kata ” long kami ada kenduri belah asha (isteri pakteh) agaknye kami tak dpat balik lah kampung minggu depan cuti panjang ni” kata pakteh. Rupe-rupe nye memang nak dijadikan cerita semua adik-adik beradik papa aku tak dapat pergi sebab ada hal yang perlu di selesaikan.
Maka papa pon panggil la kami adik beradik dan sepupu-sepupu kami, masa tu semua dah ‘bosa godang’ bak kata orang nimsilan. Haha ayu-ayu cantik-cantik hensem-hensem la katenye dah remaja gitu, yang seronoknye sebab kami semua hampir sebaya balance pulak tu laki dan prempuan. Papa pon bersuara “paklong nak minta kamu semua balik kampung minggu depan tolong cuci rumah atok, kami semua tak dapat balik ada hal perlu di selesaikan, paklong harap semua boleh lah tolong paklong bersihkan rumah tu sebab dah lama sangat tinggal”. Kami pon pandang la sesame sendri masing-masing macam paham isi hati masing-masing hahaha menggelejat la semua nak balik kampung sebab yelaa remaja-remaja je kannnn hahaha. Kami pon semua bersetuju, papa pon nampak lega sebab ada yang membantu meringan kan kerisauan dia.
Selepas atuk meninggal papa aku macam terlampau sedih bila balik kampung je dia akan nangis selepas solat walaupon die sorok tapi kadang-kadang aku Nampak. Bukan tak redha tapi mungkin terlampau rindukan atok. Mungkin sebab tu die jadi susah nak balik sebab die mesti teringat arwah atuk, bagi papa arwah atuk memang tiada ganti, seorang bapa yang tegas tapi penyayang dan tak pernah sekali penat nasihat anak-anak nya pasal ilmu agama. Betul la kata orang, orang yang baik smpai bila-bila orang akan ingat walaupon die dah takde kat dunia ni. Untung nya arwah atuk tiap-tiap jumaat kawan baik arwah atuk imam Hadi akan buat tahlil akan di sertakan sekali nama atuk dalam doanya. Mereka memang kawan baik dari muda masuk askar sama-sama. Kenapa aku selitkan imam Hadi dalam cerita ni, sebab die la orang yang penting juga untuk kisah aku kali ni.
Hari yang di tunggu-tunggu dah tibe, adik beradik aku memang semua sumbat satu kereta kami naik Alza je 6 org. Adik bongsu kami tak ikut sebab bongsu tu die kecik lagi masa tu dia peneman papa ke mane-mane kata papa. Semua sekali ada 5 biji kereta, kami pon konvoi la pagi tu balik ke kampung cewah macam lah jauh sangat kan 1 jam 30 minit je pon. Sampai je kampung kami, Allah je tau betapa sebaknya kami sebab memori masa ada arwah atok tibe-tibe macam flasback. Tak sedar air mata aku jatuh teringat kami main sukaneka, lumba lari kutip durian, mandi sungai, kejar ayam, naik atas lembu. Sekarang semua tu dah takde yang tinggal Cuma pokok buah-buah buahan je. Kami pon bukak pintu dan bagi salam, aku tak tau lah kenapa perasaan aku ni lain macam je. Rasa berdebar-debar dan tibe-tibe rasa bulu roma meremang. Kakak aku pula dia macam memahami perasaan aku. Lantas kakak aku mengarahkan abang aku yang sulung untuk laungkan azan.
