sewa

RUMAH SEWA DI SABAH (AKHIR)

👉👉PART 1 DI SINI

Salam dan hai. Aku Mrs NFA yang tulis cerita rumah sewa di Sabah. Aku ada tulis kalau panjang sangat aku akan buat part part. Tapi minmin delete kot. Takpelah sob sob. Okay kalau yang dah baca Part 1 aku tu, boleh tau dah structure taman perumahan aku dan dalam rumah aku tu. Aku terus sambung next story lah ya. Next story ni simple je, zura ni pakai gelang kaki yang ada loceng tu, jadi bila dia jalan kami boleh tau la tu dia, so one day ni, ada test, so kawan aku, ijan ni dia sejenis hati kering jugak, selamba badak je study kat tingkat bawah sorang2 sampai lepas subuh. Jadi one night ni, tinggal ijan sorang je kat bawah ditemani laptop, surah Al Quran dan secawan nescafe.

Dia study menghadap tangga. Kami semua dah tidur dah. Lebih kurang lepas tengah malam tu, tengah syok study, ijan ni dengar loceng kaki macam orang turun tangga. Ijan ingatkan zura sebab zura je yang pakai loceng kaki. Sekali tunggu punya tunggu, takde orang weyh kat tangga atau tengah turun tangga ke apa. Ijan apa lagi, terus simpan laptop, berlari naik tangga masuk bilik. Esok tu baru dia cerita kat kami. Tapi kami anggap benda tu nak bergurau je jadi habis situ je.

Aku campur campur je cerita sebab aku tak ingat waktu dan susunan cerita. Okay next story, jadi dekat kami tujuh. Time tu malam, kami lepak dekat tingkat bawah, empat orang duk atas sofa, aku, lina dan ijan duk bersimpuh kat bawah. Aku menghadap ijan. Time tu kami syok sembang2 sekali zura bukak cerita hantu. Dia cerita pasal dia kena kacau time kat kampung.

Pasal pontianak la, langsuir la, kami 2 kat bawah dengar2 macam tu je tak campur yang empat tu duk bercerita. Okay kat bilik aku tu ada kipas yang dah uzur, uzur sebab setiap kali bukak dia macam ada bunyi kreekk kreekk kreekkk macam besi berkarat tu, ala korang boleh bayang tak? kipas yang lama dan nak rosak macam ada benda tersekat2, bunyi dia macam mana? Tak reti nk explain. So bila empat tu syok bercerita hantu tu, aku dah macam tak sedap hati, mungkin sebab aku penakut kot. Haha.

Aku dah bagi hint kat depa empat tu bia dieorang stop cerita hantu, tapi dieorang tak faham dan teruskan bercerita. Sekali aku tiba2 dengar bunyi kipas tu, bunyi dia macam makin kuat kreekk kreekk kreekk dai, then tetiba weyh aku dengar dengan jelasss macam ada suara seorang lelaki tengah mengaum marah macam marah tapi tengah sakit macam tuu laa, tak reti nak explain macam mana, then tetiba kipas bilik aku tu terus stop. Bunyi kipas tu kuat sampai bawah dengar. Aku memang pucat gila muka, aku pandang ijan, ijan pandang aku.

Tapi yang empat tu buat taktau je weyh. Maybe dieorang tak dengar. Sekali aku dah macam nk nangis aku terus whatsapp ijan dan lina. Tanya dua orang tu dengar tak apa aku dengar. Sekali ijan ngan lina reply cakap “dengar macam bunyi orang lelaki marah mengaum kan”. Aku terus reply “ weyh suruh laa depa berhenti cakap pasal hantu”. Pastu ijan pun terus tegur cakap “dah jom2 dah lewat ni kita naik bilik. Esok sambung”.

Depa empat terus stop pastu macam blur. Adoi. Aku cakap kat ijan aku takot nak naik atas. Ijan cakap takpe baca kursi banyak2, selawat. Kami tidur malam tu dengan kipas rosak. Panas dan nyamuk banyak gila. Tapi tahan je. Yang peliknya aku rasa seram sejuk dan aku selubung selimut sampai pagi walaupun panas. haha takut punya pasal.

Esoknye time tengah tunggu bas nak ke uni, aku pun bukak cerita semalam. Aku tanya, depa empat tak dengar pape ke masa lepak bawah tu. Pastu depa cakap tak dengar pape weyh, selain bunyi kipas tu je. Aku pun cerita apa jadi, pastu depa empat pun macam takot la, pastu aku pun cakap, tuu laa korang duk syok cita pasal depa, depa mai laa nak tumpang sekali.Lepas pada tu, memang kami jarang cerita hantu malam malam.

Okay next story, yang ni lina yang kena kacau. Lina ni rajin masak. Kami enam orang ni plan nak makan dekat kedai je. Time tu petang dah. Lepas makan tu kami pun balik rumah. Balik tu Lina ni macam pucat muka. Kami dah syak dah mesti ade pape ni. Lepas tu, on the spot lina cita dia kena kacau.

