Rumah Maklang

Assalamualaikum pembaca sekalian. Ini kali kedua saya menulis di fiksyen shasha. Tapi cerita yang pertama tak keluar. Tak apalah mungkin tak ada rezeki. Kali ni saya nak cerita pasal rumah maklang saya. Rumah tu maklang saya duduk sejak baru berkahwin sampai lah anak sulung maklang saya dah nak berkahwin tahun depan.

Rumah tu orang cakap dulu kawasan perkuburan tapi tak tahu lah betul ke tak. Belakang rumah tu ada hutan and lepas hutan tu ada tanah perkuburan. Kawasan rumah tu memang keras la sebab rumah batu. K hambar. Sekarang ni makin seram sebab ramai jiran dah pindah and rumah maklang saya atas bukit sikit and rumah hujung dekat dengan hutan. Kat kawasan hutan tu ada cik pon suka terbang dengan kengkawan dia. Kat bawah bukit ada rumah kosong yang sudah lama dibiar kan. Dan kawasan dekat rumah kosong tu hutan dan dekat hutan tu orang cakap ada bunian. Okay cukup lah intro tu.

1) Waktu ni saya masih sekolah rendah tak ingat darjah berapa tapi rasanya darjah 4-5 macam tu. Saya duduk dekat rumah maklang saya sebab waktu tu cuti sekolah. Ada satu malam tu saya main game dengan adik sedara saya. Saya panggil dia uda. Kitorang main sampai pukul 2 lebih. Tiba tiba saya dengar bunyi macam cakar kat tingkap. Uda cakap tu kucing je nak naik atas bumbung. So saya pun fikir positif sebab rumah maklang memang banyak kucing. Pastu bunyi lagi. Saya pelik la kenapa lama sangat nak naik. Tingkap bilik tu tak ada langsir tapi tingkap dia jenis yang tak jelas so tak nampak sangat apa kat luar tu. Lepas tu saya rasa tak sedap hati and ajak uda tidur. Uda cakap nanti lah. Saya pun ikut kan jelah. Waktu tu dah nak pukul 3 dan saya betul betul rasa tak sedap hati. Saya ajak uda tidur and dia cakap nanti. Saya pun cakap “kalau uda nak main, uda main sorang sorang. Kak Sara nak tidur”. Baru lah dia setuju nak tidur . Saya pun tutup computer dan sambil tunggu computer off , saya teman uda minum air. Lepas tu tergerak hati nak tengok computer dah off ke belum. So saya ajak uda teman saya pergi tengok computer sekali tak off. Saya pelik la. Saya cuba off lagi sekali and bila dah terpadam tu computer on balik. Saya cuba lagi sekali dan sama je. Kali ketiga saya cuba Dengan lafaz Bismillah baru computer tu off. Apa lagi pecut la kitorang lari kat ruang tamu tidur.

2) Waktu ni petang.Saya dengan kakak kakak sedara saya , along , atih dan kakcik lepak dalam bilik atih cerita hantu and cerita pasal kisah kagome kagome. Bukan kagome anime Inuyasha tu. Kalau nak tau search google and dengar la lagu dia kat youtube tapi jangan dengar waktu malam sebab seram.Memang happy gila la kitorang.Sekali si atih ni diam. Saya perasan dan tegur la dia.Suara dia rendah kan and cakap ‘benda’ tu baru je lalu.Ohh by the way anak anak maklang saya ada yang boleh nampak tapi nampak tu kadang kadang je and ada yang tak nampak tapi boleh rasa.Malam tu baru pukul 11 tapi semua dah penat gila padahal bukan buat apa pun.Selalunya pukul 1-2 pagi pun kitorang tak tidur lagi tapi malam tu entah kenapa semua orang penat. Mula mula saya nak tidur kat bilik atih dengan kakcik. Si kakcik ni dah tidur dah. Masa saya nak tidur tiba tiba saya terdengar bunyi macam orang berjalan dekat belakang bilik atih. Belakang bilik atih ni semak semak. So saya dengar bunyi macam orang berjalan atas daun daun kering. Waktu tu dah cuak dah. Nasib bilik atih dah pasang langsir. Dulu tak pasang and sekarang pasang sebab nanti la saya cerita. Kena minta izin tuan punya cerita dulu. Okay back to the story , saya pun apa lagi lari la kat ruang tamu sebab lama gak bunyi tu. Dah sampai ruang tamu si atih macam tau tau je sebab dia bagi isyarat kalau benda tu kacau. Saya pun angguk je lah. Waktu ni along tengah mengaji dalam bilik maklang and pintu tertutup. Lepas mengaji along marah kitorang tanya siapa yang buka lagu kagome kagome. Kitorang blur la sebab malam tu semua penat mana ada orang buka lagipun lagu tu seram. Terus semua diam.

