Rumah Nombor 2

Salam sejahtera salam perkenalan semua ya. Aku Nani. Selama ni jadi silent reader, harini rasa nak share pulak cerita. Aku cerita santai-santai ye, ni bukan novel bersiri kan. Ok apa yg aku nak ceritakan harini ialah berkaitan dengan rumah sewa family aku. Cerita aku ni simple je, takde scary tahap dewa 18 pun.

Aku terangkan dulu apa yg patut. Family aku duduk di sebuah taman perumahan yg dah lama ada di kawasan pekan ni, aku ni orang Selatan. Aku tak sure taman perumahan ni dah ada sejak bila, mungkin awal tahun 2000. Design rumah pun agak old school lah. Tak moden.

Family aku decide nak sewa satu rumah ni, rumah nombor 2 di salah satu lorong taman tu. Rumah yg bakal kami sewa ni lain dari yang lain, sebab pintu rumah ni adalah pintu kedai yang boleh lipat-lipat ke tepi tu. Selalu pintu jenis macam ni ada di kedai-kedai runcit kecil yg ada di kampung atau pekan macam tu. Boleh imagine kan? Sebab katanya penghuni rumah sebelum ni atau mungkin owner pernah jadikan rumah ni sebagai kedai runcit, maksudnya anjung rumah yang selalu orang-orang taman park kereta atau motor dah dijadikan kedai. Rumah yg bahagian dalam tu kecil je, bilik cuma 2, lepastu 1 bilik air dekat dapur.

Kira layout rumah aku ni, memula sekali pintu kedai tu, lepastu ruang tamu luar, pintu rumah, ruang tamu dalam yang berdepan dgn 2 bilik tidur, dapur dan bilik air. Aku terangkan ni sebab ada kena mengena dengan cerita.

Masa kami tengok rumah ni, masuk je aku dah rasa lain. Rasa macam ada sesuatu dalam rumah tu. Rasa suram, gelap, meremang weh. Ada 1 bilik tidur yang aku rasa meremang sangat bila masuk dalam. Macam ada benda yg memerhati. Tapi aku tak cakap pun dengan parents aku. Aku anggap benda tu normal, rumah kosong. Katanya rumah ni kosong dekat 2 tahun macam tulah. Orang taman tu cakap biasa yang duduk dekat rumah ni tak lama, mesti akan pindah tempat lain. Masa tu dah rasa mesti rumah ni ada sesuatu.

Tapi sebab terdesak sangat nak cari rumah, urgent, dah takde masa, kira jadilah kami masuk rumah tu. Rumah aku tu dengan kampus aku tak jauh, dalam 20 minit je. Jadi masa tu aku dah tahun 2, kena duduk luar, so aku ulang alik jelah dari rumah ke kampus tu. Malas nak sewa luar. Masa tengah sibuk nak pindah rumah tu, ada kawan kampus aku tolong, namanya Dina. Selalu jugak dia datang, tolong kemas sekali dan tidur rumah aku. Masa malam first aku tidur dalam rumah tu, waktu tu aku tidur dengan Dina dan mak aku di ruang tamu dalam, masa tu ayah aku takde. Sebelum tidur, memang dah make sure pintu semua dah tutup termasuk pintu depan (pintu kedai) dan pintu rumah. Lampu ruang tamu luar pun dah tutup. Tinggal lampu dapur je hidup.

Tengah sedap tidur tu, dalam pukul 2-3 tiba-tiba aku dengar ketukan dekat pintu rumah. Ketukan tu tak slow, tak kuat. Tapi cukup untuk buat aku terjaga, sebab aku ni telinga sensitif sikit, cepat terjaga kalau dengar bunyi-bunyian unless kalau aku penat sangat. Ketukan tu sekejap je, dalam 3-4 kali, bila aku terjaga, terus ketukan tu berhenti. Jantung aku masa tu berdegup laju sangat, sebabnya mana ada orang dekat ruang tamu luar tu. Sapa pulak ketuk pintu rumah? Pintu depan (pintu kedai) pun dah tutup. Aku tengok mak aku dengan Dina ni sedap je tidur. Aku pun buat lek, tidur balik.

Esoknya, aku dengan Dina bersihkan ruang tamu luar tu, sapu-sapu dan mop sekali. Masa tengah aku sapu tu, aku ada tersapu sebiji guli. So guli tu pun aku sapu ke tepi. Tengah syok aku dok menyapu tu, tiba-tiba guli yang sama jatuh dari atas. Melantun-lantun ke lantai. Aku terus tergamam. Macam mana guli ni boleh jatuh dari atas sedangkan aku dah sapu guli ni ke tepi? Syiling rumah atas kepala aku ni rendah je dan takde lubang pun. So dari mana guli ni jatuh? Aku syak deme ni nak ajak bergurau.

