Rumah Berhantu Enam Bilik di Kuantan

Hai korang. Nama aku Az, saja nak share pengalaman tinggal kat rumah berhantu di Kuantan. Pahang.

Aku pernah menyewa sebuah rumah yang agak besar di Kuantan, Pahang sekitar 14 tahun lepas. Rumah 6 bilik tu memang agak besar untuk kami 4 beranak. Kami hanya guna 2 bilik sahaja dan 4 nya tinggal kosong. Tambah lagi suami aku kerja site di Gebeng. Memang jarang ada kat rumah waktu malam. Tinggal aku dengan 2 anak yang masih kecil, yang sulung aku namakan Dian (8 tahun) dan yang bongsu Ryan. Yang bongsu waktu itu umur sekitar 3 tahun.

Sewaktu tinggal di rumah tersebut memang aku di ganggu dengan macam-macam mimpi tapi selalu aku mimpi di ganggu beruk besar. Beruk tu seolah-olah satu family, ada anak-anak. Aku mimpi family beruk tu tinggal di atas siling rumah. Kebetulan selalu bunyi benda-benda pelik di atas siling tak kira siang atau malam. Bunyi seolah-olah ada mahluk berlari-lari laju kat atas tu. Nak kata kucing larinya macam laju sangat & berat, nak kata biawak tak kan laju macam tu. Aku mulanya buat tak tahu je, malas nak ambil pusing jsebab rumah tu lama kosong setelah tuan rumah berpindah ke tempat lain. Aku fikirkan ada ape-ape binatang bersarang kat atas tu. Jiran aku cakap dalam 3,4 tahun jugak kosong kot.

Aku pun dulu main masuk dan duduk je. Maklum la orang muda, bukan nak fikir nak ‘bersih’ kan dulu ape ke. Main redah je huhu.

Pernah ada anak dara jiran aku datang ke rumah, die seolah-olah ternampak macam ade makhluk berbulu mengintai dari dapur aku. Waktu itu dia kat ruang tamu & aku kat dalam bilik. Dia menjerit panggil nama aku. Pucat muka dia. Siang hari pulak tu. Aku tanya kenapa? Dia explain apa yang dia nampak. Jam tu jugak dia nak balik rumah dia. Aku gelak je sebab aku fikir tu imaginasi dia je. Aku abaikan.

Sampailah satu malam tu aku masuk tidur dengan Ryan dan Dian memang awal-awal dah masuk tidur di bilik dia. Baru je nak lelapkan mata, aku terdengar macam ada orang kat dapur. Bunyi gelas berlaga dan bunyi air di tuang. Aku agak Dian dahaga kot. Aku jenguk ke dapur tapi gelap. Mase tu aku pelik “Eh kenapa si Dian ni pegi dapur tak buka lampu?”. Gelap pekat tak nampak ape. Aku keluar dari bilik dan menuju dapur. Aku on kan lampu tapi sunyi takde sape pun. Dalam tertanya-tanya tu aku berjalan terus ke bilik Dian. Aku buka pintu bilik dan panggil nama Dian. Aku tengok Dian tidur lena sampaikan aku panggil pun dia tak bergerak. “Habis tu siapa kat dapur tadi?”. Waktu itu bulu roma aku berdiri sebab aku pasti sangat apa yang aku dengar dari dapur tadi. Aku terus jalan ke bilik aku, punyalah aku rasa jauh bilik Dian dan bilik aku tu haha.
Siotttt!

Malam tu sekali lagi aku mimpikan beruk satu family tinggal kat atas siling rumah aku. Paginya aku bangun dan masuk ke bilik solat di tengah rumah. Dengan rasa ingin tahu aku ambil tangga, panjat dan buka satu bahagian siling di dalam bilik tersebut. Berbekal torchlight kat tangan, aku suluh seluruh bahagian siling rumah yang boleh aku nampak. Apa yang aku nampak hanyalah kayu siling yang bersilang-silang. Gelap pekat. Takde ape pun. Cuma waktu tu jugak aku terfikir macam mana biawak atau kucing boleh berlari laju sebelum-sebelum ni? Sedangkan penuh dengan kayu bersilang-silang rapat. Takde ruang untuk binatang berlari laju macam yang aku dengar sebelum ni. Pelik kan? Waktu la aku terasa yang berlari-lari atas siling selama ni bukan binatang tapi benda lain.

