Rumah Lama kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga fiksyen shasha. Nama aku fizow. Aku ade terbaca beberapa komen yang meminta aku share pengalaman paling seram aku pernah alami. Terima kasih kepada yang membaca kisah Rumah Kayu Usang Hujung Kampung. Waktu tu aku memerlukan beberapa bulan untuk melupakan muka ‘makcik’ yang nak bagi kuih tu. Trauma pun ada.

Bismillah…terus terang aku berat hati nak menceritakan story ni sebab aku kena ingat balik kejadian tu dan kenangan rumah lama aku. Ya kisah ni berlaku di rumah lama keluarga aku di pantai timur. Rumah banglo dua tingkat berhadapan hutan paya di kawasan kampung.

Kisah ini berlaku pada 2006. Kisah yang menjadikan aku serik dan insaf untuk mencari entiti ‘hantu’ dan seterusnya aku tinggalkan hobi mencari dan menerjah tempat berhantu. Ok jom mulakan.

Sedikit pasal rumah aku ni, rumah ni dibina atas tanah yang sebelumnya hanya ada hutan dan paya. Kiranya sebelum kawasan ni berkembang pesat dengan penduduk yang ramai, keluarga kami antara yang terawal duduk ni kampung ni. Orang kata kampung ni dulu tempat jin ‘bertendang’. haha.

Waktu tu, aku dan sepupu (along) berdua sahaja di rumah aku sebab keluarga aku semua keluar bersiar siar dan kami malas nak join ikut sekali. Hajatnya nak tengok tv dan main playstation. Rumah aku tu banyak perhiasan antik antik sebab mak ayah aku suka barang barang tradisional sikit. Kadang kadang kawan tegur seram datang rumah aku. haha.

Haritu lebih kurang pukul 5 lebih aku dan sepupu tengah tengok gusti kat tv. Rumah aku ni tingkat atas ada 4 bilik sekali ruang tamu. kat bawah 1 bilik, dapur dan ruang tamu. Tiba tiba aku dengar bunyi macam orang main beras kat dapur. Bukan sekali, sampai 3 kali. Semuanya selang dalam 5 minit sekali. Sampai sepupu aku tegur ” eh, bunyi macam beras je, ada orang tengah main beras ke?”. Aku jawab ” ye la long, dari tadi lagi aku dengar”.

Senyap seketika. Waktu dah menerjah pukul 6 lebih. Tiba tiba ada bunyi lagi, macam orang gaul beras. Aku dan along tengah syok tengok gusti merasa terganggu. fed up jugak. Takde siape kat rumah melainkan kami berdua je. Aku merasa geram dan berkata ” agaknya dia nak join kita tengok gusti sekali kot”. Spontan along berkata ” ye la kot, kalau gitu mari la tengok gusti sekali, dari tadi duk main beras”. Celuparnya mulut kami. haha. muda lagi waktu tu aku baru form 2 dan along form 1.

Tiba tiba bunyi beras lagi. Ahh aku makin fed up. d***h muda meluap luap. Spontan aku jerit ” haahh mari laa sini join tengok gusti, dari tadi lagi duk main beras. mari laaaa ! “. Along menambah ” haa mari mari jom tengok gusti, bosan tengok berdua je”. Lepastu kami gelak berdekah..

Waktu tu dah nak dekat maghrib, hampir pukul 7 malam. Bunyi beras dah berhenti. Kami pun terlupa dah pasal ‘ajakan’ kami tadi. Tapiiii… ‘dia’ datang gaiss… Itulah mulut celupar lagi.. Tingkat atas ,hujung sekali ruang tamu tempat kami tengok tv, tangga naik kat hujung sebelah sana dekat dengan bilik aku.

Gusti dah habis. Aku secara tak sengaja berpaling ke belakang. Melihat ke arah tangga di sebelah bilik aku. Tiba tiba…. aku nampak sebujur kepala berupa tengkorak tengah mengintai dekat tangga. Tapi aku nampak kepala sahaja. Seperti dia mengesot mengintai kami. Aku telan air liur dan mengalihkan pandangan ke arah tv. Spontan aku berkata “long, jangan pandang belakang , dia mari long..dia mari”. Along memandang aku sambil mengerutkan dahinya. Pucat muka kami. Rasa menyesal pun ada.

Lepas 5 minit, aku rasa nak pandang balik ke belakang. Makhluk tu dah mengesot dalam jarak 7 8 langkah dari kami. Ya Allah…rupanya paling buruk pernah aku lihat sepanjang aku hidup . Dia mengesot seperti tiada tulang belakang, muka hanya tengkorak bermata merah, bertaring, kukunya tajam dan rambut kusut mengurai. Bajunya berwarna putih disaluti kesan d***h merah kering. Mengesot seperti merangkak perlahan lahan ke arah kami. Aku hanya mampu membaca beberapa surah lazim tapi semuanya berterabur. Sepupuku menutup mukanya dengan bantal, mungkin kesal kerana celuparnya mulut kami tadi.

Kami ketakutan, jantung kami berdegup laju hingga keluar peluh jantan.Waktu tu macam nak menangis pun ada. Tapi aku beranikan diri melihat kot2 ‘ dia’ dah pergi. Rupanya dah semakin dekat ! Hanya 2 langkah lagi nak sampai ke sofa kami duduk tu. Astagfirullahalazim.. Aku insaf … Aku insaf Ya Allah detik ku dalam hati sambil menutup mukaku dengan bantal.

Akhirnya terdengar jeritan ” Angahhhh, buat apa tuuu.. Mari makan mak bawak balik makanan ni !! “. Fuh mak memanggil aku di dapur, rupanya keluarga aku baru pulang. Apabila aku berpaling ke belakang, Makhluk tu dah ‘hilang’. Dah la datang mengesot waktu maghrib. Nasibla keluarga aku dah sampai. Bertahun aku amik masa nak lupakan rupa ‘dia’. Dengan mengesot lagi, dengan muka tengkorak lagi. haishhh..

Sejak dari peristiwa itu, aku bersara dari dunia mencari hantu ni. Tak minat dah aku. Cuma aku tahu dan yakin sangat kewujudan syaitan dan iblis di mana mana cuma kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar. Habis spm, member member nak buat ekspedisi ke rumah berhantu, aku orang pertama yang menolak. Ada yang kata aku penakut, anak mak la.. mana pergi tempat tempat begini, orang kuat semangat je boleh pergi. Takpelah cakap la nak cakap apa, aku dah melihat sendiri ‘kewujudan’ mereka.

Lepas kejadian tu alhamdulillah, aku perbaiki ilmu agama, jaga solat dan pantang larang. aku dah jarang nampak atau senang citer aku dah tak pernah nampak dah. Ramai je kawan aku bercerita nampak hantu la, pocong la. Orang tua tua kata… kalau kita ingat dia, cari dia maka nanti dia datang la.. sebab kita INGAT dia..

Rumah aku tu sebenarnya suka ‘mengusik’ . Kami ni dalam keluarga dah puas kena usik, lama lama dah tiada. Tapi kalau ade tetamu selain keluarga kami tidur di rumah, konfem esok akan ada cerita yang diceritakan kepada kami. Akhirnya pada 2014 ayah menjual rumah tu sebelum berpindah ke rumah lain. Tapi masalahnya rumah baru yang kami diami tu 2 tingkat jugak cuma semi D. Dan ade juga kisahnya tersendiri. hehe.

Mungkin bagi korang kisah ni takdelah seram mana, tapi bagi aku yang dah tengok dengan mata sendiri.. INSAF.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fizow
Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.