Rumah Bawah Tanah Part 2

Jadi guys ni sambungan untuk cerita Rumah Bawah Tanah. Maaf kalau hambar. I’ll try my best sebab ni pengalaman aku sendiri so seram ke tak tu atas korang hehe….

Lepas je kitorang tinggalkan rumah tu, kitorang memang dah tak jenguk rumah tu. Tapi disebab kan oleh mak aku beli motor baru, jadi, aku kena simpan motor tu kat dalam rumah sebab dikhuatiri motor kena curi. Maklum la. Dalam kampung aku ni ramai budak-budak nakal.

Jadi setiap kali nak simpan motor atau keluarkan motor, aku akan suruh ayah aku teman sebab dia je yang handal untuk ‘ubatkan’ orang. Macam mana dengan kejadian yang kami dengar tentang mintak tolong tu? Masih lagi sama. Setiap kapi maghrib, kami akan dengar jeritan tu.

Satu hari, aku terpaksa simpan motor sorang-sorang sebab ayah aku keluar dengan mak aku. Masa tu pukul 3:43 . Aku masuk rumah tu macam biasa, baca alfatihah, selawat dan zikir supaya dilindungi dari segala bencana.

Masuk rumah mestilah kena bagi salam kan? Aku masuk tu terus tertengok siling rumah kitorang terobek. Aku cuba la husnudzhon. Rumah dah lama tinggal. Mestilah musang apa semua geledah kan?

Tapi yang aku hairan, kena banyak rambut hitam panjang gugur atas meja makan? Aku cepat-cepat simpan motor lepas tu keluar dari rumah tu. Tepat pukul 9:12 malam, aku bagitau ayah aku yang siling rumah terobek serta byk rambut hitam panjang yang gugur atas meja makan. Ayah cakap, kalau tengok pagi esok tak sempat. Dia ada kerja. Jadi kami decide untuk tengok malam tu jugak.

Sekali lagi aku, ayah aku, dengan mak aku pergi rumah bawah tanah tu sama-sama. Duduk depan pintu pun dah meremang habis. Masuk-masuk tu memang terkejut gila. Dengan kerusi tunggang langgang, siling habis jatuh, tingkap pecah.

Lagi terkejut bila makin banyak rambut hitam panjang tu gugur. Kami beristighfar. Masa nak tengok meja makan tu, kami dengan pintu bilik air dihempas dengan kuat. Ayah cuba beranikan diri untuk tengok dekat bilik air. Memang tiada apa-apa. Angin pun tak lalu tadi. Sedang leka tengok keadaan rumah yang terbengkalai tu, kami dengar orang mengilai.

Jantung memang rasa nak gugur. Aku decide nak keluarkan motor aku dari rumah tu sebenarnya. Tapi disebabkan aku tak bawak kunci, aku biarkan saja. Ayah menyuruh kami keluar dari rumah dan bakal memanggil orang yang lebih pakar untuk mengurus kan hal rumah ni.

Keesokan harinya, kami memanggil ustaz untuk datang menjenguk rumah bawah. Kalini, mama tak ikut kerana demam. Ustaz meminta izin untuk masuk.

Alangkah terkejutnya kami apabila kaki ustaz melangkah masuk, terus ustaz menjerit “Allahuakhbar!!!”

Ustaz Hafiz cakap rumah ni memang terus sangat. Dia meminta izin untuk masuk ke bilik utama iaitu bilik mak long. Masuk sahaja sekali lagi kami terkilan. Patung teddy bear yang kami sudah bakar, masih terletak elok di atas katil tersebut.

Ustaz membaca surah lalu menyuruh kami membakar sekali lagi sambil selawat ke atas nabi.

Ustaz berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana dari dulu lagi, ada orang membuat ‘spirit ritual’ di belakang rumah kami. Rumah bawah tanah ni tidak dipagar jadi jin dan syaitan itu masuk ke dalam rumah tersebut memandangkan rumah itu memang sudah tidak diduduki setelah nenek kami m**i. Aku mengeluarkan motor lalu mengunci pintu rumah dan pagar setelah ustaz itu meminta diri. Kami terpaksa membiarkan rumah itu terbengkalai.

Selepas kejadian itu, kami tidak lagi masuk ke rumah itu sehingga ke hari ni. Apa yang kami dengar mahupun lihat, kami hiraukan. Sampai disini sahaja lah cerita Rumah Bawah Tanah part 2. Segala cacat cela mohon dimaafkan. Also, saya bakal publish story “Behind the door” on wattpad soon. Horror genre by meilynuch. 30/6 ni tau so stay tune. Thanks yang support!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.2]
Felixa

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.