Rumah puaka

Assalamualaikum korang.harini aku berniat nak kongsikan cerita yang pernah terjadi kepada aku sendiri.kisah ni terjadi masa tahun 2016 di daerah kijal,kemaman..kalau ikutkan daerah ni panas jugak la sebab banyak kejadian mistik yang terjadi.maklumla kat sini pon ada rumah peninggalan arwah mona fendi.

okay berbalik kisah aku tadi,kejadian tersebut berlaku selepas magrib.aku sewa rumah dekat satu kampung berdekatan dengan giatmara kijal.aku menyewa rumah tersebut bersama 4 lagi rakan aku.sebelum terjadi kes tersebut,rumah tu bagi kami semua macam rumah orang lain.tak pernah berlaku kes mistik ataupun apa apa.tapi ada satu hari kami semua off dan ada kawan aku yang lain datang lepak.tapi entah apa yang dia fikir,dia terlihat sesuatu di atas daun pintu dan terus mengambil bende tersebut.kami hanya melihat tanpa melarang.aku tengok barang tersebut seperti tangkal di balut dengan kain putih.kawan aku tanpa berfikir terus membuka ikatan tersebut dan di dalam tu ada kuda laut dan bendasing yang aku sendiri tak tahu.

selang beberapa hari selepas kejadian tu,tiada apa yang pelik berlaku dan aku pindah kerja di tempat lain tapi masih lagi stay rumah yang sama.pada suatu pagi ketika aku nak pergi kerja,membe satu rumah terlanggar kucing yang dibela.dan pada petang tersebut,aku baru balik kerja dan selepas magrib kawan kawan rumah aku ajak aku pergi makan kat bandar kemaman.aku menolak dan kawan aku sempat mengusik dan berkata kalau ada bunyi pelik² bukan kucing sebab kucing dah mati.aku cuma senyum kerana fikir takde apa yang ni ditakutkan sebab dah biasa.

selepas deruan enjin kereta mereka
beredar,kejadian pelik terus berlaku.oh lupa nak bagitau rumah ni separuh simen dan kayu.bahagian dapur hanya terpisah dengan peti ais.ketika aku sedang leka menonton tv,aku terdengar seperti ada tapak kaki berlari atas lantai papan.nak dikatakan haiwan bunyinya seperti kaki budak.tiba tiba terasa angin kat tepi aku seperti ada orang berlari rapat.aku masih lagi relax walaupun hati dah rasa pelik.

selang beberapa minit,aku terdengar seperti orang berdehem di area dapur belakang peti ais.aku terus jerit “Diamla aku nak tengok bola ni”.tapi selepas aku menjerit benda tu makin melawan.dinding kayu rumah tersebut tiba tiba di cakar kuat.lantai seakan nak runtuh mendengar larian.aku jerit selama tiga kali ucapan aku tadi dan kali ketiga aku jerit dengan kuat dan tegas.tapi apakan daya bende tersebut melawan aku dan suara berdehem terus menjadi kasar dan garau.semangat aku tiba tiba menghilang sedikit demi sedikit tapi aku masih lagi berlagak relax walaupun hati rasa takut.

kejadian tersebut berlaku hampir 2 jam dan suara yang last aku dengar dekat pintu belakang.suara seseorang memberi salam tapi salam tersebut tak lengkap.aku diam membatu.selepas salam tersebut,aku mendengar kereta member aku balik.bila mereka masuk rumah,aku terus tanya diorang takut² mereka mempermainkan aku.tapi diorang terus cakap mungkin perasaan aku semua tu.tapi malam tu jugak sebelum tido,membe aku sorang ni cakap dia ada nampak susuk budak mengintai dari tandas belakang.

selepas kejadian tersebut,aku pindah ke perak atas urusan kerja.selepas selesai kerja aku saja call member rumah lama untuk bertanya kabar.dan betul dugaan aku tentang kejadian tersebut.salah satu membe aku jugak di kacau ketika tido sesorang.ketika dia tidur,bende tersebut bermain dengan suis kipas,menarik jari kaki.last bende tu tarik selimut dan bawak lari.dalam selimut tersebut terlihat susuk budak seperti 6,7 tahun.tanpa fikir panjang,dengan sehelai sepinggan member terus lari tanpa tengok belakang dengan menangis ketakutan.

Dan kini rumah tersebut kosong tanpa penyewa selepas kejadian tersebut.hanya tinggal kenangan dulu yang di tutupi pokok dan semak samun kembali.sekian cerita ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Amin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.