Rumah Sewa

Cerita ini berlaku ketika aku menyewa sebuah rumah di Lumut Perak.
Kemasukkan pertama aku bekerja sebagai kakitangan awam. Budak-budak rumah sewa aku bukanlah dari kalangan budak-budak pejabat semuanya dari jabatan lain-lain. Budak bank, budak insuran dan budak perumahan dimana salah satu company perumahan yang terkenal di lumut perak..

Rumah sewa tersebut mempunyai 4 bilik. Aku memilih bilik ke 3. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Ketika itu sewa bilik cuma RM250. Bulan pertama aku menyewa tiada apa-apa yang berlaku. Masuk bulan kedua berlaku la episode aku di kacau dimana tiap kali untuk melelapkan mata aku akan bermimpi perkara-perkara aneh. Seperti binatang-binatang yang berbisa dan bersaiz besar-besar. Binatang yang kerap muncul dalam mimpi seperti kala jengking, ular tedung dan lipan yang bersaiz sangat besar. Hinggakan satu ketika aku keletihan kerana tidak dapat tidur dengan cukup gara-gara kerap terkejut akibat terjaga dari mimpi yang menakutkan.

Pada suatu hari, di waktu tengah hari aku agak keletihan jadi aku tertidur. Semasa aku mula melelapkan mata aku terdengar seumpama ada orang berbual diluar tingkap bilik ku. Tetapi perbualan mereka tidak jelas. Dan tiba-tiba terdengar pula ketukkan di tingkap bilik ku. Aku cuba membuka mata tapi terasa berat mata ku. Aku tak mampu untuk membuka mata ku. Badan ku juga tak dapat bergerak terasa sesuatu benda sedang menghempap tubuhku. Dalam hati aku beristigfar…

Dalam beberapa minit barulah aku dapat membuka mata ku. Badan yang terasa berat tadi umpama dihempap sesuatu pun telah terasa ringan dan boleh bergerak. Aku terus bangun daripada katil dan mengintai keluar dari tingkap. Aku lihat tiada sesiapa pun. Aku keluar pula dari bilik melihat kawan serumah. Tiada siapa diluar. Kebetulan hari tu hujung minggu semua rakan serumah balik kampung masing-masing. Kecuali sue. Sue adalah budak Pahang. Agak jauh juga la nak balik setiap minggu dari lumut. Walaupun tak balik kampung pun. Sue jarang ada di rumah kerana sibuk bekerja, katanya nak kumpul duit lebih untuk kahwin. Selepas membuat tinjauan aku pun masuk semula ke bilik ku dan terus kunci pintu bilik dari dalam.

Pagi esokknya, seperti biasa aku keluar dari bilik untuk siapkan sarapan . Sarapan orang bujang roti sardin jew. Aku bawa sarapan di ruangtamu, ruangatamu kami ada meja makan jadi aku lepak di situ untuk menikmati sarapan ku sambil menonton Tv. Dalam setengah jam kemudian kedengaran sue keluar dari bilik nya. Kemudian kedengaran pula pintu bilik air di ruang dapur ditutup. Itu bermakna dia masuk mandi. Dalam 15 minit kemudian sue keluar dari bilik air dan terus ke biliknya. Dalam beberapa minit dia keluar semula dari bilik nye dan terus ke ruang tamu menuju ke arah aku yang khusyuk menonton tv. Tiba-tiba dia membuka cerita pada aku malam semlm dia ‘di usik’ . katanya ibu jari kakinya di gigit dan di isap oleh satu lembaga. Dia cuba menjerit tapi tak keluar suara. Patut la pun sebelum aku tidur dalam pukul 10.30 malam aku terdengar di luar rumah, grill pintu digoncang oleh seseorang . Aku ingatkan sue yang baru balik , tapi beberapa minit kemudian tak kedengaran pula pintu grill dibuka dan juga tak kedengaran pintu biliknya dibuka dan di tutup. Selalunya memang akan kedengaran pintu biliknya dibuka dan ditutup.Tapi aku abaikan kerana ketika tu malas nak keluar bilik dan terasa mengantuk.

Setelah apa yang diceritakan oleh sue baru aku faham. Rupanya apa yang aku dengar semalam itu bukan lah sue. Tetapi mungkin makhluk lain. Dan ia mengikut sue masuk ke dalam bilik ketika sue pulang dari luar.
Hujung minggu seterusnya aku balik ke kampung dan kesemua budak-budak rumah yang lain pun balik ke kampung termasuk sue. Kebetulan syukur la ayah aku seorang yang pandai bab-bab amalan menghalau hantu syaitan . Ketika aku balik ke lumut ayah aku turut ikut sekali.

Setelah sampai di rumah sewa ku di lumut. Ayah aku melangkah jew kaki masuk ke dalam rumah tiba-tiba dia terhenti di depan pintu. Mulutnya berkumat kamit membaca surah-surah Al-Quran. Selepas itu ayah terus meminta aku segelas air. Aku cuma turut sahaja apa yang di minta ayah ku. Aku melihat ayah membaca beberapa surah dan menghembus ke dalam gelas yg mengandungi air tersebut. Selepas itu dia masuk ke dalam bilik ku merenjis seluruh bilik dgn air tersebut dan seterusnya kedalam rumah ruang dapur, ruang tamu dan sekitar diluar rumah.

Malam tersebut dalam pukul 12.00 tgh malam diluar rumah kedengaran bunyi grill di goncang, sliding door di ketuk dan terdengar juga umpama dicakar-cakar aku dan beberapa budak rumah termasuk sue berpelukkan dan kami dalam keadaan sangat takut. 15 minit kemudian barulah gangguan yang menakutkan itu berhenti, malam tersebut kami berempat tidur dalam 1 bilik. Esok pagi nya aku menelefon ayah ku dan menceritakan apa yang telah berlaku. Ayah menenangkan aku, katanya insyaallah malam seterusnya tidak akan ada lagi gangguan .

Malam seterusnya memang betul apa yang dikatakan ayah ku kami tidak lagi di ganggu sehingga kini.
Itulah pengalaman yang tidak akan ku lupakan. Kini pun aku telah berkahwin dan menetap di taman lain. Tapi bila aku lalu di kawasan taman rumah sewa ku dulu terkenang semula peristiwa yang menakutkan yang akan menjadi cerita pada anak cucu cicit ku kelak.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

tina

1 thought on “Rumah Sewa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.