Rumah Atok Part 2

Baca: Rumah Atok Part 1

Time kami semua dalam kereta nak bergerak, abg aku selaku imam kami masa di kg bukak cerita…..

“Kau tau masa solat Maghrib smlam, rakaat pertama aku dah kene kacau”, kami semua dgr dgn penuh kusyuk. Abg aku sambung “ Masa aku sujud aku bgn je ada si polan tu sebelah aku tgah mencangkung ibarat tenung aku sambil bergoyang2 mcm org berzikir tu “, “ rambut die Panjang, kuku punye la Panjang, jujur ra (kak ira) aku memang goyang time tu, kecut segala isi perut aku “. tp hebat juga la abg aku sbb die taknak kami takut die teruskan solat. Aku ingt die rindukan arwah atuk aku, rupenye die dah kene kacau dlu. Kakak aku pon bersuara “ aku ase pelik la, sbb arwah atuk tak pernah nak bela2 apa2 die paling pantang benda2 syirik and masa dia meninggal pon senang je takde benda2 pelik berlaku lepas die meninggal” kata kakak aku.

Abang2 aku yg lain pon setuju dgn apa kakak aku ckp, sbb arwah atuk aku mmg bkn org2 yg suka melakukan perkara2 yg di larang agama, yg buat kami pelik kenapa rumah tu di ganggu begitu teruk? Mugkin sbb kami dah lama tinggalkan rumah tu nak dekat 10 tahun kalau dtg pon hanya singgah sehari dua lepastu balik dan di biarkan kosong semula.Kali ni sgt extreme berani menampakkan diri dan menakutkan kami. Along aku yg sulung pon ckp rumah tu berat masa die masuk sangkaan die sbb dah lama tinggal rupenye2 ada penghuni.

Kemudian Angah pula menyambung, ko tau kenapa si Tira(sepupu2 prempuan kami yg uzur) and yg lain berlari tak cukup tanah masa kita nak baca Yassin smlam? Diorang kata diorang tgah cuci pinggan sbb ada pinggan yg dah berhabuk, yg lain2 ada juga tp tgah sibuk siapkan makanan. Tibe2 ada org ketuk pintu si Tira ni pon khayal pg bukak mungkin die terlupa kita semua kt atas, die bukak takde org. Die pelik lepas tu si Ayin yg tgah lap pinggan sebelah Tira tanya sapa yg ketuk? Tira pon toleh sekali dia nampak ada dua Ayin, sorang sebelah dia sorang lg depan pintu bilik uwan. Mmg pucat lesi muka die, die panggil Imah yg tgah masak. Si Imah toleh ayin ada tiga pulak kali ni! lg satu dekat depan bilik air dgn senyuman yg sgt menakutkan!. Tu yg berlari diorang semua naik atas.Kami dgr pon dah meremang bulu roma nasib la die ta menyerupai kakak aku masa aku tdo semlam kalau tak, mmg aku ase dah berbuih sawan mulut aku.

Dlm pukul 12.30 mcm tu kami pon smpai rumah papa. Ibu dan papa terkejut sepatutnye kami akn pulang lusa tp harini kami dah balik KL. Lagi terkejut semua sepupu kami pon ada. Selepas kami masuk, kakak aku cadangkan kami cerita selepas solat zuhur sbb ada antara mereka na melelapkan mata kejap sbb kurang rehat. Lepas makan tengahari dan solat Zuhur kami semua tidur sebentar. Perkara ni buat ibu aku tak sedap hati kenapa bergelimpang semua tidur? apa di buat malam tadi? Si Tura ada dekat luar taknak masuk asyik la dgn hp die tu. Bila di ajak katenye kejap nak call mama. Aku mmg berbulu dgn si Tura ni nak je aku kaki kan takde adab btol dgn org tua. Dlm pukul 3 ptg tu kami semua da berkumpul di hall dan abg aku selaku yg paling tua menceritakan dr A – Z.

Tp reaksi wajah papa sgt tenang dia senyum dan ckp, “takpe esok nak taknak kita kene juga balik kg, kamu semua bgtau bapak kamu esok paklong nak balik kg sape yg nak balik mmg digalakkan tp yg uzur paklong mintak stay je kat rumah ” and ibu aku pon papa ta bg ikut papa minta ibu duduk rumah sbb adik aku yg bongsu tu kecik lg. ibu hanya akur. Nasib baik makcik aku mmg duduk sebelah rumah kami jadi ada la peneman ibu. ibu mmg berani, kakak aku dpt dr dia la kot sifat berani dia tu. Selepas minum ptg kami semua berborak di laman depan umah papa utk berbincang nak balik tak kg esok. Kami semua setuju kecuali Tura dia kta ada hal. Dlm hati aku mmg bagus pon tak pg menyampah aku nak tgok muka perasan bagus die tu. Padahal masa kecik dia punya la baik dah besar ni aihh tak tau la aku nak kata.