Aku ada bagitahu suami tapi suami aku kata takde ape lah. Mengarut je hantu-hantu ni. Ok fine! Tak berapa hari selepas tu, aku tengah lepak tengok tv dengan anak-anak dara jiran aku di ruang tamu. Tak semena-mena bunyi seakan-akan siling runtuh di bahagian belakang. Aku agak di kawasan toilet belakang. Bunyi kuat betul seolah-olah macam benda sebesar lori yang jatuh dari atas. Kami semua terkejut, anak-anak dara jiran aku dah siap lari keluar sebab dorang dah rasa benda yang pelik kat rumah aku lepas dia nampak beruk berbulu dulu.

Aku jenis tak puas hati nak jugak pi jenguk tengok apa benda yang jatuh bunyi kuat macam tu skali. Budak-budak tu dah macam nak menangis cakap jangan pergi tengok takut jadi apa2 kat aku nanti. Aku gelak je. “Korang ni banyak sangat tengok cite kat tv ni”. Tapi dalam hati sebenarnya cuak jugak. Aku jalan perlahan ke bahagian toilet di hujung rumah. Aku slowly bukak pintu toilet, takde ape yang jatuh pun. Semua elok. Aku jenguk pulak ke dapur. Pun takde ape. Semua ok je. Aku kembali ke ruang tamu. Budak-budak semua dah ketakutan. Kami kembali tengok tv. Selang setengah jam sekali lagi bunyi kuat seolah-olah ada benda runtuh. Kali ni habis berterabur lari keluar rumah haha. Dah tak tahan sangat, aku amik baju & keperluan lain pegi tido rumah jiran aku sebab suami aku out station ke KL.

Menurut jiran aku dan orang2 tua kat situ mungkin ada hantu raya kat rumah tu sebab aku selalu mimpikan beruk besar size manusia dan berbulu. Lagipun rumah tu lama terbiar kosong. Eh aku meremang mase tulis ni. Teringat balik benda2 tu.

Esok pagi nya aku balik ke rumah aku. Yelah tak kan nak tido kat rumah jiran berhari-hari dengan anak2 lagi. Tak best la kan. Terpaksa la aku beranikan diri. Malamnya aku tido dengan lampu semua terpasang sebab aku pun takut jugak sebenarnya. Bunyi benda berlari-lari atas siling selalu kedengaran siang dan malam tapi aku dah lali. Buat bodo je lah! Aku pun kerap “ditindih” sewaktu tido malam. Korang taw kan macam mana “ditindih” tu. Kerap kali jadi waktu aku antara tido dengan tak. Tiba-tiba pandangan jadi gelap, telinga berdesing. Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu menindih kita, bunyi suara budak-budak gelak dan bunyi macam2. Sukar aku nak gambarkan kejadian. Dan tiap kali itu jugaklah aku berusaha untuk “tersedar” kembali. Kadang2 aku jadi takut untuk tido. So aku taw la ada yang tak kena dengan rumah tu. Tak tenang rasa hidup aku.

Bila bagitau suami, dia cuma gelak dan cakap takde ape lah. Perasaan aku je tu. Dia mana taw siang malam asik bekerja. Aku dan anak-anak jadi mangsa. Hantu raya betul lah suami aku tu.

Lama jugak aku hidup dalam keadaan diganggu bunyi, di tindih dan mimpi-mimpi beruk tu. Kadang2 ada lebam-lebam di badan. Orang tua cakap di kokak hantu haha. Sampai lah aku pregnant anak ke 3. Anak aku lahir tak cukup bulan. Tak tahulah kenapa, maybe aku stress dan terganggu. Dari sejak lahir siang malam anak aku menangis tanpa sebab. Tido pun 4,5 jam je lepas tu menangis lagi. Stress jangan cakap la. Mak datang bawak aku balik kampung untuk berubat. Bawa anak aku ke bidan dan dia buat proses “pelepas”. Aku tak taw la ape benda tapi lepas buat proses tu, anak aku tido elok dan tak menangis lagi. Aku rasa maybe jugak ade kaitan dengan rumah tu. Aku desak suami aku untuk pindah ke tempat lain sebab dah tak sanggup lagi nak tinggal kat rumah tu.

Kami pindah ke rumah lain di Kuantan jugak. Berakhir la episod gila kat rumah tu. Sekarang aku dah bercerai pun dengan suami aku tu dan berpindah ke KL. Aku besarkan anak-anak di tempat baru. Alhamdulillah bahagia hidup aku. Anak-anak pun semua dah besar. Yang sulung dah masuk U. Aku dan anak-anak tak pernah lupa kisah seram kat rumah tu walau dah hampir 14 tahun berlalu.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Rumah Berhantu Enam Bilik di Kuantan”

Leave a Comment