Abang aku pon melaungkan azan, baru “ALLAHUAK… BAM !!! BAM!!! Kami semua terkejut, pintu bilik atas terbukak seolah-olah ada angin yang sangat kuat menerpa, padahal aku jenguk luar rumah angin lembut je, ni dah macam angin taufan yang terpa. Kakak aku ni semua adik beradik dan sepupu aku tau sifat berani nye dan solat tak pernah tinggal die sangat rajin mengaji. Die pon naik ke atas, buka semua tingkap dan pintu. Lepas die naik semua pon ikut naik tolong bukak kan pintu tingkap sebab banyak tingkap, kami ye la rumah kampung kan, setiap bilik kami bukak pintu dan tingkap. Selepas tu abang aku pon melaungkan azan di setiap penjuru rumah. Selesai semua kakak aku mengaturkan tmpat tidur masing-masing yang perempuan kene tidur dalam bilik kiranya kalau di campur keluarga kami dan sepupu yang lain ada 8 lelaki dan 9 perempuan jadi yang perempuan semua kene tidur dalam bilik. Yang lelaki mereka dengan rela hati tidur di hall kedua tmpat kami kene kacau masa kecik dulu, tapi sebab perkara tu dah lama berlalu jadi abang dan sepupu kami seolah-olah lupa.
Tengahari tu kami panas kan lauk bekalan keluarga masing-masing tinggal nak masak nasi je, beras pon kami dah beli masa singgah di kedai uncle Panjang. Uncle Panjang ni owner kedai runcit di hujung jalan simpang nak masuk kampung kami, die memang kenal sangat dengan arwah atuk sebab arwah atuk selalu beli dedak ayam dekat dia. Yang bagusnya uncle Panjang ni die sangat peka tentang halal haram orang islam di kawasan tu sebab tu die tak jual makanan-makanan atau benda-benda yang was-was untuk orang islam, smpaikan die sendri makan ayam sembelih yang atuk aku sembelih kan, kata uncle “kene hormat pada binatang yang kita nak makan”. Teringat perbualan abang aku dengan uncle Panjang, “uncle nak beli beras dengan air botol sarsaparilla satu petak eh campur-campur la semua eskem soda tapi taknak oren” (botol soda) uncle panjang gelak je die kata “okey, eh ni semua cucu mad kan? Semua sudah besar-besar eh dulu datang kedai uncle kecik-kecik je semua” gelak dia. “Lama sangat tak balik, itu orang selalu sapu sampah dekat laman sapa ye, uncle tak pernah tengok? Pembantu rumah ke?” pastu abang aku pon cakap “itu pakcik Razak la uncle die tolong mesen rumput” pastu uncle panjang mencelah “eh bukan laaa itu lajak (Razak) uncle kenai, die pon potong rumput rumah uncle” abg aku dah berkerut sape pulak yang tolong sapu laman?,die pon pelik tapi die malas amik pusing.
Selesai sudah makan tengahari, kakak menyuruh kami solat Zuhur berjemaah di hall rumah bila nanti Asar di tengah rumah dan maghrib dan isyak kene di hall no 2, selepas tu di sambung dengan bacaan Yassin dan tahlil. Selepas solat Zuhur kami semua start berkemas, sebab taknak tangguh kerja sebab nanti bila petang in sha Allah semua dah settle. Bermula di hall pertama smpai ke dapur dan toilet. Kami bergasak basuh bilik mandi dan bilik buang air besar, mengemop, menyapu dan tukar cadar di bilik bawah. Kolah besar di luar rumah tu kami masukkan toto untuk di basuh masya Allah punye la hitam berkarat. Sesudah di bawah naik pula kami di tengah rumah, tukar cadar setiap bilik dan vacuum serta yang lain-lain nya, di sebabkan kami ramai kerja kami menjadi cepat. Alhamdulillah sebelum Asar semua da settle. Tapi aku masih rasa tak sedap hati.
