Rumah Sewa Di Seremban 2 Akhir

Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, selepas tu baca yasin ramai-ramai macam hari-hari sebelumnya, supaya bende tu tak datang ke rumah tu dan kacau kitorang lagi. Tengh baca yasin ramai-ramai, tiba-tiba pintu dapur di ketuk berkali kali menyebabkan kitorang semua terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air pula mencurah curah keluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yang diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah curah.. Kitorang bangun beramai ramai sebab ayah Man suruh rapat-rapat, lepastu kitorang tutup air di sinki dan kedua dua bilik air yang mencurah..

Tapi tak berhasil bila air keluar balik lepas kitorang tutup, nak tak nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah Man terus call tok sheikh yang bende tu datang balik, entah apa yang dibisingkan tok sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat haritu takde pula dia cakap pasal pantang-pantang ni, ni baru lah nak crita pasal pantang-pantang.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia takde pesan apa-apa pun sebelum ni, ye la mcm spenda dengan stoking takkan la nak jemur kat luar pula..

Dah puas bende tu main air, dia kacau pula eletrik, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yang membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat-pakat duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu. Kitorang duduk dekat bawah suis tu, takde pula dia main suis dah lepastu. Aku teringat lauk yang dah beli untuk makan malam dekat dalam pinggan dekat dapur, hanya tunggu nasi masak je. Masa macam ni nak makan pon dah takde selera, terbantut memikirkan benda hal macam ni. Lepastu si Man dengan ayahnye pergi dapur ambik lauk-lauk tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah tak makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita takde tenaga..

Aku hilang selera nak makan, jadi aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab belum beli kodial lagi, lagi pun buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug. Tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku perasan air tu jadi kuning, eh bila pula jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencingN nasib baik aku prasan, kalau tak memng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu. Masa mak si Man nak senduk nasik, dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai keluar rumah termuntah muntah..manalah datangnye semua tu..

Sebab tak tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, memang sah semua makanan ada najis, entah najis apa kitorang pon tak tau. Tapi rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang-bincang.. Esok nak cari orang pandai mengubat dekat area Mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari, sebab tok sheikh tu tak boleh percaya, sebab benda tu datang balik, konon-konon pantang la ape lah, dah la bayar rm200 untuk mengubat tu.. sibuk-sibuk berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar dekat ruang tamu rumah suara kanak-kanak gelak-gelak sambil dengar hentakan tapak kaki berlari lari seperti yang kitorang alami haritu.. yang nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak-kanak sambil membawa api, tapi yang herannya kali ni aku, Man dan Wan tak nampk, yang nampak hanya ayah dengan mak Man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak-budak je. Tiba-tiba mak si Man menjerit, telekung tebakar, cepat-cepat kitorang masuk rumah takut tak pasal-pasal rumah pula yang terbakar..

Memang tekejut tiba-tiba telekung terbakar, kitorang rapat-rapat juga sambil duduk dekat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu boleh tebakar.. mak dengan ayah Man kata diorang sendiri nampak bende tu yang bakar, tapi pelik kali ni kitorang tak nampak, yang nampk hanya telekung yang berlipat tiba-tiba tebakar.. bunyi gelak-gelak tu sayup-sayup je pas kitorang masuk rumah tu, tapi tiba-tiba ada bau tengok macam sesuatu hangus.. ya Allah, ayah si Man menjerit tengok sejadah terbakar, masa tu aku tak nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana ada air, aku guna air mineral dalam botol dekat depan aku untuk makan tadi, sambil-sambil aku hempas-hempas sejadah tu.. memang tak boleh jadi kali ni, dah sampai bakar-bakar barang pula.. tapi kali ni aku tak la setakut haritu, mungkin sebab ramai, pastu ada orang tua pula tu, rasa macam selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya. Lepas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si Man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat dengan langsir tu, sebab duduk dekat depan pintu di bawah suis utama, tengok-tengok dah terbakar besar..

Tak abis itu je, kotak-kotak pun habis tebakar semua, tak tau lah nak buat apa lagi, last-last kitorang angkat semua barang bawak ke luar rumah, apa yang boleh tebakar je semua kitorang angkut pergi luar rumah, letakde kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak-kotak tu, tiba-tiba rasa asap pula banyak dari dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yang aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak koyak hujung kain tu, sebab air dah takde pili paip luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku-paku tu terpelanting dek aku sentap sekuat hati, masa tu jugak si Man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah..

Itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni masalah rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak keluar, deposit rumah 2 bulan dan air letrik dia tak nak bagi balik.. tu je la yang si Man cakap dengan aku. Nak tak nak aku cakap dengan diorang kita kene pulihkan rumah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah lain dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..

Sebab dah pagi, kesian dekat mak si Man yang dah macam nak demam, pilihan terakhir kitorang tido dalam kereta. Tapi biarkan pintu rumah tu terbuka je, tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang m**i kepanasan puak. Sampailah pagi subuh takde apa-apM berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, jadi apa berlaku kat dalam rumah tak dengar. Memang aku tak boleh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak tak nak aku pikir terpaksa la ponteng. Aku dengan si Wan memang tak boleh tido, tak tahu knape, si Man dan family dia semua nyenyak tido. Dalam jam 5pagi tu, tiba-tiba atas kereta macam dipijak pijak, semua terjaga sebab seperti orang meloncat loncat sambil berlari lari atas kereta. Aku tunduk masa tu, tiba-tiba aku dengar mak si Man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku dengan kasut si Wan berjalan sendiri tapi macam di engsotkan.. si Man keluar dari kereta, pastu cuba ambik kasut dengan selipar tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu akubo leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku tak tau apa benda sebab tak nampak. Tapi aku rasa mesti budak-budak yang kitorang nampak sebelum ni..

Waktu tu juga ayah si Man azan, dan aku baca ayat kursi kuat-kuat, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang. Kesian aku tengok mak si Man, dah la dia ada d***h tinggi dan sakit jantung, sempat la aku tengok dia macam meracau kejap sebelum suami dengan anak dia tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah si Man suruh kitorang angkat semua barang masukan dalam keta.. habis semua bertabur kat bonet kereta, kecuali penyabu, baldi dan benda-benda besar tu tak bawak, kereta manalah nak muat.. sebab tak puas hati dekat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia bayar letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk rumah kene p****g dulu soled tu, dah dia main-main kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon takde. Jumaat tu kitorang tak pergi kelas, pastu numpang dekat rumah sedara si Man di bukit Chedang untuk sementara waktu, susah jugak la, walaupun dekat dari kolej tapi takde bas, Man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lagi budak kelas kitorang..

March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2.. aku dah tahu dekat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah-sah dekat rumah yang aku pernah sewa tu dulu. Siapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tapi dah nak 7 tahun berlalu, entah mana aku letaknye. Jadi kepada korang semua, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jangan main tarah je.. skali dapat rumah bekas tokong tak pon kuil, tak ke naya.. tapi sampai sekarang aku tak tahu lagi kenapa ada bayangan 3 orang budak yang bawa mancis bakar-bakar barang kat rumah tuâ tu… Sampai disini saja cerita yang aku kongsikan… Tamat..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Rumah Sewa Di Seremban 2 Akhir”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.