Sejak daripada haritu, selalu sangat aku dengan mak aku dengar macam-macam. Kadang-kadang dengar ada orang bagi salam, ada orang ketuk2 pintu, beria bukak pintu tapi tak ada orang. Kadang-kadang dengar kerusi meja makan tu ditarik. Kadang-kadang bila mak aku dekat dapur, dia rasa macam ada kelibat lalu belakang dia, padahal dia dekat rumah sorang je.

Ada satu hari tu, Dina datang tidur rumah aku. Aku bawak dia balik lepas kelas. Masa tu tak ingat hari apa, aku dengan Dina tengok cerita Seru dekat channel Astro ni. Biasalah Astro kalau dah lewat malam sikit, ada lah dia dok tayang cerita seram. Aku memang lama dah nak tengok cite tu, so aku pun layan lah dengan Dina. Masa tu mungkin cite tu start dalam pukul 1 pagi kot, lupa dah. Layan punya layan sampai la pukul 3 pagi. Tengah syok layan cite, tiba-tiba dengar bunyi menangis depan rumah. Bunyi menangis tu sangat lah kuat dan jelas. Aku dengan Dina saling berpandangan dan kami jadi kaku. Bunyi tu ada lah dalam 5-10 minit. Aku jeling jam, ahh patut lah dah pukul 3. Memang timing dia ni. Aku nak pergi toilet pun dah tak berani. Terus aku tutup tv, lampu dan tidur.

Benda ni pun dok nak menyakat aku time aku tengok tv. Ada satu malam tu, time tu aku dengan mak aku dekat rumah. Mak-mak ni biasalah, kata tengok tv tapi bila toleh mata dah pejam. Haha so aku macam bapak bosan lah kan, aku pun tekan lah button remote astro yg keluar list next channel ada cerita apa tu. Masa tu aku tengah tengok tv3. So aku pun tekan-tekan next button, ada satu channel ni tengah tayang cerita hantu. Dalam hati aku, ishh taknak lah tengok cerita hantu, dahla sorang je yg tengah berjaga ni. Mak aku dah tidur. So aku tak tekan lah button OK tu. Just back pada tv3 je. Tiba-tiba blackout weh. Kejap je, ada lah dalam 1/2 minit ke 1 minit macam tu. Aku macam, pehal ni blackout pulak. Pastu ada elektrik balik dah. Bila tv tu hidup balik, tiba-tiba channel tv tu dah beralih ke channel yg tengah tayang cerita hantu tu. Aku dah start meremang dah, ni mesti benda ni nak sakat aku. Terus aku tutup tv, tidur.

Abg aku pun pernah kena kacau jugak. Masa tu mak aku warded, aku jaga mak dekat hospital. So abg aku sorang dekat rumah. Malam tu dia tidur dekat ruang tamu luar, depan tv. Dia tidur mengiring ke kanan. Belakang abg aku tu, ada meja jepun, atas meja tu ada kotak tisu kosong. Tengah sedap abg aku tidur, dia terjaga. Sebab, dia dengar tisu kotak kosong dekat belakang dia tu ada benda buat main. Abg aku dgr kotak tisu kosong dia benda tu macam main alih-alih. Bila abg aku pusing belakang je, terus ada angin berdesup keluar rumah, lepastu anjing luar rumah tu dok menyalak-nyalak macam nampak sesuatu. Jiran-jiran aku ramai cina.

Bila aku selalu baca yassin, bukak surah-surah dekat laptop, gangguan tu makin berkurangan. Alhamdulillah bila dah masuk setahun, rumah tu pun dah okay. Bila aku dekat rumah sorang pun, takde apa gangguan dah. Aku duduk rumah ni pun 5 tahun.

Alhamdulillah sekarang aku dah pindah rumah dekat taman lain. Baru je pindah hujung tahun lepas, 2017. Rumah yg lebih selesa. Alhamdulillah rumah baru takde kejadian-kejadian menakutkan. Sekian je cerita aku. Terima kasih kepada yg sudi membaca.

#Nani

Nani
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

  1. Entiti baik ni. Ngorat2 gitu je. Alhamdulillah baca2 Al Quran dia mau pegi tempat lain. Tkasih kongsi pengalaman ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.