3) Kisah yang ni pula pasal alang yang mulut cabul. Alang memang selalu lepak malam malam dengan kawan dia and balik dalam pukul 1-2 pagi. Satu hari tu alang tengah lepak dengan kawan dia. Tiba tiba diorang dengar bunyi macam kucing nak gaduh. Si alang pergi tegur cakap “ni bukan bunyi kucing ni , ni bunyi langsuir”.Terus bunyi tu senyap. Waktu kawan alang hantar alang balik , dia macam tergesa gesa nak balik. Bila kawan alang dah sampai rumah , baru kawan alang whatsapp alang yang ada langsuir kat tepi pagar rumah tu yang dia cepat cepat nak balik.

4) Ada sekali tu saya dengan kakcik happy happy kat bilik atih dalam pukul 1-2 pagi. Memang kitorang gelak gila gila la. Esok tu kena marah dengan maklang and along sebab ada ‘benda’ ketuk kat tingkap dapur. Bilik maklang and along kat depan dekat dengan dapur so memang dengar la. Saya and kakcik tak dengar sebab bilik atih kat belakang. Elehh ‘benda’ tu jeles la tu kitorang party tak ajak dia.

5) Waktu ni angah jemput kakcik kat sekolah waktu malam sebab kakcik ada kelas malam. Dah nak sampai tu angah istigfar and kakcik boleh agak angah nampak benda tu. Memang betul jangkaan kakcik , angah nampak cik pon berdiri sebelah pokok pisang kat belakang rumah.

6) Yang ni terbaru. Kakcik cerita dia dengar maklang baca al-quran. Suara maklang baca al-quran memang tak ada siapa dalam rumah dapat tiru. Lepas tu kakcik pergi tengok betul ke maklang baca al-quran tapi maklang tengah lena tidur and bilik pun gelap. Setiap malam kakcik tidur pakai earphone sebab seram la. Kalau bukan maklang siapa yang baca? Semua orang dengar kecuali uda tak silap saya yang tak dengar.

Sebenarnya banyak cerita seram kat rumah maklang saya tapi saya cerita yang mana saya ingatlah. Ada je yang lain saya ingat tapi seram pulak type malam malam ni. Maaf la kalau cerita saya tak seram. Saja je tak nak seram seram sebab nanti ada yang takut nak tidur sorang.
Mohon jangan kecam sebab saya ni hati tissues. Nanti 7hari 7malam saya menangis.Hahaha. Terima kasih admin kalau cerita saya disiarkan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Si Malang
Beri markah tahap keseraman kisah ini

10 comments

  1. Sory nk ckp tapi gaya penulisan dan penceritaan mmg zero. Mcm budak 4 thun bcerita. Cte dh seram tpi cara ayat tu mcm terbelit belit. Pening nk bce. Ngn xde prenggan smue. Soryla bosan nk bce.

  2. Ok lah.. jangan la kecam penulis… silap2 penulis skrip / pengarah dalam malaysia amik inspirasi dari citer2 macam ni..
    bagi sokongan!
    *aku baca citer ni kul 1 pagi… memang trbayang2 macam2 kat kepala… sambil baca duk dalam bilik y berlampu tidur suram…

  3. Relaks gais penulis baru nak menulis tu…
    Atleast dia ada effort nak share cerita dia.
    Bagi galakan la kat dia…
    Takmau lah kecam eh gais 🙂
    Papepun best lah cerita 👍
    Santai n sempoi aje baca 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.