Asar pon berlabuh, kami semua mandi dan solat berjemaah di tengah rumah tapi kali ni kami dah mula di beri salam perkenalan oleh tetamu tak di undang. Semasa kami solat, di loteng kami kedengaran seperti orang berlari-lari anak. Jujur aku katakan solat aku mula tak kusyuk, tetapi abang ku selaku imam, kami masih tenang dan dia kuatkan bacaan ayat-ayat suci al quran. Makin lama bunyik tapak kaki tu makin kuat dari berlari anak ke hentakan orang dewasa ‘PAM PAM PAM’!! kami masih teruskan solat habis bagi salam abang aku terus sambung baca doa. Semua bangun nak turun ke bawah. Nampak tenang je masing-masing padahal semua penakut macam aku tak tau (termasuk aku). Kakak aku je stay di tengah rumah sambung baca al quran, kali ni gangguan senyap tapi bunyik di dalam bilik pula bersahut seperti orang sikat rambut dan alihkan perabut. Kakak aku masih teruskan mengaji, die minta kami bawak air dalam besen. Abang aku pon bawak naik ke atas die mengaji bersungguh-sungguh dan air besen tu die minta abang kami renjiskan di keliling rumah (dlm rumah) abang aku pon turutkan saja.
Kami masih lagi berani sebab hari masih siang, minum petang anak-anak dara dah sediakan. Cekodok bawang and teh Tarik memang padu la time-time petang macamni dengan angin sepoi-sepoi bahasa, terasa nyaman terlupa pula gangguan tadi. Abg aku dan sepupu kami dok main bola di laman. Kami yang perempuan macam biasa la menggedik amik gambar nak hantar kat tunang masing-masing. Seronok rase jauh dari kesibukan kota, nyaman dapat udara segar dekat kampung. Leka bermain tibe-tibe kami dikunjungi tetamu Tok Awi dengan Imam Hadi, kami memang kenal mereka sebab mereka dulu geng askar atok. Selepas bersalam kami jemput la minum, minuman petang kami yang tak seberapa tu. Tok awi pon bertanya ” bilo sampai? Abah mano?” abg aku pon menjawab “papa ada hal tok kat KL tak dapat nak balik, tu kirim anak-anak tolong bersihkan umah atok”. Tok awi menggaguk perlahan. Tapi aku perasan imam Hadi asyik pandang tangga kami yang menuju ke hall 2 iaitu di hujung rumah. Matanya tak berkedip. Aku pon sapa “tok nak tambah air tak?” Imam hadi tersentak lalu menggeleng sambil tersenyum. Die kata kat kami apa-apa nanti panggil la dia kot nak tolong apa-apa, anak-anak die pon ada. Aku dulu memang crush teruk kat anak imam Hadi ni sebab hensem wey. Nak je aku cakap ye, tapi nampak sangat kang aku ni miang. Selepas beberapa ketika berborak kosong , tok awi dan imam Hadi pon minta izin balik memandang kan dah nak maghrib.
Kami semua masuk ke dalam, tunggu giliran nak mandi. Sambil-sambil tu siapkan lauk untuk makan malam. Selesai amik wudhu kami semua naik ke atas yang ABC (Allah bg cuti) mereka berperang kat dapur siapkan lauk untuk makan malam. Kali ni ‘mereka’ tak main-main ye gais. Masa kami tengah solat abang kami selaku imam membaca surah sambil suara tersekat-sekat, kejap dengar kejap tak dengar, aku fikir mesti die rindu arwah atuk syahdu sangat. Rakaat ke dua masa duduk antara dua sujud tu korang bayang kan semua tingkap terbukak serentak, tapi perlahan-lahan je buyik karat ‘eeekkkkk……eeekkkk’ aku dah tak tenang sebab aku paling hujung lagipon memang dan confirm kami dah lock semua tingkap masa maghrib tadi. Aku cuba bertenang dan tutup mata dan solat macam biasa. Dan bila rakaat ke tiga “PAP”!! kipas semua tertutup lampu pon tertutup dengan sendri nya, black out tapi tempat kami solat sahaja. Abang aku masih teruskan solat, habis je rakaat. Abang aku macam pelesit pusing ke belakang, terkejut kami di saf belakang dan dia baca doa, kami semua nampak air mata die berjurai sikit. Kakak aku bangun dan cuba bukak semua lampu.
