Rumah Baru

Hi kalian, harap semuanya baik-baik sahaja. Ini adalah kisah ke tiga aku kalau admin publish semua lah kisah aku. Thanks Fiksyen Shasha sebab membuka ruang untuk aku menulis. Kisah yang aku nak cerita ni adalah mengenai pengalaman rakan pejabat aku. Aku namakan dia dengan panggilan Kaka.

Masa aku kenal Kaka ni, dia sebagai senior aku sebab masa tu aku baru masuk kerja baru. Jadi aku agak rapat dengan dia walaupun sekarang ni dia dah pindah tempat kerja, but we still contact each other. Cerita bermula bila dia berpindah rumah untuk duduk sendiri selepas berkahwin. Kaka dengan suami dia dapat menyewa sebuah rumah taman 2 tingkat di bahagian lot tepi. Tapi sebelah rumah dia adalah rumah kosong yang memang sudah lama ditinggalkan kata jiran-jiran di situ.

Bila hari pertama masuk rumah sewa dia, dia perasan rumah sebelah memang berkunci rapat dan tingkap semua terbuka. Kawasan depan rumah pun memang semak samun. Kaka sempat berdiri di depan rumah dia sambil mata dia pandang ke tingkat atas rumah tersebut kerana hanya tingkap tu sahaja yang terbuka. Jadi Kaka dengan suami dia pun buat tak tahu jelah sebab diaorang fikir rumah kosong kan.

Jadi bila dah sebulan duduk rumah sendiri memang rasa seronoklah kan. Yalah, orang baru kawen, semua wangi beb. Tapi kejadian ni berlaku bila masa tu musim durian. Kaka dengan suami pulang ke kampung hujung minggu tu sebab musim buah. Jadi masa pulang dari kampung tu mak Kaka bekalkan durian yang isinya telah diletakkan di dalam bekas bertutup. Bila sampai rumah, suaminya terus masukkan dalam peti sejuk yang penuh bahagian atas. Jadi dia tolak-tolak sikit mangkuk tu ke dalam peti sejuk.

Malam tu suami dan dia tidur awal mungkin kepenatan balik dari kebun. Esok paginya dia bangun awal seperti biasa. Lepas kejut suami dia dan solat subuh, Kaka turun ke bawah untuk buat sarapan. Terkejut tengok bekas durian tu ada atas meja makan dan tutupnya terbuka. Siapa yang bukak makan? Sedangkan dekat rumah hanya mereka berdua. Kebetulan suami dia turun dan Kaka tanyalah suaminya, kenapa bekas dan dekat luar?

Suami dia cakap, abang lupa nak masukkan malam tadi. Selamba ayam betul jawapan suami dia. Kaka diam jelah, tapi dalam kepala masih lagi fikir hal malam tadi sebab dia nampak suami dia simpan. Dan bila dia buka peti sejuk tu memang nampaklah barang-barang lain dah kebelakang sebab ditolak oleh bekas tu. Hati dah cuak, tapi tak nak fikir sebab kat rumah ni selalunya dia sendiri.

Suami kerja Singapore, jadi balik tak menentu. Sejak dari kejadian tu, banyak perkara terjadi kat rumah tu.

Kejadian kedua bila waktu tu dia sedang solat zohor dan suaminya tiada di rumah. Korang tahu tak hanger baju yang gantung dekat tombol pint tu? Selesai solat, dia tengok hanger tu berpusing macam ada orang main. Berpusing-pusing dengan laju dekat tombol tu. Padahal bilik tu aircond kot. Kejadahan apa hanger nak berpusing macam tu? Kalau ada kipas pun belum tentu hanger tu berpusing.

Kisah ketiga adalah waktu tu dia nak angkat kain petang hari dekat belakang rumah dia. Tiba-tiba dia tertoleh rumah kosong sebelah tu. dia nampak tingkap umah tu bahagian dapur terbuka. Tergerak nak jengah, korang tahu tak si Kaka ni nampak keadaan rumah tu cantik sangat. Tersusun kemas, ada pinggan mangkuk, kuali bergantung. Cuma nampak mlah ada sarang labah-labah sikit. Tapi rumah tu ditinggalkan dengan banyak barang. Terus dia masuk dalam.