Selepas berbincang, semua sepupu 2 aku semua pulang ke ruma masing2. Aku dan abg2 aku masih berbincang kejadian semalam, lalu papa pon bersuara “ papa rasa ada yg nak tanah tu dr papa, papa dpt rasa tp tu amanah arwah atuk die tak bg kt sapa2 die mintak papa jaga and macamane pon kene balik rumah tu supaya rumah tu Nampak berseri sntiasa, ada aura baik dan ukhwah sesame kita utuh tp papa tak jalan kan amanah tu”. Kami semua pandang sesame sndri. Masih tak faham apa yg papa cuba sampaikan. Abg aku yg sulong pon cakap “ takpe la pa esok kita tanya imam macamane nak selesaikan semua ni, lepas ni kita kene lah balik slalu kesian rumah atuk tu terbiar” papa pon angguk perlahan Nampak tanda kesal dekat muka die, mungkin sbb die rasa die tak jalan kan amanah dgn baik.

Esok selepas sarapan kami semua bertolak, kami hanya naik satu kereta sebab Angah aku demam jadi die tak pergi, lega juga aku ada lelaki dekat rumah temankan ibu. Perjalanan kami lancar dan tenang, alhamdulillah kereta pon tak byk di highway. Semasa dalam perjalanan tu makcik aku iaitu adik perempuan papa aku yang paling bongsu, dia call papa. “ Salam long, si Tura cakap along balik kg btol ke?” papa pon balas “ye, ni along tgh otw ni, kenapa?”. Maksu aku tibe2 membebel “ along tak payah la sebok2 pasal rumah tu, biar la rumah tu Nani (maksu) uruskan, selama ni semua taknak amik tahu ni kenapa pulak tibe2 semua nak kene balik kg?” bentak maksu aku. Papa aku pon jawab “apa la masalah kamu ni, nak balik kg sndri pon jd masalah along nak balik sbb nak tgok2 kan rumah abah katenye ada yg menumpang, yg kamu ni nak marah2 kenapa?” pastu maksu aku mematikan talian. Papa hanya menggelengkan kepala.

Apabila kami smpai, papa Nampak sedih mungkin dia sama mcm aku masa mula2 smpai kg smlam. Die usap2 kereta arwah atuk aku yg tak pernah hidup tu. Rindu agaknya dekat arwah atuk. Lepastu along, call imam Hadi untuk bagitau yg kami dah smpai. Aku di tugaskan bukak pintu sbb kunci dekat aku, kakak aku menemani aku untuk bukak pintu. Lepas bukak and bg salam, tibe2 ada angin menerpa kat muka kami, terkejut aku smpai tersedak di buatnya. Kakak aku pon ckp “ die dah buat dah “. Aku pon cepat2 pg ke depan utk bukak pintu depan, sbb na bukak pintu depan kene bukak pintu belakang dlu. Lepas bukak pintu tibe2 papa aku jerit “IECHA KELUAR SKANG!!!” aku pon terkejut tak pernah aku dgr papa jerit mcmtu. Aku mcm nak nangis kene tempik mcmtu.

Aku pon berlari keluar papa aku tibe2 peluk aku, muka papa nampak cemas lepas tu papa ckp “ apa benda yg jadi ni!, apa yang ada dlm rumah ni!” aku lega aku ingt papa nak marah aku. Rupe2 nya dia nak selamatkan aku. Tak berapa lama kemudian imam Hadi pon sampai. Papa dgn imam berpelukan. Imam hanya ckp “sabar long in sha Allah ada jalan” kata imam kat papa. Masuk je rumah, kami sgt terkejut sbb baru semalam kami kemas arini dah mcm rumah tinggal. Daun kering berselerak dekat bawah rumah. Jamban berlumut2 hampir papa tak percaya yg kami dah basuh seluruh rumah. Masa aku berlari bukak pintu tadi mmg aku tak perasan sbb keadaan agak suram dan gelap. Paling aku terkejut, semua langsir yg kami kami dah gantung semalam tak sama dgn apa yg kami lihat harini. Mmg kami semua terkejut sgt. Padahal kami tukar warne pink dgn merah tp yg tergantung semua warna kuning yg da lusuh.