Dia cita, time tu dia tengah masak, sambil dia video call dengan pakwe dia. Kedudukan dapur masak tu, menghadap dinding, jadi bila masak, badan kita akan membelakangkan pintu bilik air. Dia letak fon dia atas peti sejuk which is tepi pintu bilik air. Time dia masak tu, masa dia pusing nak tengok fon dia, otomatik video call tuu terpadam dan dia nampak dengan mata kepala dia, ada lembaga rambut panjang sampai kaki tengah duduk mencangkung depan pintu bilik air sambil tengok dia. Lina terus ambik phone dia pastu dia lari p ruang tamu.

Sejenis hati kering jugak si Lina ni bila dengan selamba dia p ambek balik makanan yang dia siap masak then makan kat ruang tamu. Dia tengok balik memang takde dah lembaga tu. Kalau aku, pengsan dah kot. Lepas dia cerita tu, kami memang dah seram sejuk dah sebab lembaga tu macam dah berani tunjukkan diri. Oh ya kejadian ni masa sem akhir kami kat sana. Then habis sampai situ. Lina ni jugak yang kena tarik rambut masa dia turun tangga rumah. Benda tu tarik rambut dia, nasib dia tak jatuh tangga. Habis part 2 sebab dah panjang sangat. Sebenarnya dah siap semua tapi aku akan hantar part by part. InshaaAllah ada 3 part je. Thank you sudi baca.


PART 3

Salam dan hai min dan pembaca Fiksyen Shasha. Last part dari aku. Okay aku terus kepada cerita. Lepas pada kejadian penampakan tu, kami pun buat pendinding rumah, takde laa kuat sangat macam ustaz-ustaz buat, tapi just baca yassin ramai-ramai then renjiskan ke sekeliling rumah. Dalam masa sama Lina tanya pakcik dia, pakcik dia boleh rasa dan scan dari jauh kalau ada yang tak kena. Then pakcik dia cakap, kat rumah tu ada sekeluarga duduk.

Dia just duduk je tak kacau orang. Dia duduk dekat atas siling rumah. Time tau tuu, memang masing2 dah behave dah, takde nak ketawa kuat2, tengok cerita hantu ke apa ke. Tapi bertahan seminggu je la. Haha. Well time tu student kan. Mana ambik port sangat. Lepas tu ada jugak dengar bunyi2 tapi sebab dah biasa, jadi kami buat taktau je.

Cerita last kot ni. Tak seram tapi misteri. Ijan ni jenis suka sangat mandi lewat malam, dan dia akan mandi dekat bilik air bawah tu yang dekat dapur tu. Hati kau keras sistur. Haha. Satu malam ni, lebih kurang dalam 12 lebih, ijan ni lenggang kangkung bawak toiletries dia nak p mandi kat bilik air bawah tu. Bila turun tangga, akan nampak main door.

Dan main door tu terbukak weyhh, sekali dengan grill sekali terbukak. Ijan ni lari lintang pukang naik tangga sebab mana ada orang kat bawah time tu sebab semua kat atas dan aku ingat lagi aku orang last kat bawah dan aku dah pastikan pintu semua kunci dan sejenis aku, aku akan pastikan semua terkunci baru aku akan naik atas. Bila ijan lari2 tu semua pakat kumpul kat bilik aku. Then Ijan cakap pintu terbukak. Kami pun takut la, takut perompak ke apa ke. Dah la semua perempuan. Lepas tu kami pergi bilik kedua sebab dari bilik tu ada tingkap yang boleh tengok luar rumah bahagian depan. Plus bilik tu pintu ada lock, bilik aku takde. Kami lari p bilik kedua, then usha kat bawah. Takde pape pun. Then kami decide nak turun sebab takkan nak biar pintu tak kunci. Masing-masing sambil takut takut, sorang satu pegang senjata.

Takde la pistol ke apa, senjata macam gunting, pen, apa apa yang tajam la. Time tu semua takut nak lead. Sejenis aku, kalau semua takut, otomatik aku akan jadi berani. Dan aku pun lead untuk turun ke bawah. Masing masing beratur belakang aku. Slow motion punya turun dah macam penyiasat FBI je aku rasa.

Turun turun tu memang takde pape. Kosong dan sunyi. Kami tak berani nak tengok dalam bilik air atau dapur sebab time tu tengah kecoh ade sorang uncle india ni mabuk, salah masuk rumah orang dan tidur dalam bilir air bawah rumah tu. Jadi kami tercegat je kat depan pintu tu. Lepas tu datang laa pakwe Rina sebab masa tengah kumpul kat atas Rina sempat call pakwe dia suruh datang tengok kan rumah.