Tapi die main-main gais, kakak aku bukak, die tutup, kakak aku bukak, die tutup balik, yang lain semua pergi tutup tingkap yang terbukak tadi. Sampai kakak aku naik angin die jerit “kami ni makhluk Allah kau pon makhluk Allah kita sama-sama hina di dunia ni kami tak kacau kau dan kau syaitan, iblis yang dilaknat Allah jangan ganggu kami!” Lepas je kakak aku cakap macamtu semua lampu dengan kipas hidup tapi kalini kipas pusing laju smpai tercabut bilah-bilah kipas (kipas dinding bukan kipas ceiling) kami semua tertunduk takut kene bilah. Kakak aku cakap takpe biarkan dia kita mengaji dan baca yasiin. Kami semua duduk balik dan sambung baca Yassin baru BISMIL… yang sepupu kami kat bawah berlari tak cukup tanah naik ke atas menghimpit ke kami. Kami semua macam dapat agak. Lalu abang aku suruh diorang duduk di sebelah kami tunggu smpai abis mengaji dan solat baru turun sama-sama ke bawah. Kesian aku tengok pucat lesi muka diorang.
Bacaan Yassin pon bermula, di bawah rumah kami kedengaran bunyik kuku, macam tengah di asah kuku tu. Kemudian perlahan aku dengar suara seperti nenek tua ” ni rumah aku… kenapa kacau rumah aku…. Pergi balik… balik…” mula-mula lembut lama-lama jadi garau ” NI TEMPAT AKU!! RUMAH AKU!!!! BALIK!!!” di ulang-ulang kejap kasar kejap lembut, aku lagi sekali ta kusyuk apalaaa nasib aduhai, pagi tadi rase seronok dan teruja kali ni aku rase macam nak balik sekarang juga tak tahan dengan gangguan. Kakak aku teruskan bacaan dan abang aku pon sambung, selama kami baca Yassin memang sentiasa ada gangguan. Kerusi kami dari hujung di tolaknya smpai ke tempat kami mengaji dan tibe-tibe bergoyang seolah-olah ada orang duduk. Kami masih sambung smpai lah usai solat isyak. Dengan tenang kami turun kakak aku da pesan dekat semua jangan sesekali takut dan jangan terlmpau berani. Kami pon turun sebab perut dah lapar sangat.
Semua dah letih kene ganggu dan sebab berkemas tadi, lalu semua nak tido awal yang lelaki dah ta jadi dah nak tidur kat hall 2 hahaha semua nak tido bilik bawah, kata mereka sebab bilik bawah tu lebih besar muat untuk mereka 8 orang. kami yang perempuan bahagi dua 5 orang bilik tengah 4 orang bilik belakang tapi masalahnye semua taknak bilik belakang tu sebab dekat dengann hall 2. Jadi kakak aku pon selamber je tido kat situ aku sebagai adik kene ikut ye ( ilmu di dada suam-suam kuku maka aku kene duduk dengan kakak aku hahahaha). Malam tu kami semua tertdur awal sebab memang letih berkemas rumah atuk, bukan kecik besar ya amat. Aku dah pesan kat kakak aku aku nak tepi dinding. Budak prempuan lain memang bersempit semua kat bilik tengah. Kami dua beradik je kat bilik belakang. Ok gangguan paling extreme start pada pukul 4pagi, masa tu aku tengah elok tido tibe-tibe katil kami begegar, korang bayangkan macam gempa bumi tu. Bergegar-gegar, aku tengok kakak aku da bangun dah terkumat kamit mlut die baca lalu dia hembus ke luar katil kami dan gegaran berhenti. Aku lega dan terus peluk kakak aku. Die ckp “dah pagi sambung tidur takpe Allah ada” tu buat aku sayang kakak aku ni sebab die da macam ibu. ibu aku kalau aku takut die mesti ckp ayat yang sama.