Malam tu dia cerita dengan suami dia, tapi suami dia ni cakap jangan fikir jadi selang tiga hari lepas tu, Kaka nak pergi kerja macam biasa, dari dalam kereta dia nampak tingkap rumah sebelah tu terbuka. Dan nampak keadaan rumah tu macam ada orang tinggal. Dari tingkap tu nampak sofa semualah. Dia peliklah sebab mana ada orang datang, kalau tak mestilah kecoh-kecoh orang kemas rumah. Tapi cekal hati pergi kerja macam biasa. Kemuncaknya dia kena gangguan bila dia tertidur di bilik dia masa tu malam, suami dia tak balik.

Tak tahu pukul berapa, tiba-tiba dia terdengar orang panggil dia,  “sayang…” Macam suami dia kejut dia bila dia tertidur. Tiga kali dipanggil macam tu.

Terus Kaka terjaga. Dia tengok tak ada siapa-siapa. Lepas tu dia rasa katil dia kena goncang kuat sangat. Menangis dia malam tu. Pagi tu dia dah siap-siap tunggu laki dia balik depan pintu dengan beg baju dah siap kemas, suami dia sampai terus menangis cakap nak pindah. Nasib baik hari tu juga cari rumah dan hari tu juga dapat.

Uruskan pindah semua. Tahu tak, masa dia nak pindah tu dia rasa macam ada benda tengok dia. Dan dia rasa nak menangis, mungkin benda tu dah seronok ada kawan. Rumah sebelah tu keadaan semak sangat dengan tingkap semua tertutup rapat. Lepas dari kejadian tu dia berubat juga dengan ustaz-ustaz sebab dia rasa badan dia tak selesa dan dia pernah merayu-rayu nak balik rumah puaka tu semula. Tapi waktu tu dia macam tak sedar. Ada ustaz cakap benda tu nak kan dia. Tapi nasib dia cepat sebab dia keluar awal dari rumah puaka tu. Okay, sekian cerita ni. Maaf ya kalau ada yang tak faham. Kaka dengan suami dia pun dah bahagia dengan rumah baru tu. Tak lama lagi Kaka nak bersalin anak pertama. Semoga Allah permudahkan urusan dia.

Sekian

39 thoughts on “Rumah Baru”

  1. Nasib baik kaka cepat pindah. Kalau x susah lah dia. Dengan berkeadaan mengandung lagi…Semoga dipermudahkan segala urusan dia…

    Reply
  2. Bagus husband kaka, percaya & prihatin. ade setengah laki akan stay dan ckp isteri mengada2, last2 susah nk ubat sbb dh sebati dlm diri. Kaka pun kuat semangat sungguh tang hanger berpusing tu,,, haha!! kalau diri sendiri kena tu memang lari tak ckup tanah dh… hihi… btw, Good Job Husband Kaka & Congratulation Kaka , semoga dipermudahkan urusan. Aminn

    Reply
  3. nasib baik suami dia percaya dan cepat2 pindah.. sesetengah org lelaki ni x nk pcya bini, geram aku tau.

    so ape komen tuan rumah? ke dia x ckp ape2?

    Reply
  4. kaka kaka x abis.cerita ko x tersusun.ko sekadar nk isi masa lapang ke menulis ni.klu ye pon tulis la elok2 skit.ikhlas skit wat keje tu,apa spm ko karangan fail ke kaka?? nyanyi je tahu,bawa aku pergi.pacu laju2.ni bukan pacu.tapi pancut!!!!

    Reply
  5. SI BANGANG NI MMG TAK HABIS HABIS ASYIK NAK KRITIK JALAN CERITA ORG EHH. KALAU BAGUS SGT AKU NK TGK AHH BERAPA PERFECT NYER CITER JANTAN SIAL NI

    Reply
  6. apa nya terabur ko nye citer weh..dah masuk kali ke 3 karang citer pun terabur lagi ke….nak cari perhatian ke apa..ko teruskan membaca je la..xyah nak bercerita

    Reply
  7. positive and negative side of negative comment/reviewer.

    positive side =
    akan membantu penulis berkarya dengan lebih baik.

    negative side =
    menyebabkan penulis tidak bersemangat untuk meneruskan karya beliau.

    sapa makan cili, dia terasa pedas.

    guys,
    mind your own words please. comments yang positif itu membantu.

    Reply

Leave a Comment