Sepupu kami pandang satu sama lain, apa dah jd kt rumah ni. Di luar Nampak kemas di dalam buruk dan bersepah2 mcm dah ditinggalkan berpuluh tahun, sedangkan baru smlam kami kemas. Bersih dan cantik. Aku jd pelik dan masing2 tak boleh hadam apa yang terjadi. Papa pon mengarahkan kami semua bersihkan lagi sekali, kali ayat suci al quran kami pasang sekuatnya sehingga bergema satu isi rumah. Tidak berapa lama pakcik2 kami semua smpai kecuali maksu. Papa dan adik beradik berpelukan Nampak riak sedih muka papa, aku pon turut sedih. Pakteh bersuara dgn nada kesal “ kenapa bersepah sgt ni? Kata semalam dah kemas siap send gambar tu gambar rumah sapa?” anak pakteh, Jali jd bengang lalu die bersuara “ abah cuba tgok btol2 gambar tu, kan rumah ni lepas tu susun atur perabut kan sama takan la Jali na tipu abah. Kitorang pon tak tau macamane boleh jd mcmni” jawab Jali kesal di tuduh begitu oleh ayahnya sndiri.

Bila keadaaan dah makin reda, kami pon berkemas semahunya, kami jadi berani sebab ada ramai sedara mara yang tlg.Aku? lg lah rajin sbb anak imam Hadi ada time ni la tunjuk contoh menantu piliihan. Yang aku pelik selama kami buat kerja kemas rumah kalini, satu gangguan pon takde. Secuit bunyi pon tak dengar. Pakcik aku hairan, die pon bertanya “macamane semua bilah kipas ni boleh tercabut?” kali ni aku malas nak explain takut di tuduh buat cerita, kami semua hanya mengangkat bahu dan teruskan berkemas. Semasa aku turun ke bawah rumah, menuju ke tangga belakang utk amik kain buruk yg tersidai di tepi kolah air, aku terpandang sesuatu yg pelik di kebun buah atuk, susuk tubuh yg aku sgt kenal. Ya ! mmg aku kenal itu MAKSU! Tp die mungkin tak perasan aku pandang dia, maksu hanya berdiri tegak dan pandang tepat ke arah rumah atuk. Aku amik phone dan whatsapp abg sulong aku, apa yg aku nampak. Aku cuba amik pic tp dlu hp tak la canggih mmg kabur pic yg aku amik tu.

Aku memberitahu abg aku supaya dtg dgn tenang and cover line sikit, die pon dtg dgn bawak baldi acah2 sgt la pulak. Konon2 nak amik air di kolah belakang, sambil die berbisik dekat aku “ mana maksu?” aku pon muncungkan mulut tunjuk ke arah kebun atuk “ tu, diam je tak bergerak mcm patung” bisikku. Syukur la along pon nampak juga maksu. Perlahan2 along masuk balik ke rumah dia ckp nak bgtau papa, apa yg kami nampak. Papa mengangguk perlahan dan memanggil imam Hadi, lalu papa mencerita kan kisah Maksu kepada ustaz Hadi dan ustaz Hadi pon menggelengkan kepala dan kemudiannya mengangguk tanda fhm apa yg disampaikan oleh Papa.dan papa juga meminta imam Hadi utk membantu nya menyelesaikan masalah yang dia rasa kan amat remeh dan tak penting 10 tahun dlu. Tapi sekarang, Papa amat menyesal kerana masalah yg dianngap remeh tu dah merebak dan sedikit sebanyak telah menyentuh ukhwah mereka adik beradik.

Tak smpai 5 mnit papa dgn imam hadi pon keluar, syukur diorang juga nampak maksu dekat kebun. Tp masalahnye dok main tenung2 ni aku tak fhm. Papa tenung maksu, maksu tenung rumah pastu imam Hadi tenung kebun. Aku jd pelik apa main tenung2 ni. Lepas tu papa pon bersuara, “ Nani, Along tau apa yg Nani nak dr arwah abah, tolong la Nani along tau yg along tgah berckp ni dgn khadam Nani, tlg la berhenti buat2 benda mcmni tlg la jgn jadikan anak sbg tebusan antara perjanjian Nani dgn syaitan terkutuk, tak kesian ke kat anak tak kesian ke kt masa depan anak?”. “Kalau Nani bedegil along terpaksa minta imam Hadi utk selesaikan masalah ni, Nani tak kesian ke kt arwah abah dik, masa kecik2 abah da terapkan ajaran agama kat kita adik beradik, bertaubat lah”. Lalu papa masuk ke rumah dalam keadaan sedih sekali, dan imam hadi pon membantu Papa dalam urusan2 yg kami tak nampak dgn mata kasar. Imam Hadi mengarahkan anak dia mengumpulkan anak2 tahfiz utk membantu dia malam ni lepas isyak. Malam yg takan aku lupa smpai bila2….