Kali ni aku dengar sesuatu kt bawah, aku dengar azan, ye abang aku tengah azan. Aku kejut kakak aku yang baru nak lena, kakak aku kata “takpe diorang dah besar pandai diorang handle, apa yg kita perlu buat ada lah sabar dan tunjukkan kita lah tuan rumah”. Aku pon peluk kakak aku. Baru je nak lelap pintu kitorang kene ketuk ma sya Allah na gugur jantung punye la kuat “BAM BAM BAM!!!! KAK IRA BUKAK PINTU!!!!!!!!!!! BUKAK!! TOLONG!!!! Eh tu suara Mira sepupu aku. Kami pon bergegas keluar, tengok mira dah nangis-nangis muka nya pucat dia kata angah (adik Mira) dah hilang. Pintu masih tertutup dari dlm tapi angah dah takde. Kami pon semua bangun, abang-abang kami semua pon pakat cari. Dalam umah takde, luar rumah takde, perigi tua pon takde, dapur, kebun buah semua takde. Hati dah risau ke mane perginya angah. Kalini kakak aku pon surrender dia kata ni bukan bahagian kita dah ni. Die arahkan abang aku call imam Hadi. 3 kali call baru imam angkat, selepas ceritakan semua nya imam kata kejap lagi die dtg.
Kami pon pasangkan ayat suci al quran di dalam rumah. Di bumbung tak payah cakap di kuis tak berhenti. Pintu dapur kene ketuk bertalu-talu bila buka takde orang. dekat loteng takyah cakap pada bunyik orang berjalan lepas tu melompat. Kami tunggu imam Hadi sampai hampir terlelap rupenye die datang dengan anak dia. Segar bugar kejap mata aku. Hensem lahaii. Dengan jubah putih die tu aduhhh terlupa tunang aku kejap hahahah. Gataii. Dia pon tolong la apa yang patut, lepas je die baca-baca tibe-tibe aku dengar orang jerit “TOLONG!!! TOLONG!!! KAT MANE NI !! GELAP!! ALONG TOLONG ANGAH!!” Kami pon mencari rupenye suara tu kat atas loteng. Kami pon bukak sebab loteng di kunci dari luar. Lepas bukak je, kami Nampak angah dah terkulai penat akibat menjerit tadi. Kami semua pelik macamane die boleh masuk dalam ni sedangkan loteng memang kunci dari luar.
Die cakap ada nenek tua dekat atas, lalu imam pon panjat naik loteng dengan anak dia, apa dia buat kami tak tengok cuma abg kami je naik sekali. Selepas tu imam pon turun. Dia kata “si polan tu taknak keluar, ada orang bagi die makanan. Sape yang uzur kt sini?” Tanya imam. Ada 4 orang yang uzur. “Mane kamu buang darah haid kamu? ” Semua cakap dah dicuci bersih dan di balut dalam surat khabar dan di buang. Imam hadi cakap “ada salah sorang dari kamu ni ada agenda die tersendiri, imam harap jangan la buat pilihan yang salah”. Kami semua terkejut, apa maksud imam? Imam cakap “ada perjanjian dah di buat sebelum kamu semua smpai sini, macamni la kamu semua balik la esok dan suruh abah kamu datang sini, ni semua bukan benda yang kamu boleh selesaikan”. Kami semua mengangguk dan imam mintak kami semua mandi sebab kejap lagi dah subuh.
Aku pon naik ke atas dengan kakak aku, otak aku berfikir apa maksud imam? Lalu kakak aku cakap “aku nak mandi dah ni nak turun sekali tak?” Aku mesti la nak turun sekali takkan nak duduk sorang dah la dekat dengan loteng dan hall hujung tu. Selesai mandi dan berwudhuk. Kami pon beramai-ramai mengaji dengan imam hadi, imam hadi minta anaknye tolong call kan imam di kampung Chengkau untuk gantikan die di surau subuh ni sebab die nak solat dengan kami semua di rumah atok. Selesai mengaji dan solat subuh, imam mintak diri dulu nak balik umah. Die minta kami bertolak balik seawal mungkin sebab masa tu tak banyak kereta. Kami pon mengganguk faham. Selepas breakfast semua, kami pon bersiap nak balik KL. Tibe-tibe sepupu kami Tura (Mastura) die cakap die nak stay lama sikit. Petang nanti die balik. Abang-abang die larang, dia kata pergi sekali balik sekali sebab nak kene singgah umah pak long (papa aku) sebab kami kene smpai kan kat papa pesan imam Hadi tadi.