Pakwe dia duduk dekat taman perumahan sama cume beza lorong je. Okay bila pakwe dia sampai, pakwe dia bawak dua tiga orang kawan kawan dia. Masing2 datang ada yang bawak kayu apa semua. Part ni lawak sebab dengan mata merah masing2 (maybe tengah tidur sebab dah lewat) sambil bawak kayu takut ada penceroboh. Haha. Then pakwe dia dan kawan2 dia p usha dapur dan bilik air, memang takde pape. Jadi kami simpulkan memang kejadian ni misteri sebab aku sendiri dah pastikan pintu memang berkunci. Dan malam tu hidup kami diselubungi misteriii~

Aku rasa ni je la kot cerita yang aku ingat setakat aku duduk kat Sabah tu. Kenangan paling manis aku kat sana. Macam macam peristiwa terjadi dan sesungguhnya itulah yang mematangkan aku. Matang sebab benda tu ikut aku balik semenanjung weyh. Haha. Ada masa dan kalau cerita ni dipublish aku akan story pasal tu. Dan Ada masa aku akan kumpulkan lagi ingatan aku kot ada cerita yang aku tertinggal. TQ sudi baca. Assalam.

Mrs NFA
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

  1. “Masing-masing sambil takut takut, sorang satu pegang senjata.”

    perempuan… perempuan… .
    dalam takut ada beraninya. hihi!

  2. haha sme la rumah sewa aku dulu.kwn2 aku sjns suka pakai gelang kaki berloceng.yg jadi mangsa aku.bila dieirg kluar dating mlm2 aku dok umh sewa sorg2.keras kejung aku dok ats katil smntra tunggu dieorg blk.time tu aku dh menyumpah.asl la korg pakai gelang kaki.kan dh berbunyi..aku sjns telinga tajam.biasa kna kacau bunyi2 je.penampakan blm.lg.

  3. Aku pun pnah kena lebih kurang cmni. Time tu dkt nk final exam dh, so memasing stdy la. Smua stdy kat tgkat bwh rmh. Sbb rmh 2 tgkt. Kat sabah jga. Kat area IP. Ade 2 org member aku ni, diorg yg ade paper esoknya. Aku ngn bbrapa org member lain saje nak stdy awal skit. Paper lambat lagi. Bilik member aku yg ade paper esoknya tu, kat tgkat bwah. Kat sblah pintu rmh. So tepi pntu tu ada tgkap yg memanjang ke bawah tu. Xtau nak explain cmne rupa. Kat blik kawan aku pun ada jga. Kena plak mlm tu lampu kat luar rmh tu rosak. Lampu kat gate je yg elok. Mlm tu tgh seronok stdy smbil sembang, biasala pmpuan, tiba2 dgr bnyi tgkap bilik kwn aku tu kna ketuk. Dlm 3 kali dia ketuk. Ignore dlu. Pastu bbnyi lagi. Memasing dah takut dah. Smua dh siap2 pegang gunting, penyapu, senduk dan sebagainya sbg senjata. Igt balik nak tgelak plak. Aku yg acah2 berani x berani ni, pg la jenguk. Dgr lagi bnyi tu. X nmpk kat luar sbb lampu rosak kan. Pastu ktorg ttup pntu blik kwn aku tu. Tgkap sblah pntu utama plak bbnyi. Mak aih. Dah memain plak dah. Memasing dh keluar ayat2 pelindung dri dri mulut sbb takut. Pastu, sruh member bdk2 laki yg dduk dkt ngn rmh ktorg. Soh tgkkan, manatau ada pencuri. Diorg kabo la, “buka la pintu, xde pape. Ktorg ramai ni ha. Semua keluar keta pegi tgk ni.” Bru la ktorg ni berani nak buka pntu g tgk luar. Mmg xde pape kesan ke ape. Alang2 dh keluar, member laki dah balik, aku soh tabur tepung. Tp sorg pn xde tepung. Last2 tabur baby powder tu. Dari depan pintu rumah smpai kat tgkap blik kwn aku tu. Pagi tu, smua pakat pg tgk, serius ada tapak kaki kecik je. Bkn kaki kucing. Sendiri fikir la. Aku pun x pasti. Mlm tu smua x brani tdo. Byk lagi bnda jadi dlm rmh tu. Aku ni kristian, tp aku beranikan dri pg masjid sbb dh x thn, yg lain smua xnak, so aku ngn kwn aku yg sma non muslim ni pg masjid minta tlg ustaz tgkkan rmh n pagarkan, tp dia ckp kena ada kebenaran tuan rmh. Tuan rmh plak x bagi, so x lama lpas tu ktorg pindah. Banyak benda jadi.

  4. ini semua sembang perempuan bukan nak apa tpi ini cerita 1 rumah dengan penuh perempuan dan tu lah aku cakap ini perempuan yang pengalaman kejadian di sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.