Aku duduk termenung dlm bilik dgn kakak ku selepas solat maghrib mengenangkan apa yg terjadi ptg td, rupenye papa dah lama tau pasal benda ni, Cuma papa doa dari jauh supaya maksu berubah. Maksu jadikn Tura sbg tmpat yg boleh melunaskan hajat. Jadikan darah Tura sbg perjanjian utk memiliki rumah arwah atuk dan tanah2 arwah atok. Sekelip mata aku jd kesian kt Tura patutla perangai nye sedikit berubah, menjadi pendiam dan pemberontak. Abg2 Tura pon terjelepok mcm nak pengsan tak sangka ibu tiri mereka sanggup buat begitu ke atas anak sndri demi harta pusaka. Aku harap takde la antara kita jadi smpai begitu hanya kerana harta pusaka. Dan perkara ni semua keluarga kami dah tahu termasuk makcik2 aku yg lain mungkin sbb tu juga mereka semua berat nak balik kg sbb rasakan keluarga mereka ‘tidak di undang’ oleh Maksu. Sbb maksu dah rasa rumah dan tanah ni milik dia.

Solat Isyak berkumandang, kami semua solat berjemaah. Yang lelaki di hall 2 yg perempuan di tgah rumah masa ni mmg aku ingt smpai sekarang, tibe2 ribut kuat smpai tingkap terbukak hujan tibe2 turun dan kilat sambung menyambung petir guruh semua ada!. Aku jd takut sbb rumah kami ibarat mcm na tercabut dr tanah bunyik angin yg menderu2 pokok bergoyang smpai ke tanah. Daun2 berselerak masuk ke rumah sbb tingkap terbukak.telekung kami smpai terangkat2!. Imam Hadi memperkuatkan bacaan dan kami solat mcm biasa. Di tiang2 rumah kami dgar suara perempuan mengilai2. And mata aku tertangkap dekat tangga hall 2 aku nampak ‘maksu’ duduk bersimpuh di tangga dgn pakai kebaya merah muka die sgt menakutkan senyuman sinis die ckup buat aku nak terkucil masa solat, kusyuk?? Mmg aku dah ta kusyuk jujur aku ckp dlm keadaan mcm tu astaga Allah je tau jantung aku dah nak tercabut nak meletup rasa. Dah la aku sebelah tingkap. Aku nampak ada benda terbang dan elok je berpaut ke tingkap tu. Aku mcm nak pengsan aku dgr sayup2 “ baca pon salah, mari ikut aku… marii tinggalkan semua mari ikutt sinii…….” Aku tutup mata dan solat aku baca ayat lagi kuat dr imam punye la takut.

Smpai tahiyat akhir aku tak berani pandang tingkap, aku pejam kan mata masa bagi salam ke kanan dan kiri mata aku tertutup rapat.Habis je solat, aku peluk kakak aku dgn makcik aku. Aku takut, makcik2 aku ada yg dah nangis. Aku dgr imam hadi jerit kat Papa supaya kami semua yg perempuan masuk ke dlm bilik dan pasang ayat suci al quran. Yg lelaki semua kene tlg imam Hadi sebab die kata die dah tua kudrat tak kuat. Anak2 tahfiz pon membantu, aku jd sgt terharu mereka tenang walaupon gangguan kuat. Mereka tetap mengaji tanpa henti. Ya Allah ko berikan la mereka syurga tertinggi buat mu, aku bersyukur mereka dtg membantu kami.

Masa kami dalam bilik, kami pasang ayat suci Al quran kemudian dinding kami di cakar2 kami dgr suara nenek tua ‘ KELUAR NI TANAH AKU!!! AKU JAGA TANAH NI UTK TUAN AKU!!!!!!!!!’ aku peluk kakak aku kuat2 aku rasa nak balik jemasa ni, aku teringat kt ibu. Kakak aku terkumat kamit mengaji juga. Bilik kami begegar2 barang2 semua jatuh ke bawah Masya Allah hebat ujian mu ya Allah. Aku mmg rasa mcm mimpi je btol ke aku tgah lalui semua ni. Rasa mcm na tepuk2 pipi ni suruh bgn tp ternyata semua ni kenyataan yg berlaku. Aku dgn azan di laung2kan tanpa henti. Pingganmangkuk di dapur dgn mcm pecah berderai. Lampu sekejap pasang sekejap padam. Aku berpelukan smpai keletihan. Ibu call pon kami tak boleh nak angkat sbb gangguan kami tak berhenti2 pada malam tu. Sampai la imam besar kg sebelah dtg.

