Rumah Dekat Kubur China

Hai salam kenal kepada pembaca fiksyen shasha, perkenalkan saya Nisa dari Indonesia, saya pembaca setia fiksyen shasha. Ni untuk pertama kali saya hantar cerita biasanya selalu menjadi pembaca jek. Maafkan apabila cerita saya ni kurang seram atau penulisan tak kemas.

Cerita ni jadi pada masa saya masih merantau kat Penang, Malaysia. Sekarang ni saya dah balik kat Negara saya. Tahun 2015 masa saya mai untuk pertama kalinya ke Malaysia saya rasa betul-betul pelik. Dari airport penang kami semua di hantar ke hostel kat Batu Kawan, bila kami sampai jek kat hostel tuh banyak burung gagak sambut kedatangan kami. Saya betul-betul rasa seram, sebabnya kat Indonesia burung gagak hitam tuh punya makna kematian, tapi bukan pasal burung gagak ni lah yang saya nak cerita.

Saya nak cerita pasal hostel baru kami yang ada kat Penang, masa tuh kalau tak silap saya kejadian ni berlaku di tahun 2018 dekat masa dah nak balik. Hostel saya ni cantik, rumah teras 3 tingkat, mesti lah mahal kan lagi rumah kat Malaysia ni memang mahal betul. Hostel ni letak dekat kubur China dan India, kawasan perbukitan.

Bila kami pindah tuh, kawan-kawan lokal punya orang macam bagi takut kami, saya ada satu kawan India laki-laki cukup rapat dia tanya saya “rumah baru you all yang dekat kubur tuh kah?”, saya benarkan apa yg dia tanya tuh, lagi dia kata “hey you tahu tak dulu tuh tanah rumah tuh bekas kubur, hati-hati tahu bila you balik malam dengan boyfriend you”. Saya gelak jek pasal saya tahu dia memang hanya nak kacau saya.

Tapi lepas 1 tahun kita duk rumah tuh baru kita rasa ada gangguan, for your information, saya duduk kat tingkat 3, satu bilik ada 8 orang, 2 shift, and katil tingkat, saya tidur kat katil atas pasal badan saya kecik. Bila saya tidur tuh, ada yang kejutkan saya, dia pukul and goyang-goyang betis saya (kaki bagian bawah, bawah paha) saya rasa terkejut, saya tak langsung bangkit, saya fikir saya tidur rapat dengan dinding, macam mana ada orang sampai nak pukul betis saya, saya pun tahu saya punya kawan semua pendek-pendek, then saya ambik phone and tengok masih pukul 01 malam, saya tak rasa seram saya sambung balik tidur, pasal esok kena kerja and bangun pukul 4 pagi. Saya simpan sendiri cerita saya tuh, memang pun saya jenis orang yang tak takut hal macam tuh lagipun kakak yang tidur bawah saya tuh jenis penakut sangat, dia ni selalunya balik malam bila shift pagi pasal dia ambik study kat Malaysia, so saya taknak lah bagi dia takut, baik kan saya.

Tapi 1 month later benda ni berlaku lagi, tapi bukan kat saya, tapi kat kawan rapat saya, dia ni jenis penakut, dia pun sama tidur kat katil atas, nama dia Rany. Rany di kacau pukul 1 malam juga, ada someone bagi kejut dia, then dia bangkit and pi keluar ambik handuk terus pi mandi, dia rasa ok jek takde fikir apapun, lepas mandi dia siap kemas and tengok phone baru dia sedar tengok time masih pukul 1 lebih and dia pun sedar siapa yg bagi kejutkan dia, dia tengok kawan semua masih lena lagi, biasanya saya yg selalu first bangkit then bangunkan Rany, tapi dia tengok saya masih lena tidur. Then baru dia rasa seram sejuk.

Masa pukul 4 semua sudah bangun, saya tanya Rany “rajinnya Rany dah siap nak pi kerja” dia jawab “saya kena kacau la bukan pasal saya rajin”, then dia kongsikan cerita dia kat semua kawan kat bilik itu, semua orang kat bilik rasa takut dah then saya cerita bulan lepas benda ni berlaku kat saya tapi saya simpan sendiri pasal taknak bagi takut siapapun, kakak yang bawah saya tuh terus marah kat rany “Rany masalah punya orang, buat apa nak bagi tahu kami” then semua gelak.

Lepas rany buka mulut pasal benda tuh, ada kawan kat bilik lain pun rasa benda yang sama, and ada yg kena kacau kat bawah tangga ada orang panggil, kat dapur bawah sometimes dengar orang tengah masak.

Saya pun kongsi lah cerita itu kat kawan rapat saya yang India tuh, dia kata “You ingat saya gurau ke, cuba you fikir rumah kat taman tuh cantik sangat kan, why mereka bagi sewa kat foreigner, and you tengok adapun orang lokal tinggal kat sana, mereka bukan dari penang, mesti mereka mai dari lain negeri, pasal orang penang sudah tahu dulu tanah tuh bekas kubur sebab tuh taknak ada orang penang yg sewa atau beli rumah tuh” saya tak tahu lah apa yg dia cakap tuh betul atau tak. Saya pun masih tertanya sampai sekarang. Mungkin yang orang Penang tahu rumah mana yang saya ceritakan ni, boleh lah bagi tahu betul tak yang kawan saya kata tuh.

Ni jek saya nak cerita maaf bila tak seram and terlampau panjang. Salam dari Indonesia

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

nisa
Rating Pembaca
[Total: 51 Average: 3.7]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.