Die berkeras nak stay, kakak aku dah pelik die pon tanya “tura ko kenapa? Bagi aku satu sebab kenapa ko taknak balik? “Kalini kakak aku pndang tepat kat anak mata dia. Si Tura ni alihkan pandangan dia kata “ala kak saje je na amik angin kampung lama sikit”. Mata si tura langsung tanak bertemu dengan mata kakak aku. Pastu kakak aku ckp “jangan nak mengada amik bag, semua kita balik” lepastu dia ckp “eh hello sape pulak lantik kau jadi ketua pulak ni, sukati la aku nak duduk sini! ” kami semua tersentak. Kurang hajar sangat dia ni, aku pon apa lg memang pantang keturunan aku kalau orang kurang ajar dengan adik beradik aku ni. Aku pon ckp ” ko nak duduk sini lantak kau! Kunci kat tangan aku, aku kunci semua pintu ko duduk la kat luar!” last sekali “PANG!!” Abg si Tura ni lempang adik dia actually Tura ni adik tiri dia. Terus semua senyap. Abg die pon angkut bag baju humban dalam kereta. Nak taknak die pon kene la ikut. Yang lain semua terdiam….
Time kami semua dalam kereta nak bergerak, abg aku selaku imam kami masa di kampung bukak cerita…..
Bersambung…..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
fuhhh cter best..terbaekk xsabar smbgn..btw den org chengkau hahaha
heheh sobolah yo kampung kito. hehehe
Tak sabar nak tunggu Part 2! 🙂
hehe admin FS da siarkan semoga terhibur ya.
Best jln cerita terbaik sambg cepat
terima kasih lan, admin FS da siarkan part 2. Semoga terhibur.
Wah cpt sambung.. Tura tu Sgt sesuatu laaa
hehehe sambungan nya dah di siarkan. semoga terhibur.
Best benor. Cepat sambung. Tengah suspen nie …
terima kasih atas cmmnt. part 2 sudah di siarkan semoga terhibur.
Fuhhh memang best. Xsabar nak baca sambungan die
terima kasih atas cmmnt. admin FS dah siarkan part 2. smoga terhibur. hehe
Cepat2 sambung tak sabar nak tahu
admin FS dah siarkan part 2. hehhee. semoga terhibur. terima kasih atas cmmnt.
xsabar nak tunggu sambungan
admin FS dah siarkan part 2. semoga terhibur terima kasih atas cmmnt ya pinky, hehee.
cepat la sambungggggggg…pastu2x..
admin FS dah siarkan part 2. hehhee. semoga terhibur. terima kasih atas cmmnt.
Best citer ni, gaya penceritaan pun bagus. Sila sambung dik
Best best…sambung cepat…
Sambung la
tura tu yg bagi makan kt hantu tu kot…
Hai, akak.. saya dah jadi peminat akak ni, harap² akak sambunglah cepat², ye.. cite ni best!!
bila boleh dapat part 2 ni… x sabar… hehehe… pleaseeeee…..
Menarik sebab saya xsabar nk baca part seterusnya..😄
Tura yg bagi makan “bende” tu i guess?
Bile kau sebut kedai uncle panjang.. ni kat rembau kota n.9 ke? Sbb kt kg aku tu ade gak kedai cine org pgl panjang
Kenapa bersambung
Mesti si tura ni yang bagi hantu makan. Nasib baik abg dia boleh fikir dengan baik, paksa si tura balik.
wow…nama tokeh kedai cina tu Panjang? Machiam di kampung aku je ni….he he he