Imam tu dgr dr anak imam Hadi apa kami alami dan dia sudi bantu, sbb die pon kenal arwah atuk. Untung nya jd org baik diingat walaupon dah takde kt dunia ni. Imam Asri pon dtg dan membantu alhamdulillah selepas 2 jam kami bertarung dgn gangguan, keadaan beransur reda. Bunyik mengilai, menyanyi, cakar semua berhenti dah. Aku lega. Kemudian pintu bilik kami di ketuk lembut aku jd takut, aku dgr suara papa die minta kami turun ke bawah dan menyediakan apa2 yg patut utk anak2 tahfiz dan tetamu yg lain mereka nampak haus lapar dan letih. Kami akur dan semua turun ke bawah dan sediakan apa yg patut.

Aku buat kan kopi panas utk imam2 kami sebab mereka tak minum air sejuk, selepas aku hidang kan air aku pg sebalik dinding nipis die belakang tangga (mcm biasa pasang telinga ‘makcik bawang mood on’) bukan apa aku rasa tak adil dgn apa kami semua lalui tp aku tak tau cerita sedetail2 nya. Aku dgr perbualan imam Hadi dgn imam Asri. ‘ kejap lg smpai la adik kamu, sbb aku dah kurung semua khadam dia aku nak buang ke tempat selamat, byk khadam dia ni macamane dia bela semua ni”? Nauzubillah urut dada aku kejap sbb kenpaa maksu tergamak buat semua ni, aku tekap telinga tp kali ni kantoi dgn along aku. Di cubit lengan aku suruh pg dapur. Eleh tu pon nak marah.

Aku pon keluar dan nak meluru ke dapur tibe2 Maksu dtg terkejut beruk aku! Terus die tejelepok jatuh di tgah rumah. Habis hancur kaki dia berdarah2 pelik aku dr mane maksu dtg? Takde pon kereta? Kenapa kaki berdarah2?. Die seperti org bingung, dan pandang kami semua pelik. Dia kata “macamane aku boleh smpai sini? Td aku kat rumah?”. Jgn kata die kami pon pelik. Lepas tu tibe2 die bgn perlahan2 aku cuba bantu tp di tepis tgn aku lalu die toleh ke arah papa dan imam yg tadi duduk minum skang dah berdiri. Die menangis jalan ke arah papa sambil terhincut2 sayu suara dia “ Long…. Nani minta maaf nani buat salah kt abah, kat along kt adik beradik. Nani tamak, tp nani buat semua ni utk anak2 nani. Nani takut mereka takde tmpat tinggal kalau Nani takde nnti…” Papa aku pon peluk adik bongsunya dah ckp “ dah la Nani sekarang ni kamu bertaubat la kt Allah, tanah kan Abah tinggalkan utk kita adik beradik siapa yg susah duduk la rumah ni takde sape pon yg larang, apa kamu buat ni menyeksa diri kamu sndri.. Takpe along maafkan, kamu pg la rehat cuci kaki kamu tu letak ubat”. Gitu la kata papa yg aku ingt.

Mmg lepas kejadian itu maksu agak dipinggirkan keluarga dan selepas setahun kejadian itu anaknya Mastura meniggal dunia, jenazah nye di temui setelah dua hari doctor sahkan akibat kekurangan darah. Maksu pulak hampir tidak waras die slalu sebut “ aku syg anak… aku syg anak aku…”, ya Allah ko pemudahkan la urusan mereka semua. sekarang abg2 arwah Tura yg jaga maksu. Kami semua dah berkahwin tp kejadian yang menimpa keluarga kami.mmg smpai sekarang kami tak kan dpat lupakan.

Nak tau macamane kes berebut tanah ni terjadi? And apa Tura cerita setiap malam die perlu buat utk bantu Maksu? Ada kelapangan aku akn sambung….

cemphaka
FOLLOW FB KAMI.

18 comments

  1. Ya please sambunggg… Suka baca cerita akak. Tersusun & jalan cerita pun menarik.

    Kesian Tura. Jadi mangsa maknya sendiri.

  2. Best…!! Saya baru baca yang Part 1 tengah hari tadi, nasib baiklah petang ni dah ada Part 2. Harap² akak dapat akan dapat tulis aambungan dia lagi..eheheheheh

  3. Psl apa dok tamak harta pusaka nk bolot semua ni…setiap rezeki tu ada bahagian kita…bt apa nk lacurkan akidah dgn ni semua…rasakan Allah balas mcm tu…

  4. Terbaik!!!! Minn cepat min sambungan min! Cemphaka kau mmg terbaik lah! Cerita kau best2. Kalau jadikan movie ni habis lari org tgok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.